Sentuhlah saya

03 July 2008

Belajar lagi..

Erm..akhirnya abes gak kontrak aku sbg guru ganti,tapi yang menggusarkan hati aku ialah camana kehidupan anak2 muridku di ms akan datang..banyak yang telah aku pelajari sepanjang menjadi guru.Tak dapat dinafikan aku sayangkan mereka...hari terakhir melangkah keluar dr sekolah itu hati aku sayu sangat.Kalau aku seorang yang pentingkan dr sdrmungkin aku tak kan menyibuk hal anak2 didik ku.Kalau lah mereka pandai surf internet n tau alamt blog aku..aku cm nak mereka tau yang 'Cikgu sayang kamu'.Terutamanya utk Cindy...teruskan khdupan dgn tabah kerana byk lg cabaran yang kamu akan hadapi.Faiz...tolong jg Cindy krn dia memerlukan kamu.Faisal.Azam,Khatirvan,Nadeson tolong jangan nakal sangat nti math fail lagi.Dalam setiap wajah ceria mereka rupanya ada kisah duka yang tak terucap, x da apa yg blh menggantikan kenangan manis dengan diaorang ni..apa pun aku kn melangkah maju kehadapan untuk memiliki kejayaan.Alhamdulillah rezeki aku ada untuk menyambung pengajian di peringkat master....erm...semoga aku tabah menghadapi segala cabaran yg bakal mendatang.

19 May 2008

Dah habis....

hehehe....bulan 5 menjelma...aku dah abes belajar akhirnya.tapi result tak kuar lagi.erm....balik kampung memang bosan sebab x ada sapa yang nak melayan aku...semua orang bz dengan keje masing2.sekarang aku dah jadi guru ganti tuk sementara waktu...mcm x sangka plak...selama ni aku slalu menghindarkan pekerjaan sebagai guru,tapi la ni aku kena menghadapinya dengan senyuman r beb.bukan kerana membenci profession perguruan tapi sebab aku tak sanggup nak menghadapi kerenah budak2 yang nakal.tapi lau nak diikutkan aku lagi nakal dpd diaorang dulu.seksa?mmg menyeksakan....sebab tanggungjawab besar untuk menjadikan anak2 orang ni pandai.bayangkanlah hari2 aku terpaksa jadi tarzan....hari2diaorang kena kejar ngan rotan.bukan nak mendera anak orang lain tapi aku nak jadikan diaorang pandai dan menjadi manusia yang berguna untuk masa hadapan.Tapi jadi cikgu mmg memenatkan, lau tak percaya try r jd cikgu.bukan fizikal yang letih tapi minda sebab tiap waktu kn fikir camana nak jadikan anak2 didik ku pandai dan bijak.aku blh tarik nafas lega sbb smgu lg cuti sekolah hehehe n kontrak aku tamat bulan jun, tapi pas 2 aku nak kn cr kerja lain plak...yang pastinya aku akn rindukan anak2 didik ku yang 'nakal2' sebab lau aku marah pun melayan kerenah budak ni menghiburkan hati.Cm tahap kesabaran aku x setinggi mana nak jd cikgu.Tapi yang paling best time hari guru,walaupun guru ganti aku tetap dapat hadiah walaupun tak banyak tapi x cukup tangan r gak mengangkut.apa pun Selamat Hari Guru aku ucapkan pada semua guru2 dan pensyarah2 yang telah memberikan ilmu mereka kepada aku.....

14 March 2008

Teater 24 jam(keratan KOSMO)

Seseorang yang meminati teater, pasti tahu banyak perkara tentangnya. Mereka juga tahu untuk sebuah pementasan teater , durasi masa latihan yang diambil mungkin menjangkau sehingga sebulan sebelum menemui penonton.Itu merupakan senario pementasan tetaer Malaysia. Ini kerana di Barat, pementasan teater menrima cabaran yang lebih getir atau mungkin juga boleh dipanggil kejam.Masa yang diambil untuk membuat latihan termasuk menyediakan penulisan teater hanyalah 24 jam atau lebih tepat sehari suntuk.Habis durasi masa 24 jam itu,bersedia atau tidak,ahli kumpulan yang terdiri daripada penulis, pengarah dan pelakon akan menemui ratusan penonton.Walaupun tampak begitu sukar dan mencabar,tetapi itulah kepuasan yang diperoleh oleh kumpulan penulis, pengarah dan pelakon ini sekiranya persembahan mereka mampu memukau penonton. Mengambil konsep teater yang dipanggil teater 24 jam ini yang telah popular di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah,pementasan teater yang sama akan menemui penonton Malaysia pada 16 Mac ini di Lambang Sari,Istana Budaya(IB) bermula pukul 8.30 malam.Menurut penggiat teater terkemuka tempatan,Sabera Shaik,ia satu persembahan teater yang pasti dinanti-nantikan ramai.Selain mencabar kredibiliti sesebuah kumpulan,apa yang lebih menarik, ia merupakan pementasan pertandingan teater 24 jam yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia."Sebaik sahaja sesebuah kumpulan teater itu ditubuhkan,misal kata pukul 8.30 malam pada 15 Mac 2008, maka penulis perlu memulakan tugas untuk menulis dan pukul berapa dia habis menulis bergantung kepada dirinya.Kemudian,penulis akan memilih pengarah dan pelakon untuk memulakan latihan."Kesemua peserta akan berlatih sehinggalah pukul 1 petang keesokan harinya,16 Mac 2008.Manakala bermula dari pukul 1 petang hingga pukul 6 petang hari yang sama,mereka akan melakukan latihan teknikal bersama juruteknik IB,'kata Sabera lagi.Jelasnya, setiap kumpulan perlu membuat pementasan dalam durasi masa antara 10 hingga 15 minit sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.Kumpulan yang menunaikan tanggungjawab pementasan yang sempurna dari segi penulisan dan lakonan akan dinobatkan sebagai pemenang.Walaupun nampak pendek, namun akui Ramli Hassan selaku pelakon,penerbit dan pengarah teater tempatan,ia adalah sebuah projek yang mencabar kebolehan dan kredibiliti penulis serta pengarah teater. "Bukan mudah untuk menghasilkan teater,biarpun ia hanya mengambil masa selama 10 hingga 15 minit untuk dipersembahkan.Dalam hal ini, persefahaman serta kerjasama yang erat antara penulis,pengarah dan pelakon amat perlu bagi menghasilkan naskhah berkualiti;"jelas Ramli yang sedikit kesal kerana mungkin tidak dapat menyertai projek ini berikutan komitmennya di Australia.Penggiat teater Zahim Albakri ketika ditanya pandangannya tentang projek teater 24 jam ini menyatakan,ia satu usaha yang baik dalam mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia teater."Projek ini merupakan satu insentif untuk menggalakkan lebih ramai individu menulis dan berlakon.Tidak mustahil,kita boleh jumpa bakat-bakat baru dalam elemen seni persembahan sebegini."Pasti,ia satu program yang menarik kerana adanya unsur-unsur realiti TV.Sebenarnya saya tidak sabar untuk melihat apakah hasil yang mampu ditonjolkan daripada persembahan ini;"katanya yang mungkin tidak keberatan untuk menjadi pengarah sekiranya diminta berbuat demikian.Beliau mengharapkan konsep teater baru ini akan mendapat sambutan pencinta teater terutamanya generasi muda yang gemarkan cabaran yang lebih besar.

