Sentuhlah saya

05 March 2008

Sinopsis teater Sambanthan


Malaysia sudah 50 tahun merdeka! Dalam kita mengecapi kebahagiaan kemerdekaan dan mara ke hadapan dengan harapan untuk kemajuan yang lebih cemerlang serta kekukuhan perpaduan yang lebih erat, kita mesti mengambil sedikit masa untuk berpaling ke belakang untuk mengenali Malaysia dengan lebih mendalam. Malaysia tercipta dengan sejarah yang begitu gemilang. Sejarah yang mengajar kita memahami segalanya dan nyata membimbing kita ke arah kejayaan.
Beberapa personaliti yang agung telah menjadi tunjang kejayaan dalam mencipta Malaysia yang unik dan muhibah. Di antara pemimpin yang agung yang menyerlah pada ketika itu ialah Tun V.T Sambanthan. Bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman dan beberapa tokoh lain, beliau telah bergabung tenaga menyedarkan bangsa untuk bebas dari cengkaman penjajah.
"SAMBANTHAN" ialah satu pementasan yang didedikasikan khas untuk mengenang jasa serta sumbangan Tun V.T Sambanthan kepada negara dan bangsa. Anak kelahiran Sg.Siput ini sentiasa menguntumkan senyuman kepada semua dan berhati mulia. Beliau bukan sahaja tinggi dari segi fizikal tetapi juga budi pekerti.Tun V.T Sambanthan adalah seorang pemimpin yang berjiwa Malaysia. Beliau telah sentiasa berusaha demi kebaikan bersama bangsa Malaysia.
Sebagai Presiden MIC yang ke-5 dan salah seorang pengasas kemerdekaan, Tun V.T Sambanthan berperanan penting dalam mewujudkan Perlembagaan Malysia pada tahun 1963.
Tun V.T Sambanthan merupakan seorang pemimpin yang berkaliber, mempunyai visi dan mementingkan keutuhan Malaysia. Beliau merupakan seorang pemimpin yang amt disegani bukan sahaja kerana sumbangannya kepada masyarakat India tetapi kerana kepercayaan dan ketaatannya kepada Malaysia dengan sepenuh jiwa dan raga.


1 comment:

sot77 said...

your blog is really good! http://sot77.blogspot.com