Sentuhlah saya

31 March 2010

Kenapa ye?

salam,
selamat petang...
Rindu aku tak?
tentulah tak...kan?kan?
hahaha~
motip kan nak layan aku yang tengah mereng seket nih.

malas ler nak baca buku..
ada sapa-sapa sudi bacakan untuk aku...
sila angkat tangan ye?
*sambil meninjau ada sapa-sapa tak yang nak angkat tangan

Hari ni,semalam,kelmarin dan dulu-dulu aku asyik baca cerita pasal buang bayi je...
kenapa ye?
maksud aku,kau dah dapat SEDAP lepas tu kau salah langkah,
benih membesar dan kau naik gila,kau pun sanggup nak bunuh dan buang bagai.

manusia memang tak lari dari kesilapan,
aku faham dan aku tahu hakikat tu.
tapi janganlah kau terlalu zalim...
kenapa tak sebelum jadi rupa yang sempurna kau buang je terus atau kau bunuh je diri kau...
kan senang cerita.

Kau lagi sanggup lahirkan dan kau buang,
kalau panjang umur orang jumpa baby kau tu,kalau tak?
kena makan biawak,kena makan semut,kena...macam-macamlah...
okey,aku tak nak ulas panjang-panjang...
bagi hadis atau ceramah berjela-jela..
cuma aku nak ingatkan,
sekali kita buat silap macam ni,percayalah hidup kau tak kan pernah aman dan terlepas dari mimpi ngeri.

Kau ingat bila dah selesai kau buat macam tu,hidup kau bahagia?
kau tak pernah nangis sebab menyesal?
kau tak ada rasa sayang langsung pada anak yang kau kandung..
come on lah beb,tu kan BENIH CINTA kau...
haram macam mana pun kau kena terima,sebab kau yang jadikan dia haram.
ada dia mintak?
tak ada kan?

yang lelaki pulak bila dah DAPAT MAIN,
tinggalkan je perempuan tu,
aduhai....
wahai lelaki-lelaki yang tak bertanggungjawab cubalah kau bayangkan kalau yang mengandung luar nikah tu adik perempuan atau kakak kau...
mesti kau sakitkan?

jadi fikir dulu sebelum buat...
okeylah...entry macam aku pulak yang emo kan?
saja je wat entry macam ni....


kadang-kadang ada masa kita suka,ada masa kita duka dan ada masa kita ingatkan antara satu sama lain....

bubye....

Pakcik Din...

Salam,
Selamat Pagi....
semoga pagi ni indah untuk korang.

Semalam aku dengar berita yang Pakcik Din...
owh bukan pakcik aku ye...
walaupun aku ada 2 orang pakcik yang dipanggil din,
Shaharudin dan Nordin a.k.a Uncle Din dan Pak Din.

La ni Pakcik Din Beramboi ye...
yang selalu berceloteh dengan Pak Nil.
Erm...berita sedih,dia tengah koma kerana virus kencing tikus...
buah pinggangnya tidak berfungsi...Ya Allah semoga dia cepat sembuh.


Kalau korang darah jenis 'O' boleh lah derma dekat PAkcik Din di Hospital Selayang.
aku ni sensitif sikit sekaran kalau dengar hal-hal pasal buah pinggang nih.
BErmula dengan kes K.long hari tu,
memanglah dia sentiasa tersenyum dan gembira,
tapi hati dia?
tak da sapa tahu...


Betul Kata En.Bf kita hidup kat dunia ni ada bahagian masing-masing.
Mungkin dia kaya atau sentiasa gembira tapi kita tak tahu ada dugaan yang sedang melanda hidup dia.

Dan sesetengah pulak,ada yang datang dari keluarga yang porak peranda,sentiasa kusut dan bermasalah tapi kita tak tau bahagian dia macam mana,mungkin kebahagiaan menunggu dia di hari esok,betul?

Semua dah Allah S.W.T tentukan,bahagian yang dinamakan takdir.
Dalam Al-Quran pon ada cakap,takdir memang dah ditentukan tapi cuma kita yang boleh ubah takdir kita.


Jadi dalam hal sebegini janganlah kita berputus asa,
kita anggap ni dugaan dan ujian,
kena berusaha dan bersabar.
bila kita dah puas berusaha dan benda masih sama,
mungkin itulah takdirnya.

Jadi untuk Keluarga Pakcik Din Beramboi,
berusahalah selagi boleh,jangan putus-putus doa untuk dia.
begitu juga dengan rakan-rakan dan kita orang yang yang pernah melihat keletah serta mendengar celoteh Pakcik Din dalam Era atau menonton beliau dalam T.V.

Semoga Pakcik Din cepat sembuh...(^_^)

30 March 2010

Hanyalah permulaan..(^_^)

Salam,
aku sihat dan bertambah gemuk..
hehehe~..
aku kalau hujung minggu je kadang-kadang jadi sebu,
aku tak tau nak tulis apa dalam blog ni.

Sabtu hari tu ada berita yang agak baik,setelah bertahun menunggu.
haha..macam pelik je kan bunyi?

En.Bf beritahu ada surat untuk aku,
aku tanya dia surat apa.
Dia kata surat panggilan exam untuk SPA.
(T_T) teruja gila....


kau tau kenapa aku sangat teruja,
kerana dah berkali-kali isi,
baru nilah dapat panggilan exam,
baru panggilan exam je kan?
belum tentu dapat..
kenapa aku mesti nak suka sangat.


sebenarnya aku biasa-biasa je,
memang terkejut,cuma risaukan yang aku ni boleh ke jawab exam?
ada soalan matematik lak tu,tak suka~

tapi bila terkenangkan senyuman mama masa aku bagitahu,
dan kata-kata semangat dari En.Bf....
aku mesti usaha untuk belajarlah walaupun sikit.


ayah?
owh..tadi dia ada call,dia nampak macam excited..
welllau...baru panggil exam je,kenapa semua orang macam sangat gembira?
ayah,mama,En.Bf,Tok Mak dan orang pertama yang terima surat itu..
En.Abdul Rahman selaku bakal bapa mertuaku....

En.Bf kata ayah dia siap doakan lagi mudah-mudahhan adalah rezeki aku...
owh...mungkin itu yang membuatkan semua orang gembira..


erm..lagi satu,aku pun sibuk gak menghantar resume dan ada memohon jawatan sebagai guru bahasa dan tutor di IPTA dan IPTS.

tak pe yang penting aku CUBA.
Tak cuba kita tak tau macam mana..betul?
yang penting hari-hari aku dapat semangat baru....
semuanya berjalan secara perlahan tapi agak sempurna...


aku tak menaruh harapan yang tinggi,
umpama En.Bf cakap

'yang penting awak berusaha sayang,kejayaan bukan datang bergolek..'

sebab-sebab aku teruja..
(1)da 5 kali aku isi SPA...baru ni aku dipanggil..
(2)sebab aku berjaya buatkan mama n ayah aku teruja sama
(3)kena study Pengajian am dengan matematik (^_^")
(4)INILAH PERMULAAN KEHIDUPAN....

walaupun aku tau jawatan tu masih samar-samar...
yang penting USAHA+DOA+TAWAKAL...

doakan yang terbaik untuk aku.....

26 March 2010

Rinduuuuuuuuuuuuuuuu MAsa Lalu

Salam,
Selamat pagi,
Hari ini hari jumaat.


Kalau masa sekolah dulu,
Hari Jumaat merupakan Hari yang penuh nikmat,
sebab penghujung sekolah...
Tapi hari jumaat juga merupakan Hari pertemuan aku dengan En.Bf...


Hehehe~
terpesong...


kalau dulu inilah jadual aku kalau hari jumaat masa Tingkatan 4 & tingkatan 5

6.30 a.m

bangun,mandi,solat dan siap2


7.30 a.m

sampai sekolah dan berhimpun

7.45 a.m

masuk kelas

7.55 a.m

tengok line clear atau x

8.00 a.m

cabut kelas,pergi cari geng untuk cabut sekolah

8.15 a.m

dah merayap di pasar pagi

9.30 a.m

masuk sekolah balik,kalau nasib tak baik dan kena kejar dengan cikgu disiplin awal-awal dah kena sebat pakai rotan.


10.00 a.m

rehat dan makan puas2

10.30 am.

masuk kelas belajar macam biasa

11.50 a.m

balik...kalau ada kawan2 yang nak balik awal,pukul 9.30a.m da sampai rumah balik (^_^)


jadi macam mana?
tiap-tiap minggu akan ulang jadual yang sama,
satu perbezaan yang amat ketara.
masa aku sekolah kat bandar,disiplin memang ketat.
semua perempuan kan?
jadi tak best sangat kalau nak plan cabut-cabut sekolah ni,
apa orang tua kata,tak adventure..hahaha~


kawan-kawan aku masa Form 5 dulu yang sama-sama cabut sekolah dengan aku,
semua dah kahwin...masing-masing dah ada anak 1,
aku sorang je yang tak kahwin lagi.
aku ada anak jugak,anak tekak..hahaha~

dulu kalau duduk berbual dengan diaorang dan cerita pasal kahwin masing-masing ada target nak kahwin umur berapa.

tapi bila habis sekolah target pun lari,jawapan klise.'Da gatal nak kahwin lah, long..'

bukan gatal lah beb,tu tandanya da rezeki kau nak kahwin.

masin gak mulut aku,antara ramai-ramai aku sorang yang cakap aku kahwin lambat dan tentunya aku jadi orang terakhir yang kahwin,selagi aku tak capai matlamat dan cita-cita aku.


tiba-tiba rindu sangat dengan masa lalu...
tak sedar dah 5 tahun aku tinggalkan sekolah lepas STPM...


mungkin ke aku terlalu enjoy dengan hidup aku...
sepanjang aku hidup dan menuntut ilmu ni,
aku paling sayang cikgu-cikgu aku masa form 6..sayang sangat.
tapi kalau ada cikgu-cikgu form 6 aku terbaca blog aku ni,
aku cuma nak sampaikan kata-kata khas untuk insan-insan yang tak jemu-jemu menabur ilmu..