12 March 2008

1001 kata-kata untuk kawan

Hampir 2 tahun kita bersama-sama berjuang untuk menuntut ilmu seni persembahan ni, dari tak pernah bertegur sapa sehinggalah keakraban kita dah macam adik-beradik walaupun kadangkala ada je perkara-perkara yang tak diingini berlaku.erm...contoh yang paling namapak bila satu-satu produksi ditubuhkan...hehehe kita semua mesti gaduh punya.Mungkin kita semua tak berapa matang dan kurang berpengalaman dalam dunia teater ni tapi syabas untuk kawan-kawanku sebab kita semua berjaya mengenepikan emosi semata-mata kerana teater. Erm...yang pasti lepas bulan april ni aku mesti rindu sangat-sangat dengan korang semua, aku tak tau apa nak buat.Kalau ada rezeki aku sambung belajar.

09 March 2008

Teater si monyet yang nakal


Ni dia wajah-wajah pelakon handalan hehehe yang mendapat anugerah pelakon terbaik untuk 2007...masa ni kami mengadakan pementasan teater kanak-kanak kat SK Serdang je, ada kucing, beruang, arnab, burung nuri, ulat bulu, pokok dan bunga-bunga yang cantik....walau apapun peminat kami boleh tahan beb...kalah Fasha Sandha :-p pementasan kedua kami sepanjang 3 semester mendalami ilmu teater.Walaupun pada mulanya aku agak malu-malu kucing untuk melakonkan watak kucing tapi semasa hari pementasan semuanya berubah sama sekali sebab aku tak kekok langsung bawak watak "kucing" dalam teater ni(masa latihan je malu sebab orang dewasa yang tengok). Tengok je tindak balas budak-budak sekolah, hati terus melonjak riang nak persembahkan yang terbaik untuk diaorang. Sebab sepanjang pementasan diaorang khusyuk dan tak toleh kiri kanan pun...hehehe aura kami menjadi, kalah Mawi(minta maaf ye Mawi)...agak-agak boleh ke dapat kontrak dengan 'MAMEE' letak muka kitaorang kat plastik maggi diaorang?lau macam tu lepas satu-satu pementasan boleh rehat lama sebab dah kaya jadi model hehehe. Letih, penat, sedih, marah, gembira semua bergabung dalam satu perasaan sepanjang kitaorang jalankan latihan tetaer kanak-kanak ni. Dalam satu-satu produksi mesti ada kesemua perasaan ni(tapi rasanya produksi kami je yang macam tu), bermula dari awal semester, pemilihan skrip seterusnya pembahagian watak diikuti dengan latihan(kat tempat terbuka gitu...latar siswa) akhirnya pementasan dan ianya sangat mengujakan untuk pertama kali beraksi dihadapan kanak-kanak. Bayangkanlah kami mereka kostum dengan hasil pemikiran sendiri, banyak kali terpaksa diubah membayangkan kami hendak menarik perhatian kanak-kanak dengan lebih lagi, nyata usaha kami tak sia-sia, masing-masing sanggup tak tidur malam semata-mata nak buat yang tebaik.Selepas pementasan kami menarik nafas lega, perasaan takut dan malu hilang macam tu je, isk...tak tau lah nak gambarkan camana lagi hehehehe nak tau perasaan tu cua korang pula buat pementasan sendiri, lepas tu tau lah camana perasaan kitaorang yang penuh ketakutan dan setiap malam didatangi mimpi ngeri (saja melebih-lebih sikit dalam ayat nak menggambarkan perasaan konon-kononnya). Terima kasih Dr.Normaliza sebab denda kalau datang lambat kalau tak kitaorang tak ada disiplin dan tentu sekali tak boleh buat yang terbaik(tercungap-cungap lari dalam dewan). Akhir kata sayangilah binatang di sekeliling anda....kerana perasaan sayang tu Allah S.W.T yang berikan dan kita tak payah beli pun.

05 March 2008

Sinopsis teater Sambanthan


Malaysia sudah 50 tahun merdeka! Dalam kita mengecapi kebahagiaan kemerdekaan dan mara ke hadapan dengan harapan untuk kemajuan yang lebih cemerlang serta kekukuhan perpaduan yang lebih erat, kita mesti mengambil sedikit masa untuk berpaling ke belakang untuk mengenali Malaysia dengan lebih mendalam. Malaysia tercipta dengan sejarah yang begitu gemilang. Sejarah yang mengajar kita memahami segalanya dan nyata membimbing kita ke arah kejayaan.
Beberapa personaliti yang agung telah menjadi tunjang kejayaan dalam mencipta Malaysia yang unik dan muhibah. Di antara pemimpin yang agung yang menyerlah pada ketika itu ialah Tun V.T Sambanthan. Bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan beberapa tokoh lain, beliau telah bergabung tenaga menyedarkan bangsa untuk bebas dari cengkaman penjajah.
"SAMBANTHAN" ialah satu pementasan yang didedikasikan khas untuk mengenang jasa serta sumbangan Tun V.T Sambanthan kepada negara dan bangsa. Anak kelahiran Sg.Siput ini sentiasa menguntumkan senyuman kepada semua dan berhati mulia. Beliau bukan sahaja tinggi dari segi fizikal tetapi juga budi pekerti.Tun V.T Sambanthan adalah seorang pemimpin yang berjiwa Malaysia. Beliau telah sentiasa berusaha demi kebaikan bersama bangsa Malaysia.
Sebagai Presiden MIC yang ke-5 dan salah seorang pengasas kemerdekaan, Tun V.T Sambanthan berperanan penting dalam mewujudkan Perlembagaan Malysia pada tahun 1963.
Tun V.T Sambanthan merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, mempunyai visi dan mementingkan keutuhan Malaysia. Beliau merupakan seorang pemimpin yang amt disegani bukan sahaja kerana sumbangannya kepada masyarakat India tetapi kerana kepercayaan dan ketaatannya kepada Malaysia dengan sepenuh jiwa dan raga.


Teater Tun V.T Sambanthan

Pilihan raya datang lagi....tapi aku tak boleh pergi mengundi sebab aku lupa nak pergi daftar :-p,
erm...1 mac hari tu aku dengan kawan-kawan satu kelas(kelas minor kajian babak) pergi tengok teater di MTC jalan ampang,jangan terkejut kitaorang pergi tengok teater bahasa tamil.Hebat tak?hehehe....tapi ada sari kata la...sejarah tentang perjuangan Tun V.T Sambanthan sepanjang hidup beliau.Mula-mula memang bosan sebab tak faham bahasa tamil,tapi lama-lama makin seronok sebab campur bahasa inggeris dan melayu.Dato' Jalaluddin Hassan pun berlakon tau.memang tak mengecewakan lah teater ni.Vokal dan lakonan pelakon agak mantap,walaupun tak sehebat teater muzikal Puteri gunung ledang tapi dari segi penceritaan ia nampak hebat....erm..mungkin kerana aku ada semangat patriotik agaknya hehehehe,tapi dari segi penataan cahaya kurang menarik.Rasa ngantuk dan bosan akan hilang kalau kita menghayati jalan cerita teater ini.Dari permulaan,bagaimana bermulanya perjuangan Tun V.T Sambanthan dalam dunia politik dan bagaimana usaha beliau untuk membantu masyarakat sebangsanya(India),sehingga beliau sanggup menggadai harta keluarga untuk membantu masyarakat India.Pelbagai cabaran dan dugaan beliau tempuhi dengan tabah dan tenang,dan paling menakjubkan isteri beliau Uma sentiasa berada bersama walaupun susah atau senang(aku sendiri terbawa-bawa dalam fikiran masih ramai lagikah insan seperti mendiang hari ini?).Aku tak pernah berjumpa beliau,macam mana nak jumpa sedangkan dia meninggal dunia sebelum aku lahir lagi,tapi itu tak bermaksud jasanya tidak ku kenang :-)
S.T Bala mengangkat sejarah Tun V.T Sambanthan sebagai teater dan bagi aku ia sangat mengagumkan dan penghargaan memang patut diberikan kepadanya.

