Sentuhlah saya

28 December 2010

Sangat2 tertekan

MAaf penulis blog tengah jiwa kacau...
terlalu kacau..

mahu update..mahu menulis.tapi tak boleh berfikir sekarang ni.

mungkin akan senyap untuk beberapa ketika.

HAve a nice day..

:'-(

22 December 2010

Tuhan sayangkan kita.

Salam,
selamat malam.
maaf tuan belog kurang sihat mindanya,

tuan belog kata dia tengah tak tau nak update apa,
tunggu besok,kalau2 dia ada idea mahu berceloteh.

Tuan belog merungut,
dia sudah lama tidak blog walking,
dia rindu mahu membaca banyak blog yang best...

Tuan belog tengah jiwa kacau,
sebab banyak sangat masalah dan sedang berusah lebih untuk pembelajarannya.

Tuan belog tengah pulihkan semangat diri sendiri.

Kawan baik tuan belog pesan pada dia,
'Tuhan sayangkan kita,sebab dia tahu kita mampu'.

Tuan belog tengah muhasabah diri.

17 December 2010

Nak kahwin tapi masih suka beli benda bukan-bukan

Assalammualaikum..

W.B.T



Aku masih di sini..hahaha..*sila lempang..



Hati adalah berbunga-bunga dan ceria...dalam hati ada Taman bunga yang dilimpahi dengan bunga2 yang mekar mewangi dan cantik..ces~ ayat tak leh blah.



Aku dapat Hp baru yeay..

Tapi masih sedih atas pemergian N70



Terima KAsih En.Tunang,

kamu sungguh memahami yang si kekasih ini sangat lembap dan alahai tak pandai sungguh guna Touch screen.Jadi kamu telah guna tongkat sakti kamu untuk tukarkan kepada Blackberry..Hitammmmm..



Aku rasakan En.Tunang mesti terasakan hari tu aku bebel2 pasal tak pandai pakai Touch screen.

Adeh~



Kenapalah mulut ni jahat sangat suka sangat merungut tak tau nak bersyukur...

Blackberry ni pun ntah aku tau pakai ntah tak. *tepuk2 mulut sebab jahat.



Aku risaulah duit simpanan dia akan berkurangan,

sebab mahu kahwin ni....lagi beberapa bulan.

Duit aku?dah memang kurangggggggggggggg pon..hahaha

siap ada hati lagi aku nak curlkan rambut lagi....itu semua duitttt...



sekarang ni aku dengan dia tengah fikir alasan,

apa mahu jawab dengan FMIL.

Kalau mak dia tanya 'HP baru?'



aku akan jawab,'eh..tak tadi kitaorang jumpa kat tepi jalan ada orang tinggalkan siap dengan paper bag sekali.' mesti buat riak muka terkejut dan pelik2.



Ok..bukan dia belikan aku je..dia pon beli hp baru juga..*sigh..dalam 2 minggu ada 2 Hp baru.



Dia mahu Let go N8..dan kasi simpan X3 aku.



En.Tunang:awak suka?



Aku:mestilah suka...TErima Kasih *mata dah bergenang..(berlakon lebih,kasi dramatik sket)



En.Tunang:pandai tak pakai blackberry ni?



Aku:cis...memandang rendah..



En.Tunang:bukan apa bg touch screen asyik membebel je.hahahaha



Aku:Blackberry kan tak payah 'raba'.Insyaallah pandai (ceh macam mana mahu pakai hp ini)





Aku rasa bersalah r,membazirkan duit orang.Memanglah aku tak mintak tapi...adus..ni lah perasaan kalau tak pernah bersyukur dengan apa yang ada.Menyesal~



Aku:Mesti banyakkan duit awak dah keluar?



En.Tunang:alah,tak apalah,yang lain kita let go.Lagipun bukan selalu kita tukar kan?selagi tak kemek hp kita,kita memang tak kan tukar.Lagipun apa salahnya bukan selalu.



Aku:kita dah nak kahwin...



En.Tunang:tak apa,insyaallah ada rezeki lain yang mendatang,awak jangan berhenti berdoa.



Aku:Mudah-mudahan.Terima kasih,semoga banyak lagi rezeki yang akan tuhan bagi kat awak.



En.Tunang:Terima kasih. (^_^)



He smiling....sampai telinga..serius dah lama tak nampak dia senyum panjang sampai cmm tu sekali.I love the way he smile.



Dah lama wei tunang aku tak senyum macam ni..last dia senyum panjang2 ni masa raya hari tu.Masa tetap tarikh majlis kat rumah aku.LEpas tua syik nampak muka stress dia je..muka kening berkerut2..



Tapi aku pelik gak,dia keluar duit..dia senyum lebih..sepatutnya aku lah yang senyum lebih.



Hahaha..tak apa yang penting aku suka.



"Saya janji akan cuba belajar guna hp canggih,walaupun saya sengal saya akan cuba juga.Saya tak akan merungut lagi.Sebab awak sanggup keluarkan duit awak untuk saya.Tapi saya tak pernah pun bagi awak Hp.Nanti saya belanja awak donut dan coklat,kita sama2 gemuk"

Ok bab gemuk tu tak boleh nak janji.awak gemuk tak apa tapi selepas majlis kahwin kita.sebelum ni sila jangan nak gemuk2 dulu.Sebab kita kena buat baju untuk majlis bersanding.

Pak andam sudah kasi sound

'sya,kau badan nak kena jaga,maintainkan jangan terlebih gemuk'

hahaha..matilah..

Feel mahu kahwin belum sampailah.Mungkin melangkah ke tahun baru,baru serius mahu buat persiapan.

Oklah..mahu study..bye.

*penutup macam haram ek? =p

16 December 2010

Aku telah buat dia berkecil hati?janganlah berkecil hati..saya sayang kamu =p

Salam,
selamat pagi...

pagi yang sejuk bertambah sejuk sebab ada aircond..hahaha

mood swing2 sebenarnya,
satu malam aku tak lena tido.
atok aku sakit..dia tak sihat.
jadi sepanjang malam dia merengek je..adeh~

Bukan merungut,
cuma semalam aku tengah stress jadi aku perlukan tido ang cukup.
kalau aku tak cukup rehat mood aku memang macam haram lah jawabnya.

Atuk aku dari hari tu demam tak baik-baik.
dah ajak pergi klinik tapi dia tak nak.
Malam tadi memang dia sakit kepala sangat2 sampai mata dia tak berapa nak nampak.
aku dah mula geram nak bebel2.

Yelah penat aku nasihat tapi tak mau dengar.
pagi tadi dia merungut2 cakap kepala sakit nak pergi mintak air dengan pakcik sedara aku,
dengan alasan yang lepas mintak air kepala dia terus baik..
ha amik kau aku bagi sedas.

*jangan ikut macam aku ye,aku cucu yang tak elok.

Aku bebel dari A sampai Z.
aku paksa gak dia pergi jumpa doktor,
sepanjang aku bebel dia diam je.
Aku cakaplah..

"atok,hari dah mintak air konon boleh baik,la ni kena lagi baik hapanya?jangan nak bagi alasan percaya sangat benda2 pasal air ni,pergi chek doktor entah sakit apa yang kita tak nampak,dulu kawan along cerita,ada member ni asyik sakit perut je,mak dia sibuk mintak air sana sini percaya anak kena kacau hantu,berpuluh ribu habis jumpa bomoh je.Sekali bawak pergi jumpa doktor rupanya dia kena appendiks.Nasib tak pecah kat dalam kalau tak mati sia2 je percaya air sana sini."

dia macam nak menjawab lepas tu aku bagi sedas lagi..

"memang boleh mintak air atau guna rawatan tradisional ni,tapi kan kita disuruh berusaha.bermaksud rawatan secara sains pun perlu jugak.Atok jangan lupa sains itu pun ilmu dari Allah,jadi sila siap2 along hantar pergi rumah mak long nanti dia bawak atok pergi chek."

dan dia menurut je kata aku tanpa membantah.
serius aku hati kering gila masa basuh atuk aku..
sapa tak sayang atuk oi..
aku ni bukanlah penyabar sangat,
serius aku boleh naik angin kalau melayan kerenah orang tua..*see bukan manusia yang baik kan.

TApi aku cuba gak layan...
malam tadi tiap2 jam dia kejut aku..
Ya Allah tuhan je yang tahu.
berdenyut2 kepala aku.
LEpas ni kalau dia sakit sikit je memang aku terus hantar ke klinik..
tak ada alasan nak mengada2 dengan aku.
*atuk aku memang liat nak jumpa doktor,ntah apa yang dia takut sangat jumpa doktor.padahal tiap2 hari makan ubat macam2..peliks...

Pagi ni je semua orang call aku tanya atuk macam mana.

Letih aku nak menjawab..hahaha
aku nak buatkan FB untuk atuk aku lah...
amacam bergaya?
boleh post selalu pasal kesihatan dia..
maka semua family members boleh alert..hahaha
*sila lempang.

Atuk,along mintak maaf malam tadi along bukan tak nak bercakap atau apa2,tapi kepala along sakit sangat,berdenyut2.Macam nak muntah,mintak maaf sangat2 la ni pon along masih ting tong sebab tak cukup tido.Jangan kecik hati ye,nanti ada masa kita lepak lagi...

Hahaha...

15 December 2010

Tips untuk korang lupakan Ex bf..ikhlas dari aku.

Salam,
selamat pagi..
muahaha,
tajuk entry tak boleh blah.

Okey,
entry2 sebelum aku memang pernah cerita pasal Ex-bf kan dengan korang?
jadi hari ni aku nak bagi kau tips supaya tak perlu lah nak berdendam bagai atau nak frust sangat.

Untuk imbasan pengalaman,
aku setakat hidup 25 tahun ni baru serius dengan 3 orang lelaki je termasuk En.Tunang.
Dengan harapan dan semoga tuhan dengar doa aku,biarlah En.Tunang yang teman aku sampai hujung nyawa dan aku bercita-cita mahu jadi bidadarinya di alam sana,itu pun kalau aku ni cepat2 taubat dan ingat dosa dah banyak.

MEmanglah sakit otak dan sakit jiwa bila putus cinta ni.
Tapi apa kan daya jodoh tiada..hahaha siap jadi lagu.
Belajar dari pengalaman hidup baru kau boleh tahu yang diri dan jiwa kau tu tough atau tak.JAngan sekadar cakap tapi sebenarnya kau tak tough pun.

Aku dah banyak jumpa orang macam ni,
cakap besar seolah2 tuhan tak dengar apa dia cakap.
Fikir sebelum cakap adalah lebih baik.
selalu je aku jumpa orang2 frust cinta dia akan cakap macam ni

'Eleh,setakat muka exbf/gf aku tuh,aku boleh dapat yang lagi cantik/hensemlah,tak heran pon kalau dia tinggalkan aku'.

ini ayat orang sombong sila jangan ikut ayat ini.

Kalau muka kau tu boleh dapat yang lagi bagus,apasal kau bercinta gak dengan dia?
betul?
baik kau cari yang bagus2 je untuk diri sendiri.

ada plak yang nangis2 tak henti2 *termasuk aku
aku menangis sekejap je,
tak kan kau nak menangis sampai buta,tu bodoh namanya.
yelah perasaan sedih kan,normal perasaan tu.
Tapi lagi hebat kalau kau boleh senyum lepas menangis.
hahaha

masa aku frust2 bodoh dulu,ada sorang kawan lelaki aku nih pujuk aku tau.

'dahlah jangan menangis lagi,sakitlah hati aku tengok kau macam ni.Kalau aku dapat exbf kau tuh memang aku tumbuk je.Cuba kau senyum dan ketawa macam biasa.Aku suka tengok kau ketawa,nampak cantik'

Dia memang berjaya pujuk aku,habis je dia bercakap aku terus ketawa dengan mata sepet.
hahaha..kawan2 juga merupakan terapi untuk kau lupakan exbf kau tuh.
dalam hal berkaitan masa2 genting tu kau harus bersama dengan kawan2.
jangan dok sorang2 karang asyik teringat dan melalak je.

Benda utama yang kau harus buat bila putus cinta,
kau nangislah puas2 sampai dah tak ada air mata.
serius kau akan lega.

Kemudian kau cari seseorang yang memang dinamakan sebagai kawan sejati.
DAlam hal ni Tuhan lebih mendengar.

Apa pun yang kau buat sila jangan belakangkan tuhan.
Tapi secara waras dan jujurlah kan.
Bila kau sedih macam nak mati baru teringat tuhan,
barulah kata2 macam ni kau akan cakap,

'Ya,Allah kau hapuskanlah kesedihan aku'

Cuba masa kau happy ada kau hengat dia.nan ado.
aku tak cakap semua orang sama,tapi sebagai manusia kita mudah alpa dan leka dengan nikmat yang dia bagi.

Bila kau rasa dah relax sikit,
kau lepak dan enjoylah dengan kawan2 ye.
Jangan dok termenung,orang termenung ni cepat kena sampuk.
sebab fikiran dia melayang2.

Sebenarnya yang paling penting,
kau kena belajar memaafkan,
bila hati kau dah tenang dan dah berjaya memaafkan secara tak langsung kau akan redha.
percayalah.memang nak memaafkan dan melupakan itu susah,tapi kau kena fikir positif.
contoh macam aku..nak jugak

'Aku yakin mesti ada lelaki yang lebih baik untuk aku di luar sana'

Jangan sekadar cakap je,
kau kena berusaha mencari lelaki yang kau nak tu dan berdoa.
yang penting kita memang tak tahu siapa jodoh kita.