Cikgu Khadijah:

'cikgu terima kasih sebab selalu tebalkan muka dan bela saya dalam bilik guru,walaupun cikgu sendiri pening dengan kenakalan saya'

Cikgu Sarimah:

'Cikgu saya minta maaf,sebab tak lulus ekonomi masa STPM.sebab saya memang tak suka ekonomi,kalau cikgu nak marah,marah mama saya.Dia yang suruh saya amik ekonomi.Tapi cikgu saya menyesal sebab tak belajar ekonomi betul-betul,kalau tak mesti saya dah boleh ambil undang-undang kat UKM'

Cikgu Razali:

'saya tau cikgu akan bangga dengan saya,sebab saya selalu tolong cikgu dalam bilik komputer,cikgu selalu salah panggil nama,cikgu panggil saya JULI,sedangkan nama saya SYAZANA.JULI tu kawan baik saya lah cikgu.Dan cikgu juga tak kan lupa saya,sebab saya orang pertama yang cikgu panggil sebab tak lulus KERTAS 1 BAHASA MELAYU STPM MASA UJIAN PERTAMA.Tapi cikgu hari ni saya nak sahut cabaran cikgu supaya belajar lebih tinggi dan capai level yang cikgu capai hari ni,CIKGU SAYA SEKARANG STUDENT MASTER BAHASA MELAYU DEKAT UNIVERSITI YANG CIKGU PERNAH BELAJAR DULU,cikgu tunggulah mana tahu satu hari nanti kita akan duduk dalam bilik mesyuarat yang sama.'

cikgu saya rindu bila cikgu sebut macam ni dan bertanya pada pelajar lain:

'awak ada nampak anak dara saya tak?'

walaupun masa tu saya tau cikgu cari saya,dan saya sembunyi sebab saja je nak main-mainkan cikgu.

Cikgu Sharifah:

'Terima kasih cikgu sebab selalu membebel dekat saya,selalu suruh saya ketuk ketampi sambil disaksikan adik-adik tingkatan 3,terima kasih bukan sebab saya seorang je kena denda tapi satu kelas pun sama sebab kitaorang tak buat rumusan bahasa Melayu yang cikgu suruh.Dan terima kasih sebab cikgu percaya yang kami boleh berjaya.buktinya cikgu murid-murid yang kena ketuk ketampi ni semua dah bergraduat cikgu'

Cikgu Aida:

'Cikgu saya nak minta maaf sebab selalu tido masa cikgu mengajar,sebab kelas cikgu selalu awal pagi,dan cikgu tau kitaorang tido dengan nyenyaknya....tapi cikgu tak pernah marah.Nasib baik kitaorang lulus subjek pengajian am'.

Cikgu Asimat:

'Cikgu memang best,sebab selalu je dapat baca mata saya,kalau saya tak suka orang dan apa yang tersirat dalam hati saya,sampaikan mengumpat pun cikgu boleh join sama,Cikgu terima kasih sebab bagi saya ponteng kelas tambahan,cikgu macam tau je hari tu first date saya dengan En.BF.'

Cikgu Haida:

'Cikgu adalah cikgu jawa yang paling saya sayang,kerana cikgulah saya minat sejarah dan boleh score masa exam walaupun tak cemerlang,cikgu bangga dengan saya sebab saya antara pelajar subjek sejarah yang cemerlang tiap-tiap kali ujian,owh dan terima kasih cikgu sebab masa spot chek cikgu tolong simpankan handphone saya..sayang cikgu..hehehe~cikgu if u free jom ngombe-ngombe'.

Cikgu Bachok:

'Terima kasih cikgu sebab sanggup tandatangan surat rayuan saya untuk masuk ke Universiti,cikgu yang bagi nasihat kat saya suruh buat macam-macam,kalau tak mesti saya tak masuk U dan tak tercapailah cita-cita saya,walaupun saya tak suka anak cikgu yang bajet bagus dan tak boleh tengok orang lebih dari dia,tapi saya sayang cikgu sebab cikgu baik'...


okey dan yang terakhir untuk bekas pengetua SMK TUN SARDON

Puan Munajaha:

'Cikgu mintak maaf sebab buat cikgu mengah akibat kejar saya dengan rotan,sepatutnya cikgu biarkan je saya ponteng perhimpunan jadi cikgu tak mengah kejar saya dan kawan-kawan yang lain,terima kasih ye cikgu sebab tak bagitau mama tentang perangai saya walaupun cikgu kenal baik dengan mama saya.'


sekarang korang boleh analisa sendiri aku ni orang yang macam mana...
(^_^)

25 March 2010

Bukan sahaja Girlfriend malah....

Salam,
rajin tak aku update minggu ni?
rajin lorh~

tak da buat apa,
kan aku ada bagitau aku kerja dengan En.Bf kan.
Haruslah siap cantik-cantik.
tak adalah nak cantik sangat.
Cantik sket je lah.
kata P.A kan,haruslah nampak cantik.

Brlah bf aku yakin nak gi kerja tengok awek dia cantik je kan.
hahaha~
motif.


weih jom layan gambar,

P.A yang tengah bersiap menanti bos jemput di rumah.. :-p
Dia memang turun site,tapi aku punya opis kat dalam kereta dia...

Aku memang dah jatuh cinta dengan bidang pembinaan ni ya,cuma tak direstui oleh En.Bf atas sebab-sebab tertentu.

Kau nampak tak bro tu kat atas.Kalau aku memang tak terbuatlah,berani gila.EnBf kata diaorang ni Group Profesional yang memang buat kerja-kerja panjat memanjat ni.
Aku memang kagum dengan pembinaan,
kau bayangkan (cepat pejam mata)
hari semalamnya aku datang,benda-benda ni semua tak siap pasang lagi,
jadi bila aku datang balik dan tengok dah nak siap pasang,teruja sangat.
adakah itu antara kecanggihan teknologi @ kebijaksanaan manusia?
aku banyak belajar tentang pembinaan dari En.Bf,
dari tak tau apa-apa,sekarang aku dah tau banyak istilah-istilah yang dia selalu sebut.
Dan En.bf pun tak lokek nak ajar aku apa yang dia tau.
Tapi dia ruga gaklah ada P.A macam aku yang kuat makan,
selang 3 @ 4 jam sekali aku dah sibuk merengek lapar....
nasiblah En.Bf sama je dengan aku....
sebab tu kami sama-sama SIHAT...suke~
Aku tak tau nak tutup entry macam mana,
okeylah bye-bye...



24 March 2010

Bertukar Jantina.

Salam,
selamat malam...
jangan tido lagi sebab aku nak post entry baru..huhuhuhu~

Aku nak tanya ni,
korang mesti sangat jelas dengan golongan yang jadi tajuk utama aku tu kan?
Okeylah....
Mak nyah ni Lelaki sejati yang nak jadi perempuan...

ada dari golongan ni yang jadi perempuan dan lebih cantik dari perempuan,
kalau dah memang jadi lelaki tu tak hensem,maka lau jadi perempuan pon memanglah tak mantap, ye tak?

aku tulis entry ni bukan nak mengutuk diaorang atau membela diaorang.
Aji gila nak membela, besok kat akhirat sapa nak membela aku pulak?
adakah?

Dulu aku ada kawan baik dengan seorang lelaki ni,
tersangatlah handsome orangnya,
fizikal memang mantap...
memang jejaka idaman malaya.

Tapi bila matahari berlabuh dia bertukar jantina menjadi wanita...
(atenya da macam Wolfman pulak kan? bila malam je bertukar)
tapi bukan untuk menjual diri ye..
bila aku tanya kat dia,kenapa dia suka jadi perempuan?
dia kata suka-suka untuk kepuasan.
kalau beberapa tahun sebelum,memang dia betul-betul seorang Mak nyah yang superb.


kalau dia jadi perempuan memang cantik dan jelita
dah aku kata dia lelaki yang hensem....
masa aku kenal dia, dia dah mula berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi lelaki yang sejati semula.

Ramai pompuan-pompuan minat kat dia,
sampaikan ada antara perempuan-perempuan ni yang cemburu kat aku sebab sangatlah rapat dengan lelaki ni.
kalau aku pakai skirt,dia pon pakai skirt..
kalau aku pakai baju kurung,dia pon sama.
kitaorang dah macam aur dengan tebing,
cuma kalau dia masuk toilet lelaki,aku tak pernah ikut lah pulak.
Best ke toilet lelaki?
hahaha~

Kau tak bangga ke jalan dengan lelaki yang teramatlah hensem...
aku sangat sayang dia...tak lebih okey.Hanya sebagai kawan baik.
Kali terakhir aku jumpa dia 7 tahun lepas...
Sangat rindukan dia..
aku tak tau dia kat mana sekarang ni.

Kali terakhir kitaorang jumpa,aku dengan dia nangis teresak-esak...
Pelik ye kalau orang tengok,sampaikan bos cafe tu datang kat aku dan dia tanya kitaorang ok ke tak.


Kenapa aku dan dia menangis.
Sebabnya aku suruh dia berubah jadi lelaki semula,tak kan sampai tua dia nak macam tu,
dia memang nak berubah dan yang paling aku rasa tak sangka,dia nak aku jadi girlfriend dia,lebih dari kawan...
mana boleh,aku sayang dia sebagai kawan je dan tak kan lebih.
Bukan kerana dia mak nyah atau lelaki yang tak sempurna...aku tak nak.
Tapi kerana perasaan aku tak lebih dari sayang seorang adik kepada abang.
kenapa perlu berubah hanya kerana manusia?
bukan manusia yang jadikan kita.


Dia sangat baik,
dia tak pernah marah aku,
dia tak pernah nak merajuk dengan aku lama-lama.

Dia jadi macam tu sebab kena tinggal dengan awek dia dulu..
adoyai..nampak macho
tapi hati kaca...berderai.
dia akan berubah terus kalau aku setuju bercinta dengan dia..
untuk apa?
dia bukan berubah kerana agama,tapi kerana aku?


Kalau ditakdirkan aku dengan dia tak ada jodoh,
adakah dia akan kecewa lebih dari itu?
terus jadi Mafia pulak?
tak ke susah tu...
silap-silap aku kenal panggil dengan interpol.

okey aku dah melalut...
aku cuma berharap dia dah berubah..
dia jadi lebih baik dari dulu..