04 March 2008

monolog




skrip monolog terbaru untuk ujian pertengahan semester.

MONOLOG : LELAKI ITU…

Lelaki….insan yang dijadikan oleh Allah S.W.T dengan segala kelebihan diberikan kepadanya, diberi tanggungjawab untuk memimpin wanita dan keluarga. Di tangannya sahaja terdapat kuasa yang tak mampu dibantah wanita, walaupun hanya dengan perkataan ‘ah’. Dan….’talak’….satu-satunya perkataan yang ditakuti wanita juga adalah kuasa lelaki. Lelaki…. segala-galanya indah, tubuh badan yang tegap, minda yang cerdik dan matang….tapi….kenapa tak semua lelaki itu indah seperti yang tergambar di fikiran setiap wanita….kenapa? Begitu juga dengan hidup aku yang sentiasa dibayangi dengan insan yang bernama lelaki….aku…aku benci lelaki, kerana lelaki lah hidup aku musnah, kerana lelaki lah aku menderita, kerana lelaki juga lah aku dihina dan dikata. Tapi kenapa apa salah aku?lelaki hanya tahu menyakiti. Tapi, abah,abang long dan alang pun lelaki kenapa mereka aku sayang?mungkinkah kerana mereka keluarga ku. Tak pernah pun abah meninggi suara walau satu perkataan pun dalam hidup aku, tak macam lelaki yang aku benci tu, setiap hari ada sahaja makian untuk aku. Abang long melayan aku dengan penuh kasih saying, tak seperti dia, hari-hari aku penuh dengan sepak terajang. Alang seringkali memujuk ku jika hati ku dalam lara, tapi lelaki itu makin menambah lara kat hati ni. Menyesal?...ya..aku menyesal kerana berkahwin dengan lelaki itu, lelaki yang aku dambakan kasih sayangnya tapi sakit yang aku dapat, lelaki itu, yang aku harapkan dapat melindungi tapi derita yang aku terima, lelaki itu, yang aku sangka cintakan aku tapi…talak yang diberi secara percuma. Aku bukan perempuan bodoh yang bersabar dengan sepak terajang, tahan dengan makian. Tapi, aku tak mahu tiang arasy bergegar dengan permintaan ku, aku tak mahu menempah tempat di neraka jahanam semata-mata inginkan perceraian kerana syurga masih di bawah telapak kakinya selagi dia masih suamiku. Dia menceraikan aku setelah 3 bulan kami berkahwin. Lelaki kah itu namanya?,,,dayus, pengecut…talak yang dilafazkan hanya kerana dia tergila-gilakan perempuan lain, perempuan yang lebih tua dari aku, perempuan yang selayaknya aku dan dia panggil nenek. Kalau orang selalu kata, lelaki pantang tengok perempuan cantik, tapi lelaki itu pantang tengok perempuan berkedut, dunia sudah terbalik?...semalam…ya semalam..dia datang kepada ku merayu…merayu minta aku terima dia semula, kerana perempuan tua itu sudah menapouse, tak mampu nak melahirkan anak untuk dia, habis tu aku ni apa? Kilang buat anak semata-mata. Katanya lagi kalau aku tak sanggup hidup bersamanya…dia minta aku melahirkan anak untuk dia dan dia sanggup bayar seberapa banyak yang aku minta,setakat hartanya, aku belum mahu jadi pengemis dan hambanya, mengandung 9 bulan…bertarung dengan kesakitan yang amat sangat, dan anak aku dibayar dengan harta dunia, harta yang tak menjanjikan aku bahagia, harta yang tak menjanjikan tempat aku di syurga, gila!! Dia ingat perkahwinan macam permainan agaknya. Hati aku yang sakit langsung dia tak peduli. Aku…aku lebih sanggup mati daripada berkahwin semula dengan lelaki itu. Hahaha…kasihan dia, kebahagiaan duniawi yang dikejar tak kesampaian, dia lupa bahawa tuhan itu maha adil. Tapi terima kasih untuk lelaki itu juga, kerana dia telah mengajar aku erti kehidupan dan menyedarkan aku lelaki bukanlah segalanya.

skrip pertama

ini skrip pertama dalam hidup aku yang pernah aku cipta dan hantar untuk penilaian siapa lagi...Dr.Fazilah yang ku sayang la...
cuba kamu semua baca dan nilai samada aku ni layak atau tidak jadi penulis skrip hehehe...tapi nilai dalam hati je tau.aku bukan takut terima kritikan tapi dah banyak kritikan sampai tak teringat untuk dijadikan ilmu :-p Hidup ni semakin indah kalau setiap hari kita menerima ilmu baru,tak percaya?rajin-rajinlah pergi kelas pada siapa-siapa yang masih belajar tu,tak rugi apa.Kadang-kadang bukan ilmu di dalam kelas sahaja kita dapat bahkan semasa perjalanan ke kelas atau pun pulang dari kelas.Ilmu itu banyak dan ada di mana-mana,yang penting nawaitu kita pergi kelas tu untuk apa.Skrip Dendam ni lahir lepas aku puas termenung berhari-hari, dah dekat tarikh terakhir hantar baru aku dapat idea yang mencurah-curah sampai tak tertaip (sebab dah penat mengadap komputer sampai demam),masa tu aku tengah banyak masalah dan konflik dalam hidup,aku jadikan itu semua sebagai satu kekuatan walaupun em0si aku tak stabil dan aku hampir-hampir putus asa,tapi aku selalu pegang prinsip aku "kelemahan yang kita ada sebenarnya kekuatan diri kita". Kalau tak percaya cuba renungkan,kalau kita menyerah pada kelemahan sampai bila-bila pun kita takkan maju dalam hidup.Contohnya aku (bukan memuji diri sendiri),dulu aku selalu cakap 'tak boleh' pada sesuatu yang belum aku cuba lakukan dan mudah mengalah,tapi hari ni walaupun aku bukan seseorang yang terkenal, aku telah berjaya menjadi orang yang sukakan cabaran walaupun pada hakikatnya kadang-kadang semangat aku agak goyah. Aku harap sangat korang semua tak bosan masa baca skrip ni.SELAMAT BERGEMBIRA dengan skrip aku :-)



‘ DENDAM’

MARIA : Seorang yang pada mulanya bersifat lemah lembut dan sopan, kerana dendam
dia mengalami tekanan jiwa.

ELINA: Seorang yang sangat sombong dan angkuh, terlalu bangga dengan kekayaan
yang dimiliki, tak pernah memikirkan perasaan orang lain.

SOFEA: Gadis yang lemah lembut dan sangat memahami orang lain, merupakan isteri
kepada Razlan.

