Sentuhlah saya

25 February 2012

Mummy (^_^)

Assalammualaikum w.b.t

selamat malam dunia belog....

fuh...fuh..aku nak tiup sawang serta nak melepaskan nafas yang hampir 9 bulan lebih tersekat dalam dada.

Aku nak type tapi korang anggaplah umpama aku menjerit dalam tulisan aku kali ni.

"Dunia...aku kini seorang ibu......."

hahaha..fine..sewel sikit.

Syukur alhamdulillah..
3 februari lepas aku selamat melahirkan bidadari kecil ku NUR RANIA HUMAIRAH BT SYAIFUL HAFIS melalui kaedah c-sect...

ok..why ceaser?
kan aku dah cerita sebelum aku bersalin hari tu?
ada x?
entah aku sekarang sibuk mengulit Rania sampai banyak benda aku dah tak berapa nak ingat sangat...hahaha eloklah tu :p

sekarang pun aku type laju-laju sementara Rania masih nyenyak tidur.

Aku kena gilir-gilir dengan babah dia,sebab aku dah kebulur ni.ok,aku dah makan tadi.tapi biasalah nak pam susu kan..

ok..tak sempat nak type panjang2 babah Rania dah masuk,nanti aku sambung lagi.

22 February 2012

Helllooooooo

Assalammualaikum w.b.t
hye dunia belog mummy...
hye..kawan2 mummy..auntie & uncle..

Nama saya NUR RANIA HUMAIRAH BT SYAIFUL HAFIS.
Saya dilahirkan pada Hari Jumaat 3 Februari 2012 pada pukul 9.35 pagi...
ops2...saya dilahirkan melalui kaedah pembedahan,sebab gynae kata saya BIG BABY.
Berat saya semasa lahir ialah 4.02kg.sebab tu masa mummy mengandungkan saya,perut mummy besar sangat.

ok....nanti saya sambung lagi ye..mummy nak pakai lappy on fb..bubye semua.



01 February 2012

Yang tak disangka...

Assalammualaikum w.b.t





BErsawang lagi kan?


bhahahaha..





aku memang Malas nak update..


ops..aku nak cerita laju2..sebab tengah tunggu En.suami amik aku..sebab aku lapar..





Gini ceritanya,last check up kat specialist jumaat lepas..baby sudah 4kg..bhahahaha





jadi gynae cadangkan suruh c-sect.


aku termangu2...


En.suami bagi sepenuh perhatian pada penerangan gynae..aku macam tak dengar apa2..yang aku ingat En.suami kata 'ok doktor,saya proceed'.





Camana baby boleh besar?entah..aku pon tak tahu.


makan sedap?


banyak tido?


banyak sangat makan vitamin?


selalu sangat minum susu?


celah mana?


aku tak ada jawapan...








Yang penting aku tiada penyakit dan baby juga membesar dengan sihat..alhamdulillah.





Yelah biasa baby besor orang akan expect kau ada kencing manis..kot lah kan.


Lagipun aku memang dah jangka baby besor sebab perut aku besar sangat..nak jalan pun dah tak larat.PErut semakin padat sebab baby semangat kat dalam.








Kalau aku check kat klinik kesihatan,diaorang ok je tak ada cakap pape.dan memang tunggu aku ada tanda2 nak bersalin barulah kita mula bercerita.





Tapi gynae tak mahu ambil risiko.sebab ini anak sulung,aku tak ada jalan lagi.kalau paksa secara normal akan bagi banyak risiko pada aku dan baby..


jadi apa patut aku buat?





Dugaan?


huhuhuhuhu


aku tak terfikir pun..


Allah dah beri lebih dari apa yang aku nak..





eh2..nanti aku sambung En.suami dah sampai..daaa....