En.Bf?
aku rasa dia tau pasal ni.
aku pernah cerita dengan dia dulu.
Dia pelik sebab aku ni boleh je kawan dengan sapa-sapa.
aku tak kan pandang rendah pada orang lebih-lebih lagi dari perjumpaan yang pertama.
siapa pun orang yang aku kenal,aku akan anggap sebagai kawan.

itu aku,
sebab tu walaupon dia 2 alam,
aku terima dia seadanya..
kau agak sapa yang ajar aku berpakaian seperti wanita?
dialah orangnya...
makeup pon dia gak,
cuma masa tu aku budak-budak lagi,
manalah nak heran sangat pasal makeup ni.
aku belajar makeup pon 2 tahun yang lepas,


Tapi walau apa pon,
aku doakan dia sihat dan sejahtera,
semoga Allah S.W.T merahmati hidup dia dan melindungi dia dari benda-benda yang tak elok ni.

Yang paling penting dia dah berubah.
jadi lelaki yang sejati...



Kepada En.Bf ku..
jangan risau ye,
ini cuma kisah 'semalam',
yang aku tak pernah lupa..
kisah pengajaran untuk semua,
tiada siapa yang sempurna,
lebih-lebih lagi bila jiwa kita merana.


okey,aku nak tido dah ni,suke~
Tok mak dah bentangkan tilam siap-siap,
tinggal aku letak badan je...
bye-bye babes...

Bekerja dari rumah

Salam,
selamat tengah hari...
kau dah makan?
aku?
alhamdulillah...
aku baru je lepas makan karipap panas+air batu campur+nasi goreng pagi tadi=sorga...


aku kalau kat kampung memang tak cerewet makan,
tapi kalau balik upm memang cerewet sangat.
pelik betul.
sebab kalau kat kampung ikan goreng+sambal belacan je aku dah ok...
kalau kat upm,boleh je nak cari lauk macam tu...
tapi nanti mulut aku menceceh lah..
sambal belacan x sedap lah,
ikan goreng lembik sangantlah..
teruk okey.



itu sebenarnya ayat-ayat tak nak dok upm.
suasana kat kampung memang best.
nak study pon heaven je rasa malas...muahaha~

okey hari ni aku tak kuar ikut En.Bf macam semalam.
Tapi aku buat kerja kat rumah je,
apa guna ada laptop ngan broadband kalau tak guna ye tak?
jadi aku buat kerja En.Bf kat rumah je.

Memang lah gaji aku tak semahal korang,
kalau kau dengar gaji aku alahai...ciput..
tapi alhamdulillah,janji ada rezeki aku walau sikit.
En.Bf pon bukan jutawan nak bayar aku riban-riban.
setakat keja kira hari dan keja habiskan duit dia..
hush,sekarang adalah masa untuk berjimat cermat ye...
kata nak kahwin kan?kan?kan?
bila ye?
tak tau lagi hehehe~



Kerja En.Bf aku dah siapkan,
karang nak hantar kat dia baru aku last cek.
jadi En.Bf tolong sediakan buku cek..muahahaha
kejis~


aku nak edit resume jap,tapi seronok gak buat semua benda tak terkejar-kejar ni...
fuh..nikmat...semoga aku tak lalai nak siapkan tesis...
okey babes selamat menjalani hari rabu dengan gembira,untuk sapa-sapa yang sedih,
aku doakan korang cepat-cepatlah menghapuskan kesedihan itu...
nikmati hidup anda dengan sebaik-baiknya.(^_^)

23 March 2010

Aku bekerja bersama-sama dia

Salam,
selamat malam,
lega sangat baru je lepas mandi...
korang da mandi?
hehehe~
soalan manusia yang dah kehabisan idea..
kenapa ye sejak kebelakangan ni macam kekeringan idea je,
rasa-rasanya aku dah kurang membacalah.


hari ni merupakan hari ke-4 kat kampung..
kau rasa?
aku nak habiskan seminggu kat sini,
tapi kalau ikut En.Bf dia suruh tunggu lagi seminggu...
mana boleh lama-lama meh,
aku ada tanggung jawab lain.

sepanjang 2 hari ni,bermula dari semalam,
aku bekerja sebagai Setiausaha+kerani+co pilot+akauntan=teman wanita untuk En.BF.
bermula semalam aku ikut dia bekerja,

Secara seriusnya,bidang construction adalah bidang ilmu yang menarik,
kau tak pernah terfikir ke?
kalau tengok bangunan yang mencakar langit tu semua..
macam mana arkitek mereka cipta bangunan tu,
macam mana buruh-buruh tu boleh bina bangunan-bangunan tu..


banyak sangat soalan aku dari dulu,
dan En.Bf tolong jawab satu persatu soalan aku dengan baik dan detail.


Bukan mudah untuk kita bekerja dengan orang yang kita cinta,
kerja kau kena profesional,silap-silap cara kau bekerja boleh buat korang bergaduh ye.

itulah aku dan En.Bf....
dulu ,masa cuti sem pernah gak lah aku kerja dengan dia.
MEmang kitaorang selalu gaduh,bukan sebab peribadi,
tapi sebab dia tak beri arahan dengan sempurna dan aku pulak suka buat ikut rasa je.


nanti aku sambung lagi,tiba-tiba rasa letih...huhuhuhuhu...
bye...

My life is under construction....

Salam,
wuhuuuu..
tajuk mantap ye...macam apa je kan bunyi...

ye aku tengah menyusun balik hidup aku yang caca merba ni....
aku masih kat kampung dan memang tak ada hati nak balik UPM minggu ni...
sambil ditemani Tok mak yang tengah nyenyak tido sebab hujan,auntie mah yang dari tadi sibuk mengemas rumah dan Cik diman yang sibuk mengadap hal-hal orang kampung....
Aku?
sibuk melayari internet sambil menjana idea untuk soal selidik yang tak siap-siap lagi ni.

Kebarangkalian untuk menambah lagi satu semester tu ada,
buat masa ni aku buat tesis aku secara perlahan-lahan,
aku perlukan keadaan dan lokasi yang tenang.
sekarang pilihan semua kat tangan aku,
lepas berbincang dengan Puan Pensyarah,
aku rasa lebih yakin.

Aku tak nak terburu-buru,
sebab aku bukan orang yang bijak dalam penulisan ilmiah ni,
aku tau kalau aku caca merba tak da benda yang jadi.

Jadi biar lambat asalkan siap.
sapa setuju angkat tangan.... (^_^)

Bulan 5 dah boleh fikir pasal kerja memandangkan aku masih kelam kabut lagi nih...
aku abaikan sekejap pasal kerja ...
muahaha..
kerja sekarang adalah menghabis kan duit tabungan ye....

Jadi kepada sapa-sapa yang terlebih duit tu tolonglah derma kepada pelajar seperti saya...
(^_^')



MEmang banyak masalah akhir-akhir ni...
entry sebelum-sebelum ni pon aku dah bagitau...
kat mana lagi nak luah perasaan,blog adalah salah satu landasan untuk aku meluahkan perasaan dan berkongsi cerita...


Tak mau kusut-kusut,
sekarang ni tiap-tiap hari mesti bangun dengan senyuman...
senyum...senyum...senyum
mama selalu je telefon bagitau sekolah dia memerlukan Cikgu ganti untuk Bahasa Melayu,
sebab cikgu yang mengajar tu bersalin.
tapi jadual aku tengah tak betul sekarang ni....
tak boleh ler aku nak menerima tawaran tu.


mama kata graduan-graduan yang memohon untuk cikgu ganti dan GSTT tak ada yang amik bahasa melayu...
adakah cikgu Bahasa Melayu telah kekurangan sekarang ni?
muahahaha~ itu tandanya ilmu dan tenaga aku diperlukan... *blush...


poyo sekejap ye....
takpe lah belum rezeki,bukan tak nak ,cuma sekarang ni banyak ulang-alik dari johor ke UPM,jadi kalau aku terima kerja tu,aku tak boleh nak cuti-cuti.Gila kau dah lah satu sekolah dengan mama aku,lepas tu tak kan nak tinggal kelas budak-budak tu semua semata-mata kerana hal aku...itu pentingkan diri namanya....


Jadi baik aku tak payah terima langsung.
karang kesian kat anak-anak orang tu sebab cikgu selalu tak ada.

owh ye pasal,entry aku marah-marah kat adik aku hari tu aku bagitau je lah.
dia kena tahan kat balai,dan aku pergi jamin...tu yang punca aku mengamuk awal-awal pagi...

untuk kau yang ada anak perempuan,adik perempuan,anak saudara perempuan dan sebagainya,lindungi dan jaga mereka baik-baik,bila dah degil macam adik aku tu susah nak nasihat.Dunia sekarang ni macam-macam,kalau anak-anak bagi alasan jangan percaya sepenuhnya,selidik dan siasat dan kalau nak sporting pun bertempat.


Macam adik aku ni,mama aku garang gila pun dia bukan tau takut,aku ingat dalambadan dia ada hantulah...hahaha~entahlah mungkin ada kesilapan kami sekeluarga yang kitaorang sendiri tak nampak kan.


apa pun aku nak gi mandi...petang ni kerja.Kerja habiskan duit En.Bf...bye...

22 March 2010

Damia mengurut ibu...

Salam,
selamat petang..
hush penatnya hr ni...
aku nak cerita pasal benda basi..
yang berlaku minggu lepas...



Dah tentu-tentu korang tau kan yang blog aku penuh dengan cerita pasal manusia-manusia yang aku sayang.


jadi entry kali ni dah tentu pasal si manis Damia...
Hari tu masa ibu dia mintak bibik urut badan,
dia dengan adik dia terus baring meniarap kat depan bibik..
rupa-rupanya sebelum bibik urut ibu,
bibik kena urut dia dan adik dulu.

Kecik-kecik dah pandai meh...
kau tengok gambar bawah ni...
dia tolong bibik urut ibu dia...


yang baring tu ibu dia,yang pakai baju pink tu bibik,yang poyo mengurut tu dia lah...si manis Damia.
tapi minggu ni aku tak jumpa diaorg lagi..adoyai si kecil along rindu kat kamu...
owh..ye..dia dah pandai pow aku air vitagen....bila dia mintak vitagen dengan aku,si adik akan peluk kaki aku kuat-kuat sambil gigit geram..sebabnya kalau dia tengah main lari-lari,aku akan tangkap adik dan gigt betis dia...hahaha...okey hobi aku memang suka menggigit...nanti aku cerita lain kali ye....
nak rehat-rehat jap...penat...