Susah okey nak melupakan first love,bukan mudah.
Tapi cinta pertama bukan yang terakhir.
(^_^)
kalau kau ikhlas sayang partner kau,
maka dia akan sayang kau lebih dari kau sayang dia.

*perbualan bertopikkan hubungan sesama manusia,bukan hubungan manusia dengan tuhan.
Hubungan manusia dengan tuhan dah memang kita tahu sejak azali,kita harus cintakan dia lebih dari segala-galanya.Tapi bila baca ni lihat dan belek diri sendiri,cukupkah cinta kita kepada tuhan?*termasuk tuan belog.

Prinsip aku satu je.
Bila kita sayang dan cintakan partner kita dengan sepenuh hati dan seikhlasnya,secara tak langsung dia akan mempunyai tanggung jawab perasaan yang sama terhadap kita.dalam erti kata yang lain kau dan partner akan ada 'instinct'.Aku tak tahu nak panggil ini deria apa sebab tak nampak kan.Walau dia buat salah sikit pun kat belakang kau,hati kau akan berdetik dan tahu.

BAb ni kau jangan percaya sangat dengan aku,sebab bila aku cakap pasal hal ni.Kebanyakan orang akan perlekehkan aku.Dulu tunang aku pon tak percaya ini,sekarang cuma dia je yang tahu macam mana rasanya.Hehehe..padan muka dia,aku cakap tak nak percaya.

Jadi,
petua utama untuk kau lupakan bekas kekasih ialah FORGIVE AND FORGET.
itu je sebenarnya.

Sejujurnya tak payah lah nak kata jangan duduk sorang2 nanti asyik teringat ces~
jangan bohonglah silap2 kau tengah duduk termenung dalam jamban kau siap fikir lagi pasal bf kau tuh.

JAnganlah kata lepak dengan kawan2 kau akan lupa..hahaha tak semua orang boleh buat kak oi,silap2 balik main bowling terus mengadap gambar exbf tuh siap nangis2.kalau kawan call nak tau ok ke tak,cakap dengan suara serak..

'aku ok je ni,suara serak sebab menyanyi kat karaoke tadi bagai nak rak dengan korang'.

Tapi,sebelah tangan pegang hp sbelah lagi pegang tuala lap air mata.
haha9 tipu itu dosa ye.

Kau jumpa kawan2 memanglah kau lupa,tapi sekejap je..bila kau dok berangan sorang2 memang kau akan ingat.Kau sibukkan diri dengan kerja yang menimbun sampai masa kerja habis jugak,tak kan nak sibuk sampai mati ye tak?

Macam aku cakap maafkan dan lupakan lepas tu kau carilah bf baru yang lagi bagus.
MEmang tak ada lelaki sempurna,maksud aku cukuplah sekadar yang sederhana tapi mampu buat kau bahagia.Kau kena fikir positif,yang kau ni the most beautiful women on earth.

Kau tak perlu nak rasa rendah diri sebab pada usia kau tuh masih single dan available.
Peduli apa orang mahu kata,sebab kalau kita ni dengar sangat cakap orang memang tak boleh nak hiduplah kita.

Kau perlu kuatkan hati dan mantapkan jiwa kau.

Okey cara aku plak.

Bila aku dah frust dengan first love tak lama aku jumpa yang second love plak.
hahaha cliche..sebagai pengganti lah konon2.
dalam masa yang sama aku ni tak ikhlas nak cinta dengan si second ni sebab asyik terkenang yang first.

Macam aku cakap tadi kalau kita ikhlas partner kita pon akan ikhlas.maka bila aku tak ikhlas partner pun ada pompuan lain.tak boleh nak salahkan dia je sebab aku pon sama salah,bingai pi kenang2 first love.macamlah dia nak balik kat kau..hahaha padan muka.pengalaman hidup kan?kau ada?

Dahlah masih terkenangkan first love,second love pulak menyakitkan hati..hahaha
apakah perasaan?serius jiwa kosong sangat?
masa ni kawan2 pujuk macam nak rak...macam2 diaorang buat untuk aku supaya aku ketawa.

Tapi berbalik pada yang asal,bila dah sedih macam nak mati baru ingat tuhan.
Mulalah minta macam2 dan buat muka tak malu dengan tuhan sedangkan solat 5 waktu selalu fail.

Masa frust tu adalah waktu yang terbaik untuk kau muhasabah diri sebenarnya.
Jadi aku minta tuhan tutupkan pintu hati aku sehinggalah aku jumpa lelaki yang betul2 untuk aku.

RAhsia Allah kita tak tahu sehingga mana dan setakat mana,betul?
yang penting kau kena berusaha,berdoa,tawakal dan ditambah dengan keyakinan.
percayalah satu masa kau akan bahagia jugak.

Allah tu kan maha adil dan maha mengasihani.

Jadi apa pun yang kita buat berbalik pada yang satu,minta dan meminta tanpa jemu.

Kita hidup kat dunia ni ada bahagian masing2,aa yang memang bahagia je tanpa masalah.ada yang memang masalah je tak tahu bahagianya bila,ada yang bermasalah dan kemudian baru bahagia,ada juga yang bahagia baru bermasalah.

Tips aku sangat panjang kali ni,sila baca dan renung2kan selamat beramal.
hahaha panjang lagi aku nak cerita pasal hidup ni.kasi lain entry okey.

Aku?
alhamdulillah,hidup aku lbih etnang dan bahagia lepas amalkan FORGIVE AND FORGET.
Kalau kau ada baca entry amukan berdarah atau apa,itu semua luahan perasaan.Habis tu tak kan ank pergi bunuh orang pulak ye tak.hahaha..

enjoy ur day.Life,Love &.......

14 December 2010

Tengok aku macam tak kisah.Ye kadang-kadang aku memang tak kisah pun.

Salam,

selamat tengah hari.



sihat?
hahaha..
hari ni agak gila sikit..
mungkin sebab penangan sarapan lempeng + sambal hijau..heaven~



Semalam adalah sesi melepak bersama Buddy,

memandangkan aku sangat-sangat kusut.

nampak macam hebat sebenarnya aku adalah lemah di dalam.



Haha..sesi gelak-gelak macam nak gila berjaya membuatkan aku discharged dengan baik semalam.



Okey,oleh kerana dah jumpa tentulah ada selit-selit cerita pasal majlis kahwin kan?

aku tabik spring okey kat Buddy aku nih.

dia seorang yang sangat rajin dan berbeza sangat dengan aku.

yolah kau tengok dia nak tunang je siap plan baik2.

aku ni,tunang asal boleh..tiada perancangan,tiada impian dan tiada apa2..sila tadah badan je.





Okey..

penat mahu jawab lagi..

ada kawan tanya..



'kau tak mahu buat blog macam orang kahwin-kahwin ke?'



'kau tak nak bagitau apa perancangan majlis kau ke?'



'kau tak nak..kau tak..kau ni..'



Penat sengal mahu layan semua soalan..

hahaha



Kesimpulannya ini jawapan aku:



-Aku bukan tak nak buat blog kahwin-kahwin ni,tapi sebab aku malas~



-aku bukan tak nak bgtau perancangan majlis,tapi majlis aku simple sangat dan kalau aku jemput kau datang mesti kau kata,'alah biasa je,letak dalam blog siap nak gembar-gembur macam hebat'



-aku bukan tak survey macam bakal pengantin lain,cuma aku nak buat apa yang aku nak dan aku rasa tak cukup masa nak survey banyak..hahaha...aku malas dan tak kreatif =p



-aku selalu je singgah blog2 bakal pengantin yang lain,tak kiralah dah tunang,belum tunang,dah kahwin,tak kahwin lagi,dah mengandung..semua aku jejak.



-Bukan tak nak kongsi apa ada dalam kepala..macam aku cakap..as simple as i can..



-okey..untuk puaskan hati orang yang bertanya ni,nanti kalau ada masa dan kalau ada gambar dan kalau..kalau..aku buat satu entry khas..



muahahaha..tapi semua dan kalau je lah..



Memanglah semua orang yang nak kahwin mesti nak ada baju cantik,hantaran yang best2,mekap yang meletops,pelamin yang gah.



Itu mungkin orang lain,aku biasa-biasa je.Tipulah tak ada angan-angan,masa belum tunang lagilah nak semua yang best aje masa kahwin.Tapi bila kau dah bertunang.kau akan fikir panjang,buat segala hal under bajet.maksud aku sila basuh baju ayng ada dalam bakul baju kau sendiri je..hahaha..faham?



Serius aku sendiri angankan perkahwinan yang bertemakan fairy tales.Tapi the bajet is..muahahaha bunuh diri sendiri.Adakah kau rasa berbaloi untuk menghabiskan duit sebanyak RM20k hanya untuk pelamin?tak termasuk yang lain2?



Aku?tak sanggup noks.aku tak mampu.

nak hire WP pun aku tak mampu.

jadi aku buat seadanya aku.



Aku cuma hire pak andam sahaja hahaha.

sempoi...



Aku pergi kat andaman bincang sikit2,dia ada apa yang aku nak.

kali kedua jumpa aku bayar deposit.sikit sangat tapi pak andam aku BOLEH GIVE AND TAKE.

SEE....

aku siap bawak FMIL,

dan untuk majlis bertandang ke rumah lelaki pon amik andaman yang sama..settle bukan?



untuk tema sebelah aku,mama serahkan bulat2 kat aku.cuma ada perbincangan sikit2 antara kami anak-beranak.

Hallooo beb..kepala otak prents aku lagi meletops ok..hahaha tak sangka..keinginan diaorang melebihi aku.tapi ok jugak tak melibatkan penambahan kos.

Banyak benda aku tak buat lagi nih,adeh..hahahaha.KEpala banyak sangat fikir.untuk waktu terdekat ni aku fokus pada study dulu.Mungkin masuk bulan januari baru dapat feel sikit2 kot.haha..kalau feel tu timbullah..buat secara slow.

Hollaaaa..baju nikah aku dah siap...ting..beli readymade.Simple juga,hahaha..baju nikah mama aku settle.aku malas nak fikir banyak.asal ada dan asal boleh je.

Pasal menu pun parents aku settle.

Pelamin sudah ada gambaran,pak andam aku dah tahu apa yang aku nak.alhamdulillah semua masih under bajet.

buah hati dr kami sekeluarga pun,mama aku settle.

hahahaa..serius majlis kitaorang simple.

sebelah En.Tunang,aku tak amik port.Dia kasi settle sama orang tuanya.Pelamin dan baju sanding kat rumah dia pon aku kasi mak dia settle.mudah bukan.hahahaha.

Kad jemputan..hahaha ni satu lagi kes.Bajet aku sekeping adalah 60sen.Tapi kitaorang nak cari yang sekeping adalah 20 sen..ada tak?

muahaha..kedekut seyh.okey secara umum aku tanya kau buat koleksi ke kad2 jemputan yang kau dapat tu?

Tak payah jawab kat aku lah.JAwab sendiri.

bukan kedekut sesangat.

Cuma banyak lagi yang harus dipentingkan sekarang ni.lainlah kau memang kaya sesangat dan banyak duit.nak buat macam mana pon aku tak kisah.muahaha..jangan ikut style aku.

sebab aku fikir lebih untuk lepas kahwin.Maksudnya,kan mahu juga merasa horny-moon.Lepas tu kalau lepas majlis demam,kan perlu ubat dan pergi klinik.Lagi kalau..eh..banyaklah..sila fikir2 sendiri.

eh..oklah..yang penting untuk B2B tu,kau janganlah pemalas macam aku ni.sila buat majlis yang grand2 dan best2.=)

13 December 2010

Aku sangat kejam sebab memusnahkan hubungan orang lain...=(

Salam,
selamat petang.
hye cayang2ku..*hiks sila lempang..

mengada2..

Ok..kau tgk tajuk mesti kau mahu tahu kenapa weh..hahaha
kenapa?kenapa?

jom malas nak bagi mukadimah panjang-panjang.

Aku terlibat dalam situasi yang agak kurang menyenangkan.
di mana dalam situasi ini ada 3 orang insan yang memainkan watak penting.

(1)Si A (adik sepupu aku berjantina lelaki)
(2)Si R (Kekasihnya berjantina perempuan)
(3)Si N (Skandalnya berjantina perempuan)

Al-kisah....
satu hari ada sorang budak perempuan (N) add aku kat dalam pesbuk.
aku dengan baik hati accept sahaja.
Tiba masanya budak ini tegur aku melalui chat..mula2 malas nak layan sebab tak kenal,tiba2 dia mention nama Si A..aku terus kaget..*ceh amacam bahasa?pengaruh Drama Alisa..ces~
Dia kata dia kawan dengan adik sepupu aku..

okey,itu aku tak kisah..
tapi dia tanya Si A ni sihat ke tak?
okey ke tak?

Balik rumah aku tak puas hati aku tanya A.

Aku:'kau dengan N tu apa?R tahu tak kau kawan dengan N?'

A:'Skandal aku je si N tu,kau jangan layanlah.

Aku:'R tahu tak kau ada skandal?kau ni gila lah bercinta dengan R dah berzaman tapi masih pasang skandal.Kalau R tahu mesti dia mintak putus'.

A:'alah nanti aku putuslah dengan N,kau jangan layan dia dalam Fb.'