RAZLAN: Jejaka yang memiliki ciri-ciri idaman setiap wanita, bertanggungjawab dan
memahami, suami kepada Sofea.

FUAD: Seorang yang sangat pentingkan diri sendiri, pengecut dan tak bertanggung
Jawab, dia memperkosa Maria.

ADLI: Seorang yang sangat tenang, dia amat menyintai Maria. Sentiasa membantu
Maria dalam apa jua keadaan.





BABAK 1
Pentas terang ,kelihatan beberapa beg bagasi dan kerusi diletakkan di pentas, terdapat 6 orang pelakon di atas pentas. 3 orang pelakon sedang berbual-bual di sudut pentas dan 3 orang lagi sedang duduk berbual-bual di tengah-tengah pentas.

MARIA: Tak sabarnya nak jumpa family i(memeluk tubuh sambil tersenyum).

ELINA: (ketawa sinis memandang Maria), bukannya parents u mati. Apa yang nak
dirisaukan?

Maria memandang Elina seolah-olah terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Elina

ELINA: (Tersenyum) Alah, kalau parents u mati pun buat apa u nak bersedih, at least u
patut rasa bersyukur sebab beban u dah kurang. Tak payah fikir nak sara
diaorang lepas ni, dan u boleh tumpukan perhatian pada adik-adik u sahaja.
common lah Maria u masih muda, takkan nak terikat dengan tanggungjawab
seumur hidup, kalau I lah, I akan enjoy puas-puas. Lagipun parents I banyak
harta, kalau I tak bekerja pun harta-harta tu masih mampu menampung I seumur
hidup.

ADLI: (ketawa) Dan I sangat bersyukur Maria tak berperangai seperti u, u tak belajar agama
ke? u nak suruh dia lupakan family semata-mata nak kejar enjoy macam u, (mengeluh)
macam mana pemikiran u selaku orang dewasa dan berpendidikan tinggi hah? Semua
perkara u ambil mudah.

ELINA: (Sambil tersenyum sinis) Hey! Yang u terasa sangat ni kenapa, I bukan cakap fasal u.
Atau u ada hati dengan kawan kita ni? Sebab tu u beria-ia bela dia. (Nada agak
tinggi) sudahlah Adli semua rahsia u dalam kocek I, and u Maria ingat sikit kalau
tak kerana ihsan papa I, u takkan ada kat sini and u juga takkan bawa balik
ijazah tau.

Keadaan agak tegang, suasana sepi sementara mereka melayan perasaan masing-masing.
Kelihatan Fuad berjalan menuju kearah mereka berdiri.


FUAD: (Gembira) Good news! U all nak tau tak?

ELINA: (Bosan dan menjeling), apa dia? Cakap lah, nak soal-soal pulak, macam lah we all tau
apa yang u nak sampaikan.

FUAD: (Mengerutkan dahi) Apasal u ni, airport ni sejuk, aircond tak rosak pun. Tiba-tiba u nak
marah-marah ni kenapa?

ELINA: (Menjeling Adli dan Maria, menyindir ) Biasa lah Uda nak mempertahankan Dara,
sebab itu lah I rasa panas je airport ni.

FUAD: (Kehairanan sambil memandang Adli dan Maria) Apa yang u cakap ni I tak fahamlah.
Whatever, listen here! (Menjerit) Sofea dan Razlan nak kahwin.

Sofea dan Razlan menghampiri mereka sambil berpimpin tangan dan tersenyum.

ELINA: (Menyoal) Is that true?

Razlan dan Sofea mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Fuad.

ELINA: (Terkejut, Bangun dari kerusi berjalan mendapatkan Razlan dan Sofea)
Wow! Congratulation both of u. Semoga berbahagia (Memeluk Sofea)

ADLI: (Bangun, menghampiri Razlan dan Sofea, menghulurkan tangan untuk berjabat)
Tahniah lan, fea. Semoga perkahwinan kalian dirahmati Allah S.W.T.

MARIA: (Senyum, bangun dari kerusi) Tahniah juga lan, fea. I harap u all bahagia hingga akhir

RAZLAN & SOFEA: (Serentak) terima kasih semua, doakanlah kebahagiaan kami berdua.

BABAK 2

Pentas gelap. Pentas terang, di ruang bilik tidur kelihatan Elina terbaring kaku di lantai berlumuran darah. Kelihatan 3 orang anggota polis, 2 orang sedang mengambil gambar dan mencatit sesuatu di buku, manakala seorang lagi sedang meneliti telefon bimbit Elina.

INSPEKTOR: Erm..(Berjalan menghampiri pegawainya) kelihatan mangsa sedang berbual
di telefon sebelum diserang daripada belakang. Sarjan tolong dapatkan saya butiran
peribadi mangsa dan juga butiran individu yang terakhir menghubungi beliau.
(Menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai).

SARJAN 1: (Berdiri sambil menerima telefon bimbit). Baik Tuan!

Pentas gelap.
Pentas terang, di ruang tamu rumah Razlan dan Sofea. Terdapat set sofa dan meja serta televisyen. Kelihatan, Maria sedang memeluk bahu Sofea di sofa, Adli duduk membatu di hadapan Razlan. Fuad mundar-mandir di hadapan televisyen.

FUAD: I betul-betul terkejut dengan kematian Elina (memeluk tubuh).

RAZLAN: (Tenang) Setahu I lah dia tak pernah rapat dengan sesiapa selain kita berlima sejak
Dari zaman sekolah lagi. (Menyoal) Fuad u tau ke? kalau-kalau dia ada masalah
dengan sesiapa, u kan sepupu dia.

FUAD: Setahu I, tak ada pula dia mengadu apa-apa. Semenjak balik Malaysia hari tu,
bukan main gembira lagi dia, kalau ada masalah pun dia mesti beritahu i.

SOFEA: (Teresak) Tapi..tapi kenapa Elina?

MARIA: (Memeluk erat Sofea) Sabarlah fea, ajal dan maut di tangan tuhan, kita tunggu je lah
hasil siasatan polis, mana tahu kalau-kalau pembunuh tersebut dapat diberkas.

Adli terangguk-angguk mengiyakan kata-kata Maria.

ADLI: Betul juga cakap Maria tu. Sabarlah fea, kita sama-sama doakan agar roh Elina
tenang disana.

Terdengar suara memberi salam. Serentak mereka memandang pintu rumah sambil menjawab salam. Kelihatan Inspektor polis di hadapan pintu rumah.

INSPEKTOR: (Menyoal) Ini rumah En.Razlan bin Datuk Rashid? (memandang kea rah semua
orang).
RAZLAN: Ya, ya saya lah orangnya, silakan masuk. Ada apa yang boleh saya bantu Tuan?


INSPEKTOR: (Masuk, berjabat tangan dengan Fuad,Razlan dan Adli. Mengambil tempat di sisi
Razlan). Begini saya ingin meminta jasa baik tuan puan hadir ke balai polis sekarang
bagi membantu menyelesaikan siasatan kes Elina.

Razlan memandang wajah isteri dan rakan-rakanya satu persatu, mereka mengangguk tanda setuju.

RAZLAN: Baiklah, kami cuba sedaya upaya untuk membantu.


INSPEKTOR: (Mengangguk tanda setuju) .

Mereka berlima berjalan menuruti Inspektor ke luar rumah, lampu dimalapkan sehingga gelap.