20 March 2010

Susahnya nak cakap

Hati aku sakit betul,
dah lah tak boleh tido.
Pagi-pagi lagi aku dah dapat berita yang kurang baik.

Ya! Allah berikanlah aku kekuatan dan kesabaran.
Aku tak tau macam mana nak mula.
Tak tau sama ada nak cerita dalam blog atau tak.
Tak tau nak cakap dengan sapa perasaan aku sekarang ni.
aku betul-betul tak tau.

Aku buntu sangat....
Cuba kau bayangkan...dah lah kau nak tido payah.
Tak sempat nyenyak kau dah dikejutkan dengan berita buruk...
apa yang patut aku cakap?

Kenapa susah sangat dia nak dengar cakap aku,
aku dah agak kawan-kawan dia cuma menyusahkan.
bukan nak menuju ke arah kebaikan,makin menjahanamkan adalah.

Kalau aku cerita kat sini,ramai kawan-kawan yang kenal akan baca.
mungkin aku tak kan malu sebab bukan aib aku.
tapi ni hal keluarga,kalau hal keluarga bermaksud aib aku juga.
kusut kepala ni,aku betul-betul buntu.

Tapi aku kena fikir matang,selesaikan satu-satu.
kenapa?kenapa ye....selesai satu masalah datang lagi masalah lain.
susahnya aku nak faham hidup ni.
pensyarah aku kata,"hidup kalau tak ada masalah,tak da cabaran.Awak akan rasa boring je sebab hidup awak ni mendatar".


Tapi bila dah banyak masalah,macam ni pulak.sampai aku tak boleh tido malam dan rasa marah yang amat sangat sehingga mengundang kepada kelaparan. *sigh
waktu-waktu macam ni pon aku masih sempat nak rasa lapar.


maafkan aku,aku bukan tak nak cerita apa-apa,
tapi lebih baik aku luahkan perasaan aku berbanding aku cerita perkara yang sebenar.
bukan aku takut pandangan korang pada aku,tapi aku takut orang lain yang terasa tentang entry aku ni nanti.

Ya! Allah....sabarkanlah hati aku ni,
sabar,sabar,sabar,sabar,sabar.......
aku dah tak boleh nak bertenang dan dah tak boleh nak tido balik.
kalau ikut mulut aku da memang berbakul perkataan jahanam dan makian keluar dari mulut aku.



Kenapa tak kau biarkan aku rasa hidup aman untuk sementara?
boleh tak?
kenapa kau sentiasa menyusahkan?
kenapa kau tak pernah fikir pasal hidup kau langsung?

Kalau aku tak fikir kau ni darah daging,
da lama aku biarkan kau,aku tak kan tolong kau.
belajar dari kesilapan.
tapi kau tak pernah nak belajar,kau tak insaf pun.
kenapa kau ni susah sangat nak jaga hati orang tua kau?


aku ni pun jahat juga,
degil lagi lah.tapi banyak benda yang kita kena fikir sebelum kita lakukan.
terlalu banyak,kalau nak diikutkan hati ini lah jalan mati,
kalau nak diikutkan rasa inilah masanya berhadapan dengan segala masalah.
KAu dah senang-senang hidup tak ada masalah,
tapi kau cari masalah.
aduhai....manusia apa kau ni.

kalau ikutkan hati aku nak cekik-cekik kau sampai mati,
geramnya aku,sekarang aku pulak yang nak kena selesaikan semua masalah kau.

Wahai adik ku,
kau tahu betapa kecewanya mama kalau dia tau macam ni lah sifat kau.
kenapalah kau ni...eeeeeeeeeee...geramnya aku....

aku tak tau macam mana nak berhadapan dengan hari esok....

19 March 2010

Hanya 15 minit

Salam,
selamat malam.

aku rasa macam lapar lagi lah...
macam mana ni?
huhuhuhu~

okey~
aku nak cerita pasal filem hindustan.
ahad lepas aku tido lambat sebab melayan bibik tengok TV.
mula-mula macam malas nak tengok,tapi tengok bibik khusyuk sangat aku pon tumpang sekaki melayan.

Cerita ni memang best,pada aku lah tajuk dia 'Ghajini',hero dia Aamir Khan.
mula-mula cerita memang best dan gembira je,
bila dah scene klimaks tu,banyak scene-scene yang agak sedih.

aku ambil yang aku rasa penting je lah ye.
Hero mengalami penyakit mental.
dia cuma boleh ingat selama 15 minit je,
lepas 15 minit dia akan lupa balik apa yang orang-orang sekeliling dia cakap dengan dia sebelum tu.



jadi dalam 15 minit yang bermakna itu dia akan catat segala maklumat yang dua perlu tahu dekat kertas-kertas kecil dan tampal kat tempat-tempat yang sepatutnya.

contohnya,kalau dia bangun tido,mesti ada kertas kecil yang menandakan arahan supaya dia mesti menanggalkan baju dan mandi,begitu juga dengan perkara-perkara yang lain.


Kenapa dia jadi macam tu?

kerana kekasih dia kena bunuh,depan mata dia sendiri dan nasib dia pon tak berapa baik.Orang jahat tu hentak kepala dia pakai besi.


bukan tentang filem tu yang aku nak kupas.

aku cuma terfikirkan tentang 15 minit yang berharga tu.

cuba kau bayangkan kalau kita cuma ada 15 minit untuk tahu tentang segalanya,lepas tu kita lupa semuanya.

kalau aku,aku mesti kecewa dengan hidup...kerana aku ada 15 minit sahaja.

15 minit untuk aku kenal ahli keluarga,
15 minit untuk aku kenal kawan-kawan,
15 minit untuk aku kenal orang yang aku cinta.



selepas 15 minit aku akan lupa segala-galanya...
itu pasal kehidupan,cuba kalau belajar?
apa tak naya korang dalam 15 minit lupa semuanya.
masa periksa nak jawab apa?
tak pasal-pasal boleh gagal.

kalau hal keluarga dan kawan-kawan mesti diaorang boleh bagitau kau selalu siapa diaorang.
tapi bf kau boleh.

maksudnya,tahan ke setiap hari datang dan memperkenalkan diri sebagai orang yang baru kau kenal dan tak kan nak suruh dia pakai name tag pulak kan?
dan bagitau yang dia tu bf kau.


kalau dia betul-betul sayang kau macam orang tua kau,mesti dia tak putus asa datang jumpa kau hari-hari dan cakap macam ni

"hai,nama saya si polan,saya bf awak?"

kalau tiba-tiba penyakit kau meroyan?
terus je kau tembak dia pakai M-16.

hahaha~
haru je kan.

Tapi itu kan ketentuan,
kita tak tau kalau benda macam tu jadi kat kita..kan?kan?kan?



kalau aku?
aku tak tau aku mampu hadapinya atau tak.
cabaran dan dugaan....
kita manusia biasa kan?


Jadi aku cuma amik pengajaran dari filem tersebut.
walaupon susah,aku mesti berusaha untuk berjaya...


dalam cerita tu,hero walaupon tak berapa sihat,
dia berusaha untuk mencari siapa pembunuh kekasih dia,
dan akhirnya dia berjaya membunuh lelaki yang telah memusnahkan harapan cinta dia.
walaupon masa tu badan dia dah cedera parah akibat kena tikam dengan besi.



bibik lah yang sensitif,mula-mula poyo tak nak tengok.
lepas tu dia pulak yang lebih-lebih.



okeylah sebelum aku merapu dan merepek ada baiknya aku membuta.
bye-bye.

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"

Salam,
Pembaca-pembacaku sekalian...
Aku ingin mengkhabarkan sesuatu,
sesuatu yang datang dari kotak email ye...
mari kita kongsikan...



Aku nak ajak korang jalan-jalan dan pastikan korang semua mesti kosongkan jadual pada 17 april 2010.




Tak rugi okey kalau korang nak lapangkan minda dari stress yang melanda,aku pon nak join juga,yang penting aku nak share dan bagitau kat korang yang Gatsby Deodorant Street Fair akan diadakan di Times Square.Kalau korang memang ada niat nak pergi sana untuk bershopping jom luangkan masa untuk bersuka ria...






Tolong-tolong...tolong pangkah kalendar anda pada 17 april 2010,bermula pada pukul 10 pagi sehingga 5 petang bertempat di Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

ada lucky draw,sumo bagai dan segala benda yang korang expect ada kat fun fair pon ada kat Gatsby Deodorant Street Fair ni ok! (T_T) *aku dah jadi sangat teruja sekarang.

Aku dah lama tak bersenam dengan permainan-permainan yang meriah macam ni,jadi korang jangan teragak sebab ada banyak hadiah yang tunggu korang kat sana bernilai lebih dari RM15,000.00 tau.

Paling penting korang semua kena pergi tengok kat http://www.gatsby.com.my/streetfair

korang nak kena daftar dulu,kat sini abaikan gambar yang aku upload,memang kabur dan tak jelas sebab aku amik dari handphone yer...cuba untuk copy tak dapatlah ye....aku tak tau kot,mungkin sebab aku buta komputer ni.Tak pe lah yang penting korang lawat laman web yang aku dah bagi tu dan main game yang best-best......

jangan lupa klik sini

Kalau kau rasa info aku tak menarik,pergi kat laman web dia tau,aku dah teruja ni.Yang penting aku nak pergi....

Jumpa kat sana....(^_^)

aku nak sambung main game Gatsby
















Kena TAG

(1)adakah anda rasa HOT?

~panas gila cuaca sekarang ni,sampai demam2 aku tak kan lah tak hot...

(2)Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang?




~ni je lah yang aku pakai...tak nak tukar.









(3)Cerita pasal gambar?

~aku sangat suka ambil gambar lebih-lebih lagi bila dah rajin menulis dalam blog ni.










(4)Bila kali terakhir anda makan pizza?

~3 minggu lalu kot dengan ayu dan syira...eh x ingat lah.











