Sentuhlah saya

27 September 2010

Barang Hantaran Yang Pertama

Salam,
Selamat pagi..
Owh..masih hegeh2 mahu update..gambar adalah tak da..
kemalasan yang melampau @ patut je namakan blog aku ni 'blog orang malas'
sesuai githhhoo.. =p

Last week,
untuk pertama kalinya memulakan langkah menuju ke destinasi..
aku telah berjaya membeli barang hantaran yang pertama untuk En.Tunang.

Sebelum tu mesti kau confuse kan?
kenapa untuk En.Tunang aku plak yang beli.
Bab2 barang hantaran memang aku incharge..
kami berkongsi,kata mahu hidup bersama jadi segala perancangan mestilah buat betul2..tak gitu?


Jadi setelah berfikir dan menyenaraikan apa yang patut dibeli..
aku belilah perfume dulu..

Murah pun murah yang penting Original..
tak caya..kau On Facebook,
kau cari nama ni Shah Fragrance.
Mamat ni ada jual perfume ori..100%
aku berani jamin sebab aku dah beli.
Harga lebih murah dari kaunter.
Kalau tak salah aku segala perfume ni dia dapat dari singapura..
kenapa murah..
sebab cukai sana kan tak setinggi kita..
sebab tu segala mala barang branded kat malaysia ni mahal,kerana cukai yang dikenakan adalah tinggi.

Lagipun kadang2 beli secara on9 ni berbaloi dan mudah,
tak perlu keluar mencari parking..
hahahaha

Tapi sebelum beli kau nak kena siasat dulu,
betul ke tak diaorang berniaga,
jangan sampai kena tipu.
aku takut wooo tengok ramai bebenor yang menipu sekarang ni..
adakah anda tidak takut makan duit haram?
ngehehe..aku takutttt..ceit..bukan aku berniaga pon..
eh..tapi aku dah buat satu blog baru untuk bisnes lah..
mahu jual barang..jadi sila tunggu...

Jadi bulan depan baru kita fikir mahu beli apa ye..
=P

orait mahu buat kerja nanti kita sambung lg...
bye2..

25 September 2010

Jadual padat (^_^')

Salam,
selamat malam...

aku banyak sangat entry tertangguh,
raya dah nak berlalu pergi..
banyak open house tak dapat nak hadiri..
sebab...
sebab..
sebab...
aku sangat sibuk...
sangat2...

Rasa seperti mahu berjimba bersama teman2..
tetapi duit belanja sedang dicatu..
kerana setiap kali keluar aku akan tadah tangan kat En.tunang sambil buat muka sepose..
dan mengucapkan kata2 manis seperti..

'abang,sayang nak mintak duit boleh?'

@

'abang,sayang nak kuar ngan member2 boleh?'

@

'Kesian sayang tak da duit,nak makan camana?'

itu contoh ayat2 kesian..
ayat mesti mau manis..
kena guna 'abang' @ 'sayang',
baru lelaki boleh cair..

Tapi cair atau tak dia memang kena bg aku duit.
hahaha..
duit aku?
jangan ditanya..
duit aku ada plan tersendiri..
cuma En.Tunang je yang tau..

Jadi kau tahu kenapa aku senang hati walaupon tak berduit..
sebab segala2nya ditanggung beres (^_^)

En.Tunang memang terbaik dalam bab2 menguruskan kewangan.
Baru ni aku rasa duit aku terancang dengan baiknya..

Wah..yang tak leh blah dia leh baca setiap perancangan aku..
ceit...
apa aku fikir dan rasa semua dia tau.
Tak boleh nak tipu langsung =p

Owh..jadual sangat pack..
besok confuse mahu balik jb atau tak..
tujuan balik adalah untuk cari butik andaman..
aku macam dah malas nak cari2 ni.
asal ada depan mata je aku sebat boleh?

serasanya aku nak cr kat batu pahat je lah.
kat jB cost more than 5k..

diaorang kata normal r tu,
sebab aku mintak pelamin kat dewan ngan rumah skali.

apa2lah,
malas nak fikir2 sangat..
mahu siapkan tesis..
sudah dapat semangat baru hehehe..
kawan baik ku sudah 'viva' okey..
correction period is two month only,
after that lepas azab master..
eeeee..jeles..benci~
tulah sapa suruh aku malas kan?kan?

Hari masa lepak2 dengan En.Tunang kat opis..tb2

'sayang,tolong bagi kertas dan pen,tolong listkan barang2 hantaran'

maka bermulalah perbincangan dari hati ke hati ceit..
mudah okey...
aku ni je sengaja meleceh2kan kerja yang mudah..

eh..okey2..besok mahu mencari2 lagi..
bubye =p
cari apa?
cari gali =p

22 September 2010

Aku RAsa 'TAWAR'

Salam,
selamat petang..
dari pagi lagi aku dah sebu..sebu..kau tau sebu..