BABAK 3
Kelihatan Fuad sedang membelek-belek album, Seseorang dengan berpakain serba hitam serta memakai serkup kepala, Fuad berpaling, belum sempat dia berbuat apa-apa dia telah ditikam berkali-kali diperut .

FUAD: Aduh …..(memegang perut)

Orang yang berpakaian serba hitam itu hanya memerhati Fuad dalam kesakitan, dia berdiri kaku sambil merenung Fuad. Fuad hanya memerhati sambil tangannya memegang perut, menahan darah dari terus mengalir. Fuad menggagahkan diri untuk memandang lembaga itu.

FUAD: (Seolah-olah mengenali) i..i..tau siapa u..

FUAD: (mengerang kesakitan)
Lampu dimalapkan.

BABAK 4
Di Balai Polis, kelihatan 1 orang Pegawai Polis sedang duduk mencatit sesuatu di dalam buku, seorang lagi sedang berkata sesuatu kepada Adli. Adli duduk dan Inspektor sedang jalan mundar-mandir sambil mengurut-urut dagunya.

BABAK 5
Pentas terang, suasana di ruang tamu rumah Razlan muram. Kelihatan Sofea, Maria dan Adli duduk di set sofa, Razlan berdiri resah memeluk tubuh.

RAZLAN: (Mengeluh),Baru 2 bulan lepas kita menghadiri majlis pengkebumian Elina, hari ni
kita menghadiri majlis pengkebumian untuk Fuad pulak. Apa sebenarnya motif
pembunuh ni kenapa dia membunuh mereka, (Meraup wajah) ya, allah.

MARIA: (Teresak) Tapi kenapa Elina? Kenapa Fuad? (Sambil tangan memegang penjuru
selendang menyapu air mata).

ADLI: (Tenang) Semalam I pergi berjumpa dengan Tuan Inspektor.

Semua mata memandang kearah Adli.

SOFEA: (Menyoal) Apa katanya?

ADLI: (Mengeluh) Dia mengesyaki pembunuh antara kita berempat.

Serentak mereka bertiga terkejut memandang Adli.

MARIA: MengarutTuan Inspektor tu? Kita semua kawan daripada budak sampai lah hari ni,
Kenapa mesti kita saling nak berbunuhan?

ADLI: (Memandang Maria) Bawa bertenang Maria, dia hanya menjalankan tugas. U jangan
terlalu emosional.

RAZLAN: Mesti dia orang yang sangat rapat dengan kedua-duanya dan kita tak mengenalinya
memandangkan Elina dan Fuad adalah
sepupu tak mustahil ada beberapa perkara yang dirahsiakan diaorang berdua.

SOFEA: (Memandang Razlan) I rasa kan sayang, mesti pembunuh ni ada problem fasal
business family diaorang. Tak dapat bunuh Dato’ Mustajab dan Dato’ Jaafar,
dia bunuh anak-anak diaorang lah.(Memeluk tubuh)

MARIA: (Teresak) Tapi I belum pun balas jasa Elina pada i.(Esakan semakin kuat) sampai hati
orang tu bunuh Elina, apalah salah dia ?
Adli memandang Maria, dia bangun dan menghampiri Maria serta memeluk bahu gadis itu.

ADLI: (Memujuk) Sudahlah tu Maria, bawa bertenang.

SOFEA: (Memujuk) Betul tu, I pun sependapat dengan Adli. Kalau u nak balas jasa Elina,
u berbuat baiklah dengan parents dia, u berbaktilah dengan parents u.
Maria memandang satu persatu wajah dihadapannya, Kemudian dia memeluk Sofea.
Pentas gelap.

BABAK 6
kedengaran bunyi kereta dipandu laju,Bumm!!!!.. bunyi seperti sesuatu telah dilanggar. Terdengar jeritan Razlan memanggil nama Sofea
Pentas terang, dihadapan rumah Sofea terbaring berlumuran darah sambil dipangku oleh Razlan. Beberapa orang jiran datang mengerumuni.

RAZLAN: (Bingung) Sofea!!!!!sofea!!!!
Kelihatan seorang jiran sedang bercakap-cakap di telefon.

RAZLAN: (Merayu) Fea..Fea bangun sayang. (Sambil memeluk erat tubuh isterinya
Fea sedarlah…(Teresak)
BABAK 7
Di wad kelihatan tubuh Sofea terkujur kaku, keadaannya kritikal dan terpaksa menggunakan bantuan pernafasan, di sisinya kelihatan Razlan setia menanti sambil memegang erat jari-jemari isterinya dan tertunduk. Tanpa disedari Maria sudah tercongok di hadapannya.
MARIA: Assalammualaikum.

Razlan tersentak seakan terkejut dengan kehadiran Maria.

RAZLAN: Waalaikummussalam, eh! Maria bila u sampai, I tak perasan pun?

MARIA: (Tersenyum) Mana u nak perasan, asyik tunduk je daripada tadi, u tunggu dari malam
tadi ke lan? Ni I ada bawakkan bunga ros untuk Fea, semoga aroma bunga ni dapat
membantu dia segera pulih. (Sambil mencium bunga ros merah yang dibawanya)

RAZLAN: (Mengangguk lemah, sambil membelai rambut Sofea) Ha’ah, I tak sanggup nak
tinggalkan Fea walau sesaat pun, lebih-lebih lagi dalam keadaan begini.

MARIA: (Memujuk) U balik dulu lah Lan, I tengok u pun macam letih sangat je, I boleh jaga
Sofea . U baliklah rehat , I dah call Adli tadi sebelum kesini, lagipun I cuti hari ni, kalau
I penat pun Adli akan datang tengah hari ni, dia pun boleh tengok-tengokkan Fea.

Razlan merenung sayu wajah Sofea, lambat-lambat dia mengangguk setuju.

RAZLAN: Kalau ada apa-apa hal segera call I tau.

MARIA: (Mengangguk sambil tersenyum) Itu u tak payah risau Lan, I akan call u kalau ada apa
-apa berlaku.

RAZLAN: (Mencium tangan Sofea) I balik dulu sayang, kalau I datang lagi petang ni I nak u
dah sedar Fea, I amat rindukan suara dan senyuman u, cepatlah sedar.

MARIA: (Memandang wajah Sofea yang kaku) u beruntung Fea, dapat Razlan. Dia amat
menyintai u, cepatlah sedar. Lan ada baiknya kalau u balik sekarang, rehatlah
secukupnya. Petang ni u boleh datang balik jaga Fea.

Razlan mengangguk lemah dan melangkah pergi meninggalkan wad.
Maria memandang kelibat Razlan yang berlalu pergi. Dia tersenyum sendirian sambil mundar-mandir di dalam wad, seolah-olah mencari sesuatu.
MARIA: (Bercakap sendirian) Hah! Ni pun kau penat aku mencari,(Tunduk di locker berhampira
-n katil Sofea, mengeluarkan pasu dari dalamnya. Berjalan menuju kehadapan katil)
Sedih aku tengok kau bunga kena teman perempuan kaku ini (memasukkan bunga ros
Ke dalam pasu) Cantik tak Fea bunga ros merah ni?(Menyoal dan memandang wajah
Sofea yang kaku), Hey! Jawablah, apasal kau senyap je?

Tanpa Maria sedari, Adli sudah berada di depan pintu bilik membawa bunga. Adli hanya diam membatu memerhatikan perilaku Maria.

