Sentuhlah saya

25 November 2010

Ujian Hidup

Salam,
selamat petang..

Alhamdulillah,tengah hari tadi dapat berita yang agak baik..
thanx cayang (you know who you are)

Aku hampir2 'tersungkur' hari tu..
terlalu banyak masalah datang menimpa.
Rasa seperti mahu menjerit..

Sesungguhnya aku hampir patah semangat.
Aku dah tak berani mahu mengeluh,tak berani mahu berkata2..
hilang punca..seperti segala2nya telah bernoktah.

En.Tunang tak pernah berhenti memberi sokongan macam tu juga dengan kawan2 yang lain.
My best buddy advice me, sujud kepada Allah S.W.T minta dia permudahkan segalanya,minta dia tenangkan hati yang tengah gusar.

Alhamdulillah....
Allah itu maha mendengar..
aku lega..lega yang tersangat.

Sekarang ni aku perlu kuat untuk berdiri..
berhadapan pula dengan manusia2 yang terlalu suka untuk menyakiti aku.

Sesungguhnya aku tak tahu apa masalah mereka..sumpah aku tak tahu.
Aku sedih...sedih sangat...
Aku tak layak mengadu pada manusia...hanya pada Allah aku berserah.

Allah maha pemurah..
mereka berikan aku kesakitan,
TApi Allah kurniakan aku kekuatan.

Aku belajar untuk memaafkan dan biarkan apa sahaj kata2 dan tohmahan,apa saja sindiran2 yang menyakitkan hati.TErpulang mereka hendak berkata apa sekalipun.
DAn hidup aku mesti diteruskan,tak boleh berhenti kerana aku kecewa dengan tindakan mereka.

Mereka bebas untuk berkata apa2,dan mereka hanya akan merasa puas kalau hubungan antara aku dan En.Tunang terputus.
YA,itulah kepuasan mereka.

Semakin banyak yang Allah berikan kepada kami,semakin banyak yang mereka tidak senang hati.

Kenapa?
sedangkan aku membiarkan mereka dengan hidup masing2.

Puncanya dari mulut seseorang,lelaki tapi mulut mengalahkan perempuan.Barua + 'Gunting dalam lipatan'

Aku hanya mampu berdiam,menangis dan menahan hati dari berdoa yang bukan2 untuk mereka.BIARKAnlah..

Allah itu maha adil.
Aku yakin dan sangat YAkin.
Aku cuma berharap agar aku diberi lebih kekuatan untuk bertahan,
lebih kekuatan untuk menerima dan bersabar.

KErana SABAr itu indah (^_^)

2 comments:

lalink7 said...

gooo...gooo...girllll....caiyok2..

syazana said...

hehehehe..i'm smiling =)
Allah hear me