Aku:'Kau jangan main-mainkan perasaan orang,dalam satu masa ada 2 perempuan ni'.'

A:'skandal je lah long,kau tak payah risau.aku tak kan tinggalkan R.'

Aku:'Habis si N tu apa?anak patung?kau jangan macam-macam'

okey conversation tu end sampai aku bebel2 lah

Aku sakit kepala nak cerita detail.
sebab secara tak langsung aku terlibat dalam hal ni..
maka aku bertanggung jawab sebagai kakak menasihatkan adiknya agar bertindak dengan wajar.

Sebenarnya dia dah bercinta dengan R selama 6 tahun dan telah berskandal dengan N selama 2 tahun..lama kan?aku tak tahu apa motip budak ni nak melayan pompuan lain,memang mintak kena lempang dengan aku.

Jadi satu hari bila aku tahu si N ni memang serius gila tangkap cintan dengan adik sepupu aku.Maka aku bertindak sebagai penceramah bebas.

Aku:'Kau tak boleh macam ni,kau kena pilih salah satu.Kau kena putus dengan salah seorang.Apa kata kau putus dengan si R?'

A:'kau gila?aku dah 6 tahun dengan dia,macam2 dah kitaorang lalui bersama'

Aku:'habis tu?tak kan mahu dua2,kau lagi gila.Aku tak kira kalau kau tak nak putus dengan R,kau kena putus dengan N'

A:'ye,nanti aku putus dengan N,aku tengah cari alasan yang sesuai'.

Aku:'Berterus-terang je yang sebenarnya kau tu dah ada awek,kan senang.Tak payah nak cari alasan.tak elok mainkan perasaan orang ni.'

A:'N ada chat dengan kau lagi kat FB?

Aku:'ada,tapi aku malas nak layan sebab nanti terpecah rahsia kau pulak,apa pun biar dia dengar dari mulut kau.'

A:'hah yelah2,nanti aku mintak putus.'

nak dijadikan cerita,aku desak adik sepupu aku ni putus dengan si N.Aku tak nak satu masa nanti masalah jadi berat.sebab aku pulak takut dengan si N ni,yelah bagi aku mungkin dah terlampau sayang,sibuk segala sedara mara kitaorang dia add dalam Fb,siap ada nbr Hp aku..eh macam2lah..

Aku tak nak dia sakit jiwa dengan adik sepupu aku,bila hari2 aku basuh adik sepupu aku.maka dia dengan si N ni pun berpisah.Tapi si N tak mahu menerima,dia call Si R..aku tak tau apa yang dia cakap tapi mungkin si R ada cakap benda yang kasar kot lah kan.

Dalam hal ni aku salah kan A sebab bermain api.R tak tahu kewujudan N,begitu sebaliknya.Tapi bila dah putus,N berani call R.Dan N cakap dengan aku dia rasa R yang rampas A dari dia.memang aku haruklah,sedangkan R tak tahu menahu pasal dia.

Panjang berjela aku Pm si N,siap berlawan cakap.aku bukan nak sbelahkan sesiapa,aku mengaku aku yang suruh A tinggalkan dia.memang aku kejam,tapi secara logik akal untuk kebaikan siapa?

N pertikaikan,seolah2 aku tahu siapa jodoh A.Kenapa aku yakin sangat A akan berkahwin dengan R.KAlau jodoh dia dengan A macam mana.Hellooo..aku bukan tuhan der..aku cuma nasihat supaya dia tak main2kan perasaan orang lain sebelum terlambat.Dalam hal ni memang kena korbankan satu hati.Aku dah suruh dia buat pilihan betul?
Tapi dia pilih R.Jadi bukan salah aku.memang aku paksa dia putus dengan N sebab N boleh dapat lelaki yang lebih baik.Mampu ke budak yang baru kerja nak kahwin 2?kau hengat makcik pakcik aku kasi?

dahlah anak lelaki tunggal,kesayangan.Mesti mama dia mahu dia buat yang terbaik.
Jadi harus dia hancurkan hati orang tua dia?
Memang aku jahat.Sebab aku tak nak adik sepupu aku hancurkan hati orang lain,tapi masalahnya aku terlambat tahu,skandal diaorang ni pun dah 2 tahun.

Dah baca entry ni kau nak cakap aku apa pun cakaplah.
Tapi aku cukup tak suka kalau lelaki pasang dua.Aku perempuan aku faham macam mana rasanya disakiti,bagi akku biar sakit sekarang jangan bila kita dah hanyut dengan cinta baru kita sakit.Sebab rasanya lebih sakit lagi dari jatuh bangunan.*aku tak pernah rasa,tapi yang bunuh diri dan jadi hantu pernah rasa.NAnti kalau kau jumpa dengan hantu yang bunuh diri jatuh bangunan kau sila tanya.=)

Baiklah secara tak langsung aku memang kejam dan jahat.Terpulanglah N kau nak cakap along apa.Tapi along kesiankan kau,along tau A tak kan tinggalkan R.Jangan salahkan R sebab dia memang tak tahu apa2.Yang salah adik sepupu aku yang mintak kena lempang dengan aku tu.Aku memang suruh dia putus dengan kau,sebab dia tak nak putus dengan R.JAdi dia kena pilih salah satu.

Memang along tak tahu siapa jodoh dia,dan along bukan tuhan untuk menentukan siapa jodoh dia.Along hanya beri pilihan agar satu masa dia tak akan GILA kerana perempuan.

10 December 2010

Amalan yang aku yakin akan melindungi

Assalammualaikum w.b.t

hi bloggers..
ces ayat mengada-ngada macam mintak kena lempang.
*gediks...hahaha

Di pagi Jumaat yang indah ni,
aku nak kongsi satu amalan yang memang dah lama aku amalkan.

Dari dulu lagi kalau dengar berita tak best pasal rogol+culik+bunuh
perut aku akan kecut sangat..*eh,kalau kecut maksudnya aku slim..hahaha perasan.

Amalan ni tak ada siapa yang suruh dan ajar,
cuma aku yakin dengan berkatnya dan lagi ini merupakan salah satu rahsia yang mungkin ramai orang tak tahu.

Selalu,
sebelum keluar dari rumah,
tak kisahlah menuju ke mana-mana sahaja
*terutamanya merayap ke tempat-tempat yang melekakan

Aku akan pastikan aku amik wuduk sebelum melangkah keluar,
dan sebelum aku keluar rumah aku akan baca ayat kursi dengan niat di dalam hati

"Ya Allah,kau lindungilah perjalanan pergi dan pulangku daripada malapetaka,bencana serta ancaman.Aku berlindung kepada mu Ya Allah"

NIat dalam hati ni aku yang cakap sendiri,maksudnya secara tak langsung aku bermohon kepada tuhan agar dilindungi.

Sejujurnya dah bertahun-tahun aku amalkan Ayat kursi ni,
baru beberapa bulan yang lepas aku tahu manfaatnya.
kenapa?

secara tak langsung aku terdengar ceramah dari seorang ustaz ni,
aku tak ingat siapa.

''Sesiapa yang keluar rumah dengan membaca ayat kursi maka diturunkan kepadanya 10000 malaikat untuk melindunginya".

Bukan itu sahaja,kawan aku pun pernah berpesan,

"along kalau lepas solat kau baca Ayat kursi,Insyaallah ada malaikat yang akan melindungi kau sehingga ke waktu solat seterusnya"

YE,aku ni jahil..tapi aku yakin dengan ayat kursi..sumpah aku yakin.
Memanglah apa yang akan berlaku sudah ditakdirkan,
tapi kita sebagai hamba yang lemah dikehendaki berusaha dan bertawakal.
(^_^)

Mari kita imbau peristiwa-peristiwa eksiden yang lepas

Peristiwa 1
-En.Tunang amik aku kat bus stand,aku baru sampai dari KL,dalam perjalanan pulang ke rumah
kami eksiden.En.Tunang langgar belakang kereta orang.Serius kalau kau tengok keadaan
kereta masa tu mesti kau kata 'teruk budak ni',tapi alhamdulillah,kami tak apa-apa pun.
Jangankan cedera luka pun tak walaupun kepala aku terhantuk dekat dashboard,kuat tau.


Peristiwa 2
-Aku memandu sorang-sorang balik dari UPM ke Johor,aku mengantuk yang amat tapi tak
mahu berhenti,serius memandu seperti orang mabuk.Keadaan adalah tak best sebab hujan
sangat lebat,tak nampak kenderaan di kiri dan kanan.Dan aku hampir-hampir melanggar
belakang treler panjang.Bayangkan kalau kancil kena pijak dengan gajah.Hahaha

Peristiwa 3
-Kat dalam kawasan UPM,aku kena langgar masa kat lingkaran bulatan utama UPM.Memang
kaku sekejap,sebab terkejut.Kereta aku kemek sikit je,tapi kereta orang yang langgar aku tu
agak teruk,jahanam gak lah bahagian depan kereta dia.Kalau repair memang mahal.Tapi,
alhamdulillah aku tak apa-apa.Yang penting segala kerosakan dia tanggung.

Lihat,aku bukan nak bangga konon amalan aku diterima.Tak sebenarnya.
Aku cuma nak bagitau kat kau yang kita boleh kongsi amalan yang sama,
percayalah kau cuba amalkan,yang penting kau kena yakin surah Allah.

Janganlah pulak bila kau dah baca lepas tu kau suka-suka nak langgar treler pulak,tu namanya nak bunuh diri.Kalau jadi hantu jangan pulak cekik aku.Aku suruh amalkan tapi tak suruh bunuh diri okey.Sila sayangi nyawa anda,sebab nyawa tak boleh belik kata Jaya jusco okey.

Hahaha..itu je info untuk hari ini.

09 December 2010

Kadangkala bersendirian itu penting untuk hilangkan stress,sambil2 kita boleh survey barang2 untuk bidadari kecil

Assalammualaikum w.b.t

selamat malam..

huhuhuhu...


jerawat sudah semakin banyak di muka,
hahaha..sila gelak ye.
aku baru balik dari The Mines..
jangan harap aku nak tepek gambar..

sila guna imaginasi kau..
Tunggu aku expert guna hp baru ni br aku upload gambar,
tak pon tunggu aku beli balik hp lama aku..
walaupun gambar tak cantik..tapi hp lama banyak jasa.

*aku tengah menyimpan impian untuk iphone..(saja berangan padahal tak tau guna)
haha selera besar...
Hari ni aku bangun pukul 12 tengah hari..
matahari tegak2 atas kepala
*tipu,sebab bilik gelap tak nampak matahari pun + sejuk


malam tadi aku tido lambat.
Dekat kol 4 pagi baru aku membuta itu pun dengan bantuan ubat batuk...
Ye..batuk tak baik lagi...
Kenapa tido lambat?
adalah atas sebab2 tertentu2

i kan tengah melatih diri sendiri untuk jadi isteri mithali tunggu laki balik dari melepak malam2 buta..miahaha



sebenarnya aku tak boleh tido..
mungkin sebab stress,
dulukan aku ada penyakit stress yang melampau sampai tak leh tido..
atau mungkin suasana baru kot kat UPM ni..
hahaha baru sangat *homesick..mengada



Aku bangun dah memang tengah hari..
relax tengok movie dulu..
baru mandi dan solat zohor..uits tiba-tiba solat kan..
sebab Subuh aku dah menjadi dosa sebab tak bangun sembahyang...*sigh
sarapan di waktu 2.00 petang adalah sangat syurga juga sebab perut sudah menjerit-jerit.
kemudian belek-belek muka sendiri kat cermin

'kenapalah muka seperti mayat hidup,pucat dan tak ceria langsung'


tiba2 terajin mahu mekap sikit bagi ceria..hahaa alasan..
sebenarnya mahu keluar merayap..
motip mekap?
nak habiskan mekap aku,maka ada alasan nak mintak mekap sebagai barang hantaran.

panjang intro aku nih..
hahaha

Balik dari fakulti aku terus tunggu bas..
ikut kaki..
tak tau hala tuju ke mana..

aku call En.Tunang cakap nak pergi merayap ke Mines..
nak cari dominos.
teringin hahaha..

Tapi malang kat mines tak ada,
jadi pergi layang hot plate mee..
sambil2 cuci mata tengok mamat hensem..tetttt
hahaha..
tak adalah..hahaa
aku mencuci mata survey harga barang untuk aksesori flower girl..

muahaha...tapi kebanyakan aksesori warna pinklah..
cantik2..jadi kena decide gown flower girl mahu kaler apa..
putih atau pink..
*pening...
hahaha

Putih suci,pink lembut..
ces~
aku dah keliru...

Tak pelah nanti aku guna imaginasi..
putih atau pink yang cantik...

tak da motif untuk entry ni.. =p

08 December 2010

Mereka tanya aku jawab,mereka terkejut aku senyum je (^-^)

Salam,
walah...
penat..
mahu muntah..

Aku br je send proposal by email kat lec aku,
rasanya masih tak lengkap tuh...
dia mintak hr ni,
tapi aku tak ingat dia ada bgtau waktu apa dia nak.
benda dah siap,tapi aku kasi touch up..
aloh..rasanya cfrm dia bising lagi sebab bab 3 aku tak best.