MARIA: (Berjalan ke tepi katil dan meletakkan pasu di atas locker kecil di sebelah Sofea)
Ya! Si tolol tu sudah mati, Fuad telah mati kubunuh…ha..ha..ha..

Adli terkejut dan terduduk di atas kerusi di sebelah pintu,ketawa Maria terhenti, dia terkejut dengan kehadiran Adli.

ADLI: (Terkejut) Apa..apa benar apa yang I dengar ni Maria?

MARIA: (Tunduk memandang lantai dan mengangguk)

ADLI: (Bangun dan meletakkan bunga di kerusi,memandang Maria) Kenapa? Kenapa Maria
U buat ini semua? Apa salah dia pada u, u tak sayangkan dia ke? dia kan sahabat kita.
Kita semua dah macam adik-beradik?
MARIA: (Diam, masih membungkam seperti tadi)

ADLI: (Menyoal) Apa sebenarnya yang u mahu Maria? Kenapa u sanggup…(Tidak menghabis
-kan kata-katanya, memandang sayu Maria)
MARIA: (Mengangkat muka memandang Adli, tersenyum) Kenapa?salah ke I bunuh dia?
Lelaki yang pernah menghancurkan hidup i?

ADLI: (Terkejut) Merosakkan hidup u? apa maksud u I tak faham..

MARIA: (Ketawa) Jangan jadi tolol Adli. Takkan u tak tahu Fuad pernah memperkosa I masa
malam pertama kita tiba di U.K?

ADLI: (Terkejut) Memperkosa u? sumpah I tak tahu apa-apa Maria.

MARIA: (Menangis) Satu-satunya harta yang I ada, mahkota I diragut Fuad. Apalah daya I
malam tu untuk menyerang balas. Takkan u dah lupa I demam teruk, u all semua pergi
makan dan meninggalkan I dengan Fuad. Dia menawarkan diri untuk menjaga I,
ingatkan dia boleh dipercayai.

Adli cuba menghampiri Maria, Maria berundur ke belakang.

MARIA: (Menjerit) Jangan..jangan dekati i…

ADLI: (Terhenti, memerhati Maria)

MARIA: (Ketawa, memandang Adli) u nak tahu tak? Bukan Fuad je yang I bunuh.

ADLI: (Berundur ke belakang, sambil menggeleng-gelengkan kepala)
MARIA: (ketawa Kuat) Ya! aku juga lah yang bunuh Elina. (Sambil menepuk-nepuk dada)
Kau nak tahu kenapa? Dia tahu Fuad memperkosa aku, malahan dia turut mengugut
supaya jangan beritahu kalian semua, bukan itu sahaja kalau aku melaporkan pada
Polis, bantuan biasiswa yang papanya berikan akan ditarik balik, dia akan membuat
cerita yang tidak benar agar Dato’ Mustajab menarik balik biasiswa. Keselamatan
keluargaku turut diancam. Kau boleh bayangkan bagaimana perasaan aku ketika itu.
(Menangis) Apa yang boleh aku lakukan Adli? Cakap? Beritahuku?

ADLI: (Menyoal) Dan..dan Sofea adakah kemalangan itu sebahagian dari rancangan u juga?
(Menunjuk kearah Sofea)

MARIA: (Tersenyum dan menghampiri Sofea yang kaku, membelai-belai rambut Sofea)
Erm…(Mengangguk) .

ADLI: (Marah) U sungguh kejam Maria, kerana dendam u pada Fuad dan Elina kenapa Sofea
Turut menjadi mangsa? Apa pula salah dia pada u?

MARIA: (Tersenyum) Siapa kata perempuan ini tidak bersalah pada ku? Selaju mungkin aku
bawa kereta dengan harapan dia akan terus mati, (Muram) Tapi..entah kenapa?
nyawa si tolol ini sungguh liat (Menolak kepala Sofea dengan hujung jari, menghampiri
Mesin bantuan pernafasan) dia..dia ini yang menybabkan hati ku kecewa, dia merampas
lelaki pujaanku.

ADLI: (Terkejut, menyoal) lelaki yang u maksudkan tu Razlan Ke?

MARIA: (Tersenyum dan terangguk-angguk) Ya! Razlan lah orangnya, lelaki yang aku cintai
Sejak kita di bangku sekolah lagi. Lelaki yang selalu aku dambakan dalam mimpi.
(Memeluk tubuh sambil memerhati Sofea).

ADLI: (Menyoal) Habis tu kenapa u tak bunuh I atau Razlan sahaja?

MARIA: (Terkejut) Kenapa pula aku mesti membunuh kau dan Razlan, kau amat aku sayangi
sebagai kawan, kau sentiasa menolong di kala aku susah. Tak ada sebab mengapa kau
harus kubunuh. Dan Razlan, sememangnya dia lelaki yang aku cintai, lelaki yang ingin
aku miliki, sebab itulah aku ingin membunuh Sofea. (Menunjuk kearah Sofea) Kerana
perempuan inilah Razlan tidak langsung memandang ku.

ADLI: (Tenang) u silap Maria.

MARIA: (Mengerutkan dahi) Aku silap?(Menyoal)

ADLI: Ya! U silap, Razlan pernah ada hati dengan u, tapi dia pendamkan sahaja kerana dia
tahu I turut ada hati dengan u. Dia tak mahu hubungan kita semua putus kerana soal
hati dan perasaan. Dalam masa yang sama Sofea meminati Razlan, Razlan nekad
melupakan perasaannya terhadap u, kerana ingin memberi laluan kepada I memikat u.
Tapi I sungguh bodoh kerana tiada keberanian meluahkan perasaan kepada u.

MARIA: (Terkejut memandang Adli)

ADLI: Kerana kebodohan I, sofea menjadi mangsa. I amat menyintai u Maria, kenapa tidak
U luahkan segala masalah u dari dulu kepada I, kenapa sampai ini semua menjadi
dendam, dan mengorbankan banyak nyawa, (Merayu) sudahlah Maria kita lupakan
semua ini, I sanggup tunggu u walau berapa lama pun.

MARIA: (Menekup telinga, menggeleng-gelengkan kepala) Cukup..cukup aku dah tak sanggup
nak dengar, aku Cuma cintakan Razlan seorang, aku..aku.. nak dia mati (Menunjuk
kearah Sofea), kerana dia cinta aku terhalang, kerana dia Razlan tak mencintai aku.
(Menjerit) aku nak bunuh dia..

Maria cuba membuka penutup alat bantuan pernafasan Sofea tetapi dihalang oleh Adli, mereka bergelut dan Maria berjaya melepaskan diri, dia berdiri jauh dari Adli sambil menangis. Kemudian tiba 2 orang pegawai Polis untuk membawa Maria pergi.

PEGAWAI 1: (Mengarah) Cik Maria sila ikut kami ke balai, Cik didapati bersalah dengan
tuduhan membunuh dengan niat.

MARIA: (Menjerit) Aku..aku tak bersalah, yang bersalah dia (Menunjuk kearah Sofea)
(Ketawa) Tangkaplah dia, dia yang curi Razlan dari aku, dia yang sembunyikan Elina
dan Fuad.

Adli menggeleng-gelengkan kepala, kedua-dua pegawai polis hanya berpandangan sesama sendiri kemudian mengangguk dan cuba menghampiri Maria untuk menahannya. Maria meronta-ronta minta dilepaskan.

MARIA: (Menjerit) Lepaskan..lepaskan aku.