(5)lagu terakhir anda dengar?
~Nickleback-never gonna be alone










(6)apa yang anda buat selain dari menyelesaikan tag ini
~berYM dengan manusia yang Tag aku ni lah












(7)Selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
~Along,Syazana,Syaz.....erm...caca *blush









(8)Tag lagi 8 orang

(1)sis myra
(2)anna
(3)amy
(5)Husna

(pandai x aku...muslihat)









(9)siapakah orang nombor 1 kepada anda
~i dont know her,she dont know me but i like to read about her and her adorable daughter everyday.








(10)katakan sesuatu mengenai orang nombor 5
~Cantik









(11)no.3 ada hubungan dengan siapa?
~maaf aku tak tau,nanti aku tanya...mungkin dia ada skandal dengan Brad Pitt kot...muahaha









(12)kata-kata cinta untuk orang no.2
~Tiada,kerana dia sendiri dah banyak kata-kata cinta untuk diri sendiri.










(13)berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mentag anda
~gila-gilax5









(14)persamaan antara kambing dengan lembu
~tak pandai mandi dalam bathtub











(15)perasaan anda buat TAg ini
~lapar.....













(16)adakah anda tau si Rizman itu sengal?
~which Rizman? aku tak pernah kenal lelaki nama Rizman.












(17)gay or less
~Tegak okey......muahahaha

SEPULUH (^_^)

Salam,
Selamat pagi...
amik masa korang jap..layan benda nih...

10 Perkara:

(1)Siapakah diri anda di rumah?
~saya adalah seorang kakak yang 'gila' dan kuat membebel,sangat suka tido dan tengok kartun,suka menjerit di telinga kucing.


(2)Siapakah diri anda di samping rakan?
~Seorang pendengar yang setia,tak kan biarakan rakan saya kesusahan,sangat melindungi,agak sensitif yang penting saya sayang kawan2 saya..antaranya dia yang di dalam gambar ini.
(3)5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai
a)Habiskan master
b)Banglo
c)kereta baru
d)kahwin hehehe~ gatal
e)Pekerjaan yang mantap (T_T)
(4)siapakah nama pasangan anda?
~nama buah jantung saya ialah Syaiful Hafis bin Abdul Rahman....
(5)ceritakan 5 perkara tentang pasangan anda


a)dia sangat sayangkan orang tuanya
b)kuat bekerja
c)memahami saya
d)menjaga saya dengan baik
e)yang penting saya sebahagian dari hidup dia..hikhik...*saya dah malu ni
(6)bila tarikh anda couple?
~erm....4 syawal...6 tahun yang lepas...

(7)apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
~anda melihat wajah saya ini?kami selalu bergaduh dan bergaduh.x da kenangan pahit kot setakat ni..semuanya Alhamdulillah...
(8)Lagu tema cinta anda...
~erm,banyak takut kamu muntah hijau plak..antaranya,
*Sempurna-Andra and the backbone
(9)apakah perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda...
~tiada apa yang perlu berubah,saya terima dia seadanya.
(10)tag 10 rakan anda yang lain...
*maafkan saya,saya ambil dari blog sifu pinko...silalah tag diri anda sendiri ye?







15 March 2010

Dating with buddy

Salam,
selamat malam....
miss my diary...


perasaan bercampur baur...
tapi x nak bgtau kau,sebab nanti aku emo...hahahaha~
lets talk about my dating...
wuhuuuuuuuu
buddy thank you so much....


Kau nampak x kat muka aku ada bintik hitam tu...jerawat ok..benci~
My fresh orange....sorga....

LEmon chicken rice
aku ngan syira makan kat Rengit Coffe...
kitaorg lepak kat bpmall je sepanjang hari...
nice beb...leh layan masuk kedai emas gitu...muahaha survey tuk hantaran...kenapakah?
ni sebab layankan syira lah aku masuk kedai emas..hahaha~salahkan orang lain.
lepas lunch..jalan2..habiskan masa sebelum tengok wayang..
kitaorg layan FROM PARIS WITH LOVE...syok beb
baik kau gi tengok, x rugi duit kitaorg..hehehe~
memang teruja habis....aku ngan syira siap gelak2..padahal cerita 18SG ye...
memang ganas...tapi nice...i loike...(*_*)
secara keseluruhannya...
i love monday....but only today..next monday confirm...monday blues...muahahaha
sorrylah
entry aku sekarang ni sebu2 belaka...
aku tengah serabut lah..
bye...see you babes...


14 March 2010

My ironman.. (T_T)

Salam,
Selamat malam...
rajin aku kan mengupdate..
takot besok aku malas..jadi aku bg double ok
sambil2 ditemani jerit pekik budak2 kampung yang tengah main takraw kat sebelah rumah....sesudah tamatnya melayan hindustan ngan bibik..makanya aku sambung entry ni balik.
ni gambar last week...
with my bumblebee..hahaha~
see2..i miss him so much...
gilos kan?sedangkan siang tadi separuh hari aku ngan dia...







masa ni kitaorg nak tengok wayang...Niyang Rapik...
kau tgklah tu...semua hal kerja..asal hp berbunyi..mesti pasal kerja..
aku yang ikut dia gi kerja pon naik gila sebab hp asyik berbunyi...
tapi camana dia leh tahan ye?
mungkin sebab tu kerjaya dia..
aku selalu je bebel ngan dia....bz memanjang kadang2 x da masa untuk aku,
merajuk bagai,aku x pernah nak faham dan terima kehidupan dan kerjaya dia...
sebelum nilah,la ni aku tengah belajar2 memasuki kehidupan dia secara tenang...
eeceh ayat aku...









SEjak aku mempunyai masalah hidup yang berat..
lelaki ini merupakan antara manusia2 yang sentiasa berdiri kat sebelah aku...
yang sentiasa buat aku ketawa walaupun dia berduka,
yang sentiasa tadahkan telinga untuk luahan hati aku...
tapi aku x pernah nak faham isi hati...
5 tahun lebih aku bercinta dengan dia,
dia tahu segala2nya tentang aku,dia boleh baca isi hati aku...
dia boleh nampak apa yang aku lakukan walaupon melalui suara je...
yang penting aku memang x boleh nak bohong dia.. *sigh
confirm kantoi...nak wat surprise pon dia leh hidu...kau bayangkanlah..
(bayangkan..bayangkan cepat..)..
formula apa dia pakai aku pon x tau...


Tapi aku,
x brapa nak faham dia,
selalu marah2...okey..aku adalah pompuan yang emosi x stabil okey...
dia slalu je layankan aku bebel2 ...
yang paling bahagia..kitaorg suka gaduh...
dan bahasa adalah kasar ok....
lepas gaduh slalu je kitaorg mintak maaf dan gelak2 balik...
dia lelaki yang gila ok...hahaha~
aku pon sama...pompuan yang sakit...






owh..aku pon x tau knapa aku tulis entry ni..
mungkin sebab masa aku meradang ngan dia siang tadi,
aku banyak fikirkan kebaikan dia kot...
dia lelaki biasa...
lelaki yang panas baran,
emosi x stabil,
cepat kusut,
suka marah2,
cepat naik angin,
mulut laser,
kuat bebel (kalah mama aku)

adakah ini kebaikan?
hahaha~
aku kejis~




Kenapa tajuk entry aku MY IRONMAN?
jawapannya...selepas iklan ini...
hahahahaha~
suke aku kena maki kalau bagi jawapan macam tu...
kenapa ye?
bagi aku...sebab...
bila dia bangun tido je,dia akan terus setting kerja..sebelum dia mandi tau.
dia akan call semua manusia yang berkaitan ngan kerja2 dia.
barulah dia bangun untuk mandi dan siap2 pergi kerja...
since dia bangun hp dia x kan berhenti berdering...
x kan....*sigh (^_^')






kalau pagi2 dia dah sibuk,
dia akan call aku pukul 9 @ 10 pagi,paling lambat tengah hari..
tapi kalau segala2nya berjalan lancar bermula dari pagi...
awal2 dia akan call aku.
such a busy man...






soalan aku yang pertama kalau call atau sms..

aku:b bz?

kalau dia kata bz,aku x kan teruskan sms kecuali betul2 penting dan aku akan terus letak call kecuali betul2 urgent.
tapi bila dia free,dia akan call aku.
kalau hari minggu,bangun je tido dia akan call aku dulu...




waktu kerja untuk kita semua adalah 8a.m-5p.m
tapi untuk dia...24/7
non stop...non stop okey...walaupon masa tu aku br je menggedik nak manja2 ngan dia..
atau masa tu tengah makan ngan aku,ataupun masa tu tengah tengok wayang...
dulu aku selalu mengeluh...
tapi dia cuma pandang aku dan cakap 'sorry sayang..' dengan buat muka comel dia tu..
x da maknanya nak comel2 depan aku kalau aku dah merajuk.






susah...susah sangat nak faham hidup orang lain...
aku manusia yang pentingkan diri sendiri..
camana aku nak belajar untuk terima kehidupan orang lain?
tell me? tell me?
someone told me...
'Along,lelaki yang kuat kerja adalah lelaki yang ada impian dan matlamat.dia bukan x pentingkan kehidupan.Tapi bagi dia,dia dah ada CINTA, matlamat seterusnya adalah untuk menjadikan CINTA itu milik dia.Sebab tu dia berusaha keras,kerja betul2 untuk HIDUP dengan CINTA dia.'







fine,
aku termakan dengan kata2 ni...
bukan kerana dia bf aku,aku puji dia melambung2..
dia x baca pon blog aku ni,x da masa nak belek internet pon..
sedangkan email dia tu slalu aku yang cek.
internet bukan life dia...





My Ironman...
lelaki yang kuat bebel macam mak nenek...(matiklah aku kena piat kalau dia tau aku taip lagu ni)
dia akan bebelkan aku sampai telinga aku berdarah...(dalam istilah aku lah)
maksudnya sampai aku akan jerit pada dia..
'b,stop it..bebel je lah u ni'
dia berhenti sekejap je..mana leh aku hidup ngan tenang lama2...pastu dia sambung r balik.