Besok dengan azam baru mahu pergi wisata minda pagi2
kasi touch up bab 3 resend lagi sekali.
janji buat dan hantar dan betul dan tak kena reject.
kalau kena reject maksudnya akulah yang sengal.

ok2..tutup cerita..
aku mahu cakap pasal tajuk entr..
walalalaa.
Malam isnin hari tu,aku dan hampir keseluruhan family besar aku,termasuk makcik+pakcik+cousin2 plus..dan..plus..En.tunang
kitaorang gi makan kat Hotel Crystal inn Batu pahat.
Batu pahat je der..
nak makan kat Kl jauh sangat,
lagipun Pak ngah dan mak ngah yang belanja tanda penghargaan tolong diaorang rewang masa kenduri ain hr tu.

Harap maaf gambar adalah tak ada,tuan belog agak bongok mahu guna Hp baru.
masih dalam kesedihan atas pemergian N70.

En.Tunang?
mesti pelik kenapa dia ada sedangkan makan2 family,
mama excited mahu dia ada,aku okey je.
sebab mama kata cousin2 yang lain tak ada,semua kerja dan study kat kl.
cousin2 yang besar2 cuma ada aku,apis dan ain je.
Jadi En.Tunang kan dah sebahagian dr family..
eleh mula2 macam malu2..
lama2 okey je..mengada lebih...=p

aku punya intro memang agak panjang..
okey potong scene..
al-kisah nak dijadikan cerita..
sebelum balik (aku balik saing En.Tunang walaupun naik kereta lain2)
aku dan En.Tunang pon salam2 semua orang..
tb2..makcik aku...

Auntie Lisa:why hah u'r hero nampak macam gemuk je?

Aku:hahahaha,bukan nampaklah auntie,dia memang dah gemuk.

Auntie Lisa:hah,kenapa ye?masa tunang mcm kurus,sekejap je dah gemuk?

Aku:sebelum tunang susah hati auntie,takut mama dan ayah tolak pinangan,dah tunang dia senang hati terlebih pulak.Jadi kasi makan banyak2,makan selagi boleh.

Auntie Lisa:owh..patutlah..hahaha..terkejut i tau.Tengok Hero u dah transform jadi gemuk.

Aku& Auntie Lisa:hahahahahahaha

bukan Auntie Lisa je yang cakap semua org dalam family aku cakap benda yang sama,jadi sekarang bukan aku sorang je yang gemuk.Tunang aku pon gemuk sama..hahaha...
Padanlah muka dia..eh..aku jugak..sebab...aku gemuk..hahaha...

bila orang ejek aku gemuk,aku akan cakap 'along adalah si gemuk yang cantik'..

weih..nak bgtau jugak..hahaha..kalau dasar mulut jahat macam puaka benda kecik pon nak cerita.
Weih..baru aku tahu dalam family aku ni ada manusia yang kaki kipas..kaki ampu..hahaha
poyo..astaghfirullah..dasyat kau mulut dia.mulut aku pon kalah.

Kalau kat rumah atok aku sikit punya malas nak buat kerja,campur kiatorang pun tak nak,alasan kitaorang tak sama standard,kiatorang tak pandai speaking.kitaorang tak pakai barang branded..apakah kesemua itu namanya family?

Hahaha,..adat manusia lah kan..
baru merasa senang sikit dah sombong..hahaha..
aku nak cakap depan2 karang kecik hati kata aku anak sedara biadap..hahaha..tettt..
tiba2 status sudah terpampang.

Tengok..lagi panjang aku tulis..lagi panjang aku cerita benda yang tak baik.
lama2 korang dapat dosa sama tau..hahaha baca benda tak elok..

eh..aku tak ada notip sebenarnya nak buat entry hr ni..haha..aku cuma nak bgtau yang tunang aku dah gemuk..tu je..eh..rindu kampunglah..bila nak jumaat ni..nak balik..hahaha

06 December 2010

Menyesal Tak sudah sampai la saat ni aku masih menyesal ces~

Assalammualaikum w.b.t.
selamat tengah hari..

Bercuti dari menulis beberapa hari adalah sangat syurga..rasanya..
sebenarnya aku macm nak nangis nih...
wa..wa..wa..wa..
proposal tesis yang baru tak siap lagi..
tapi yang lebih sadis...
aku tukar hp baru...
huwa..wa..wa..wa
menyesal tak sudah
aku sudah let go N70

rasa mcm tak best je pakai hp br
aku tak pandai pki hp canggih..
benci~

Ni lah akibat tak fikir panjang..
hp rosak sikit je dah mengada2 mahu tukar..
ceit..podahhh..aloh aku rindu N70 aku..
benci~

memanglah hp br best camera agak cantik..
tp touch screen aku tak pandai pakai..
bencilah..
yang paling penting
nombor hp kawan2 semua hilanggggggggggggggggggggggggggggggggg
adeh..adeh..skt kepala rasa mcm nak pergi kedai hp tu balik nak beli balik hp aku tuh..
nangis..
kalau En.tunang tahu aku menyesal ni..
aduhai mesti dia kecik hati..
yelah..sbb duit dia yang keluar bukan aku...
aduh...
N70..rindu pada kamuuuuu
*lempang diri sendiri

02 December 2010

Masihkah ada lagi harapan?

salam,
selamat pagi..
wuhuuuuu..
gembiranya..kenapakah?
hahahahaha

Damn stress...
kena start buat tesis balik semula..
betulkan segalanya..
tajuk
isi
metodologi..
owh..jangan tanya kenapa..

Rasa macam Fuck gila..
hahaha..shit..
okey sila jangan baca benda yang mengarut bagai nih..

fikir positif..fikir positif..
sila racun otak anda dengan pemikiran positif.

kenapa masa ni harus give up..
bukan ke aku dah buang segala mala stress itu dengan berkaraoke selama 3 jam tanpa henti..
owh..
sepatutnya aku sujud pada yang esa meminta tanpa hentis..
ces~
jahil sungguh.
patutlah susah nak dapat apa yang aku nak.

*sigh
ye,aku tau Allah tak kan uji hambanya kalau hambanya tidak mampu.
serius aku memang kecewa.
target mahu hantar sem ini.
tapi tak boleh..ye tak boleh sebab aku tak layak..
hah betullah tu..memang tak layak pon asyik blurr memanjang.

Jadi tak boleh duduk diam.
sudah janji dengan diri sendiri mahu buang segala stress
dan mulakan yang baru..
ada 3 pilihan
Struggle,tangguh dan quit.
jadi sila pilih mn yang jd pilihan hati.

huhuhuhu..
sila..sila

En.tunang..dia sangat cool..
dia kata tak apa buatlah sampai habis.
fine jerawat juga sudah timbul2..
maka harus relax..
kena stabilkan diri..
coolkan otak kalau tak mahu jarawat timbul banyak.

Sekarang bukanlah waktu melayan perasaan..
harus mulakan langkah..yuhuuuu...Babe..thanx for the advice..i love you bebeh.
walaupun kecewa,aku masih mahu berusaha sehingga satu tahap yang aku tahu aku betul2 tak mampu.Jadi selagi mampu kena buat juga...

B.e.R.u.S.a.H.a

01 December 2010

Kerana Pulut santan binasa...

Salam,
selamat tengah hari..
welaweii..
live update from gua tempua..
eh salah..dari UPM
tempat di mana ilmu disimbah2 oleh para lecturer..
muahahaha

kenapakah ada disini..mahu pergi MAHA sebenarnya tettttt..
eh tak...mahu jumpa lecturer bincang sket..
dan mahu buat kerja..yang berupa tesis..
okey banyak menceceh..

aku asyik meroyan je kan dalam blog
la ni aku baik hati nak bagi petua puteri gunung ledang kat korang..
see...baru je jumpa dalam mimpi tadi..
ces..nampak sangat aku tido dalam perjalanan..
eh..tak okey...i asyik tembak babi je tadi..haha
tembak babi?aku main game 'hunter' lah dalam hp...

kesiankan dah dekat 3 tahun pakai hp ni br la ni aku perasan ada game best..isk..isk..isk.

wokey..sudah lambat mahu kasi petua laju2..

dulu..beberapa tahun yang lepas..sebelum aku masuk U
sebelum aku bz..
dan sebelum aku jadi gemuk macam hari ni *sigh

aku rajin mengamalkan satu petua ni untuk mencantikkan rambut dan kulit.
tak banyak modal...
hanya memerlukan sebiji kelapa tua..yang boleh diparut dan santan serta hampasnya boleh digunakan..hah?
faham tak?


Baiklah,ambil sebiji kelapa yang sudah diparut..
Perahkan santan...(pati yang paling pekat)
kemudian tapis,supaya segala habuk2 yang halus atau bendasing yang terdapat di dalam santan dapat diasingkan.maka tidak timbul masalah habuk2 melekat di rambut.

kemudian,hampas kelapa sila jangan buang..

bawak masuk ke dalam bilik air..
sila basahkan rambut dahulu,
kemudian siram secara perlahan2 pati santan di kepala,
sambil sebelah tangan mengurut kepala dan rambut,
haruslah basahkan keseluruhan rambut dengan santan.
kemudian sila bungkus kepala menggunakan kain batik.

sementara memerap kepala yang bersantan itu,
kau boleh melulur @ scrub badan menggunakan hampas kelapa tadi.
see..2 dalam satu kan...
gosok ke suluruh badan dan segala celah.
sampailah korang berasa puas yang segala celah sudah digosok dengan hampas.
Fungsi hampas sama seperti scrub2 yang ada di pasaran.
malah lebih baik lg dr itu.

setelah selesai menggosok,
kau dibenarkan untuk menjirus badan dengan air bersih..
kemudian rasakan kelicinan dan kehalusan kulit kau.
mungkin akan berminyak sedikit sebab yelah santan kan..
tapi yang penting kau akan rasa 'bersih' dan best..

kemudian barulah kau bukak balutan kain batik kat kepala tu,
bilas rambut bagi bersih..
takut ada hampas2 halus melekat kat rambut.
nak lagi baik jangan terus cuci dengan syampu.
biarkan satu malam.
besok pagi bangun baru kasi cuci dengan syampu..
bau memang ada kurang enak sikit..
tak apa yang penting santan itu adalah halal.

baiklah faedah dari petua ini ialah untuk menghitamkan rambut kau yang berkarat tu,dan melembutkan lagi struktur rambut.

Fungsi hampas pulak untuk membuang sel2 kulit mati bagi licin.

aku?
aku dah jarang buat,bergantung kepada kesempatan.
Tp la ni memang dah lama tak buat.
sebab banyak hal,aku tunggu 'orang' yang buatkan untuk aku..hahaha
tapi dulu aku rajin buat meh,tiap2 minggu.seminggu sekali.
hasilnya memang mantap.
tapi sesudah aku curlkan rambut..
hu..wa..wa..
rambut ku telah dicabul oleh kimia2.

maka,kalau kau rasa berbaloi..
silalah buat..
al-kisah berkongsi petua untuk hr ini.
*maklumlah sudah mahu kahwin kan,haruslah rajin2 buat semula petua2 yang dah lama aku tinggalkan =p

29 November 2010

Swing2 mood

Salam,
selamat pagi..

Huhuhu..
Monday blues..
dengan suara yang semakin seksi akibat batuk yang teruk.
Tapi alhamdulillah hari ni suara i dah makin okey ye dari sebelum ni hampir2 tak kedengaran je suara aku..haish..

Semalam adalah ahri untuk dating dalam mood swing2..masing2 adalah tidak keruan...but for my Fiancee poor him..
terlalu banyak masalah.

LEpas satu..satu yang datang..including me.
kami cuba menahan rasa marah masing2 tapi terlepas gak semalam.
isk..susahkan mahu bersabar..
Tak tahu nak tunding jari kat sapa.
dia ada masalah,aku pon ada masalah.
*sigh..
masing2 ada masalah yang agak berat..

Dalam keadaan marah2 tu pergi gak dating..hehehehe layan movie NGANGKUNG..
terbaik..huhuhu bestlah untuk gelak2...tak rugi.

Sekarang rasanya kami sudah semakin matang dalam menangani situasi.
MAksudnya kalau dulu aku macam takut2 je nak tegur kesilapan dia secara terang,
sekarang aku dah tau camana nak berterus-terang.
Dan dia pon sama tak ada lagi nak marah2 kalau tak puas hati.
BErbicara secara tenang dan dalam nada yang lembut..cehh

Huhuhuhu..
tapi ada satu masalah yang sangat mengganggu ketenteraman aku..
perangai aku sendiri..sangat2 'kepala batu'
kadang2 rasa seperti mahu ketuk kepala sendiri sampai batu pecah..hahaha
bolehkah?

sampaikan En.Tunang pernah sebut macam ni 'eeee..kepala batu betullah,dah tak tau nak didik macam mana lagi'.

sob..sob..Sedih~

Hahaha..tapi masihlah tidak insaf..kenapakah perempuan ini sangat degil..
La ni,En.Tunang dah tak kuasa nak bebel2 atau marah..paling2 pun..
'suka hati awaklah sayang,janji awak gembira'

itu kalau dia dah tak tau nak cakap apa lah kan.
malas nak gaduh dengan aku agaknya.

LAtely..mungkin sebab masalah banyak sangat..
aku rasa aku dengan dia sangat jauh..
macam renggang..
aku cubalah tanya dia slow2..
kenapa macam tak nak selalu jumpa aku..
kenapa pergi site tanpa jumpa aku..
kenapa bz sangat sampaikan aku rasa tersisih..
yup..aku sunyi~..
lama sangat tak bergurau dan borak2 dengan dia..
dia mengaku yang dia stress dan banyak problem..
dia nak lepak dengan aku..
jumpa bagai..
tapi dia tak nak terlepas marah kat aku,sbb dia tak sampai hati tengok muka aku mencebik je..ces~

Aku bukanlah demand mahu setiap masa dengan dia.
Cuma aku nak dalam satu hari ada beberapa minit yang berkualiti,
yang aku boleh habiskan dengan dia.

