Salam,
selamat pagi..
hati adalah dalam keadaan tak best..
kenapa?
Aku tak taulah sama ada ini dugaan atau halangan atau entah apa2.
Aku tak tau orang lain mengalaminya atau tak,
sebab aku dah muak dengan segala benda yang mendatang.
Kadang2 rasa seperti mahu menangis sambil terjerit2.
baru puas hati aku.
Konflik baru je bermula.
Okey aku tak pasti kalau keadaan yang sama akn berlaku pada bakal2 pengantin atau bakal orang yang nak bertunang.
Mungkin keadaan kita tak sama.
Aku dah makin tak faham apa yang parents aku nak sebenarnya,
apa yang aku buat semua tak kena,
kalau nak ikut pada selera diaorang,sapa yang nak kahwin sebenarnya?
aku tak berniat nak melawan,tapi aku cukup stress lebih2 lagi kalau ada campur MULUT orang lain ni.
Benda dah baik2 elok tb2 ada BATU API memang lah sakit jiwa aku.
Dari malam tadi aku tahan je kat dada aku nak menyembur,memang sakit hati.sakit sangat2 aku rasa macam nak menangis je malam tadi,tak pe aku baru je nangis tadi.
NAngis masa bila?
masa En.Tunang call aku.
Aku:awak dah otw klang?
En.Tunang:belum saya singgah site kejap ni,kenapa?
Aku:selain pergi bank ada kerja lain tak yang urgent?
En.Tunang:tak da,lepas settle bayar2 segala,awak teruslah balik rumah emak.
Aku:okey:*dalam nada tak bersemangat
En.Tunang:Ceria sikit,jangan sedih2.Ceriakan harimu *sambil menyanyi
*time ni aku dah start melalak
Aku:tension.*sambil tersedu-sedu
En.Tunang:Inilah namanya dugaan,ni baru nak kahwin sayang.
Aku:Saya sangat2 tension.*dah tak mampu nak bercakap sebab air mata mengalir deras.
En.Tunang:Sabar,jangan kusut2.Awak siapkan tesis awak dulu,saya settle apa yang boleh.
Aku:erm....*masih tak mampu bersuara+tersedu-sedu
En.Tunang:dah jangan nangis lagi,awak kan kuat semangat.Saya selalu ada kat belakang awak.Jangan takut.
Aku:erm..ok
En.Tunang:senyum ea,saya sayang awak.
la ni menaip pun masih melalak lagi..huhuhu dramatik sungguh.
aku tak tahu nak mengadu dengan siapa.
Rasa sangat2 kecewa sekarang ni.
Aku tak taulah semacam dah malas nak kahwin pun ada jugak.
Selalunya kalau hal2 macam ni En.Tunang selalu pujuk aku.
Sekarang baru aku rasa susah kalau sebelum ni kita hidup sendirian lepas tu kita mula mintak pendapat dengan orang tua kita dan berlaku sikit percanggahan,kau rasa apa yang patut aku buat.Aku dah banyak turutkan kata orang tua,maksud aku sekarang ni aku yang nak kahwin,jadi sepatutnya aku yang kena plan baik2.
AKu bukan tak suka campur tangan orang tua,tapi aku serik macam masa tunang hari tu,konflik lagi sangat hebat.sampaikan aku nak lari dari rumah.Kau bayangkan 24jam aku tak bercakap langsung dengan En.Tunang,punca pasal orang lain.
Sebab tu bila bab2 hantaran,pelamin dan yang berkaitan kecuali katering,aku nak settle sndiri.Aku tak nak benda yang sama berulang.Cukuplah aku sakit hati,bergaduh dengan mama aku.Masa aku kahwin aku nak semua berjalan dengan lancar.
Atau aku patut salahkan diri aku sebab sebelum ni aku terlalu berdikari,sekarang aku perlukan bantuan orang tua aku untuk berkahwin?Kau rasa?
Ayah aku plak tak sudah2 layan aku macam budak 5 tahun,
aku rimas....rimasssss yang melampau2.
Tolong layan aku macam atuk aku layan aku,aku dah 25 tahun dan aku tahu fikir mana baik dan mana buruk.Selalu nak marah2 aku walaupun aku tak buat salah.
itu baru orang tua aku,belum campur mulut orang lain lagi.
Tak adalah aku nak marah2 orang tua sendiri,orang tua tu.Aku masih memerlukan keredhaan hidup dari diaorang.
Macam ni jelah aku rasa,at the end...aku buat majlis nikah je.Save duit,aku tak perlukan banyak mulut,aku tak suka orang marah2 aku,aku tak mahu orang bising2.Jadi aku senang hati.Bersanding kat rumah lelaki je...boleh?
Sebab aku dah mula belajar jadi manusia yang tak kisah,gasaklah apa nak jadi.
PAgi tadi aku ada berbual dengan atuk aku masa nak hantar dia pergi hospital dia kata,
Atuk:kau buat macam yang kau nak,jangan hirau cakap orang.Pasal mama kau nanti atuk cakap dengan dia.
Okey aku tak ada jalan lain.Bukan nak belakangkan mama aku,aku tak tau bila aku bagitau perancangan aku je mesti dia marah2 sampai aku tanya dia,
Aku:mama ni bagi tak along nak kahwin sebenarnya,cerewet sangat.Sakit kepalalah.KAlau tak bagi cakap tak bagi sebab ni belum kahwin lagi,kalau dah kahwin nanti nak cakap tak bagi dah masalah tak kan nak bercerai pulak.
MAma:*diam je tak bercakap
Kata atuk aku,kalau tak bagi buat apa dia terima orang masuk meminang betul?buat apa buatkan aku majlis bertunang yang agak meriah,betul?
Keadaan sekarang adalah agak tegang,tapi tak setegang masa aku nak bertunang dulu,lagilah seminggu aku tak bercakap dengan mama aku.HAri2 aku asyik nangis je,nak bertunang pon aku tak da mood,sampai aku tak nak tunang tau.
Sekarang aku dah rasa susah duduk kat batu pahat ni,kepala aku kusut.aku rasa macam nak lari balik UPM duduk bertapa kat sana diam2.
2 comments:
along..fikirkan yang terbaik untuk diri ko..kadangkala dugaan nie akan menjadi kenangan manis kita bila dah tua...aku pun xtau ape dugaan aku pada masa akan dtg bila mau bertunang atau kawen..arap2 semuanya berjalan dgn lancar ye yunk..
enjoyy it..
ouhhh along....aku pon takot akan dpt masalah yg same...hati mak yg pertama kene jaga kene turuti....n it's all bout money matter kot.....
aku doakan yg trbaik utk ko....nnti time kenduri kami geng senggarang dtg meriahkan majlis yee....heee...
Post a Comment