Kau pon ada bf gak kan?x bf,mesti dah jadi tunang atau husband..
kau mesti tau diaorg camana,
aku tau pasangan kau mesti lg hebat dr bf aku...
tapi aku bersyukur..macam kau gak..
kerana ada gak lelaki nak jatuh cinta ngan aku...kalau nak diikutkan rupa paras memang fail..
i x da rupa Rozita Che Wan ok..dia sangat jelita....
perangai dah memang hancus lebur....
macam jantan sokmo....






kadang2 bf aku pening ngan perangai aku...
hahaha~
sapa tahan dengan aku wei...
kalau aku geram ngan dia,
aku akan gigit lengan dia kuat2...sebenarnya kalau aku geram ngan orang lain pon aku akan gigit lengan dia..dan kadang2 dia adalah reda ngan sikap cannibal aku tuh.....
dia akan sebut
'x pe lah sayang..janji sayang bahagia..'








tapi dia suka tepuk dahi aku..
kenapa?
sebab soalan aku kadang2 leh buat dia sakit jiwa...
umpama dia kata..
'kenapa lu x amik undang2 je,leh jadi lawyer.senang nak putar belit fakta...'






dan Ironman aku nih..
dia akan tido kalau semua keja dia dah selesai...
kalau malam ada kerja....selesai kerja br dia tido..
x kiralah pukul brapa..
pernah beberapa bulan lepas...
pukul 1a.m dia masih kat site..
sedangkan aku dah lena diulit mimpi.





kau rasa entry aku panjang?
aku pon dah penat menaip sebenarnya...





kau tengok muka pompuan ni,
ada jerawat degil yang x nak hilang...
keji tol jerawat ni
benci~











entry ni bukan nak puji En.Bf lambung2 okey..
aku ada sebab sendiri knapa aku buat entry ni...
aku x pandai nak buat puisi yang jiwang2 untuk dia..
cukuplah dalam diary on9 ni aku luah segala...






jangan korang muntah hijau sudah...
aku cuma nak ajak korang menghargai pasangan kita...
walaupon aku x tau jodoh aku ngan dia sampai mana..
dan aku sangat berharap..agar dia menjadi yang terakhir....







bukan nak puji diri sendri ye...
sapa yang boleh jadi macam aku?
selalu kena marah dengan bf sendiri walaupon bukan salah aku
selalu kena bebel kalau dia tengah mental
selalu kena herdik suka2
dan selalu je.....
tapi aku x pernah menyesal,sebab bagi aku lelaki ni yang banyak ajar aku erti hidup,
dia banyak ajar aku berfikir...thats why..I LOVE THE WAY I AM..
x da sapa leh jadi macam aku..
dan x da sapa leh jadi macam kau...
kita adalah siapa kita...








untuk sapa2 yang x da bf...
aku x kan bagi ayat cliche...
tapi satu perkara je aku nak pesan...
siapa pun lelaki yang kau inginkan..
pastikan....dia CINTAKAN kedua ibu bapanya maka dia akan cintakan wanita yang dengan dia.
ini ustaz aku cakap ea...




Nanti aku bgtau kenapa..bye babes...nite..
good nite MY IRONMAN....if u know how much i love u....






Pengajaran untuk hari ini:bila kau tengah merajuk @ marah ngan bf kau,harusnya fikir segala kebaikan dia pada kau.,maka kau akan cepat je cool down.Jadi x da lah nampak yang kau ni keras kepala macam aku...hahaha~

Perutku bersinar...hehehe~








Salam,
selamat malam....
penat+sakit kepala+tekak sakit=nak rehat









apa yang aku penatkan ?
aku pon x tau..
sedangkan siang tadi En.Bf yang drive,
siang tadi pas gi jemputan terus teman En.Bf gi site..kerja ma...
kata nak kahwin..jadi kena kerja 24/7







ok2,
aku nk bgtau pasal Innershine Brands...
lepas layan Juvanex hr tu...
aku layan Brands plak..
saja je nak cuba..
sebab brands yang aku layan ni ialah Pati buah Quince..
fungsinya 'balance'..bagus untuk perut..
katanya lah..
fungsinya banyak...
salah satunya,boleh membantu sistem penghadaman..
so far alhamdulillah..
tapi kau x leh bergantung sangat,maksudnya..
kau tetap kena minum air ngan banyak...












kalau x ...
kesannya macam aku lah hr ni..
tb2 macam2 nak demam..
huhuhu~






erm..harga x brapa nak mahal...
sbb aku beli kotak yang pertama ni dapat diskaun..
penghabisan stok..
masa kat JJ penang hr tu..



mula2 mcm x nak,
oleh kerana masa tu semangat nak mencuba,jadi aku beli je r.




untuk korang yang nak mencuba,
belilah x rugi pon.
memang lah pati tu pekat sket tapi sodap..
hehehe~
cuba jangan x cuba.

13 March 2010

First appointment

Salam,
selamat petang semua...
owh..rindu nak mengupdate...
ada entry yang berkepam menjerit2 mintak dipublish...
tapi aku adalah super malas....

Sekarang ni aku dalam kondisi yang x berapa nak best,
da dekat sebulan dari CNY hari tu,aku x study apa pun..
maksud aku update my thesis.
aku blurr gila2..
serius aku macam x tau apa nak buat.

Terus terang aku bagitau....
aku sangat stress sampai x boleh tido malam...
da lama aku x boleh tido,
kesihatan x menentu...
sampaikan Doktor yang aku jumpa terpaksa dealkan appoinment dengan PAkar Psikiatri..

Aku x gila okey..hehehe~
korang bukan betul..kadang2 x semua orang fikir +ve..
asal jumpa Psikiatri je orang tu gila..sesetengah oranglah..
aku x tuduh korang pon.
aku pon sama,masa mula2 Doktor cakap nak wat kan appointment je..soalan pertama aku...


Aku:Doktor saya ni dah gila ke?

Doktor:eh x da lah...awak mungkin terlalu stressed sampai x boleh tido.Saya sendiri x berani nak bagi ubat tido pada awak.Semuanya berisiko.HAl2 macam ni Pakar Psikiatri je yang tau.X semestinya awak ni gila.Masih boleh jalani kehidupan normal,awak sihatlah tu.Alah biasalah,kita hidup bermasyarakat, orang tau bercakap tapi x faham apa masalah kita.

Kemudian aku cuma diam dan dengar nasihat doktor.
sebenarnya,
sebelum appointment first lagi aku dah leh tido nyenyak..hahaha~
kiranya terapi minda yang terbaik adalah hidup di samping family...
bila balik kampong,hidup aku jadi tenang..
nak tido pon senang..bahagia~....
bila hari kejadian...
aku pon pergi je lah appointment tu..
saja nak tengok pakar psikiatri ni mengubatkan orang camana...


alahai...
aku bukan nak komen lah...
dah lah aku ni pesakit dia,
aku tengok dia pon macam orang sakit..
jadi korang leh bayangkan x ?
pakar2 sakit jiwa kat hospital bahagia sana...
camana diaorg nak rawat orang2 gila...
aku ingat sistem diaorg ni nak kena ubah lah..
benda2 macam ni melibatkan psikologi...


aku ni plak biol..
saja je layankan soalan2 dari pakar u,
soalan2 yang memang aku dah jangka...
macam...
1.awak ada masalah?
2.Family awak camana?
3.Awak paling rapat dengan sapa?
4.Hobi awak?
5.Awak paling percaya pada sapa
=
=
=
=
Family awak ada sejarah sakit mental?


atenya soalan...ikut family mana ada...yang mental lebih aku sorang je...
yang lain semua kuat iman..solat cukup,ngaji selalu.
aku ni terbarai...solat slalu terlajak subuh...kadang2 lalai...bukan kadang2 tapi selalu okey.
ngaji pon dah jarang, sebab tu aku diduga macam ni sekali.
iman aku x kuat,fikiran aku bercelaru.
satu kerja pon x leh nak buat.
sebabnya satu je,aku lalai dan alpa..aku lupa kewujudan Tuhan..
aku lalai nak mintak pada dia...
aku lupa dia beri aku segala2nya...


untuk korang kat luar sana,
bila ada masalah,jangan sesekali lupa pada dia...
jangan sesekali lalai..kerana dia lebih mengetahui....


untuk aku,padan muka..bila da mental baru nak ingat tuhan...

10 March 2010

KLUANG RAIL COFFEE

Salam,
selamat malam semua,
macam biasa entry basi adalah yang terbaik...hahaha~

aku nak cerita sket,
sabtu lepas aku menggatal nak ikut En.Bf gi keja,
kebetulan dia kena outstation kat kota tinggi,
jadi i pon menggediks la nak ikut...

nasiblah En.bf memahami yang gf dia ni kaki berjalan,
x gi shopping mall pon x pe,
gi site pon aku follow je,janji jalan ye.....

kononnya sebagai teman supaya dia x membuta masa drive,
dalam perjalanan,banyak je persinggahan.
untuk pengetahuan UMUM,kalau berjalan jauh ngan En.Bf kitaorg memang rajin menyinggah terutamanya untuk MAKAN hahahaha~
jadi kalau kau nak tau punca aku GEMUK ialah En.Bf...
dia adalah punca utama.....(^_^")

okey2..da lari dari landasan...
sebelum sampai lokasi tujuan...
kitaorg singgah jap kat kluang sebab teringin nak makan roti bakar...
suke~
gambar x banyak ye...
tolong tengok apa yang ada.
silakan2

Menu & price
See2..sodap..hingga x tercakap..










Aku dah gemuk....
benci~
tapi suke~
sebab bahagia hidup kat kampung.....
*mesti nightmare malam ni,sebab nak balik UPM besok pagi... *sigh


09 March 2010

Chilis with Aussie Girl....

Salam,
selamat petang...aku nak wat entry busuk nih...
last week punya cerita...
ayu call aku masa dia otw dari seremban ke k.l
nasiblah aku dah siap2 masak dan kemas bilik....terus je mandi kambing..

ayu amik aku dan kitaorg terus ke mid valley...
dalam kol 1.30,kitaorg da sampai dekat mid valley,
then pusing2 cari makan hehe2....
mula2 ingat nak makan kat Manhattan Fish Market,tapi tengok suasana macam x memberangsangkan....

jadi aku ngan ayu decide nak try chilis....
aku tergoda sebab tengok sorang blogger ni rajin je update makan2...
tengok dia makan kat chilis macam sodap je...
aku pon nak mencuba ler...

first time ye masuk chilis...
sebelum ni x pernah...
makan memang sodap..
harga pon sodap nyah..tergezut mak tengok dia punyer harga ye noks...
tapi oleh kerana pompuan ni nak belanja,
aku layankan saja hahahahaha@
x pe beb, lain kali ada rezeki aku belanja kau plak.
tu pon lau kau balik malaysia lah ye....