Feeling nak study dah memang lupus..nak kerja ada lah gak..
memandangkan aku masih lagi dalam proses mencari dokumen yang 'ntah mana aku letak'
aku dah blurr..la ni tengah kentalkan telinga sebelum kena fire dengan En.Tunang.

Kau jangan ingat aku keja dengan dia aku 'manja' lebih ye..
tadak...jangan berangan..masa kerja adalah professional punya term.
Lepas kerja br boleh tergedik2 dengan dia.
kau hengat dia nak layan kalau aku menggedik time tengah kerja..
nak rasa tapak kaki dia yang 'bulat dan penuh' tu? *saja je nak menggambarkan yang dia tu lg 'GEMUK' DARI AKU..

Tipu..tak da lah dia sekejam itu..alhamdulillah sepanjang hidup..ceit..sepanjang bercinta dan bertunang ni,dia memang tak pernah pukul aku..ada bran sila lah pukul..
aku ni nampak je kecik..*kecik ke?
hahaha..tapi bila 'sawan' (angin+baran) aku datang memang aku leh cepuk je sapa yang ada depan aku.Bukan cakap besar,sebab pernah ada kes lah berani cerita..

Huahuahuahuahuahua..
update untuk fizikal aku plak..
setakat hari ni..
seluar masih okey..tapi baju sudah sendat..lemak di perut sudah tambah berlapis..dan perut tidak lagi flat seperti masa tunang hr tu..damn..aku sudah 'comel' kembali..

Owh..sebelum lari dr tajuk di atas..
kenapa aku rasa 'tawar' hr ni..
sebab En.Tunang outstation..
huwaaaaa..bosan...

Aku tak da kawan nak gaduh dan gurau..
bercakap melalui telefon je..
jumpa pon pg tadi tak sampai 5 minit sebelum dia gerak ke klang.
kenapa aku tak ikut?
sebab dia ada bawak ramai orang..budak2 untuk cat bangunan.
kalau aku ikut nak letak aku kat ne?
buckett hilux dia kat belakang tuh..
ades..hilang keayuan i tau...

Minggu ni macam letihlah..
banyak benda nak buat
aku dah dapat feedback pasal jurnal aku hr tu..
aku tak betulkan lagi..ades...apalah pemalas sangat aku ni..
orang lain dah hantar tesis pon..
aku masih disini..terkial2..

Ok2..jangan tertekan..sila buat dengan cermat janji sempurna..
tak da maknanya..
=p

Kalau besok En.Tunang mahu outstation..aku mahu kenen dia..
mahu ikut sama...
hahahahaha..gelak syaiton...
kalau dapat.
kalau big bos kata 'heippp dok opis je'
erm..confirm aku terkulat2 sorang2 macam ni..

Aku dah ada penyakit baru..
makin bertambah2 virus pemalas aku nih..
aku dah malas nak update blog..
tapi kasi buat entry gak..
walau tak tepek gambar..
maaflah kalau kau rasa baca entry aku leh buat kau senyum..sila2..
kalau entry aku hanya buat kau sakit mata..tak pe..kalau tak nak singgah..hahaha
okey..bunyi macam merajuk..

Aku tak tau nak upate apa..
ada kawan2 bg cadangan...memandangkan aku sedang menapak ke alam baru..
diaorang cadangkan suruh aku buat entry lebih kepada perihal raja sehari..
bukan tak mau berkongsi info..
tapi aku ni...erk...hehehe
tak rajin mana dalam ayat yang manis 'tuan belog kurang sihat kerana dijangkiti penyakit M'
hahaha..amacam..

Aku tengah musykil ni dah sejam aku call En.Tunang tak berangkat..eh jangan macam2..adakah kau pergi menggatal..ceit pikir bukan2..
hati aku kata dia tengah membuta dalam kereta...

eh..ok2..aku mahu mengundur diri... (^_^)

21 September 2010

Mood Malas~

Salam,
selamat pagi..
miss my blog..and my reader..ada reader ke?
ceit perasan..

owh..lama menyepi bahagianya hinggakan malas mahu update.
gambar ada tapi tak best mana pon,balik2 gambar aku ngan En.Tunang.
nanti korang muntah kelabu asap plak..
kasi tepek gambar aku ngan En.Tunang..erk..tapi blog aku kan..sukalah nak letak gambar sapa pon..hahaha

Owh..masih mood kuih raya 'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN'
kepada korang semua ku pohon ampun dan maaf..
tahun ni aku beraya 24 hari sahaja.
sebab 6 hari lagi aku dapat cuti..yeay nak kena ganti (^_^')

maaflah ye..
raya kali ni aku menyibukkan diri dengan berbagai perkara..
owh..tarikh kahwin sudah tetap..ngeee...tak sabar mahu kahwin *Gatal (@_@)

tapi kursus tak pergi lagi..muahaha..
bz noks..tesis pon aku dah 2 minggu cuti nih..
owh..struggle..strugglee...
jangan kerana mahu kahwin study terkandas.
tak mau..tak mau..