Mereka bergelut dan akhirnya Maria berjaya memboloskan diri dari kedua-dua pegawai polis terbabit,Maria lari ke belakang pentas. Kedua mereka mengejar Maria.

BABAK 8
Kelihatan Maria berpakaian serba putih dan berlumuran dengan darah, dia duduk sambil memeluk sejambak bunga ros merah. Kelihatan di belakangnya Elina dan Fuad turut memakai pakaian serba putih, berdiri kaku dan tunduk melihat lantai.
Pentas gelap kembali.
Lampu hanya disuluh kearah Maria.

MARIA: (Bangun,mundar-mandir di atas pentas sambil memeluk bunga ros tadi memandang
audien) Kalian tahu? (menunjuk kearah semua audien) Kalian takkan pernah tahu.
(ketawa,berjalan kearah Elina) Perempuan ini (sambil menunjuk kearah Elina)
Sememangnya layak dibunuh, dia tiada perasaan kemanusiaan. Dia tiada belas ihsan..
Dia tiada segala yang berkaitan dengan jiwa manusia, (menjerit) selayaknya dilahirkan
sebagai binatang. Huh! Manusia konon, hati busuk mengalahkan bangkai. (berjalan
Menghampiri Fuad) Kau sungguh tampan Fuad (Tersenyum, sambil memainkan
jari di dada Fuad). (Marah) Tapi kau lagi tak berhati perut (menolak tubuh Fuad yang
Berdiri kaku), (Sedih) Sampai hati kau menodai aku.(meletakkan tangan kedadanya)
Aku..aku kawan kau (menunjuk kearah Fuad), akulah kawan yang mempercayai kau,
kenapa? Kenapa kau begitu lemah menundukkan diri pada nafsu, apa salah ku pada
kau Fuad (Menjerit) Kerana kau, aku tiada apa-apa harta lagi, kerana kau aku merasa
Jijik dengan tubuh ku sendiri (memeluk tubuh) .

Maria berjalan mengadap kearah audien.

MARIA: (Menjerit sambil tangan menunjuk-nunjuk kearah audien) Kalian dah tahu kan kenapa
mereka ini tak layak hidup, Fuad(menunjuk kearah Fuad,lampu spot menyuluh kearah
Fuad) Lelaki yang hidup berimankan nafsu, berajakan syaitan dalam hatinya. Elina
(Menunjuk kearah Elina, lampu spot disuluh kearah Elina) perempuan yang tak mengerti
perasaan orang lain, mementingkan diri. Hidup bertuhankan wang ringgit dan
kemewahan.

Maria mencampak jambangan bunga ros, memegang kepalanya. Elina dan Fuad masih lagi berdiri statik di atas pentas. Lampu ditukar melambangkan situasi seperti mimpi, permainan lampu sangat kacau diiringi muzik yang menggambarkan kekalutan, Maria berlari –lari di atas pentas seperti orang kena rasuk, muzik terhenti dan lampu malap, Maria rebah di tengah pentas.
Pentas Gelap.


TAMAT

27 February 2008

haru biru

pasal teater lagi...sem ni baru aku rasa penat sangat banyak benda nak kena buat dan sem yang palin mencabar.....sebab final kena buat persembahan solo lagi...bukan mengeluh dah itu memang exam aku, tapi takut.takut tak dapat buat yang terbaik.Mesti orang akan cakap,'kenapa kau nak takut sedangkan kau dah pernah berlakon'....ermmmm sebab aku sentiasa mahukan yang terbaik walaupun aku tidaklah sehebat mana.teater banyak membuka minda ku untuk berfikir dan meneliti sesuatu perkara, hidup ni ibarat roda sekejap kita ada kat atas,sekejap kita jatuh kat bawah.teater hanya mengulang @ meniru apa yang berlaku dalam hidup kita terpulang samada tragik @ TIDAK. Pening kepala aku nak melakukan yang terbaik bukan hanya dengan duduk diam sahaja tapi banyak benda kita kena korbankan termasuk 'masa'. Berlakon tak semudah yang semua orang sangka tanpa penghayatan kita takkan mampu menjayakannya.Kali pertama menghayati watak aku hampir-hampir putus asa, susah sangat sampai aku menangis sebab aku rasa sangat susah.Tapi aku takkan mengalah macam tu je, perjuangan mesti diteruskan.

Teater dan aku....

Teater, merupakan satu transisi baru dalam hidup aku.Ermmm...camana nak cakap ek? senang cerita aku sedang mendalami ilmu teater sekarang ni, menarik? sangat menarik.sebab kerana teater lah aku bangkit jadi insan yang 'lain'.bukan alien @ hantu....tapi seorang manusia yang bertambah yakin dengan diri sendiri & berani menghadapi segala cabaran (walaupun aku ni seorang yang penakut sebenarnya), kalau tak percaya jom join teater tak rugi apa beb, kena kritik tu perkara biasa r...sebabnya mungkin kurang penghayatan watak ataupun lupa skrip. Penghayatan watak tu tak susah sebenarnya lau kita bersungguh-sungguh, lupa skrip pulak korang boleh improvise.sebab aku selalu je lupa skrip(banyak makan semut kot).Improvise @ improvisasi ni satu benda yang paling best sebab kita tak rancang tapi tiba-tiba kita samada masa lupa skrip atau sesuatu yang tak dijangka berlaku,contohnya korang tengah berlakon kat tempat terbuka tiba-tiba helikopter lalu atas kepala,penonton mesti tak dngar dialog yang korang ucapkan,jadi kena fikir cara lain camana nak buat penonton dengar,ermmm...menarik tak?cabaran tu beb...masa mula-mula masuk kelas minor seni persmbahan dalam kepala aku ni ingat belajar teori je semata(ayah aku suruh amik pngurusan,tapi aku tak nak sebab aku tak pandai akaun,duit aku suka tapi matematik aku tak suka)rupa-rupanya kena berlakon.pengalaman yang banyak tu tak adalah tapi dari satu pementasan ke pementasan yang lain banyak pengalaman yang aku dapat.Pementasan pertama kitaorang ialah "BOMOH"(seram tak dengar tajuk?)kelam kabut kitaorang,dengan tak ada pengalaman,0 dan tak tau apa-apa...hehehe macam-macam hal,nasib baik ada Puan.Fazilah lau tak teater ni boleh jadi koir agaknya.semester lepas lagi banyak berlakon....(kena dera ke?)hehehe tak lah,tu semua ilmu.mula-mula memang susah tapi lama-lama ok.tapi yang paling buat aku sakit otak pementasan teater kanak-kanak,aku kena jadi kucing.susah gila,sampai satu masa aku menangis sebab tak boleh bawak watak dngan baik nasib baik Dr.Normaliza bagi peluang lagi & kitaorang dapat A.lagi satu yang paling mencabar midterm monolog,wa..wa..wa..masa ni memang susah sangat nak camana belajar dengan Pn.Aminah Raphor....mothers of children theatre.Ilmu ketiga-tiga insan ni memang tinggi, tak terbalas dengan wang ringgit,walaupun ada masanya rasa macam kena dera tapi itu semua ilmu,yang tersuratnya pandai berlakon dan yang tersirat pulak keyakinan diri bertambah...hehehe tak percaya?jom join minor seni persembahan :-)