Menu kitaorg,aku x hengat apa nama dia panjang sangat.

Miss her damn much....
pompuan ni dah selamat sampai bumi kangaroo da pon,aku baru nak update.

Pompuan cantik yang kebulur...hahaha~
Harga memang tip top,
makan sesekali ok lah,
makan hari2 tunggu aku keja dan dapat gaji 15k sebulan...
tiap2 hari nak makan kat situ pon x pe..
hahaha~
Haruslah aku manusia kedekut,
bukan apa beringat2 je,den x da keroje...
jadi kena beringat ye,...
tapi sebenarnya kalau bab makan aku x berkira pon...
dan x pernah berkira..janji kenyang+puas hati+gemuk...hahahaa~
Okey...
aku da mula rindu gila ngan pompuan nih.....
beb study betul2....
aku rindu kau...
macam dia baca je blog aku nih...hahaha~



08 March 2010

Daughter & Father

Salam...
happy monday
(^_^)


Aku masih kat johor,
hidup bersama family untuk 2 hari.


aku sampai jb malam tadi,saing ayah dr kampung.
otw dari kampung ke jb aku ngan ayah borak panjang.
dari masalah kereta hinggalah ke isi hati ayah...
camana aku nk cakap ye,
mungkin lebih kepada bicara anak-ayah...


jarang aku nak slow talk ngan ayah,
mana nak berani,aku kan anak.....
tapi bila memandangkan pada situasi,
aku amik langkah berani untuk slow talk ngan ayah.
mungkin dari pandangan mata kasar,macam x elok kan anak plak yang bebel2 kat ayah.
alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.
ayah dah x macam dulu,dia lebih bersedia mendengar sekarang ni.


macam2 kitaorg bincang...
dia bgtau isi hati dia sebagai ayah,
dan aku bg pandangan sebagai anak yang melihat segala punca permasalahan dr pelbagai segi.


Mungkin dalam segala masalah aku x leh nak letak kesalahan kat bahu ayah,
ayah sendiri x pernah merasa kasih sayang bapak dia,arwah atuk aku meninggal masa dia kecik lagi.jadi ayah aku membesar tanpa kasih sayang dan perhatian dari seorang ayah.

aku x leh nak cerita apa masalahnya keluarga aku nih.
x leh r nak buat entry khas...walaupon aku leh je nak buat
nanti macam bukak pekung di dada plak.
biarlah aku kupas satu2...kadang aku ni x pandai berkias.
apa yang aku taip tulah dari hati dan otak aku.

untuk permulaan cukuplah lau aku katakan yang family aku ni besar...
aku ada 9 orang adik beradik satu ayah...
aku ada 3 mak kalau nak diikutkan.
sebelum ayah aku kahwin ngan mama,dia duda anak 3.
bertahun lepas bercerai ngan mak umi,baru dia kahwin ngan mama.
masa umur aku 7 tahun,ayah aku kahwin lagi ngan mak muda aku.
jadi setiap isteri dia,ada 3 anak.


tapi aku lebih senang kalau cakap aku 3 beradik je.
kitaorg x close pon antara satu sama lain.
kadang2 kalau jumpa pon macam orang asing je....

Since 3 tahun lepas,macam2 masalah bertimpa2..
macam2 hal,x tau aku nak cakap camana.
biasalah family kan?
mestilah banyak je masalah dan cabaran.
hai entahlah.


Banyak je yang aku dan ayah bualkan.
aku dengar dulu luahan hati dia...
baru aku bg pandangan aku plak..
kadang2 sebagai ayah dia x nampak apa yang anak2 dia fikir.

erm...ntah malam tadi aku rasa macam dah matang je kan,
nak kongsi2 cerita ngan ayah.
aku rasa beruntung sebab aya leh luah semua pada aku...
dengan anak2 dia yang lain x plak dia bercerita.
bukan nak bangga,tapi bukan ke itu menunjukkan yang ayah yakin ngan aku.

Memang dulu aku rasa tertekan..
Lepas spm aku nak belajar kemahiran dia x kasi...
sampai aku bergaduh ngan ayah.
dia berkeras aku amik stpm


Bila lepas stpm aku x dapat first intake UPU..
kecewa,memanglah.
sapa x kecewa bila x dapat masuk U.
aku mintak MSU.


x lama aku dapat panggilan MSU,
tapi ayah masih ayah,
dia x suka aku belajar dekat IPTS.
aku x tau apa yang x kena,belajar kat mana pon sama je.
pada prinsip ayah,IPTA is much better than IPTS...kenapa?
ntah,malas nak tanya.Dia je yang tau jawapan tu.
Aku dapat tawaran MSU pukul 11 a.m,
dengan deraian air mata aku terpaksa tolak tawaran tu bulat2...kecewa lagi...
aku spend hari tu ngan En.bf,
balik dari dating aku dapat call dari UPM.....(*_*)


Aku terus call ayah masa tu,sebab dapat tawaran dr UPM...
ayah terdiam sekejap...

Ayah:tahniah.....(suara sebak)..tahniah long,usaha kau berbaloi.Walaupon lambat rezeki masih lagi yang terbaik.

aku pon sebak gak...
letak je call,aku terus peluk cium mama...guling2 aku peluk2 adik.



tapi bila aku abes degree..
aku faham kenapa ayah aku mcm tu,
dia x kasi aku belajar kat IPTS sebab pinjaman PTPTN yang tinggi...
dua kali ganda daripada pinjaman kat IPTA.
ayah x nak aku terbeban...
lagipon pemikiran orang tua macam dia,dia lebih yakin IPTA lagi cemerlang.
itulah ayah,hitam kata dia hitamlah..
dan sifat dia yang ni lah turun kat aku.
aku sorang je yang amik perangai cenggini...
degil sesangat...

Mungkin dia senang berbicara ngan aku sebab aku ada sifat dia...
atau mungkin macam angah cakap...

angah:kau sorang je mulut macam puaka,leh cakap macam2.


memang aku tau kadang2 kelantangan aku bersuara,leh buatkan orang tua aku terasa.
tapi dari aku diam je,baik aku berkata2....menyampaikan pandangan dan rasa hati.

Erm..ok lah..tb2 wat entry lagu ni kan...
nanti2 kita sambung lagi ye.

06 March 2010

My new sunglass












Salam...
selamat petang....
hari sangat senang hati...
jalan2 bawak von's...
haruslah bawak x kan nak tinggal punggung kat rumah lak kan?
aku ikut En.bf turun side...
selaku bakal isteri kepada manusia yang terlibat dengan bidang construction nih,
haruslah merajinkan diri untuk melihat site bersama2 ye...









hahaha~
motip...
sebenarnya aku nak berjalan je...
kalau dok kat rumah aku tepu...
wokey2,aku dah terlajak dari landasan kebenaran...
yang sebenarnya nak bgtau kau nih...









Aku dah beli sunglass baru....
wuhuuuuuuuuuu...dengan bangganya...
menghabiskan duit dalam sekelip mata...
suke~









dah hampir setahun aku simpan RM20.00 sebulan untuk beli sunglass baru..
okey,kau dengar RM20 sebulan,macam aku ni miskin sangat kan?
sebenrnya sebab aku rasa sunglass ni bukan benda penting....
lagipun tiap2 bulan lepas bergaji aku akan dahulukan yang wajib @ penting...
jadi x da lah menggigit jari bila x da duit.
Selaku student aku akan lebihkan perbelanjaan pada buku dan makanan...
okey tipu, lebih sangat pada makanan.
jadi x pernah ada istilah kempunan dalam hidup aku.















Kalau aku nak beli sunglass lagi mahal dari ni pon boleh,
cuma untuk apa?
aku bukan adakerja tetap...
prinsip aku,bila dah bergaji riban2 insyaallah aku akan puaskan diri aku dengan segala benda yang aku nak dan sekarang bukan masanya.











mesti korang rasa kelakar kan,setakat nak beli sunglass harga RM200 pon aku simpan duit RM20 tiap2 bulan....
itulah tabiat aku,kalau nak kan benda x perlu.
selama ni pakai sunglass uptown je...
dah 3 sunglass aku patah.
mata aku sensitif sebenarnya,x tahan panas.
serik kalau jalan jauh...
sepanjang perjalanan asyik berair,macam orang nangis pon ye gak.
jadi aku nekad lah beli 1 yang berkualiti sket janji mata aku x berair lagi.












:'-( owh sapa x sedih beb nak kena kuar duit.
bukan En.Bf x nak belikan..
tapi bg dia biar aku belajar berdikari dan x mengharap pada orang lain...
dan cara dia sangat berkesan pada aku...
aku belajar menghargai duit sendiri....
Tapi kadang2 lah *sigh.....













Aku beli yang ni pon jenama biasa2 je,BONIA....
Hati selera macam naga....nak GUCCI.
hahaha~
x pe Along belum sampai masa....
sekarang adalah masa....berkais2 hahahahahaha...














Pengajaran untuk entry ini:bersusah-susah dahulu,kaya raya kemudian.tapi jangan menghabiskan duit macam aku... (^_^")

Sikapku yang teruk...

Salam...
morning babes...
aku dah kat johor ni...
owh home sweet home...sorgaaaa je rasanya.
hehehe~
melupakan sekejap masalah hidup...

Entry ni aku nak bukak sket pasal pekung di dada...
ops! boleh ke nak bukak2 ni hahaha~

secara jujurnya,
dari post yang dulu2 lagi aku dah bgtau kan?
i'm not a good girl...
aku mempunyai banyak sangat sifat -ve

Contohnya:
kalau kawan baik aku mengadu pasal si polan ngan aku..
dan sipolan tu plak perangai macam lahanat..
aku akan terus anti ngan si polan tu...
bukan bermaksud aku nak jadi batu api kat kawan aku..
tapi ntah,perasaan tu semula jadi.
Yang sebenarnya aku x sanggup nak tengok orang2 yang aku sayang...
sakit hati.