Biar lambat asal siap..lagi banyak duit UPM sebab aku kena bayar yuran saja.

Aku cancellah mahu buat jurnal bakal raja sehari..
sebab aku malas~
jangan tanya kenapa..
kau memang tak dapatlah nak info pasal kahwin2 ni dengan aku..
sebab aku ni pemalas mahu amik gambar sana-sini..

Tesis masih dalam perjalanan yang tak tau penghujung..
barang hantaran tak beli lagi..
andaman sedang disurvey.
tema sudah pasti..
tarikh sudah tetap..
dewan belum booking br tanya sewa je..
baju nikah tak beli lagi sebab tak da duit..hahaha
barang hantaran gubah sendiri..kalau malas letak je dalam bakul atau kotak..
hahaha

cuma update masam mcm ni yang aku leh buat..
aku masih malas lagi nih..

okey..nanti update kasi cantik lagi...
bubye~

08 September 2010

Mood Raya

~Tuan Punya Belog Tiada Mood Mahu Update sebab mahu halfday hari ni dan pergi shopping,harap maklum ~

06 September 2010

Kembara Kami

Salam,
selamat pagi...
huhuhu..
ngantoookkkkk...

mahu update dengan bahagianya..
semalam aku dan En.Tunang telah mengembara menaiki motor..
best..walaupon bontot rasa macam nak tanggal..

en.Tunang memang dah mention pasal buka puasa dengan kawan2 dia.
dia tak cakap nak ajak aku pon.
sebelum tuh dah banyak drama terjadi..
antaranya..drama aku sibuk nak gi merayap dekat shopping mall..
dia tak kasi..kerana confirm tak da yang aku berkenan.

Jadi setelah bertekak bagai tengah hari semalam,
dia call aku balik dalam tempoh 10 minit selepas adengan drama.

En.Tunang:awak nak berjalan sangat kan?

Aku:yelah,bosan hujung minggu dok rumah saja..kepala kusut.

En.Tunang:Jom ikut saya buka puasa kat jb dengan budak2 ni,awak siap2,tapi naik motor tau..

Aku:nak ikut...

En.Tunang:tak kisah ea naik motor?

Aku:tak kisah pon..

en.Tunang:hah,cepat siap2 solat semua,nanti saya nak gerak,saya call.

Dia sampai rumah area kol 3 lebih..kitaorang ikut highway ayer hitam..
serius speed gila nak mampos..
laju sei..
kau bayangkan tak sampai berapa ploh minit sudah sampai hentian kulaijaya.
berhenti hanya kerana aku mahu buang air kecil..serius perit dowh bontot kau kalau jalan jauh.
hahaha
tapi seronok okey...rasa angin secara 'LIVE'



Lepas buang hajat,kitaorang terus gerak ke Jusco Tebrau..
tujuan utama untuk berbuka area situ gak..
Kami berdua je naik motor,member2 En.Tunang naik kereta.


Kitaorang sampai JJ Tebrau je dah pukul 5 lebih..

en.Tunang:jom masuk jusco..

aku:tak nak,tak da duit nak shopping.sakit hati je nanti..

En.Tunang:jomlah..

Aku:tak naklah..

En.Tunang:tak nak shopping raya?

Aku:????????

En.Tunang:jomlah masuk,kita tengok2 je dulu,tapi jangan pilih yang mahal2 tau..

Aku:(^_^) jom.......




Sila jangan percaya kitaorang shopping okey..kejadah nak letak barang kat ne?kalau membeli pon mungkin sehelai t-shirt.Tapi tidaklah...malas nak mengangkut.Jadi sebelum raya insyaallah kami datang melawat JJ tebrau lagi.mahu shopping (^_^)..