Teater dan hidup


puteri ngan 7 pengawal...dah mcm snow white & 7 org kerdil..hehehe
masa ni sejuk gila kat genting nak bersuka ria, aku sorang je perempuan degil nak ikut sangat hehehe, habis tu nak buat camana dari kecil hingga dewasa teman-teman ku hanya jejaka-jejaka yang handsome ini hehehe....tapi aku boleh dianggap berani lah gak sebab berani naik benda-benda yang boleh buat aku muntah atau pengsan, dah nama pun Taman tema Genting highland mestilah banyak permainan betul tak?tapi yang kelakarnya kitaorang ber4 je naik sebab lagi 4 orang bodyguard aku tak berani diaorang gayat. Hehehe tu lau aku bocor rahsia kat awek-awek diaorang mesti malu giler beb (jahat sungguh). Erm...da banyak membebel baru teringat nak bagitau, korang tau tak hidup kita sebenarnya adalah 'pementasan teater', kalau tak percaya pergi tengok teater, apa yang pelakon lakonkan atas pentas semua sama dengan realiti kehidupan kita, bezanya ianya diangkat menjadi satu pementasan dan jalan cerita. Begitu juga dengan kita, jalan cerita atau takdir kita dah Allah S.W.T tulis sejak dari loh mahfuz lagu cuma kita sahaja boleh mengubah takdir dan hidup kita dengan cara berusaha dan berdoa. Besar sungguh kuasa 'dia',jalan cerita kita yang masih hidup ni kalau diteliti menarik sangat, beza dengan teater pementasan mengambil masa cuma beberapa jam atau minit tapi jalan cerita kita semua mengambil masa berpuluh tahun dan tidak akan berhenti sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir. Kadang-kadang bila kita dengar berita tentang orang meninggal dunia sedikit sebanyak mesti berbekas kat hati korang juga kan? sapa yang tak takut mati. Bila kita mati maka berakhirlah 'pementasan teater' kita di dunia. Hidup memang indah kalau kita bijak menikmatinya, kenapa aku sentiasa berpegang hidup kita adalah satu pementasan teater, kerana kita tak kan sentiasa berada di 'atas' dan juga di 'bawah'. Hidup kita sentiasa berputar seperti roda dan sentiasa akan ada dugaan dan kelegaan, bagi sesiapa yang sentiasa berada di 'bawah' kita harus berusaha untuk mengubahnya kerana Allah S.W.T telah menjanjikannya untuk orang yang berusaha, dan kepada sesiapa yang berada di atas janganlah kita berasa riak, bangga atau selesa kerana kita tak tahu masa akan datang bagaimana nasib kita.


Pelakon


TAHUN BARU CINA lepak kat bukit bintang...
Ini aku dan kawan-kawan, canggihkan teknologi zaman sekarang yang membolehkan kita merakam setiap pergerakan dan kenangan yang telah lalu beberapa jam, hari, minggu bahkan bertahun lamanya. Tiada kata hanya senyuman yang boleh dilemparkan, daripada kenangan, tragedi dan pengalaman kadang kala kita boleh meneliti dan menyesali apa yang telah kita lakukan atau ada kesilapan yang kita mahu betulkan supaya tak ada tragedi yang berlaku....erm...masa bukan macam filem yang kita boleh ulang tayang walaupun pada hakikatnya kita juga adalah 'pelakon' (cuma kita tak macam Erra Fazira berlakon dalam filem) susah gak ea, kalau kita semua pelakon filem sapa yang nak jadi penonton???erm....selalu aku akan cakap 'kalau' lah masa boleh diputar kembali, mungkin aku akan betulkan semua perkara yang boleh dikelaskan sebagai tragedi hehehe, aku nak semua yang baik-baik je.tapi aku tau tu semua tak kan berlaku sekadar kata-kata orang yang penuh penyesalan (banyak juga yang aku kesalkan tiba-tiba rindu kat mama). Kita sememangnya dilahirkan sebagai 'pelakon' cuma kita sedar atau tidak terpulang pada diri masing-masing, beza kita dengan pelakon filem hanyalah skrip. Skrip kita semulajadi tapi skrip diaorang dihasilkan oleh manusia juga.


20 February 2008

Aku dan ayah


Erm..masa ni baru balik dari menonton pementasan 'seseorang yang terkenal' oleh kumpulan teater UPM. Syabas ye..sebab korang berjaya pentaskan dengan baik sebab skrip ni diadaptasi.
Tapi teater dari universiti lain aku tak sempat nak tengok, masa ni tengah sibuk sikit. Tapi aku dah cukup puas hati sebab dapat tengok lakonan kawan-kawan, sebagai tanda sokongan yang tak pernah padam untuk diaorang. Bagus juga aktiviti seperti ini diadakan, sekurang-kurangnya kita dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang pementasan teater ni. Aku ni nama je pernah berlakon tapi kalau naik pentas menggigil lah juga, darah gemuruh hehehe. Ingat lagi masa mula-mula nak ambil minor seni persembahan, aku tak fikir panjang terus je isi borang tanpa tanya pendapat ayah dan mama. Dah isi baru aku tanya pendapat diaorang, ayah merajuk dengan aku tak lama tapi aku terasa lah juga, bukan nak membelakangkan orang tua tapi aku nak cuba sesuatu yang baru dalam hidup,mesti korang fikir aku terlalu bergantung dengan orang tua aku kan?nampak je macam tu, saja je tanya diaorang mana tau kadang-kadang kita tak nampak buruk baik satu-satu keputusan yang kita buat jadi pandangan orang tua ni kadang-kadang berguna untuk kita jadikan panduan hidup, yelah sebab diaorang lebih tau percaturan hidup brbanding dengan kita betul tak?Sekarang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Dulu masa sekolah asyik berlakon pantomim dengan sketsa je sekarang lah masanya untuk aku melangkah setapak lagi ke hadapan untuk mendalami bidang lakonan ni. Mama tak banyak halangan asalkan aku tak mintak untuk mohon inspektor lagi sekali sudah, katanya dia takut aku kena tembak hehehe(jauh betul pemikiran mama aku). Sebenarnya ayah tak adalah merajuk sangat, cuma aku boleh definisikan yang dia kecewa sikit aku tak ambil pengurusan. bukan tak nak, tapi aku bab kira-kira dan rumus ni aku lemah sikit. Sebab tu masa sekolah aku tak pernah dapat A dalam subjek akaun, matematik dan ekonomi. Siapa yang tak suka duit? semua orang suka duit cuma masalahnya aku tak suka matematik, lama juga aku ambil masa nak fahamkan ayah dengan minat aku, dia kata bidang ni tak ada masa depan. Nak tau jawapan aku (sememangnya aku seorang yang degil bukan tak sayang ayah tapi tak boleh tahan hati untuk belajar sesuatu yang baru) aku cakap dengan dia bumi Allah S.W.T ni luas rezeki ada kat mana-mana je, yang penting kita bersungguh-sungguh. Belajar sesuatu bidang tak bererti kita akan berjaya dalam bidang yang sama, yang penting kita kena menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Ayah aku ni pelik sikit, kalau dia tak suka, dia lebih suka diam dari berkata-kata, bila dah hilang sabar baru dia marah (tapi aku takut sebenarnya dengan dia). Ayah walaupun tak suka, kadang-kadang dia 'layankan' juga minat aku, kalau dia ada ternampak kat mana-mana iklan mengenai teater dia akan bagitau. Tak apa lah ayah walau apa pun TERIMA KASIH yang tak terhingga.