See..
huhuhuhu..orang bisnes..setiap saat adalah duit..
baik aku kena pegang kata2 ni,
sebelum bertunang lagi dia dah cuba fahamkan aku tentang dunia dan kerjaya dia..
jadi aku nak kena lekatkan dalam kepala kalau dah berkahwin,aku kena amik risiko yang waktu berkerja dia lebih banyak dari waktu berehat.

Owh..saya adalah orang yang sangat manja..
tak boleh ditinggal lama2..maka akan kerinduan berlebihan..
*mengada2
serius itulah aku....En.Tunang memang kuasa je lah nak melayan..hahaha
*berani r tak nak layan..cuba2

TApi semalam kami macam sangat hambar sebenarnya..
sebab pagi tu dia dah bebelkan aku..
pasal liat sangat nak dengar kata..
lepas tu ada gaduh sikit..
lepas tengok wayang..sudah baik sikit..
lepas tu pergi makan lagiiiiii baiik..owh rupa2nya dua tidak sihat dan sangat lapar semalam..
hahahaha *ketawakn diri sendiri.

tak ada motif sebenarnya mahu buat entry pagi ni..
aku dalam mood sengih2 sendiri sbb teringat kisah2 lampau..
if aku rajin nak share nanti aku cerita ye..
Bubye =)

26 November 2010

Ibadah

Salam,
selamat pagi.

Salam Jumaat..
hari ni hati agak tenang...
semoga segala urusan dipermudahkan.
Tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku,yang penting setiap hari yang mendatang kita akan cuba jadi lebih baik dari SEMALAM.

JAdi apa kata kalau tiap2 hari jumaat aku tarbiyahkan korang..hahaha
kita share ilmu sikit pasal agam.
Asyik cerita pasal hidup je kan,mana datangnya nyawa kalau tak dari DIA,betul?

entry lepas aku ada cerita pasal BABI.
la ni aku nak share pasal wuduk.

mesti korang kata 'eleh tak payah bgtau pun tak pe,kitaorang solat cukup tak macam kau'
see..hahaha..confirm ada meh cakap macam ni.
JAdi tujuan aku kongsi ni untuk sapa2 yang tak tau lagi,atau jarang solat macam aku atau sekadar baca untuk kuatkan lagi ingatan atau apa2 lah.

mula2 kita mulakan cerita dengan bahagian air dulu.

(1)Air Mutlak
=Air yang suci lagi menyucikan (air telaga,air mata air,air hujan,air laut,air sungai,air embun,salji)

(2)Air mustakmal
=Air yang sudah digunakan untuk membasuh yang fardhu sama ada air mengangkat hadas kecil atau hadas besar dan air yang bercampur dengan sesuatu yang suci seperti air kopi.

(3)Air musyammas
=Air yang terjemur di bawah panas matahari di dalam bekas yang berkarat.

(4)Air Mutanajjis
=Air yang sedikit (kurang dari 2 kolah (170 liter)) dan bercampur dengan najis.


Okey,setakat yang aku tau kita diwajibkan berwuduk sebelum solat kan?
ni kita cerita pasal AKU lah ea,aku yang kurang tau bab agama.
Sebelum ni aku ingat kita mesti ambil wuduk dengan air yang banyak,macam air yang mengalir (air paip)
hah macam tu lah,sebab aku jarang berada dalam keadaan darurat untuk ambil wuduk.Bukan tak pernah cuma kalau darurat tu aku masih ada ikhtiar lain untuk dapatkan air yang banyak untuk berwuduk.

Pak Imam tanya:
'kalau dalam keadaan darurat,dan kita hanya ada segelas air bersih untuk berwuduk,boleh tak kita mengambil wuduk dengan air sebanyak itu?'

hah,jawapan...jawapan please..
ramai yang jawab 'tak'..
aku?
aku mendiamkan diri sebab konpius kan..hahahaha *sebenarnya takut jawapan salah..

Pak Imam:
'JAwapannya,boleh.Siapa kata kita tak boleh berwuduk hanya dengan segelas air bersih.Islam itu mudah dan indah,hanya dengan segelas air je kita dah boleh berwuduk.Tak semestinya kita perlukan air yang banyak dan mencurah2.Wuduk itu juga membawa erti 'meratakan' air ke seluruh anggota wuduk.Kalau guna banyak air pun,tapi masih tak rata air ke anggota wuduk maka wuduk adalah tidak sah,kerana masih ada bahagian2 yang tidak terkena air.'

Berwuduk hendaklah menggunakan air yang suci lagi menyucikan.
Bukan sahaja menggunakan air paip,malah air telaga,air hujan,salji..
lihat KEINDAHAN islam.
Kalau korang nak gunakan air kolah boleh,tapi pastikan yang air itu melebihi dua kolah.
Yelah kita kan tak tau darurat tiba2 tak ada air.

TApi aku suka ayat Pak imam tu,ISLAM ITU INDAH.
Serius aku sangat tergamam bila dia kata secawan air boleh dibuat wuduk...kau?

Kalau misal kata tak ada air pun korang masih boleh bertayamum (wuduk menggunakan debu)
bab tayamum ni bukan aku tak nak terangkan tapi aku masih kurang jelas.nanti kalau ada info2 yang menarik aku bgtahu lagi ea.

P/S:Kalau info aku salah,sila betulkan.KAlau ada yang kurang sila tambahkan.

25 November 2010

Ujian Hidup

Salam,
selamat petang..

Alhamdulillah,tengah hari tadi dapat berita yang agak baik..
thanx cayang (you know who you are)

Aku hampir2 'tersungkur' hari tu..
terlalu banyak masalah datang menimpa.
Rasa seperti mahu menjerit..

Sesungguhnya aku hampir patah semangat.
Aku dah tak berani mahu mengeluh,tak berani mahu berkata2..
hilang punca..seperti segala2nya telah bernoktah.

En.Tunang tak pernah berhenti memberi sokongan macam tu juga dengan kawan2 yang lain.
My best buddy advice me, sujud kepada Allah S.W.T minta dia permudahkan segalanya,minta dia tenangkan hati yang tengah gusar.

Alhamdulillah....
Allah itu maha mendengar..
aku lega..lega yang tersangat.

Sekarang ni aku perlu kuat untuk berdiri..
berhadapan pula dengan manusia2 yang terlalu suka untuk menyakiti aku.

Sesungguhnya aku tak tahu apa masalah mereka..sumpah aku tak tahu.
Aku sedih...sedih sangat...
Aku tak layak mengadu pada manusia...hanya pada Allah aku berserah.

Allah maha pemurah..
mereka berikan aku kesakitan,
TApi Allah kurniakan aku kekuatan.

Aku belajar untuk memaafkan dan biarkan apa sahaj kata2 dan tohmahan,apa saja sindiran2 yang menyakitkan hati.TErpulang mereka hendak berkata apa sekalipun.
DAn hidup aku mesti diteruskan,tak boleh berhenti kerana aku kecewa dengan tindakan mereka.

Mereka bebas untuk berkata apa2,dan mereka hanya akan merasa puas kalau hubungan antara aku dan En.Tunang terputus.
YA,itulah kepuasan mereka.

Semakin banyak yang Allah berikan kepada kami,semakin banyak yang mereka tidak senang hati.

Kenapa?
sedangkan aku membiarkan mereka dengan hidup masing2.

Puncanya dari mulut seseorang,lelaki tapi mulut mengalahkan perempuan.Barua + 'Gunting dalam lipatan'

Aku hanya mampu berdiam,menangis dan menahan hati dari berdoa yang bukan2 untuk mereka.BIARKAnlah..

Allah itu maha adil.
Aku yakin dan sangat YAkin.
Aku cuma berharap agar aku diberi lebih kekuatan untuk bertahan,
lebih kekuatan untuk menerima dan bersabar.

KErana SABAr itu indah (^_^)

23 November 2010

Sabar

Salam..
selamat pagi..
aku sedih~
sedih sangat..
kenapakah?

Ya! Allah..aku berserah...
aku sujud dan meminta padamu..

Moga hati aku tabah untuk menghadapi dugaan.

Sabar..sabar..sabar..sabar...dan sabar..
*sakitnya hati ni =(

21 November 2010

Jiwa Kacau

Salam,
selamat pagi..
such a jerk day..

eh..bukan hari..tapi aku.
aku tak boleh dah duduk lama2 kat batu pahat ni..
aku tak tahu kenapa sakit sangat jiwa ni.

Macam2 hal dalam satu masa.
I think i'm not good enough to solve my problems..
huhuhuhu

sangat jeles tengok En.Tunang.
dia sangat sabar..cool okey
apa pun yang berlaku...dia sangat cool.
kenapakah?
aku tak boleh macam dia..
susah..
susah sangat mahu seperti dia =(


Dia agak bz sekarang ni jadi aku tak mahu ganggu dia dengan segala masalah remeh temeh..
kesian kat dia..
lebih2 lagi kalau tengok muka dia tengah tido..
shittt..
bukan lama pun mahu naik UPM.
satu malam je.
tapi aku tak sampai hati nak tinggalkan dia.

Tapi serasanya esok dia dah amik aku balik.
mintak2 dia jadi pergi Klang besok =)

i'm not in a good mood.
kesian dia selalu je kena tempias2 jiwa kacau aku.
tapi selalu je dia yang pujuk aku
'sabarlah..'

see..
kadang2 sampai aku cakap dengan dia,
'asyik nak sabar je,sabar,sabar,sabar...kenapa nak kena sabar?orang buat kita macam2'

dia senyum je,tak marah pun..
eeeee...aku plak yang sakit otak.
'Sabar sayang,ustaz kat kursus tu kan cakap sabar tu adalah perisai kita'

last2 kalau aku hilang sabar,aku menangis je..yup..menangis.
and he will hugs me...
'shhhhhh...semuanya akan selesai tak lama je lagi,anggap ni dugaan kita nak kahwin,percaya allah tu sayang kita'

i'm not strong enough like him
lately memang banyak je entry meroyan aku.
owh blog aku,ada aku kisah
*ceit perempuan ni poyos.

Hahaha...
kadang2 aku nak je mintak kat tuhan,percepatkanlah hr yang berlalu.
aku tak nak sakit hati.aku nak cepat2 kahwin.
banyak dugaan woooo..
selagi tak kahwin,selagi tu macam2 hal.

Jadi2..sapa mahu bagi saya tips bergembira?
lalala~
i need rest
i need peace

rasanya bila marah aku lapar.
la ni tak langsung..mungkin hati tengah tak best kot.

*sigh...

*tarik nafas,hembus..tarikkkkkkkkk...hembussssss

aku dapat rasakan yang badan sangat2 lemah..
adeh macam ni je lah tiap kali..
asal jiwa kacau je aku tak sihat.
mahu jumpa doktor mintak ubat yang paling kuat,
makan ubat pastu tido,
bila bangun memory yang tak best semua terpadam...
see..adakah ubat macam tu.
kalau banyak confirm laku dan habis betul?
kaya Farmasi2 dan Doktor sebab org nak ubat yang padamkan memory.


Kalau aku cakap macam ni..
'i need rest in peace'
hahahaha..
mampos je orang akan kata baik kau mati je long..
aman bahagia..memang peace..
eh..sapa kata..
kau hengat aman?
kalau kat dunia ni banyak dosa..
boleh bayangkan?
tak tunggu kiamat lagi sudah rasa seksaan kubur okey.


No need to talk about 'rest in peace'
seems like macam tau je nak mati bila
*sigh

Okeh2...
aku mahu mandi dan segarkan jiwa yang kacau.
*korang nak ikut mandi?
hahahahahahaha..
rumah atok aku tak ada swimming pool tapi kolah ada r....mahu?
*semua orang tahu kolah tu apa?google..sila2

18 November 2010

Babi

Salam,
selamat sejahtera ke atas kamu.

Aku dah kepochi bgtau kat korang aku dah dapat sijil kursus pra perkahwinan kan?
yes,tinggal beli borang,Hiv test,pengesahan status dan interview...

Semua settle je sudah boleh kahwin (^_^)

Ok,sebenarnya bukan tu aku nak cerita.
aku nak cakap pasa 'babi'.Ye 'babi'..sesetengah dari korang kalau marah mesti sebut perkataan ni kan?

Jangan tipu? *siap angkat kening..

Masa kursus tu,Pak imam tu ceritalah pasal 'babi' ni.
berpunca daripada cerita pasal 'najis'

secara umumnya,kita tahu babi itu haram..
dilarang makan dan sentuh.
Dan Kecuali darurat sahaja kau boleh makan (untuk org islam).
MAksud aku darurat yang memang tak ada langsung makanan dan yang kau ada cuma 'babi'
see..macam tu..


Dulu pernah ada kes (menurut Pak imam),
di mana ada seorang pelajar universiti dikecam hebat,hanya kerana dia pegang babi.
Kenapa dia pegang babi?
Sebab dia nak buat kajian ke atas haiwan itu..*selanjutnya kenapa haiwan itu yang dikaji,aku tak tahu.

