Salam,
Selamat pagi,
cerita adalah sudah basi dan berkulat tapi mahu kasi terbit juga..
Aku tak ingat bila tapi dalam bulan oktober,
sepupu aku call mama mahu jemput ke majlis kesyukuran anak lelaki dia.
Aku ingat majlis biasa2 je tapi rupanya majlis perkahwinan,
diaorang tak bersanding pon,tak da segala bunyi-bunyian.
Kenapa?mana aku tau pengantin lelaki yang tak nak.
Aku terangkan di sini aku bukan nak mengutuk tapi sebagai iktibar kepada orang2 di luar sana,
mana yang kau rasa elok kau boleh simpan dalam kepala,
kalau kau rasa aku ni hanya bercakap kosong terpulang.
Anak buah aku ni umur baru je mancapai 20 tahun,
dan si isteri pula berumur 30 tahun dan berstatus janda.
FYI status bukanlah penghalang bagi aku.
Diaorang nak kahwin ni pun aku tak kisah sebab bukan anak aku kan,
bukan aku yang jalankan majlis,
sebagai mak sedara aku cuma boleh doakan yang terbaik untuk mereka berdua.
DI sebalik majlis memang banyak konflik sebenarnya,
ini pun lepas anak sepupu aku yang sulung (kakak) bercerita kat aku hal sebenrnya.
Yang aku pun tak pernah tanya cuma buat muka terkejut je lah sepanjang dia bercerita.
Kakak:along tahu tak adik kita nak kahwin?
aku:tahulah mak kau dah bgtau hr tu.
kakak:along tau tak dia nak kahwin dengan janda tua dari dia?
aku:hah tau kenapa?
Kakak:Erm,panjang cerita lah..
AKu:suka hati kau,nak cerita aku dengar,tak nak cerita aku tak tanya.
Dipendekkan cerita..hahaha sekali malas nak taip dialog panjang2 kan..
anak buah aku ni berkenalan dengan isteri dia masa masing2 kerja kat kilang lagi,mula2 si mak (sepupu aku) macam tak kisah,ingat tak serius.TApi bila tengok anak dahmacam mabuk kepayang,si mak mula risau.
Aku tak tau apa masalah yang membuatkan mak ni ingin menghalang mungkin sebab faktor usia si perempuan atau status janda yang dipegang.tapi bagi aku tu semua tak jadi hal.Cuma mungkin dia rasa anak dia terlalu muda untuk berkahwin.
Macam2 cara dah dibuat,maksud aku berubat sana-sini.Si anak pulak macam tau2 je mak dia nak 'pulihkan' dia,jadi bila balik rumah dia tak nak makan atau minum.Kau pernah dengarkan orang berubat melalui bahan makanan atau minuman?
NAsihat tak menjadi,berubat pun tak jalan.Sampailah satu hari emak si perempuan call sepupu aku ni.DIa bercerita macam2 pasal perihal si anak perempuan dia tuh,aku tak tau butir bicaranya cuma yang penting dia cerita hal yang tak elok pasal anak perempuan dia.
Si perempuan ni macam ada instinct terus bertanya kat sepupu aku yang mak dia ada call ke?lepas tu terus sound sepupu aku,owh dia panggil sepupu aku ni mak masa sebelum kahwin,katanya berlatih panggil mak takut tak biasakan. "Kalau mak tak kasi kita kahwin dengan anak emak,kita bawak anak emak lari ke sempadan kahwin kat sana"
HAru kau siap sound mak mertua macam tu.sepatutnya lelaki yang bawak pompuan lari,ni tak pompuan nak bawak lelaki lari.Hahaha..ok jahat sebab gelak.
JAdi sepupu aku ni terkelu sekejap,sebab tak sangkalah pompuan ni boleh cakap macam tu.Dia nasihatkan si anak teruna,malangnya anak teruna sanggup jugak nak ikut si perempuan ni lari ke sempadan.Ikhtiar terakhir 'terpaksa' dikahwinkan.Istilah terpaksa bukan atas memaksa pengantin berkahwin tapi orang tua yang terpaksa merelakan perkahwinan.
LEbih baik dari diaorang halau kan,JAdi sepupu aku cuma cakap dengan anak dia,jangan menyesal di kemudian hari.AKu tak faham apa maksudnya sebab bagi aku perihal macam ni cuma mak2 je yang faham kenapa dia sebut macam tu.
Apa pun aku bukan campur sangat,aku tau datang penuhi undangan dan pulang dengan tangan berbekal hahaha,cuma aku cakap terus terang aku tak berapa berkenan dengan si perempuan sebab tak ada adab,depan aku tak nak tanya aku siapa,siap bisik2 tanya anak buah aku yang lain,lepas tu nak tengok aku pon macam nak tak nak..hallloooooooo..i tak heran laki u ye..dia tu pangkat anak sedara je dengan aku....
Tapi aku biasalahkan,mesti buat muka manis,walaupun pertanyaan aku tak disambut oleh perempuan ni,aku masih okey,selagi kau tak kacau hidup aku.Huhuhuhuhu..apa pun semoga kau berbahagia dengan anak buah aku ye.JAngan sakitkan hati dia.....sebab aku ni kan makcik yang baik...hahahahaha =p
Abaikan muka yang tak siap mekap,
sebagai pemanis belog sendiri
=p
No comments:
Post a Comment