X kiralah siapa pon yang dengan aku termasuk En.Bf..
kadang2 sampai En.Bf mengeluh dengan sikap aku ni,
dia kata silap dia sbb bgtau kat aku hal2 yang -ve ni kat aku.
Sbb aku akan benci pada orang2 yang bawak masalah pada dia...
sampaikan En.Bf sentiasa berfikir yang aku ni -ve person..
owh...tapi x da lah teruk sangat dia fikir tu..
kadang2 sedap gak dengar ayat macam ni dari mulut dia..


En.Bf:Awak ni baik,cuma mulut je selalu cakap lepas pastu panas baran..bla..bla..

banyak yang -ve dr yang +ve lah...
tapi ayat awal tu aku suka...
yang hujung2 tu tolak tepilah.


Aku ni sebenarnya sangat telus dan bendul.
aku cepat sangat percaya kat orang..
maksudnya aku x kan bagi pandangan yang -ve pada perjumpaan pertama..
erm..camana nak cakap ye...

Macam ni...
aku x pernah fikir -ve pasal seseorang tu sehinggalah aku nampak dengan jelas sifat -ve seseorang tu..ok...jelas?

kiranya aku sentiasa fikir +ve pasal orang lain,
x kiralah siapa pon kau...
mulut bau longkang ke?
hati busuk macam sampah ke?
Kejam macam wolf ke?
apa2 lah...


Kalau kau tipu aku pon aku x tau...
hahahaha~
habis terdedah kelemahan aku...
malu mak noks.

tapi bila aku sakit hati yang melampau kat seseorang...
aku akan bebel2 tanpa henti..
marah2..maki2..
ngumpat2...lebih2 lagi lau ada fire stone...
memang menjadi2 @ terjumpa kroni2 yang x suka pada org yang sama.


Jangan ikut sifat macam ni..
x elok untuk minda..
awet muda...
dan menggagalkan kau untuk menjadi seorang yang baik.


kesimpulannya,
x rugi jadi manusia berfikiran +ve..
awet muda..hehehehe~

04 March 2010

Buang toksin badan...


Salam,
selamat tengah hari....
Entry ni aku nk bgtau pasal toksin badan..
aku kan selalu je sakit kepala+metabolisme aku rendah..
jadi aku buat keputusan untuk mencuba juvanex,produk buang toksin badan...
masa mula2 x de lah sangat nak mencuba,lagi r benda2 nak makan2 bagai ni.
Tapi bila ada kawan2 yang dah cuba dan diaorg kata ok,sakit kepala pon kurang.
Aku pon cuba lah.x da lah mahal sangat aku beli ni RM132.00
bukan kau kena maintain tiap2 bulan pon...3 @ 4 bulan sekali je kau makan.
paling sket 2 kali setahun..maksudnya 6 bulan sekali.
Rasa ok lah...ubat kan?x da lah nak lazat sangat.
Alhamdulillah x habis lagi pek ni,tapi aku puas hati.
Hari2 aku buang air....
badan rasa ringan dan lega.
dalam kotak ni dia ada bagi pamplet skali...
kesannya mengikut tubuh kau..
kalau macam kawan aku hari tu,dia berpeluh2.
tapi aku pulak asyik nak buang air memanjang.
tandanya aku lagi banyak toksin dari orang lain...
hehehe~
x rugi kau cuba,bagus untuk kesihatan.
Alahai duit banyak kan lagipun 6 bulan sekali....
tiap2 bulan kau simpan RM20 cukup 6 bulan da dapat beli satu pek...
amacam?
terhasut nak mencuba?
cuba lah...cubalah..
x rugi...
lagi baik untuk orang yang rajin berdiet dan makan produk2 diet..
sebabnya,sesetengah orang yang tengah mencuba produk diet tapi badan diaorg tetap x kurus...kenapakah?
kerana toksin dalam badan banyak...
ianya menghalang proses ubat tu berfungsi...
jadi kau kena buang toksin dulu....kalau badan kau banyak toksinlah
bila dah clear toksin,kau makanlah produk2 diet tu..
insyaallah bila usus kau dah bersih maka kau pon leh kurus.
Tapi juvanex bukan untuk kurus
ianya hanya untuk buang toksin....
selamat mencuba ye......

Rezeki aku...

Salam,
Morning babes...
aku br je hidup ni...
semalam berjalan x hengat dunia...

Dari kol 1 lepak kat Mid valley sampailah kol 10 malam...
da dekat 12 jam...ni semua aussie girl punya pasal..hahahaha~
okey salahkan orang lain adalah x baik ye..
aku pon sama memang kaki merayap...

Temankan ayu shopping...
iman aku tergugat gak lah sbb tengok banyak dress cantik2..
hohohoho..tp duit aku masih selamat ye...

sekarang ni adalah masa untuk berjimat cermat...
mana ada kerja..maka x da gaji..hehehe..
ada kerja..kerja ngabeskan duit simpanan..

okey2 aku dah menyimpang jauh...


Purse Guess tu adalah hadiah masa ulangtahun percintaan aku dan En.Bf...
2 tahun lepas..ops x sampai 2 tahun...baru setahun lebih sket..da teruk macam tu..
ini bermaksud aku yang ganas atau kualiti purse tu yang teruk..
tapi En.Bf salahkan aku,dia kata aku yang ganas..
ye ke?
erm...
aku masih terkumpul2 duit nak beli purse baru...
masa aku sibuk2 bebel ngan mama pasal purse buruk aku tuh..
tiba2 mama kuarkan purse Coach tu..
aku apa lagi..amik je lah..da rezeki kan?
mama kata lagipun dia x pakai purse tu..
aku tanya mana dia beli,dia kata dapat free orang bagi...












maksudnya,rezeki mama,rezeki aku gak lah.
Walaupon bukan design baru,tapi syukur alhamdulillah selamat duit aku.......
(*_*)

02 March 2010

Penat sangat....

Salam,
morning babes...

Tuesday blues..
i'm not in a good mood..
habis badan aku calar2...kaki aku lebam
sebab angkut barang kuar rumah hari tu...

kau tau keta kancil aku tu yang aku bantai angkut barang
adalah dalam 10 kali ulang-alik kolej ngan flat...
tapi apasal ea aku x kurus2 pon...
hahahaha~







see2...kesian kesayangan aku nih...
aku lenjan cukup2..
x pe lah da banyak jasa...
mana tau hr ni mampu pakai kancil je...
esok lusa..tb2 bertukar jadi Caldina...
hahahaa~ berangan saja kamu ni...




tapi penat x hilang lagi ni....
serik wooo nak pindah2 ni.....
letih...



aku x tau nak update apa sbnrnya.

01 March 2010

Basi dah...

Salam,
Morning babes...
phew...macam lama je x update...
ada je entry yang tertunggak...
aku kelam kabut sket r minggu lepas..

nanti aku update segala cerita ye...
minggu lepas kan aku ada cakap pasal aku jaga adik2 sepupu aku..
aku jaga both of them
Dami & Dania
Dua2 demam,makcik aku x confident ngan bibik dia..
makanya dia hantar kedua2 budak ini balik kampung dengan bibik skali...
aku,atok & auntie mah ditugaskan untuk mengawasi budak2 ni..


Tercabar kesabaran aku jaga budak2 kecik nih...
aku ni kan panas baran..
aku x suka dengar budak merengek atau menangis,
lemas kepala otak aku...
x bermaksud aku x sayang budak2...cuma tu je lah kelemahan aku...
aku x leh dengar budak merengek dan menangis...

Kakak x banyak ragam sangat,
cuma x nak makan ubat,tapi bila aku dah umpan macam2 dia terus nganga mulut...senang.
Adik je manja lebih,x leh tengok atuk ngan bibik gerak confirm melalak...
sampai aku jegil2 biji mata kat dia,baru dia senyap.
nak makan ubat lagi r payah...
nak kena pegang macam orang histeria baru nak bukak mulut, tu pon sambil dia meraung2...
nasiblah pakai picagari,kalau pakai sudu dah lama dengan sudu2 aku sumbat skali dalam mulut tuh..
meraung saja...

JAngan salah faham ye...bukan aku x sayang diaorg nih...
diaorg ni lah buah hati aku selain En.Bf..mak pak lain kira...tu dah buah jiwa aku...
cuma aku x da kesabaran yang tinggi...
sampaikan bibik leh cakap..

Bibik:Aku ndak tau lah long,kalau hari depan kau ada anak kecil bagaimana ya?

Aku:Kalau budak tu diam along jagalah,kalau bising pas kat bapak dia..


Bibik cuma gelak dan geleng2 kepala je..kadang2 ada gak dia cakap gini...

Bibik:budak2 kalau kat sini takut sama kau long,kau cakap dia ikut saja.Tapi kalau kat rumah selalu tanya ibunya,kau adanya di mana?

Aku:budak2 ni rindu dengan along ke bik?

Bibik:harusnya dia sayang kau,kau garang tapi manjai mereka,terus selalu saja sebut2 nama kau.Dengan orang lain ya dia ngak mau,terus apa2 carinya kau saja kalau di sini.


Hah nampak...garang2 aku bertempat.X da lah sampai pukul bagai,aku cuma tinggi suara,ugut2 sket dan jegil2 mata je...

kalau kakak dia lawan balik,tapi kalau adik dia tengok aku dan tunduk je...

BUt i miss both off them....dengan bibik skali...sebabnya selalu je aku main2kan bibik..hahaha~



Dania @ adik & Damia @ kakak
si buntal yang slalu je nangis...owh...cinta hati ku...


Ni habuan diaorg sebab aku dah janji nak bawak gi naik benda ni...tapikan budak2 ni panggil benda alah ni GEGEK....



Masa otw balik serdang aku bawak slow gila..80km/jam
follow belakang treler...
kancil di tengah2 gajah..hehehe~

Sebelum aku balik tuh...
Cousin aku sebelah ayah meninggal...
x cident...
al-fatihah untuk arwah..semoga Allah S.W.T menempatkan dia dalam kalangan orang2 yang beriman.....