Pak imam cakap lagi,pelajar itu ambil gambar sa,bil dia dukung abbi tersebut sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada lecturer dia,yang sememangnya tugasan beliau sudah dilaksanakan.BErmaksud dia tak menipu untuk mendapatkan keputusan kajian.

MAlangnya,gambar beliau memegang babi itu dikecam hebat sehinggakan menyebabkan beliau tertekan dan terpaksa menangguh kuliahnya selama setahun.see..kesian..
kerana bila di kampus dia selalu dikecam hebat oleh pihak2 tertentu.

JAdi dalam sesi cermaha ni,pak imam menerangkan..
memegang atau menyentuh babi itu sememangnya haram tapi tidak berdosa..sekali lagi tidak BERDOSA.

Contoh sama je dengan anjing,bila terpegang kedua2 binatang ini kau harus samak dengan 7x air bersih berserta 1x air tanah.

Tak perlu sampai satu lori kau amik tanah.
hahaha...

Mula2 aku pon keliru gak..haram sahajakah atau berdosa.
Tapi bila pAk Imam kata hanya haram dan tidak berdosa,barulah lega sikit.
Cuma Pak Imam tu kata mentaliti kita ni sebagai orang Melayu yang problem.
KAdang2 kita ni ubah hukum sesuka hati.
YAng tak patut kita wajib dan haruskan,yang patut dan wajib kita abaikan.

TApi jangan lepas ni korang nak bela dan pegang babi sesuka hati pulak.
Hukum tetap hukum jangan main lanyak je.. =)

Kenapa Babi tak boleh makan?
Menurut Doktor yang bagi ceramah kesihatan masa tu,dalam babi ini ada sejenis cacing yang dinamakan cacing pita.Cacing pita ni camana pun kau buang dari badan kau,dia akan tetap kekal dalam badan..dalam erti kata yang lain..'degil'.


Secara langsung kau pon tau kan ada beberapa penyakit berkaitan dengan babi?


Jadi kata PAk IMam lagi..
'Islam itu Indah dan banyak rahsia di dalamnya'.

Itu je aku nak kongsi untuk hari ni.
Bila nak kahwin ni banyak rupanya yang aku tak tau.
jadi harus mulakan perjalanan dedngan 'belajar' lagi.
Kalau apa yang aku bagi ini tidak sempurna dan salah,silalah korang pulak mencari info2 yang berkaitan lepas tu kita kongsi ye. =)

17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam,


Selamat Hari RAya Aidiladha..maaf zahir dan batin
serta
Selamat Hari LAhir untuk Cousin kesayangan..
Siti Aisyah Binti Akiah.
Semoga panjang umur dan murah rezeki serta semoga segala urusan untuk majlis perkahwinan kamu bulan hadapan dipermudahkan sayangku (^_^).

Kepada korang yang membaca blog busuk aku ini..
selamat hari raya aidiladha.
Sila korbankan lembu bagi yang mampu dan memang berkehendak tetapi jangan korbankan diri sendiri ye..

Marilah kita pergi beraya dan mengumpul duit raya..
Aku rasa macam nak buat biskut rayalah..hahaha

16 November 2010

My Blogshop

Salam..
hallooo..
aku sudah published post kat blogshop aku,setakat ni aku baru iklankan satu produk.

aku jual DFP=detox foot patch
bertujuan untuk buang toksin dalam badan..

cara2nya mudah je
kau beli Detox dengan aku..
bila kau dah order..
aku poskan ke rumah kau..
kau terima dari posmen,
malam2 sebelum tido..
kau bukak bungkusan..
tampal detox kat patch..
lepas tu pakai..selama 4-8jam


untuk pek percubaan adalah 10 keping (5 pasang) adalah RM15 sahaja termasuk postage..
jadi kalau korang berminat sila klik sini ...

Sometimes He wish that...

Salam,

Kau baca tajuk macam pelik2 je kan?
huhuhuhu..
mahu berkata2 tentang bakal suami sebentar.

Sepanjang 6 tahun aku 'menggatal' dengan dia baru kelmarin dia sebut ayat macam ni kat aku

En.Tunang:Maintenance Pompuan ni mahal...hush..hahaha

Okey kenapa dia cakap mcm tu,welawei..bahasa kami memang kesat tapi kalau tengah manja2 tak kan post tunjuk kasi tau kat korang kan?

i malu noks..

Secara perdananya kami sangat open minded,

aku mengadu dengan dia,aku sakit perut simptom2 mahu period sudah ada,lepas tu dia tanya duit yang dia bagi aku ada lagi tak.Aku pon senaraikanlah perbelanjaan aku,aku mintak dia duit lagi untuk beli pad *keji nak beli pad pon mintak Tunang,ada aku kisah dah dia tanya aku jawab betul?

perbualan lagi senanglah aku ingat,

En.Tunang:Berapa harga pad tuh? 3 ringgit cukup?

Aku:bang,3 ringgit sabut kelapa pun tak dapat tau.

En.Tunang:Kau pakai pad apa yang?

Aku:Whisper je,packing kecik 6 ringgit lebih,

En.Tunang:Berapa isi?

Aku:8 keping untuk 2 hari..

En.Tunang:mahal gila,baik kau pakai DRYPERS je yang..



Hah tu yang keluar ayat maintenance aku tinggi tuh,bongok okey.NAk suruh aku pakai Drypers.Nak bagi punggung i nampak tonggek sangat ke?muahaha...



Tajuk adakah kena mengena dengan entry?haha..yes,kadang2 dia berharap sangat yang aku ni mengurangkan pembaziran dan berjimat ketika berduit.Tapi aku ni gatal tapak kaki,asal ada duit je,aku dah merangka perjalanan mana mall aku nak jelajah.Tak dapat beli apa2 pun tak pe janji dapat berjalan dan makan2.



Shopping?siapa tak suka shopping betul?Including me,aku sangat2 gila time shopping,ada sesiapa berani mahu belanja.TAk payah sila simpan duit.Hahaha..



Kalau dia tengok kerenah aku bershopping mesti dia geleng kepala sambil tersenyum.

KAdang2 dia pelik,sebab aku lebih sukakan handbag,seluar,kasut,sunglass dan lain2 berbanding gajet elektronik..



Sebab aku memang tak berapa minat benda gajet2 ni..kau tukarlah hp ke,laptop ke,camera ke..hahaha ada aku heran.KAu sebut model apa je yang terbaru.Aku tak tau..paling aku kenal Blackberry,hahaha betul tak ejaan dengan N70 sebab aku masih lagi pakai hp model lapuk nih.



Owh..hr tu..tb2 dia offer aku iPhone..hok..mahal..aku belum jadi org yang terlalau berkarier.Tak pe tak berapa penting lagi.sbb aku masih ada 'mini' lappy,itu pun aku dah cukup bersyukur..sebabbbbb bukan duit aku..hahaha *keji



Banyak kali hokey dia offer aku tkar hp..last2 malas aku nak cakap banyak..



Aku:abang kalau nak tukar baru,sila tukar tapi untuk abang je lah.Hp abang tu sila bagi sayang.Syg tak perlukan hp br buat masa ni.Kalau mahu belikan sesuatu sila belikan sayang...erk..tak tau nak mintak apa.



En.Tunang:hahaha..sampai tak tau nak mintak apa,bermaksud semua dah cukuplah ni ye..


Aku:tak jugak,cuma buat masa ni tak listkan lagi =p


En.Tunang:aku dah agak..hahaha


Duit aku?adalah disekat.

Kalau tak disekat pun memang dah habis licin,jadi kasi licin duit dia plak haha *kejissss
Dia sangat bagus sebagai perancanmg ekonomi.Sekarang dia sangat berhati2 dengan perbelanjaan aku.Tak adalah dia nak sekat gila2,cuma dia kawal.Dalam erti kata yang lain aku masih boleh membeli dalam 'kuantiti yang sedikit'..hahahaha..

Kesimpulan dan pengajarn untuk hari ini,sila berjimat cermat dan jangan membazri..buruk padahnya nanti =)..

*Selamat Hari Raya Aidiladha,maaf zahir dan batin.

15 November 2010

Kursus Kahwin

Tuan belog sudah ada sijil kursus Pra perkahwinan...maka dengan poyonya asyik senyum2 sendiri dari semalam.. (^_^)




*weih,sesiapa yang nak kahwin baik cepat2 pergi kursus seronok weh,banyak ilmu yang kita tak tau rupanya.Yang belum nak kahwin pon boleh je pergi jugak..best2.

12 November 2010

whoot...whoot.... (^_^)

Salam,
Whoot..whoot....whoot...
Saya seperti bermimpi..
sila cubit..cubit..lah aku cepat....



Lalalalala~



Ops! i tak boleh mahu share apa yang ada dalam ni sehingga diberi kebenaran oleh En.Tunang.
Tapi ada korang heran...korang dapat lagi lebih apa dari aku.BAru ada satu sudah kecoh..
Orang lain siap beli yang puluh2 ribu,siap buat koleksi lagi..relax saja..Yolah..i ni siang malam termimpi designer collection la ni baru dapat rasa macam..huhuhuhuhu best2....Kalau dah perempuan tu..memang perempuanlah jugak sebab nafsu perempuan ni kan banyakkkkkkkkkkkkkk..aku tak terkecuali..nafsu aku memang banyakkkkk.














Tapi kan Yang kalau U belikan i LV ke? Gucci ke? lagi i sukeeee...*tak tau bersyukur punya pompuan.Dapat yang ni pun air mata i dah mengalir tak berhenti.
















Gembira wei..rasa seperti mahu guling2.
AKu kan tak mampu nak beli,jadi bila ada orang bagi rasa seperti mahu bergolek dengan pantas di atas jalan raya.
Aku tak tau pasal branded stuff ni..
tapi ada study sikit2lah,supaya tidak tertipu dengan yang Fake..
Sekarang sudah agak bijak untuk membezakannya..



















Terima kasih En.Tunang..saya sayang awak..tiba2..lain kali belikan lagi ye...sila belikan banyak2..huhuhuhuhuhu...
Mudah2han lepas ni banyaklah projek yang awak dapat,mudah2han lagi banyak awak derma duit dekat sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..saya kan kesayangan awak..hahahaha *sila lempang

11 November 2010

Gift From Amsterdam

Salam.

Hulalalala..
saya dapat cenderahati dari oversea..silalah over2 mempromote seolah2 orang lain macam tak pernah pergi oversea..lalalalalala


Aku dapat jugak..huhuhu tak sangka terima kasih En.Bakal Biras..merangkap Bakal Abang Ipar paling tua.hulalala merangkap boss aku jua..

Sangat best okeyh..lepak2 kat rumah dia tunggu bakal bapa mertua sampai untuk menikmati hidangan bersama2 tiba2 Kak Long Give me this..heaven~

Rantai itu pulak si angah (bakal anak buah) yang pilihkan =)










angah:Mak su,amik yang biru tu cantik.
Aku:Biru?mak su tak banyak baju birulah.
Angah:alah nanti suruhlah ucu belikan baju warna biru..












Whoot...whoot...abang anak buah kamu yang berkata2 sedemikian..saya tak terlibat..tidakkkkk
Owh..tak pernah2 aku berminat dengan T-shirt HArd rock..huhuhu..
ada alasan untuk kumpul T-Shirt Hard Rock dari lokasi yang lain.
*Psssstttt abang..BAli For Honeymoon Pleasee..mahu beli T-shirt Hard rock CEitt alasan =p

10 November 2010

Selera Macam Jin

Salam,

Hulalalaa...
Ahad lepas aku gi merayap sekajap dengan En.Tunang..
dalam erti kata lain 'dating'...
Sebelum masuk MBO,aku ayat dia ajak pergi Gulatis

Aku:Bang,teman pergi Gulatis jap,nak survey kain lace lah.
En.Tunang:kain yang awk berkenan sangat tu?kalau lalau bawah mall ni sampai nak tanggal kepala tengok?
Aku:hahahaa yelah..selama ni tengok je,kita gi tanya harga lah.KAlau murah boleh beli,kalau mahal kita blah je dr situ.


Dan2 dia terus tarik tangan aku masuk Gulatis,tempat pertama aku tuju opkos tempat diaorang sangkut kain tu kat patung kan..

Salesgirl:kak nak cari kain apa?
aku:owh..saya nak survey je.KAin lace berapa ye semeter?
Salesgirl:owh,yang ni Gucci LAce kak..

Aku dengar Gucci LAce je aku dah macam nak tari tangan En.Tunang keluar dari situ..
TApi Aku gagahkan diri jua untuk mendengar harga..

Salesgirl:dia ada banyak warna,semeter tak mahal sangat RM500 je..
Aku:hah! 500 je?
Salesgirl:*gelak2 tengok muka aku.Tak pe akak boleh buat ansuran,nanti kitaorang bookingkan untuk akak.

ngehehee..patutlah cantik dari jauh,dari dekat memang meletops rupanya semeter RM500,KAlau dah 2 meter? kau kira sendiri.Cancel i mahu tempah baju nikah.NAmpaknya aku beli baju nikah yang dah siap dan baju untuk letak atas dulang hantaran pun aku cari yang murah dan siap sahaja.

Aku terus ajak En.Tunang keluar dari situ.

En.Tunang:hahahaa
aku:apasal kau gelak2?
En.Tunang:Selera kau tuh macam jin tau tak,Yang kau suka semua mahal2.Pengsan aku nak melayan selera kau nih.Kalau lelaki tak da duit dah lama lari tau.
Aku:grrrrrrr..