Dia sudah dapat bonus..
maka ada peruntukan untuk aku..
tapi bonus dia tak berapa nak banyak..
paling best raya 2 tahun lepas..
serius best gila..
Dia shoppingkan untuk aku je almost 1k..
banyak okey untuk pompuan tak kerja macam aku..
padahal dia bukan beli apa sangat..
Tapi tak pelah masa tu dia dapat bonus banyakkkkkkk sangat...
=p


Tapi tahun ni tak meriah macam dulu..
hehe save bajet mahu kahwin..
tak pe2 ye bang...tahun depan ada hahahaha * gelak jahat.
Cuba kau fikir logik akal..
memang patut pon ada mulut2 kata aku ni 'tarah' duit En.Tunang..
ada aku kesah?
hahaha aku tak kisah..
kau ingat aku ni tak da hati?
tak da perasaan mahu bagi dia jugak?

I ada bagi okey..
tapi tak mau cerita dalam ni..
nanti orang kata aku poyo..
hahaha
biar aku cerita apa dia bagi je..yang aku bagi dia sudah jadi hak dia..
kecuali mendapat kebenaran untuk post di dini..

Okey sila abaikan..
aku punya blog,aku punya sukalah kan..
janji aku tak sakitkan hati orang..
tapi orang suka sakitkan hati aku huwaaaa....tak suke~tiba2 githoooo..


owh..gambar tengah makan steamboat semalam dalam hp En.Tunang..
tak pe ada alasan mahu buat entry baru nanti...
kalau tak da gambar..kau pon boringkan?
layan aku yang tengah perasaan ni je =p

mood raya masih tak 'on' sebenarnya..
aku risaukan tesis aku..yelah dah nak hujung sem noks..tapi i sememangnya lembab.. *sigh

Abaikan wajah jelita wanita ini yang sudah berminyak jelantah..
amacam ada gaya tak?hahahaha
masa ni kami berhenti di hentian untuk amik napas punggong sat.

Hah tu ler motor pinjam yang kami naik..
*hiks kantoi motor pinjam..
welawei..tapi aku dah stim mahu suruh dia simpan duit beli superbike..
mahu jugak...mahu..mahu...
Baru aku perasan mamat ni sudah gemok..
tak pe perut buncit adalah lambang kebahagiaan (^_^)

03 September 2010

Friday at UPM

Salam,
selamat malam..
bored..

lesu..
letih..
bosan...
hari tanpa aku ketawa dan bergaduh dengan En.tunang...
hari aku tak peluk cium Damia,Dania,Danish..
Hari aku tak makan masakan bakal ibu mertua..
Hari aku tak pergi bazaar ramadhan..sound sucks?

Ingat aku je yang letih,
kucing2 ni pon letih pose gak..
diaorang punya aksi menggambarkan perasaan aku..
ceit..bosan+sedih sebab bersendirian..
Aku sampai UPM kol 9.30 pagi tadi send by my budy...
dengan tujuan utama mahu melengkapkan beberapa part untuk tesis.
maka dikuatkan hati gak melangkah pergi meninggalkan Johor.

Banyak benda aku tertinggal..
nak kata kelam-kabut,tak sebenarnya.
macam mana benda yang slalu aku bawak aku leh tertinggal such as matric card..damn..
see..macam dah tak nak belajar je siap letak matric card sepah2...
aku jawab kat en.Tunang aku letak dalam handbag yang lain..
tapi sebenarnya aku lupa kat mana aku campak..campak ye bukan letak..


aku tak boleh teruskan untuk sehari lagi..
rasa seperti mahu pulang ke kampung halaman sekarang.
kena kuat semangat kalau aku tak datang sini buat kerja,
tesis tak kan siap,
kesannya aku kenabayar yuran yang mahal untuk sem depan..tak mau..

Aku tapau ni je..
mahu makanapa tak tau..
serius satu hari ni aku tak rasa lapar dan dahaga langsung.
kenapa?pelik gila...
makan tanpa nafsu...
selalu lepas buka aku minum air sebaldi..
hari ni minum setin pon tak habis okey..

='(

macam mana mahu jauh kalau tak sampai 24 jam aku dah takleh bertahan.
jangan silap..
aku sangat berdikari,cuma sudah puas hidup sendiri..
Jadi sangat bahagia hidup dikelilingi insan2 kesayangan.


Miss both of them Dania+Damia..
Miss to hugs and kiss them..


dia tak kisah pona ku cium dia walau aku tak mandi lagi...

