Sentuhlah saya

29 August 2009

Aku bengang...

Salam...
Phew..hati aku sakit gila sekarang nih,bengang pon ye gak.
Dengan sapa?ngan En.Bf..
Untuk pengetahuan korang,aku sekarang ni dalam bas transnasional otw balik bp.

Ok,kenapa aku bengang sebab:

Aku:Hello..B
En.Bf:Ya,knapa?
Aku:sayang da naik bas nih..tiket sayang kol 7,tapi tadi kat kaunter bgtau bas ada kol 6.20.
En.Bf:Hah..ok.
Aku:Syg tya dia n pakcik tu suruh syg naik,tapi syg x sempat nak beli pape untuk buka,
sbb bas da nak jalan.
En.Bf:Hah!baguslah tu,da tau nak naik bas x beli pape.Nak buka camana?igt dekat ke..
Aku:x,bkn sgaja x nak beli pape.Br je sampai trus tgk kat kaunter schedule bas n trus turun.
En.Bf:Hah yelah.Abes nak buka camana?korek hidung je...boleh batalkan puasa mcm tu..

masa ni aku mmg dah sentap abes,dah r aku kelam kabut leh plak dia nak bsg2 ngan aku.

Aku:Kan da cakap tadi,smpi je terus naik..
En.Bf:korek hidung tu leh batalkan puasa untuk buka x?kalau x syg korek je hidung...
ingat bagus ke lambat2kan buka..

Pergh..saat ni kalau En.Bf ada depan mata mmg aku dah flying kick dia sampai Jerman.

Aku:Ni nak bising2 knapa?org bgtau je..x payah ler nak membebel.
En.Bf:sy bkn nak bising,ntahlah banyak sgt nak kena pk.

aku dah agak,kalau dia banyak pblem kat site mmg aku ler tpt dia TERLEPAS marah...

Aku:Dah2, xpayah nak risau2 @ bising,pandailah sy...
pup!!! aku terus letak phone...

Ini ler kami slalu.Ada time romantik gila,macam dunia ni ktorg yang punye..
Bila dah gaduh macam ni,msg2 sentap...benda kecik je tp kitaorg slalu gaduh..
Serius kitaorg mmg slalu gaduh pasal benda kecik..
Tapi bila ada hal yang besar2 kitaorg leh plak duduk bincang baik2.
Kenapakah???

Mintak2lah abang driver bas ni berhenti kat mana2 hentian yang ada jual air n makanan.
Boleh alas perut untuk berbuka..

SELAMAT BERBUKA...
ikhlas dari:aku yang tengah bengang.

Kuih Makmur

Salam Ramadhan..
Happy saturday..
wa..wa..wa..wa..kawan2 da ramai yang balik kampung..
Tapi aku masih kat serdang lagi..tiket kol 7 malam..
nampak gayanya berbuka dalam bas la hr ni....
La ni aku nak cerita sket pasal kuih tradisi family aku..
Macam gambar kat atas tuh..kuih tradisi kami ialah KUIH MAKMUR.
Setiap tahun mesti mau ada...

Sebenarnya bukan senang nak buat kuih ni...caranya je lah..
Tapi bahan2nya memang mudah n x leceh...
Bahan2nya:
1.Minyak sapi
2.Marjerin
3.Gula icing..
4.Tepung gandum
5.Kacang tanah (yang sudah digoreng+disira ngan gula+ditumbuk menggunakan lesung)
Amacam?senang gila kan bahannnya?
Tapi korang x kan tahan mental pye tok menghasilkan kuih ni.
Sedangkan aku sendiri boleh kejung tangan nak buat kuih ni..



Ini adalah bentuk kuih makmur yang belum dibakar...
Korang kalau nak buat memang nak kena buat laju2...
bukan apa,kalau lambat adunan akan mengeras n susah untuk dibentuk.
Serius memang mental gila n penat..rekod aku pg cemerlang pon
Sehari br leh dapat 600 biji...
Handmade ma...
Tapi untuk tahun ni aku rasa mmg x buat kot.
Sebab aku bz kerja...n memang x sempat nak buat.

Kalu dulu memang aku akn amik tempahan.
Tapi sekarang lupakan sahaja..hahahahaha

Selamat menjalani ibadah puasa...

27 August 2009

8 tahun yang lalu..



Salam ramadhan untuk semua....
Beberapa tahun yang lalu,
Aku hanyalah seorang gadis yang nakal,comot n agak....boyish.
Walaupun mempunyai rambut yang panjang hehehe.
X pernah terfikir akan berubah,merubah n diubah.
Hidup aku penuh dengan kisah2 yang agak...huhuhuhu

Kadang2 aku pernah terfikir.
Untuk apa aku berubah?
semata2 kerana dia @ diri aku sendiri?

Aku anak sulong dari 3 beradik..
aku mempunyai adik lelaki n perempuan..
Aku x da abang@akak yang akan lindungi aku jadi..
Aku ler yang kena melindungi adik2..
i think..thats y i'm a little bit boyish..kot.
ahaks..

Tahun 1998-2001
Aku bersekolah di Sek.Men.Keb.(P) Temenggong Ibrahim
perempuan je tau semua..haha.tapi ramai je tomboy,pengkid n lesbian kat situ.
Antara sekolah asrama yang terbaik..
dan kat sinilah kisah2 ku bermula...
Aku berkawan dengan Shira (cik syahira,ein,azah,seha ramai lagi)
Tapi x semua aku rapat ye..n aku cuma percaya pada beberapa orang sahaja..

Tapi dari sudut hati aku yang bersih lagi murni ni..sempena bulan puasa
aku berkata jujur sahaja..aku x suka skolah kat sini...
sbb aku pindah pon aku wat hal..hehehe
kantoi fly malam..
aku leh x balik asrama plak gi melepak kat rumah orang hahaha...
selamba badak aku membohong cakap mak tiri aku meninggal...
Dan x lama terus kantoi kena buang asrama...
Jadi mama aku pon heret ler aku balik ke kampung hehehe
nampak macam sedih tapi aku gembira sbnrnya sebab terlepas dari penjara
keji gila aku nih

Tapi perkara yang betul2 menginsafkan aku bila satu malam aku terjaga...
'Ya,allah kau ampunkanlah anak2ku,kau tunjukkanlah dia jalan yang benar dan jalan yang kau redhai.Kau jadikanlah dia anak yang cemerlang,anak yang baik dan mendengar kata...'
Dan yang seterusnya aku x mampu untuk berdiri dan mendengar lagi...
Mama berdoa untuk aku,mama betul2 terluka dengan sikap aku...



Aku nekad untuk berubah...
Berubah ke hahaha..

Yang betulnya aku insaf hanya untuk sementara....poor my mum
So wait for another post i'll continue....

Salam Ramadhan..& salam sayang untuk teman2 di SMK(P)TI@TIGS(1998-2001)

My new.....

Syukur alhamdulillah,akhirnya aku dapat memiliki ini....
gadget terbaru yang dah lama aku idam2kan.Red colour...
Garang..berani dan gagah..
cet motif..hahaha..siap ada slogan gitu.

Mr.Bf help me for this...
B i owe u...
thank you very much.....
Kerana sudi menolong gf mu yang slalu sengkek ni...hahaha
Aku x kisah brand apa pon..janji tesis aku berjalan lancar.
Mula2 aku da mmg melupakan niat untuk memiliki ini..
tetapi Mr.Bf said.u must finish ur study next year...huahhhh...tegas sungguh bunyinya kan?
Dia kata kalau ada ini..kerja aku mesti lbh bertambah lancar..
adeh segan aku.belum jadi laki dah tolong aku macam2.
Aku plak naik malu sendiri.
Apa pon thanks B sbb sentiasa menghulurkan bantuan..
Then aku plak bila dah termanja mmg mengada lbh r....


Now,insyaallah kerja2 aku bertambah mudah...
Dengan harapan yang menggunug,walaupun aku tau sukar dan belum tentu..
yang penting aku mesti siapkan gak tesis aku.
Walau apa pon yang berlaku.

Wish me luck....

25 August 2009

Baby...Nur Dania Erisha

Look at her face....
cute...
innocent...
huh...kuat nangis..

But i miss her so much.....
Dia sangat kuat makan..
kuat minum susu...
I love both of them very much (Damia & Dania)


Cepat berjalan...
Berusia setahun 20 hari
baru ada gigi sebatang yang kontot...
Katik serta mempunyai badan yang kental..semestinya sedap untuk digigit.



Look at her..hahaha
blurr...
Dia x pandai berkata2 kecuali bye2...
paling penting dia sangat bijak..dan suka wrestling dgn Damia....

I wish that i want to balik kampung this week....wa..wa..wa..wa..
My future mum in law said...she will make puding caramel for me this weekend
if...i balik kampung lah....

Ni yang aku x suka bila ramadhan..aku mesti nak balik kg gak..buka kat kg,puasa kat kg.
bukan semata2 kerana mama n bf aku je..tapi ramai insan2 yang tersayang kat kg tuh especially Damia & Dania..

B please look of my ticket back to kl....huhuhuhu
habis kena perambat ngan opismate
janji x balik lagi,raya baru balik....erm...

24 August 2009

Selamat berbuka puasa....


Salam ramadhan untuk semua....
Hari ni aku nak paparkan resepi simple..
mudah n cepat...paling penting x banyak kos..
Nama resepi ni "Ayam Pop Oat"

Bahan2:
1.Ayam yang dipotong kecil2 (lagi bagus isi tanpa tulang)
2.Garam
3.Sebiji telur
4.Bijirin quaker oat


1.Masukkan sedikit garam (secukup rasa) ke dalam mangkuk yang berisi daging ayam dan gaul
rata. Biarkan selama beberapa minit.


2.Pukul telur tadi dengan garfu.


3.Celupkan daging ayam tadi ke dalam telur.
4.Daging ayam yang telah dicelup dengan telur tadi dicelup pula ke dalam bijirin quaker oat.



5.Kemudian masukkan ke dalam minyak yang telah panas.Bila agak kekuningan barulah
diangkat.


6.Tada...dan hasilnya..Ayam Pop oat..sedap,simple & syok....

Selamat mencuba,selamat berpuasa & selamat berbuka.

21 August 2009

Salam Ramadhan..


Salam.Ramadhan menjelma kembali....
Ramadhan yang ku nanti2
Ramadhan yang kurindui....
Ramadhan yang penuh dengan nikmat2 tuhan dan RAHSIA2 ibadat...




Semoga Allah S.W.T memberkati amalan kita di bulan ini,semoga segala dosa2 kita diampunkan.

Semoga segala keberkatan Ramadhan dapat kita miliki dan nikmati.

Ku mengaharapkan Ramadhan kali ini penuh makna

Agar dapat ku lalui dengan sempurna...

p/s:Kepada teman2 seperjuangan blogger2 yang cantik manis n hensem2 belaka,marilah kita sama2 menjalani ibadah puasa dengan sempurna.Jangan kol 8 pagi dah bukak tudung saji balik..aippp biasa ni.Tapi yang ni biasa untuk kaum2 hawa yang BERCUTI puasa hehehe9 mentang2 ler x bangun sahur.

AWAS..untuk sapa2 yang ada anak kecil di rumah,yang dah mengerti apa itu puasa tolong jangan makan dihadapan mereka ye.Sbb kita ini adalah contoh yang terbaik untuk mereka.

SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA, SELAMAT BERPUASA & SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.





19 August 2009

Angah....

Hallo...hehe2
isnin lepas gi melawat angah kat ampang..my beloved brother
Mama kirim duit untuk dia..

Kesian..yelah Angah terpaksa tukar2 keja,sbb restoran tpt dia keja tu da nak bankrap.
Aku sebagai kakak yang baik n mithali..hehehe
balik kerja kau terus beli bahan2 nak memasak..
Aku masakkan dia nasi goreng sosej n kuih cara..
Aku dah wat entry post untuk tu..

Sbb sebelum ni,kalau aku x bawak pape untuk dia,dia tya plak
jadi x sampai hati lah kan..
Apa pon dia adik aku..
susah dia,susahlah aku..
Tapi ayat sadis dia mmg wat aku macam nak cekik je batang leher dia..

Angah: Along napa aku tgk kau makin gemuk sekarang?
Aku: erk..gemuk ke?

Angah: Kau jangan gemuk sangat long nanti pelamin runtuh..
ai budak ni mmg betul2 nak kena terajang selamba badak je dia nak kutuk kakak dia
Along: Tapi kan,kau pon macam dah gemuk je.
Serius angah da gemuk n putih,kalau putih tu aku terima.Tapi gemuk tu x,sbb kalau dia gemuk x hensem langsung...

Angah: aik..kau kenakan aku balik,along baik2 kalau dah gemuk nanti ada selulit.
Along: Peduli apa aku, bad nak kahwin ngan aku.Yang penting ni tanda aku cukup makan.

Angah: eleh, yelah..nanti pelamin kau runtuh..
Along: B****k kau...kau tu hah kalau duit x da jangan mengada nak kahwin..
masa ni dia dah x cakap pape.Kecuali mencebik tanda x puas hati..
hahaha..padan muka kau..nak kenakan aku.Tapi memang badan aku dah naik pon..hehehe
bila nak kurus nih

Sekarang nih tgh berusaha untuk kurus...huhuhu semoga dapat ler body aku yang slim macam dulu balik...

Kuih 'Cara'

Last sunday,i've learn new recipe from my housemate SHAM...
Let see how to make Kuih 'Cara'


1.Bahan2nya:Tepung gandum,2 biji telur,Santan (segera @ original),Garam,Gula,Air pandan (Daun pandan dikisar),Air masak,Pewarna makanan (warna hijau),Minyak masak (sedikit sahaja).

2. Kuali berbentuk ini digunakan.Sebenarnya x tau nak sebut kuali atau apa..bantai jelah ye..


3.Tuangkan air pandan kedalam bekas yang mengandungi tepung gandum dan kacau.


4.Tuangkan santan ke dalam adunan dan kacau.


5.Masukkan sedikit air masak kedalam adunan dan kacau.(adunan tidal boleh terlalu keras atau terlalu cair) Yang penting x likat@keras



6.Masukkan sedikit garam.(terpulang pada tukang masak untuk letak seberapa banyak yang penting ada rasa lemak)



7.Masukkan sedikit pewarna makanan.


8.Tapis adunan tadi
9.Panaskan kuali tadi dengan api yang kecil serta sapukan sedikit minyak masak di dalam lekuk2 kuali tersebut.(sedikit sahaja)

10.Masukkan adunan ke dalam kuali.


11.Kemudian,segera tuangkan sedikit gula di bahagian tengah2 adunan.



12.Kemudian tutup kuali tersebutdengan penutupnya.Sebenarnya masa sham beli kuali ni x da penutupnya,jadi kami menggunakan kreativiti masing untuk menggunakan penutup rice cooker.Nasiblah kecil dan muat2 untuk kuali tu.

13.Biarkan beberapa minit.Tengok agak2 sudah keras n cungkil bahagian bawah kuih untuk pastikan yang ia benar2 sudah masak.(Bahagian bawah akan berwarna sedikit coklat,kalau nak garing biarkan lama sedikit)

14.Tadaaa.....hehehe2 hasilnya..Kalau rajin boleh r mencuba ye...
















































14 August 2009

From Sifu Pink...

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi tag ini.
1.Pink maniac
2.My best buddy
3.Army partner
4.Shopaholic
5.My sifu pink..

Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.
1.Pelajar
2.Seorang anak perempuan yang baik..hahahaha
3.Kekasih kepada seorang jejaka
4.Seorang sahabat
5.Love to surfing

Nyatakan 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima tag seterusnya.
1.Membaca
2.Melancong
3.Window shopping
4.Jalan2 Cari makan
5.Dating

5 orang penerima tag yang seterusnya.
1.Cik Husna
2.Anna
3.Emy
4.ella
5.Pengunjung blog (kalau ada) (@_@)

Last Night....

How to start....
erm...
Last night i went to UKM to do my research..
Actually i'm happy b'coz i've spirit to start my thesis.....Before this i've got too many probs.

At 10 p.m i finished my study and ready to go back home...
Tiada siapa menduga dan tanpa perkiraan akal,kancilku tiba2 meragam...
And the worst thing is....tempat tu sunyi dan gelap.

Bateri hp tgal 2 bar,cash money x banyak dan aku berseorangan.
Yang menemani aku hanya lampu jalan di atas divider serta bunyi anjing menyalak sahaja..
Memang kat situ kereta n motor banyak je yang lalu...Tapi x kan diaorg nak berhenti tolong aku..
Mungkin diaorg pon takut aku ni hantu @ orang..
Dahlah perempuan,rambut panjang plak tuh...HEhehe hantu pakai jeans...


Orang pertama yang aku call ialah En.Bf..what the hell kan?orang tu jauh kat johor sana
Apa yang dia boleh buat hanya tenangkan aku n suruh aku jangan panik.Sebab aku dah menangis masa nih.

Mau x takut,macam2 dalam kepala yang aku pk.Kalau hantu yang datang x pe.Insyaallah aku leh tangkis lagi...Kalau orang?Hantu x leh bunuh n rogol kita,tapi orang bolehkan?

Second person is my coursemate Wadi then Fendy then Dd then Ila then Jiyah...
Wadi x boleh datang jadi dia mintak tolong Fendy tengok2 kan aku..banyak insiden yang berlaku n aku menakung tgu diaorg jumpa jalan kat mana aku berada...sbb hp dah mati n x leh nak on balik.

Aku rela dan aku pasrah,hp dah mati n kawan2 aku lost dalam erti kata yang lain sesat n aku pon bg arahan x betul.

Memang ramai orang yang lalu asyik tengok je,tapi aku x berani keluar.Lebih2 lagi nak tahan orang mintak tolong..tapi kuar gak sbb nak tengok enjin keta...pon x berani sebab takut meletop.
X lama Hero n heroin aku pon sampai..bila dah ramai2 ada gak r 2 orang pakcik yang baik hati singah n tolong tengok apa yang patut.

Tapi x lama pon diaorang,sbb ada hal lain. Pakcik2 tu siap panggilkan En.Polis lagik...anyway terima kasih banyak2 ye En.Polis n Pakcik2.

Allah S.W.T je yang tau apa perasaanaku malam tadi..kusut,takut,bengang semua ada dalam satu...aku call pakcik bengkel then kereta aku pon kena toing..melayang RM120.Dan pagi tadi aku dah gi tengok kereta yang dah terbarai enjinnya tuh.semua skali bil RM650...
Fuh dugaan datang x berhenti...

Aku bukan nak merintih tapi aku cuba bersabar n sabar n sabar..
Ya..aku tau Allah bagi ujian kerana dia tahu hambanya mampu...
Memang sebelum ni terlalu banyak..tapi atas nasihat sahabat2 aku kuatkan gak walaupon air mata meleleh.

Tak pe,aku anggap ni semua dugaan sebelum senang..bukan senang nak senang..
Mungkin aku lalai n leka sebab terlalu jauh dari DIA.
Terus kuat along jangan mengalah...dah separuh jalan nih...kena terus berusaha.


13 August 2009

Tension.....

Ye..cik Syazana dah sakit...
ahaks..sakit jiwa...
mau tengok rupa tensionnya seperti apa....




ini dia rupa ku yang jelita semasa susah hati...hahahaha
susah hati ke?
asyik susah hati memanjang...




Yolah..semenjak dewasa nih..ahaks..banyak benda nak kena pk..kadang ok..kadang x ok.

Aku gi keja pon serabai gila je muka..macam orang x mandi pon ye gak..

weh tapi aku mandi tau..cuma bila pagi tu neutral beauty...ok


ERm..penat memikir sebenarnya...
bila x da kerja aku bosan
bila ada kerja aku kusut
ada sesapa nak tolong wat tesis?...
offer nih..hahahaha


Bila akan ku dapat ke clubbing lagi eh2 silap ke karaoke...

hahahahahaha..owh En.Bf aku sudah kangen sama kamu...bila mau turun kl nih..

tolong2 aku dah sakit nih...tolong...tolong..da lemas nih..adeh2

12 August 2009

Huha....

Yeah huha time with my buddy...ops ye ke?

Bukankah ini waktu yang wajib untuk menjalankan research...hula..hula..

I miss all my buddy....

Okey..malam ni ada urusan yang sepatutnya diselesaikan lama dulu..lama ke?sebenarnya dua bulan yang lepas huhuhuhu..

Erm..da lamanya aku x ke karaoke..erm..rindu plak nak mengalunkan suara yang lunak merdu nih..




Huhuhuhu..rindu mereka nih..actually masa nih dah kol 1 a.m..

kitaorg masih x nak balik rumah...lepas berkaraoke dengan gumbiranya di mines..

urm..sebenarnya aku dah lupa bila kali terakhir aku berkaraoke..

Kalaulah aku masih ada masa untuk itu..

X pe,akan datang waktu yang sama.Cuma sekarang aku kena berjuang untuk menyudahkan segala macam kerja yang tertangguh chaiyok2 along...

Mr.Bf demam...

Morning...erm..today is wednesday..bermaksud dah 3 hari Mr.Bf demam...

Susah hati nih..dia nun jauh di selatan aku plak terdampar kat serdang..tapi x pe mak dia ada leh jaga ahaks...itu untungnya bercinta ngan anak bongsu nih..hehehehe

Harap2 hari ni dia dah sihat..teruk gak Cinta aku nih demam sampai sakit segala sendi dia..rasanya dalam tahun ni baru semalam r dia betul2 cuti dari bekerja..

baru aku perasan teruk gak dia ni bekerja.Kalau x,x kan r kitaorg dating kat site je...(@_@).Nak tengok wayang x jadi sbb dia nak kena tgk site,nak gi shopping x jadi sbb dia kena gi site...site tu dah macam rumah kedua dia je..

Aku marah2 pon dah memang tu punca rezeki dia.Bila dah demam ni mula r aku macam kucing hilang anak.Susah hati beb,sbb dia jarang demam.Dalam setahun tu boleh dikira x lebih dr dua kali je dia demam.Tapi kalau dah demam..erm.macam nilah x leh bangun,selsema,batuk..macam2 lagi r.Nasib bebas dari H1N1..hehehe

Dalam dia demam2 pon kitaorg sempat gaduh lagi,huh kejam sungguh aku.Asyik gaduh je sampai keletihan aku nak bertekak ngan dia.

Harap2 hari ni dia dah ok n bleh gi kerja macam biasa.Aku tengah mogok ni,x nak call dia.

Erm..tapi aku masih ingat apa aku cakap semalam,kalau aku jumpa dia aku nak sumbat 3 kotak rokok sekaligus kat mulut dia,sebab aku suruh rehat dari merokok sekejap pon x boleh dah demam2 pon nak berasap gak.

Tunggulah kau nanti kalau kita dating siap kau aku sumbat ngan rokok..hahahaha (ketawa jahat)

11 August 2009

I mIss them so much...


I miss this kids right now...wa..wa..wa..wa.. knapa Damia &DAnia x balik kg last week.Penat gila kalau jaga diaorang ni,sorang dah pandai berjalan n yang sorang lagi baru nak pandai jalan tapi dah x berhenti bergerak aktif semacam..ops..mak iza dalam susu formula tu diaorang letak apa ye?budak2 ni lincah sangat.Da nak tido pon diaorg leh wrestling lagi atas tilam,mula2 memang pening tapi lama2 aku yang join sama hahaha. Memamng penat abes n bagus untuk aku yang gemok ni kuruskan badan,x payah jogging pon aku leh kurus lau jaga budak2 nih.Tapi kalau korang nak tau adik lagi besar dari kakak..hehehe sebab si bulat Dania ni kuat makan bubur n minum susu..can u imagine dia x da gigi tapi kalau bergaduh ngan Damia dia akan gigit kakak dia...hahahaha tapi muka Damia mmg x da perasaan langsung mungkin sbb adik dia x da gigi kot huhuhu...

I heard that Damia was sick..erm..missing granny so much kot...Happy Birthday To Dania..May Allah bless u dear...be a good daughter...so next month is Damia birthday...erk kopak aku...apa nak beli untuk budak berdua ni ek?Erm...Damia such a good little girl,kind and also like to eat..and eat..tapi masih lagi kurus sbb dia x suka makan nasi.

Last 2 week,i've made Honey cornflake Pre raya huhuhuhuhu..and the kids love it very much...sbb kuih tu manis..asal budak berdua ni nangis je ibu dia sumbat ngan honey cornflake...n secara x langsung..aku telah mendapat tempahan awal dari atuk.....along raya ni buat banyak2 ye...hah yolah abes tesis aku ni camana yang x gerak n x berganjak lagi nih..huhuhuhu..along x janji ye tok kalau sempat along buat...

Kenapa aku sayang gila ngan budak berdua nih?sebab Ibu diaorang sayang aku hahaha..simple je jawapannya.Makcik aku yang bongsu aku panggil dia Mak Iza (merangkap ibu kepada dua budak kecik yang aku sayang nih)..my lovely auntie bukan dia je ada lagi sorang Auntie mah...sbb aku paling rapat ngan diaorg boleh belajar masak,bual pasal belajar,cerita pasal angan2 aku,berkongsi cita rasa(baju,handbag,kasut n bla..bla..) dan yang paling best mak iza x pernah lokek kalau aku mintak apa2 pon..x kira lah aku paw dia apa pon..baju?makan?duit?hehehe..Auntie mah pon sama...wpon dia x kerja tiap kali aku balik kampong ada je makanan yang best2 untuk aku and the important thing is dia ada bela itik n ayam..hehehehe nanti aku update gambor itik...

Thats why..kalau orang cari aku hujung minggu je aku dah lesap dari serdang ni...sbb bukan kerana Mama n En.Bf je aku balik kampong tapi pasal budak berdua ni,makcik2 aku n hobi aku yang terbaru bersihkan reban itik.Best rupanya jadi penternak...itik aku boleh tahan lagi,tapi bab nak masuk reban ayam aku memang surrender sebab aku takut kaki aku kena petok..lagi satu bau dia yang sangat harum buat aku tunggu kat luar je lah ye...hahaha...

wa..wa..wa..wa..bila nak balik kampung lagi nih...

07 August 2009

Blurr....


Blurr..yeah thats the word..i'm blurr.Tension semua ada,banyak betul dugaan sampai x terkata n x terluah dengan kata2.Aku kena percaya ni semua dugaan,BUKAN SENANG NAK SENANG.Aku slalu pegang kata2 ni tapi aku gak slalu down,since sbg belajar lagi nih banyak gila masalah aku.Bukan x tau bersyukur atau bersabar,tapi sbg manusia biasa aku sentiasa hilang kesabaran.Kadang kala merintih..(berdosa je aku nih)..Tapi i'm lucky coz ada mama n Mr.bf yang slalu memberi nasihat dan semangat.3 hari lepas masalah datang bertimpa2 sampai terduduk aku...tapi yang mengejutkan setitik air mata pon x menitik.Itu tandanya menunjukkan adakah aku betul2 KUAT menghadapi dugaan atau adakah aku sudah lali dengan masalah?..

Ahaks ( @_@)....makin kita dewasa makin banyak benda kita akan lalui..terpulang pada individu mampu mengharungi atau x?..(alah aku ni cakap je)..hehehe..sebenarnya hati ni terlalau sedih n aku plak terlalau down..malam ni aku nak balik kampong..besok ada urusan yang perlu diselesaikan ..kalau bertangguh akan menimbulkan masalah..percaya x..ni dah masuk bulan kedua dalam sem ni..tapi research aku terbengkalai sbb..aku down..

Kerana masalah semua aku x BERNAFSU nak buat.Nasib ler aku ni disedarkan cepat oleh Mr.bf..aku mempertikaikan sedikit waktu yang tgl nih..sempat ke nak wat semua..tapi Mr.bf kata 'KITA X CUBA,KITA X TAU BOLEH SIAP @X'..positif.Aku kena kuar dr kepompong yang mengatakan TIDAK..

Tapi adakah aku sgup nak jumpa penyelia next week..atau bercerita tentang masalah aku?erm..bg aku biarlah dia nak BASUH aku camana pon janji semua mesti disiapkan.....

Terima kasih banyak2 untuk insan2 yang sentiasa mendengar dan x berhenti memberi semangat untuk aku...love u all especially my mummy n Mr.bf..x terkecuali my housematedd n sham..n my joggingmate ahaks..cik husna...