Hampagas,ada patut dia cakap bakal bini dia macam tu..aku rasa mcam nak tarik bulu hidung dia je..gerammmmm


KEsimpulannya tunggulah sampai En.Tunang ada duit yang banyak,sampai dia rasa duit dia dah terlebih,dan sampai dia rasa berbaloi belikan aku baju yang mahal2 tuh..hahaha..sebab duit aku selalu je habis aku joli katak =p

09 November 2010

Minggu penuh Cabaran

Salam,

Selamat pagi..

cuaca adalah sangat best untuk tarik selimut lagi,tapi aku gagal berbuat demikian sebab aku dah kat opis ni mencari sesuap nasi..hulalala



update adalah basi gambar semua gambar cerita minggu lepas punya..eh tak..minggu lepasnya lagi..



MAri kita ikuti rentetean perempuan yang rasa tercabar dengan kesihatannya sendiri huhuhu =p




Walaupun tak sihat,En.Tunang kasi aku ponteng kerja untuk ikut mak dan kakak dia pergi shopping..heaven okey shopping time weekday ni tak da sapa kat mall =p

My super big and lovely fiancee..perut dia je dah membolattttt


ME at my best friend home sweet home..aku dapat balik awal sebab dah tak larat macam nak pengsan,sekali sampai rumah tak ada sapa..hampa~ maka terus lepak rumah pompuan ini...



Aku rasa sangat gojes walaupun aku demam,ye..hari jumaat dua minggu lepas aku gagahkan diri ikut En.Tunang ke Klang atas urusan kerja.Dan kebetulan aku ada urusan di Serdang.

Sabtu pergi melayan konvo cousin aku,walaupun demam aku gagahkan juga sebab nak meramaikan keadaan..jadi i kena tumpang kereta mak iza sambil melayan si kenit2 ini


KAu tau kenit ni asal boleh je dia nak landing..

"Ibu,adik main dengan handbag ibu jap ye.."



Dan Otw balik,uncle Din ajak makan kat Umbai Melaka,Makan seafood..haruslah sedap..muahaha..aku dah tak pandai nak susun ayat simpan idea buat ayat untuk tesis ye..aku dah tak boleh berfikir..tengah bengap sekejap =p
Aku tak tau sejak kebelakangan nih..ceitt..padahal dah berzaman..aku rasa macam tak best je..erm....










08 November 2010

Anak Buah aku Dah Kahwin....

Salam,
Selamat pagi,
cerita adalah sudah basi dan berkulat tapi mahu kasi terbit juga..

Aku tak ingat bila tapi dalam bulan oktober,
sepupu aku call mama mahu jemput ke majlis kesyukuran anak lelaki dia.

Aku ingat majlis biasa2 je tapi rupanya majlis perkahwinan,
diaorang tak bersanding pon,tak da segala bunyi-bunyian.
Kenapa?mana aku tau pengantin lelaki yang tak nak.

Aku terangkan di sini aku bukan nak mengutuk tapi sebagai iktibar kepada orang2 di luar sana,
mana yang kau rasa elok kau boleh simpan dalam kepala,
kalau kau rasa aku ni hanya bercakap kosong terpulang.

Anak buah aku ni umur baru je mancapai 20 tahun,
dan si isteri pula berumur 30 tahun dan berstatus janda.
FYI status bukanlah penghalang bagi aku.

Diaorang nak kahwin ni pun aku tak kisah sebab bukan anak aku kan,
bukan aku yang jalankan majlis,
sebagai mak sedara aku cuma boleh doakan yang terbaik untuk mereka berdua.

DI sebalik majlis memang banyak konflik sebenarnya,
ini pun lepas anak sepupu aku yang sulung (kakak) bercerita kat aku hal sebenrnya.
Yang aku pun tak pernah tanya cuma buat muka terkejut je lah sepanjang dia bercerita.

Kakak:along tahu tak adik kita nak kahwin?
aku:tahulah mak kau dah bgtau hr tu.

kakak:along tau tak dia nak kahwin dengan janda tua dari dia?
aku:hah tau kenapa?

Kakak:Erm,panjang cerita lah..
AKu:suka hati kau,nak cerita aku dengar,tak nak cerita aku tak tanya.

Dipendekkan cerita..hahaha sekali malas nak taip dialog panjang2 kan..
anak buah aku ni berkenalan dengan isteri dia masa masing2 kerja kat kilang lagi,mula2 si mak (sepupu aku) macam tak kisah,ingat tak serius.TApi bila tengok anak dahmacam mabuk kepayang,si mak mula risau.

Aku tak tau apa masalah yang membuatkan mak ni ingin menghalang mungkin sebab faktor usia si perempuan atau status janda yang dipegang.tapi bagi aku tu semua tak jadi hal.Cuma mungkin dia rasa anak dia terlalu muda untuk berkahwin.

Macam2 cara dah dibuat,maksud aku berubat sana-sini.Si anak pulak macam tau2 je mak dia nak 'pulihkan' dia,jadi bila balik rumah dia tak nak makan atau minum.Kau pernah dengarkan orang berubat melalui bahan makanan atau minuman?

NAsihat tak menjadi,berubat pun tak jalan.Sampailah satu hari emak si perempuan call sepupu aku ni.DIa bercerita macam2 pasal perihal si anak perempuan dia tuh,aku tak tau butir bicaranya cuma yang penting dia cerita hal yang tak elok pasal anak perempuan dia.

Si perempuan ni macam ada instinct terus bertanya kat sepupu aku yang mak dia ada call ke?lepas tu terus sound sepupu aku,owh dia panggil sepupu aku ni mak masa sebelum kahwin,katanya berlatih panggil mak takut tak biasakan. "Kalau mak tak kasi kita kahwin dengan anak emak,kita bawak anak emak lari ke sempadan kahwin kat sana"

HAru kau siap sound mak mertua macam tu.sepatutnya lelaki yang bawak pompuan lari,ni tak pompuan nak bawak lelaki lari.Hahaha..ok jahat sebab gelak.

JAdi sepupu aku ni terkelu sekejap,sebab tak sangkalah pompuan ni boleh cakap macam tu.Dia nasihatkan si anak teruna,malangnya anak teruna sanggup jugak nak ikut si perempuan ni lari ke sempadan.Ikhtiar terakhir 'terpaksa' dikahwinkan.Istilah terpaksa bukan atas memaksa pengantin berkahwin tapi orang tua yang terpaksa merelakan perkahwinan.

LEbih baik dari diaorang halau kan,JAdi sepupu aku cuma cakap dengan anak dia,jangan menyesal di kemudian hari.AKu tak faham apa maksudnya sebab bagi aku perihal macam ni cuma mak2 je yang faham kenapa dia sebut macam tu.

Apa pun aku bukan campur sangat,aku tau datang penuhi undangan dan pulang dengan tangan berbekal hahaha,cuma aku cakap terus terang aku tak berapa berkenan dengan si perempuan sebab tak ada adab,depan aku tak nak tanya aku siapa,siap bisik2 tanya anak buah aku yang lain,lepas tu nak tengok aku pon macam nak tak nak..hallloooooooo..i tak heran laki u ye..dia tu pangkat anak sedara je dengan aku....

Tapi aku biasalahkan,mesti buat muka manis,walaupun pertanyaan aku tak disambut oleh perempuan ni,aku masih okey,selagi kau tak kacau hidup aku.Huhuhuhuhu..apa pun semoga kau berbahagia dengan anak buah aku ye.JAngan sakitkan hati dia.....sebab aku ni kan makcik yang baik...hahahahaha =p

Abaikan muka yang tak siap mekap,
sebagai pemanis belog sendiri
=p

05 November 2010

Blog lain

Salam,
selamat pagi..

happy diwali...
hari ni cuti,mahu pergi rumah cousin..besok dia mahu tunang..lihat apa2 yang patut..huhuu
petang ada janji mahu menonton wayang sama En.tunang dan mahu minta dia belikan aku tudung..
whooot...whoot..

NAsiblah kau bang dapat aku,kalau orang lain agaknya dah lari lintang pukang sebab tak tahan..belanja aku banyakkkkkkk.

NAfsu tak leh nak tahan nih..tolong3..dalam masa 2 bulan ni je,aku dah beli 3 pasang baju kurung moden...3 pasang okey..hasil hasutan makcik2 aku..matiklah jahanam duit i....
kau beli seluar mahal2 tak pe..beli baju kurung kau merungut..see..hahaa..harga 3 pasang baju kurung bersamaan sehelai seluar..sila lempang sedas..hahaha

Seluar pon bukan aku beli..En.Tunang yang belikan..eh silap aku pegang2 je dia yang belikan..jadi bukan salah aku..hahaha
LEmpang lagiks.

En.Tunang cuma tahu aku beli sepasang je,lagi dua pasang aku kasi simpannnnn..
rahsia wei..i tak nak telinga bernanah..mahu kahwin tapi duit kasi membazir matiklah..

Besok akan bocor rahsia sebab ada sepasang baju baru lagik dan mahu cari tudung yang sesuai.
Jadi kena kasi bawak gak ke kedai.Sebab aku ni fail bab beli tudung tanpa tengok kaler baju.

Sebab aku dah kerugian,kerana aku dah beli 3 helai tudung,malangnya 1 pon tak bersesuaian dengan baju yang aku nak pakai nanti.NAsiblah En.Tunang tak banyak bunyi...huhuhuhu

Kita buat slow2 bulan ni kasi tayang lagi satu...bulan depan kasi tayang baju baru yang terakhir..lepas tu confirm aku kena lempang...hahaha.*sampai ke hati u yang nak lempang i...i kan kesayangan u..dush..hahaha

Sepanjang 6 bulan terakhir ni kau janganlah tanya aku ada saving ke tak,huhuhuhu..tak ada habissssssss....sila faham harga barang di pasaran sekarang adalah mahal2...huhuhuu..


tadi aku cek balik cheklist untuk barang hantaran,banyak lagi tak beli..rasa macam mahu pengsan sekarang.

Asyik cerita pasal kahwin je kan..tesis kau dah siap long..otw...otw..okey..jangan tanya lagi.hahaha

Okey2 melalut..kebelakangan ni aku asyik baca blog B2B (bride to be),jadi hati tiba2 berdetik mahu buat blog lain,blog ini still berjalan..cuma mahu kongsi jalan2 cerita menuju hari bahagia insyaallah..kalau nak diikutkan aku dah nak buat hr tu..tapi maaflah..i tak sempat.TApi mana tau tb2 blog ini berubah wajah..hahaha matiklah..

Tapi aku ni kurang keyakinan mahu buat blog lain..lainlah macam perempuanku aku tak tau blog2 dia yang lama masih on atau tak..haha

KAlau dia baca ni confirm dia jegil mata kat aku..huhuhu..
since dia sibuk buat preparation nak engage nih,macam2 dia post..jadi sapa2 yang berminat nak resepi kek red valvet sila ke pink+oren,kau salin dr blog pompuan ni.

Lama tak melepak dengan kawan perempuan,aku perlukan sedikit motivasi sekarang ini =(
huhuhuhu..saya adalah bakal pengantin yang tidak kreatif..saya mahu buat sesimple mungkin..
Huhuhuhuhuhuu....

Tiba2 kenapakah?okey,mahu blah dulu..nanti bila aku rajin aku tulis lagi =)

04 November 2010

Feel good

Salam,
selmat pagi..
rasa seperti mahu tido je,sebab malam tadi hujan sampai pagi..
sorgaaaaaa..kalau dapat tido sampai siang.Tu pon atok aku siap kejut berkali2..

'kau tak kerja ke long dah pukul 6.30 ni'.

huhuhuhu..memandangkan ada tanggungjawab untuk mencari sesuap nasi,
haruslah aku gigihkan juga mata ni menerjah hari baru dalam hidup..
ceit..ayat tak leh blah =p

Setelah berdiam diri dan bertenang aku rasa okey..
lebih2 lagi dah berbual dengan seseorang yang agak matang dr diri sendiri.
di kata

'along kan kuat,kenapa mesti nak patah semangat masa2 macam ni.Jangan mengalah dah banyak cabaran along lalui.Tak kan dugaan semacam ni along nak berserah je.Along nak kena ingat,Allah beri dugaan pada hambanya yang mampu sahaja,bermaksud Allah NAMPAK along,Allah Sayang along.Yang penting jangan LUPA padaNYA.HAnya dia mampu memakbulkan segala doa2 kita,sujud dan meminta padanya.Jangan pernah berhenti dr meminta'

Tb2 aku rasa macam bodoh sebab melayan emosi yang teruk,mungkin sebab kecewa kita tak mampu untuk berfikir dengan baik.

Aku pon tak marah kalau ada sesiap yang terbaca post aku dan mengutuk di dalam hati,benda betul aku bukanlah orang yang baik dan tak lepas dari kesilapan.KAdang2 apa yang berlaku pada masa lalu turut memberi kesan pada tumbesaran kita.

JAdi pada sesiapa yang dah berkahwin dan ada anak kecil,sila beri perhatin dan kasih sayang yang penuh pada anak,didik dengan elok.Kalau nak gaduh,jangan tunjuk depan mereka.Kau nak kena ingat memori budak ni sangat kuat.Dia boleh ingat segalanya dengan jelas.

Apa yang aku merepek nih..huhuhu sila lempang..

