Sentuhlah saya
14 March 2008
Teater 24 jam(keratan KOSMO)
Seseorang yang meminati teater, pasti tahu banyak perkara tentangnya. Mereka juga tahu untuk sebuah pementasan teater , durasi masa latihan yang diambil mungkin menjangkau sehingga sebulan sebelum menemui penonton.Itu merupakan senario pementasan tetaer Malaysia. Ini kerana di Barat, pementasan teater menrima cabaran yang lebih getir atau mungkin juga boleh dipanggil kejam.Masa yang diambil untuk membuat latihan termasuk menyediakan penulisan teater hanyalah 24 jam atau lebih tepat sehari suntuk.Habis durasi masa 24 jam itu,bersedia atau tidak,ahli kumpulan yang terdiri daripada penulis, pengarah dan pelakon akan menemui ratusan penonton.Walaupun tampak begitu sukar dan mencabar,tetapi itulah kepuasan yang diperoleh oleh kumpulan penulis, pengarah dan pelakon ini sekiranya persembahan mereka mampu memukau penonton. Mengambil konsep teater yang dipanggil teater 24 jam ini yang telah popular di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah,pementasan teater yang sama akan menemui penonton Malaysia pada 16 Mac ini di Lambang Sari,Istana Budaya(IB) bermula pukul 8.30 malam.Menurut penggiat teater terkemuka tempatan,Sabera Shaik,ia satu persembahan teater yang pasti dinanti-nantikan ramai.Selain mencabar kredibiliti sesebuah kumpulan,apa yang lebih menarik, ia merupakan pementasan pertandingan teater 24 jam yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia."Sebaik sahaja sesebuah kumpulan teater itu ditubuhkan,misal kata pukul 8.30 malam pada 15 Mac 2008, maka penulis perlu memulakan tugas untuk menulis dan pukul berapa dia habis menulis bergantung kepada dirinya.Kemudian,penulis akan memilih pengarah dan pelakon untuk memulakan latihan."Kesemua peserta akan berlatih sehinggalah pukul 1 petang keesokan harinya,16 Mac 2008.Manakala bermula dari pukul 1 petang hingga pukul 6 petang hari yang sama,mereka akan melakukan latihan teknikal bersama juruteknik IB,'kata Sabera lagi.Jelasnya, setiap kumpulan perlu membuat pementasan dalam durasi masa antara 10 hingga 15 minit sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.Kumpulan yang menunaikan tanggungjawab pementasan yang sempurna dari segi penulisan dan lakonan akan dinobatkan sebagai pemenang.Walaupun nampak pendek, namun akui Ramli Hassan selaku pelakon,penerbit dan pengarah teater tempatan,ia adalah sebuah projek yang mencabar kebolehan dan kredibiliti penulis serta pengarah teater. "Bukan mudah untuk menghasilkan teater,biarpun ia hanya mengambil masa selama 10 hingga 15 minit untuk dipersembahkan.Dalam hal ini, persefahaman serta kerjasama yang erat antara penulis,pengarah dan pelakon amat perlu bagi menghasilkan naskhah berkualiti;"jelas Ramli yang sedikit kesal kerana mungkin tidak dapat menyertai projek ini berikutan komitmennya di Australia.Penggiat teater Zahim Albakri ketika ditanya pandangannya tentang projek teater 24 jam ini menyatakan,ia satu usaha yang baik dalam mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia teater."Projek ini merupakan satu insentif untuk menggalakkan lebih ramai individu menulis dan berlakon.Tidak mustahil,kita boleh jumpa bakat-bakat baru dalam elemen seni persembahan sebegini."Pasti,ia satu program yang menarik kerana adanya unsur-unsur realiti TV.Sebenarnya saya tidak sabar untuk melihat apakah hasil yang mampu ditonjolkan daripada persembahan ini;"katanya yang mungkin tidak keberatan untuk menjadi pengarah sekiranya diminta berbuat demikian.Beliau mengharapkan konsep teater baru ini akan mendapat sambutan pencinta teater terutamanya generasi muda yang gemarkan cabaran yang lebih besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Pertama kali aku tahu tentang wujudnya teater 24 jam.mula-mula aku fikir macam gila juga,sedangkan satu-satu pementasan mengambil masa yang lama untuk berlatih,tapi ni cuma dalam 24 jam semua kena siap.Mungkin pemikiran aku agak singkat dan tak banyak pengalaman yang aku ada, tapi satu keajaiban juga sebab tak semua orang mampu buat pementasan dalam 24 jam(kalau akau agaknya boleh pengsan).Apapun tahniah untuk mereka yang mampu dan dalam usaha untuk melakukan pementasan teater 24 jam....
Post a Comment