Rindu tuan punya tangan ini....
i know he miss me too..
kalau tak tak kan tiap kali call tanya 'balik bila?'
see..tak sampai 10 jam aku tinggalkan dia..
dia tido awal tadi..sakit kepala katanya..
saya tahu kamu tengah kusut.
tak pe rezeki di mana2,kamu jangan bersedih =)
saya janji cuba balik awal untuk buat kamu ketawa..
kamu tahu saya rindu bila kamu kata
'eee...kenapalah sayang saya ni sengal sangat..'
hahahahaha..dalam nada kamu geram dengan saya..
saya rindu bila kamu bagi arahan untuk buat kerja..
Macam tak best je mood kamu hari ni?
kamu mesti penat.
harap kamu dah hantar sebutharga tu..
harap sangat saya tak da buat silap masa lengkapkan segala dokumen yang kamu minta.
Owh saya rindu family kamu juga...sememangnya mama saya pon sudah salah call siang tadi..
dia mahu call orang lain tapi dia call saya..
Owh sudah lebih emosi mahu tidur..
selamat malam ....





01 September 2010

Bibik si Pemalas

Salam,
selamat pagi..
hohohoho hampir tengah hari dah..

bila cuti,aku pon sama cuti..sebab...mahu rehat dalam kurungan malas.

okey mahu meluah perasaan bengang ini.
aku bengang dengan bibik makcik aku..
se..macam haram..

Mak iza (makcik aku),baru je melahirkan anak yang ke-3,
maka dia stay kat rumah atok aku sekarang ni..
Remember Damia&Dania...diaorang sudah dapat baby baru..Danish.

Kau bayangkan *sila pejam mata cepat..secara tenang aku mahu kau bayangkan..
mak Iza tentulah tak leh bergerak sangat,jahitan belum pulih sepenuhnya,
aku tak dalah nak berkira sangat sebab tolong dia jaga budak2 tu,
nama pon budak2 okey banyak ragam,lasak dah jangan cakap...
aku okey je mahu melayan bagai..

Tapi yang aku betul2 bengang,
kalau aku balik kerja je,bibik dah mula lepas tangan..
dia tahu aku akan layan budak2 tu..
melampau okey.
kalau aku tak da pon dia bukan kisah pasal budak2 tu.
aku sibuk kjar budak2 tu sana-sini,dia boleh layan membuta..membuta tau....senang-lenang baring dekat sofa..macam aku plak yang jadi bibik.

Pukul 9.30 malam sudah amik port mahu tido.
bangun lambat..pukul 6 lebih baru mahu bangun.
Dia asyik dok kat dapur je,bukan buat apa pun..
budak2 dia biarkan saja.
mak iza panggil banyak kali bukan dia sahut pon..
kejadah okey..
nak aku jerit baru dia nak datang..

Aku bukan kejam sangat..
tapi kalau kau dah malas nak kerja sila balik tempat asal.
makan gaji buta sesaja..
nasiblah bukan bibik aku.

aku betul2 bengang nih..
lagi satu,kalau budak sudah kencing,dia tak cebokkan pon,tukar pampers je sampailah kemaluan budak tu merah2...

Bab ni aku memang sound habis.
ingat anak ayam apa tak nak cuci najis.

Kalau tengok budak main kat luar pon,
alahai lembab..dok jauh2..
dibuatnya budak tu jatuh tersungkur..
apa nak jawab?

HAri tu dia tengok budak2 main buai,Dania terlentang jatuh..
dia boleh relaks saja..
Aku macam nak tepuk je dahi dia laju2..

pemalas dah lah..kuat menjawab pulak tuh.
bila atok aku tegur baik2 mulut dia macam celaka..boleh menjawab..
bukan dengan atok aku je..
dengan mak iza pon sama..
aku plak yang hati panas..
la ni memang aku tak bagi muka,
aku nampak dia senang lenang je,memang aku panggil suruh jaga budak..
banyak lemak bontot kau nak duduk je.

Silap orang lah kau nak main2..
aku memang lazerkan sahaja..ada aku kisah.
Kau cakaplah pernah pergi haji banyak kali ke apa,
habis kalau kerja sambil lewa,
gaji kau berkat tak?

Bangun lewat alasan semput..
aku terima..kalau dah tau kau sakit kenapa dulu cakap kau tak da apa2 penyakit..
sapa nak tanggung kalau apa2 jadi.
KAu dah tau ada segala banyak penyakit silalah pantang makan,
ni tak makan nak macam2..
selera mewah.

Aku memang dah tak da nak gurau2 bagai..
memang buat muka ketat je sepanjang masa.
dia amik kesempatan sangat2..
selalu je mengadu dengan mama aku plak tu.
lepas tu mama bela je dia..
kena dekat aku memang aku lawan.
dia yang mengada2...

Peringatan untuk semua,
kalau nak amik bibik,sila pilih betul2..
tengok tahap kesihatan dia macam mana,
jangan terlalu sporting sangat nanti dia pijak kepala.

Huh,kurang pahala aku hari ni...