Sekarang kita kena merancanakan jalan hidup dengan sebaik2nya..
jadi sekarang aku ada sebab yang kukuh kenapa aku tak nak label kesemua post2 aku..huhuhuhu..

sebab aku tak nak baca balik cerita2 pedih yang lepas.Bg aku past is past,pengalaman dalam hidup adalah pengajaran yang penting untuk masa hadapan =)

Tak mahu sedih2 lagi,patutnya mahu kahwin adalah saat bergumbira.
Think positive =)

Owh saya sudah mahu melancarkan on9shop whoot..whoot..setakat ni hanya br 1 produk bila sudah siap semua aku kasi published..
aku harap segala urusan pencarian rezeki ini dipermudahkan Allah S.W.T (^_^)

03 November 2010

One step ahead

Salam,
RAsa macam tak nak tulis apa2.
aku nak sambung mengedit tesis.

Tapi aku sangat2 stuck..serius kepala aku melayang2 seolah2 macam berkhayal.
Malam tadi lagi sekali aku bergaduh dengan mama aku..
tak adalah sangat2 teruk cuma entah tb2 rasa tak puas hati kat ayah aku..
kenapa ye ada rasa benda merepek2 nih..
huhuhuhuhu

Aku tak suka orang layan aku macam aku tak boleh nak tentukan hidup aku sendiri.
Aku tak salahkan orang tua aku,
cuma dalam waktu ni bukan waktu terbaik untuk aku berbincang dan sebagainya.
HArap2 semuanya okey lepas hujung minggu ni.

MAlam tadi aku melalui situasi di mana aku telah menyebabkan adik aku pon kena tempias amarah mama,
sebab adik aku pertahankan aku..
kenapakah?
kenapa mama tak nampak benda yang dah berpuluh tahun mama nampak..
aku macam entah..meluat dengan keadaan.

Sebelum aku hantar atuk balik pagi tadi..
aku cuma mintak nasihat apa yang patut aku buat..
dan atuk cuma kata...'kau buat je apa yang kau nak,kau jangan layankan sangat kerenah orang lain,nanti kepala kau sakit'.

Sekarang aku rasa agak lega sikit tapi perlu bersemuka dengan mama aku tentang banyak perkara,
sebab aku dah tak nak mintak pendapat atau apa2.
Dalam kepala aku sekarang ni,aku nak selesaikan apa yang patut aku selesaikan dulu.
Dan aku perlu menghargai hari2 yang berlalu tanpa sesalan.

PAgi tadi aku bangun dengan tekad yang mana aku tak nak menangis sebab aku tak mampu nak puaskan hati semua orang, aku tak nak menangis sebab aku diperlakukan macam budak2 sedangkan orang lain tak, aku tak menangis sebab adanya unsur2 batu api.

Sekarang adalah masa untuk aku bina jalan hidup aku sendiri,bukan aku tak perlukan orang lain.MAsa aku kat UPM pon tak ada sapa yang amik tau,semua aku buat sendiri,duit yuran,duit makan,duit kereta,aku sihat atau tak,aku hidup atau mati,aku makan atau tak..semua aku sendiri dan tak pernah ada seorang pun yang call dan tanya macam mana keadaan aku,malah aku selalu ditekan yang kat RUMAH dah terlalu banyak masalah dan aku diminta tak menambahkan masalah.

Jadi sekarang aku nak teruskan balik keadaan yang sama,di mana orang lain jangan banyak bunyi.Masing2 uruskan bahagian masing2,cukup.


Berdiam adalah lebih baik dari berkata2 dan melakukan adalah lebih baik dari berdiam.

Aku pon bukan budak2 mungkin aku sendiri yang teringin guide line dari orang yang lebih dewasa,tapi percaturan aku silap.

JAdi aku lebih rela meluahkan perasaan pada orang2 yang boleh faham sahaja,sekarang aku sangat stress.aku tak boleh nak buat satu kerja pun..langsung tak boleh..aku rasa seperti mahu mandi dan berendam di dalam air yang sangat sejuk supaya segala beban kat kepala+jiwa ni hilang.

Serius aku sudah letih menangis.
Letih sangat..
mungkin betul kata kawan aku...
kerana terlalu pentingkan hati orang lain,aku sendiri SAKIT.

I need someone to hug me..pleaseeeeee ='(

Gerai Makan Paling Terbaik

Salam,

selamat sejahterlah hendaknya ke atas kamu semua,


Bagi Pembaca2 blog sekitar batu pahat dan negeri johor..ecececeh..
mari2 i mahu promote gerai jalanan yang terbaik...
see...aku amik gambar dari sudut hadapan *sebenarnya tengah kelaparan..
Pakcik ni paling terbaik dalam bab menyediakan kuah sambal kicap+kacang



Port dia available,tepi jalan je bawah pokok ngam2 bawah tiang elektrik,
menu special nasi goreng kampung yang kaw..
kalau dulu ada Tahu special,sekarang aku tak tahu ada lagi atau tak.
Harga memang sangat murah..huhuhuhuu..

Eh,bukan promote ye,
aku saja bagitau port minum petang aku dengan En.Tunang..
maka ada sebab kenapa aku gemuk.Jadi tak boleh salahkan aku,salahkan anak pakcik gerai ni yang masak.
sebab sedappppppp..sampaikan kitaorang asyik minum petang kat sini je..


Owh,kalau ada sapa2 nak cuba,sila ke TAMAN BUKIT PERDANA ye.
OWh untuk orang2 yang tak kisah makan kat gerai tepi jalan macam aku lah,
kepada yang kaki2 restaurant memang leh abaikan entry ni huhuhu lalala~


KAlau kau datang waktu pagi memang tak ada pa,
gerai pon main sorong2 je,
nak bukak baru dia sorong dari rumah...




Amacam sempoi?
Aku suka sebab open air..huhuhuuhu..
udara segar sangat..hahahaha..sangat tu tak lah tipu je..
menu lain seperti..











kue teow tomato
tempe+tahu goreng
keropok lekor+sambal kicap
MAcam2 lagilah...
kau percaya tak kalau aku kata Limau suam kat sini harganya 50sen je..
NAsi goreng kampung adalah RM2.50...










Lalalala~

02 November 2010

Apa yang patut dikata?

Salam,
selamat pagi..
hati adalah dalam keadaan tak best..
kenapa?

Aku tak taulah sama ada ini dugaan atau halangan atau entah apa2.
Aku tak tau orang lain mengalaminya atau tak,
sebab aku dah muak dengan segala benda yang mendatang.
Kadang2 rasa seperti mahu menangis sambil terjerit2.
baru puas hati aku.

Konflik baru je bermula.
Okey aku tak pasti kalau keadaan yang sama akn berlaku pada bakal2 pengantin atau bakal orang yang nak bertunang.
Mungkin keadaan kita tak sama.

Aku dah makin tak faham apa yang parents aku nak sebenarnya,
apa yang aku buat semua tak kena,
kalau nak ikut pada selera diaorang,sapa yang nak kahwin sebenarnya?

aku tak berniat nak melawan,tapi aku cukup stress lebih2 lagi kalau ada campur MULUT orang lain ni.
Benda dah baik2 elok tb2 ada BATU API memang lah sakit jiwa aku.

Dari malam tadi aku tahan je kat dada aku nak menyembur,memang sakit hati.sakit sangat2 aku rasa macam nak menangis je malam tadi,tak pe aku baru je nangis tadi.

NAngis masa bila?
masa En.Tunang call aku.

Aku:awak dah otw klang?
En.Tunang:belum saya singgah site kejap ni,kenapa?

Aku:selain pergi bank ada kerja lain tak yang urgent?
En.Tunang:tak da,lepas settle bayar2 segala,awak teruslah balik rumah emak.

Aku:okey:*dalam nada tak bersemangat
En.Tunang:Ceria sikit,jangan sedih2.Ceriakan harimu *sambil menyanyi

*time ni aku dah start melalak

Aku:tension.*sambil tersedu-sedu
En.Tunang:Inilah namanya dugaan,ni baru nak kahwin sayang.

Aku:Saya sangat2 tension.*dah tak mampu nak bercakap sebab air mata mengalir deras.
En.Tunang:Sabar,jangan kusut2.Awak siapkan tesis awak dulu,saya settle apa yang boleh.

Aku:erm....*masih tak mampu bersuara+tersedu-sedu
En.Tunang:dah jangan nangis lagi,awak kan kuat semangat.Saya selalu ada kat belakang awak.Jangan takut.

Aku:erm..ok
En.Tunang:senyum ea,saya sayang awak.


la ni menaip pun masih melalak lagi..huhuhu dramatik sungguh.
aku tak tahu nak mengadu dengan siapa.
Rasa sangat2 kecewa sekarang ni.
Aku tak taulah semacam dah malas nak kahwin pun ada jugak.

Selalunya kalau hal2 macam ni En.Tunang selalu pujuk aku.
Sekarang baru aku rasa susah kalau sebelum ni kita hidup sendirian lepas tu kita mula mintak pendapat dengan orang tua kita dan berlaku sikit percanggahan,kau rasa apa yang patut aku buat.Aku dah banyak turutkan kata orang tua,maksud aku sekarang ni aku yang nak kahwin,jadi sepatutnya aku yang kena plan baik2.

AKu bukan tak suka campur tangan orang tua,tapi aku serik macam masa tunang hari tu,konflik lagi sangat hebat.sampaikan aku nak lari dari rumah.Kau bayangkan 24jam aku tak bercakap langsung dengan En.Tunang,punca pasal orang lain.

Sebab tu bila bab2 hantaran,pelamin dan yang berkaitan kecuali katering,aku nak settle sndiri.Aku tak nak benda yang sama berulang.Cukuplah aku sakit hati,bergaduh dengan mama aku.Masa aku kahwin aku nak semua berjalan dengan lancar.

Atau aku patut salahkan diri aku sebab sebelum ni aku terlalu berdikari,sekarang aku perlukan bantuan orang tua aku untuk berkahwin?Kau rasa?

Ayah aku plak tak sudah2 layan aku macam budak 5 tahun,
aku rimas....rimasssss yang melampau2.
Tolong layan aku macam atuk aku layan aku,aku dah 25 tahun dan aku tahu fikir mana baik dan mana buruk.Selalu nak marah2 aku walaupun aku tak buat salah.

itu baru orang tua aku,belum campur mulut orang lain lagi.

Tak adalah aku nak marah2 orang tua sendiri,orang tua tu.Aku masih memerlukan keredhaan hidup dari diaorang.


Macam ni jelah aku rasa,at the end...aku buat majlis nikah je.Save duit,aku tak perlukan banyak mulut,aku tak suka orang marah2 aku,aku tak mahu orang bising2.Jadi aku senang hati.Bersanding kat rumah lelaki je...boleh?

Sebab aku dah mula belajar jadi manusia yang tak kisah,gasaklah apa nak jadi.
PAgi tadi aku ada berbual dengan atuk aku masa nak hantar dia pergi hospital dia kata,

Atuk:kau buat macam yang kau nak,jangan hirau cakap orang.Pasal mama kau nanti atuk cakap dengan dia.

Okey aku tak ada jalan lain.Bukan nak belakangkan mama aku,aku tak tau bila aku bagitau perancangan aku je mesti dia marah2 sampai aku tanya dia,

Aku:mama ni bagi tak along nak kahwin sebenarnya,cerewet sangat.Sakit kepalalah.KAlau tak bagi cakap tak bagi sebab ni belum kahwin lagi,kalau dah kahwin nanti nak cakap tak bagi dah masalah tak kan nak bercerai pulak.

MAma:*diam je tak bercakap

Kata atuk aku,kalau tak bagi buat apa dia terima orang masuk meminang betul?buat apa buatkan aku majlis bertunang yang agak meriah,betul?

Keadaan sekarang adalah agak tegang,tapi tak setegang masa aku nak bertunang dulu,lagilah seminggu aku tak bercakap dengan mama aku.HAri2 aku asyik nangis je,nak bertunang pon aku tak da mood,sampai aku tak nak tunang tau.

Sekarang aku dah rasa susah duduk kat batu pahat ni,kepala aku kusut.aku rasa macam nak lari balik UPM duduk bertapa kat sana diam2.

01 November 2010

Lelaki ini sudah GEmuk =p

Salam,
whohohoho..
tajuk je sudah mengutuk...





KEnapakah?
kau tengok muka kesayangan aku tuh..sudah tembam dan lebar kan?
ini adalah akibat aktiviti makan....
mari aku jadualkan





Sarapan=Roti bakar+mee hoon soto+satay

Makan tengah hari=Nasi+ikan sweet sour+burung puyuh masak lemak+ikan goreng+sayur

Minum Petang=Pisang goreng+nasi goreng kampung+keropok lekor

Malam=Dia mesti makan,aku plak kalau dia dah bg makan cukup2 waktu petang,malam aku tak makan lagi.Kenyang kau.....kata kena diet..aku dietlah tu hahaha..

Nafsu memang banyak,tapi aku makan sikit2 je lebih terpaksa En.Tunang habiskan =p

sebab tu aku suka ajak dia pergi makan.

Kalau kau rajin tengok gambar aku yang lepas2 mesti kau kata..'eeeee...pompuan ni semakin membulat....' hahaha..hakikat..harus terima dengan redha =p

okey2,aku berazam akan kurangkan berat badan sebelum majlis aku nanti,tapi rasanya dah boleh mula kurang ni sebab stress dengan tesis =) senyum...senyum..senyum..