Sentuhlah saya

04 March 2008

monolog




skrip monolog terbaru untuk ujian pertengahan semester.

MONOLOG : LELAKI ITU…

Lelaki….insan yang dijadikan oleh Allah S.W.T dengan segala kelebihan diberikan kepadanya, diberi tanggungjawab untuk memimpin wanita dan keluarga. Di tangannya sahaja terdapat kuasa yang tak mampu dibantah wanita, walaupun hanya dengan perkataan ‘ah’. Dan….’talak’….satu-satunya perkataan yang ditakuti wanita juga adalah kuasa lelaki. Lelaki…. segala-galanya indah, tubuh badan yang tegap, minda yang cerdik dan matang….tapi….kenapa tak semua lelaki itu indah seperti yang tergambar di fikiran setiap wanita….kenapa? Begitu juga dengan hidup aku yang sentiasa dibayangi dengan insan yang bernama lelaki….aku…aku benci lelaki, kerana lelaki lah hidup aku musnah, kerana lelaki lah aku menderita, kerana lelaki juga lah aku dihina dan dikata. Tapi kenapa apa salah aku?lelaki hanya tahu menyakiti. Tapi, abah,abang long dan alang pun lelaki kenapa mereka aku sayang?mungkinkah kerana mereka keluarga ku. Tak pernah pun abah meninggi suara walau satu perkataan pun dalam hidup aku, tak macam lelaki yang aku benci tu, setiap hari ada sahaja makian untuk aku. Abang long melayan aku dengan penuh kasih saying, tak seperti dia, hari-hari aku penuh dengan sepak terajang. Alang seringkali memujuk ku jika hati ku dalam lara, tapi lelaki itu makin menambah lara kat hati ni. Menyesal?...ya..aku menyesal kerana berkahwin dengan lelaki itu, lelaki yang aku dambakan kasih sayangnya tapi sakit yang aku dapat, lelaki itu, yang aku harapkan dapat melindungi tapi derita yang aku terima, lelaki itu, yang aku sangka cintakan aku tapi…talak yang diberi secara percuma. Aku bukan perempuan bodoh yang bersabar dengan sepak terajang, tahan dengan makian. Tapi, aku tak mahu tiang arasy bergegar dengan permintaan ku, aku tak mahu menempah tempat di neraka jahanam semata-mata inginkan perceraian kerana syurga masih di bawah telapak kakinya selagi dia masih suamiku. Dia menceraikan aku setelah 3 bulan kami berkahwin. Lelaki kah itu namanya?,,,dayus, pengecut…talak yang dilafazkan hanya kerana dia tergila-gilakan perempuan lain, perempuan yang lebih tua dari aku, perempuan yang selayaknya aku dan dia panggil nenek. Kalau orang selalu kata, lelaki pantang tengok perempuan cantik, tapi lelaki itu pantang tengok perempuan berkedut, dunia sudah terbalik?...semalam…ya semalam..dia datang kepada ku merayu…merayu minta aku terima dia semula, kerana perempuan tua itu sudah menapouse, tak mampu nak melahirkan anak untuk dia, habis tu aku ni apa? Kilang buat anak semata-mata. Katanya lagi kalau aku tak sanggup hidup bersamanya…dia minta aku melahirkan anak untuk dia dan dia sanggup bayar seberapa banyak yang aku minta,setakat hartanya, aku belum mahu jadi pengemis dan hambanya, mengandung 9 bulan…bertarung dengan kesakitan yang amat sangat, dan anak aku dibayar dengan harta dunia, harta yang tak menjanjikan aku bahagia, harta yang tak menjanjikan tempat aku di syurga, gila!! Dia ingat perkahwinan macam permainan agaknya. Hati aku yang sakit langsung dia tak peduli. Aku…aku lebih sanggup mati daripada berkahwin semula dengan lelaki itu. Hahaha…kasihan dia, kebahagiaan duniawi yang dikejar tak kesampaian, dia lupa bahawa tuhan itu maha adil. Tapi terima kasih untuk lelaki itu juga, kerana dia telah mengajar aku erti kehidupan dan menyedarkan aku lelaki bukanlah segalanya.

No comments: