Sentuhlah saya

30 April 2010

Budak Perempuan...

Salam,
selamat tengah hari,
Hari ni hari jumaat...suke~

Lot thing to do...
ngeh..ngeh...
nak balik kampung ...
excited...


Okey abaikan,
tadi masa aku masuk kelas....
aku nampak anak murid aku tutup mulut dia pakai sapu tangan.
pastu aku pun...

Aku:Kenapa awak tutup mulut?sakit?
Pelajar perempuan:Tak cikgu....
Aku:habis tu?kenapa dari semalam tutup mulut je.
Pelajar perempuan:(menggeleng sambil tunduk kepala)
PElajar Lelaki 1:dia ada misai cikgu...hahaha
Pelajar Lelaki 2:dia kena tumbuk cikgu.
Aku:hah! kena tumbuk dengan sapa?
PElajar perempuan:Dengan perempuan gak cikgu.

Aku:apa yang awak buat sampai kena tumbuk?awak kacau Bf orang?
Pelajar perempuan:x cikgu,bf dia yang kacau saya.
Aku:habis..awak tak pertahankan diri awak?
Pelajar perempuan:tak cikgu.Saya x nak jadi hal...

aku cuma mampu membebel dan nasihatkan dia,pecah gak bibir kena tumbuk.Aku tanya mak dia tau ke x.Dia kata mak dia tak tau,sebab mak dia balik keja lewat malam.MAk dia lecturer.

Aku tak kisahlah mak dia lecturer ke,pegawai tinggi ke...dalam bab ni aku ingatkan diri aku sendiri.Esok kalau aku dah berkerjaya dan dah ada anak,aku x nak terlalu utamakan kerja berbanding anak..kenapa?Gila kau anak kena tumbuk tapi kita tak tau apa2.


Aku bising gak ngan pelajar aku,kenapa layan lelaki sebarangan,sebab kebanyakan lelaki tak boleh dipercayai,hah akibatnya pecah bibir.Muka dah cantik tapi bibir pecah.

aku kesian gak ngan dia,yelah aku mengajar dia,haruslah aku amik tau apa yang berlaku kat dia.bila dah jd mcm ni,apa yang dia dapat?luka...

Muhasabah diri...muhasabah diri..

bukan mudah nak besarkan anak dalam keadaan sosial kita yang teruk...
aku pernah suarakan kat En.Bf...

aku:b,esok kalau kita ada anak,nak ajar camana ye?
En.Bf:sayang anak pun x da,tapi dah tanya soalan macam2.
Aku:b,kita kena fikir ke depan.Insyaallah kita akan kahwin...dan akan ada anak..
En.Bf:ok,then?
aku:b...cuba u fikir....kita ni dah lah akhlak tunggang-langgang,jadi camana nak jaga anak bebaik supaya jadi anak yang soleh dan solehah.
En.Bf:erm...erk....


Permasalahan dah timbul depan mata,walaupun pangkat aku dengan anak murid hanyalah sebagai kakak dan adik....tapi naluri seorang wanita memaksa aku mengambil tahu macam2 pasal apa yang berlaku.

Kalau kau masuk sekolah yang aku mengajar ni memang sakit jiwa kalau kau terlalu LEMBUT..budak2 sekarang tak boleh dibagi muka sangat...

Kadang2 penat gak memikirkan perangai budak2 ni...tapi tanggung jawab kan...

entahlah...
aduhai anak2 muridku...

29 April 2010

Nikmat...

Salam,
selamat petang..
Petang yang indah,walau kepala sakit sangat2...

Hari ni aku nak buat luahan hati...huhuhuhu
macam apa je kan...konon kecewa gila...
tapi secara seriusnya memang kecewa...
kerana nikmat yang diberikan tuhan telah kekurangan..


bukan bermaksud aku tak bersyukur...
tapi menerima apa yang terjadi sebagai hikmah..

Sejak aku kena Gastrik yang kronik,
aku dah mula kena pantang macam2...
banyak sangat nak kena pantang...

Teh,kopi,makanan pedas,ubi,ntah apa2 lagi...
kalau aku makan term2 ni...confirm aku kena gastrik.

Mula2 tak da lah teruk sangat,
tapi masa aku degree dulu..erm..lebih kurang..4 tahun lepas,
Gastrik aku semakin menjadi2...
hooolaaaaaa...
Tiap2 malam aku mesti pedih ulu hati..harus+wajib..
kalau satu malam x kena memang bertuah lah aku hari tu..
pas tu siap ada timing lak tu...
biasanya gastrik menyerang area kol 2 pagi till 5 pagi..
jadi boleh bayangkan masa tido aku camana x?teruk okey...


Puas pergi berubat...
baik yang moden dan tradisional...
asyik2 bagi ubat yang sama....
cakap benda yang sama...

Doktor suruh pantang,aku pantang tau...
aku tak sentuh pun makanan yang dia x bagi aku makan..
tapi kalau dah pantang pun masih sakit...apakah?
jadi mama tak puas hati dengan tahap kesihatan aku...
takut pelajaran aku terjejas...
hahaha
kalaulah mama tahu aku ni bukan belajar pun kat upm tuh...


Mama bawak aku jumpa Tok bomoh..
dia boleh kata ada penunggu dari Gunung Ledang ikut aku,sebab dia SUKA kat aku.
seram nok..aku dengar.

Kebetulan memang aku baru 2 minggu pergi ke Gunung Ledang sebab mahu bermandi-manda....jadi takut plak...

Tok Bomoh tu kata benda tu sukeeeeeeeee sangat kat aku,dalam erti kata lain berminat...
bla...blaa.....

Aku tak percaya..
okey..kena percaya gak..mungkin sebab aku dah terlanggar dia...atau apa2lah.

Tapi kerana tak da ubat yang sesuai,
terpaksalah aku menanggung sakit selama setahun lebih sebelum aku sakit lagi teruk dari tuh...hahaha..bila dah sakit teruk,maka kena tahan kat spital lah kan?maka Doktor pun mula lah nak buat Medical Chek up bagai..barulah deal appointment....

selang sebulan aku kena jumpa pakar,lepas tu terus deal untuk buat SCOOP...alah yang masukkan camera dari mulut tu....dia nak tengok usus aku camana.
bila dah buat scoop bagai,maka terdapat sedikit kesan luka di usus aku...
terjawab sudah kenapa aku selalu sakit....

jadi bila dah sakit tuh,
kenalah jaga makan bagai...
tapi aku ni kan sengal,
jadi aku makan ikut suka..tak da lah langgar suka2..langgar bila teringin je.

kira aku macam dah baik gaklah lepas tu..
tapi start sambung belajar balik,
DIA datang balik...
punca2nya bila aku beli air kelapa kat tepi jalan,
akibatnya malam tu housemate2 tercinta terpaksa hantar gi spital untuk mendapatkan suntikan,dos ubat adalah kuat...tak sesuai untuk ibu2 mengandung...
dah beberapa kali aku kena...sebab beli air kat gerai2 kecik tepi jalan....
alah selalu minum tak jadi maslah...

mula2 aku tak sedar hal ni,
tapi kali terakhir hari tu aku minum cendol ngan sham...
sampai sudah aku tertonggeng sakit perut...
jadi ila n gyah terpaksa hantar aku pergi poliklinik..
amik kau kena 60 hengget..mahal nok...nasiblah masa tu ada duit..
makcik tengah kayo...
masa tu lah...


La ni ada duit gak,
cuma kena beringat je..
kalau fikir shopping dah dapat Coach sebijik...
tapi tak pe...ada hal lain lagi penting..
yolah aku ni menganggur kan...karang kalau pakai Coach orang ingat anak ayam plak...

okey menyimpang....
lepas kes2 yang lepas....
aku x da r serik sangat nak beli air tepi jalan..
yelah..masa minum air kelapa tu..ramai2 okey..kenapa kawan2 aku tak sakit?
masa minum cendol pun,apasal aku je yang sakit..tapi sham tak?

dan hari tu...final..
aku teman mama pergi JAKEL beli baju raya aku..hahaha...
masa mama tengah tawar menawar...ntah pape...aku pun cabut gi cari air..sbb kehausan..
jadi aku pun ternampak akan sirap bandung cincau...hulllaaaa...sorgaaaaa..

Tapi...
tiba2...
erk.....
SAKIT.........

dan mama pun mula...bla...bla...bla...blaa...


kesimpulannya,aku dah tak boleh beli air sepah2....
huwaaaaaa.....nikmat itu sudah tiada...

Jadi untuk korang kat luar sana,
jagalah kesihatan baik2 ye...
bila perut dah masalah macam aku ni..
banyak nikmat aku tak dapat....
tapi kena muhasabah diri,
anggap itu sebagai hikmah di sebalik kejadian...

28 April 2010

Bertenang ye..

Salam,
Selamat petang..
x da idea nak tulis...
sat lagi aku update pasal aku.

aku baca blog peej semalam...
speachless...
shock gak lah..hahaha

Tak salah dia cakap macam tu,
hati tengah panas.
Tapi apa yang berlaku biarlah antara dia dengan k.red...

secara jujurnya aku follow kedua2 blog..
bagi aku bukan k.red saja diva,
malah peej pun diva...
yes...diva yang sentiasa tulis blog dia dengan sempoi..
kalau aku tengah marah,aku memang akan cari blog peej..
sebab aku akan ketawa bila baca apa je yang ada kat blog dia,
dari dia jugak aku dapat tau tempat makan yang best2...

aku akui berbanding k.red aku lebih gemar baca blog peej,
atau salah satu faktor mungkin kerana gaya penulisan dan entry yang di buat..

untuk informasi yang pelbagai aku akan view blog k.red..
dan untuk hilangkan stress dan gelak2..aku cari peej...
yang penting tiap2 kali on9 aku mesti singgah kat blog2 yang aku FOLLOW
especially...k.lin,lily lotus,my babe syahira,dawai kokot...k.mira sebab anak dia yang comel tu..
ini adalah antara blogger2 utama yang aku akan cari dalam alam maya.

Sebelum ni aku ada wat entry pasal mengumpat antara blogger..
sebelum peej wat entry panas tu..
entry aku tu tak berkaitan dengan k.red mahupun peej okey...
sebab ada kawan aku tanya...adakah aku maksudkan mereka...
yang sebenarnya...adalah tidakkkkkkkkk...(jeritan ketakutan)hahaha
sebabnya aku baca pasal blog orang yang aku tak follow pon..hahaha
macam haram kan aku?



tujuan entry aku bukanlah untuk MENGAMPU DAN MENJADI SI BATU API....
tapi sebagai pengajaran...
ingat ye...banyak yang aku dapat dr berblogging ni..
kau pon sama kena ingat...
Dalam alam maya ni,segalanya mungkin...jadi berfikir dengan berhemah...

Jadi untuk mereka ni...aku NO KOMEN...
sebab dua2 aku baca...

Jadi sepanjang aku berblogging nih...
yang menjadi guru aku adalah...
sifu pinko...cuma dia sorang je tau aku panggil dia nih..
hahaha

JAdi...my readers.....
marilah kita sama2 enjoy berblogging.

SEMANGAT 1 MALAYSIA..
tiba2..hahaha :-p

27 April 2010

Sunat!!!!!!!

Salam,
selamat malam,
huhuhuhu...besok rabu yeay....
lagi 2 hari hujung minggu....


hari ni penat sesangat...
sebab balik sekolah kol 4,ada meeting..
aduh...hari2 penuh dengan cabaran...
umpama kata En.Bf "jangan mengeluh sayang"

Andai kata dapat ku berehat2 di tepi pantai,
sambil berjemur dan tido...@ baca novel yang tak terhabis baca....
Bahagianya hidup..
tak pe2...
belum sampai masa nak senang....
usaha tangga kejayaan....(^_^)


okey hari ni aku dihantui perasaan bengang,malu dan sengal kerana aku masuk2 kelas je dah dapat soalan yang aku rasa aku memang tak boleh nak jawab.


Pelajar CINA 1:Cikgu SUNAT tu apa?
Aku:Erk...kenapa tanya?
Pelajar CINA 2:Cikgu SUNAT tu sakit tak?
Aku:erm...tanya pelajar Melayu lelaki ye...saya tak tau nak jawab
Pelajar CINA 3:Cikgu SUNAT tu potong semua ye?
aku:???????



Aku:Apakah? Kenapakah? Bagaimanakah?....


Kau rasa2 apa aku patut jawab..banyak betul soalan diaorang ni...
pening kepala aku,kalau yang tanya tu Melayu senang aku nak bagi jawapan,sama ada rujuk kat Ustaz atau Ustazah...

Tapi aku bagi jawapan yang simple gak...
aku cakaplah..
"Bersunat bertujuan untuk mengelakkan penyakit"

ok tak jawapan tu?
diaorang cuma angguk kepala tanda faham..
tapi pelajar2 melayu dah gelakkan aku...
bongok..memang nak kena ngan aku...tunggulah korang..
aku bagi latihan karangan banyak2...hahahaha


Banyak cabaran dan banyak mulut...
kalau ikutkan baran aku memang aku dah cubit2 sapa yang ajar budak2 cina nih...
geram betul..
ada ke patut tanya kat aku...
nasiblah aku ni bukan jenis tegak...
sekurang2nya bg gak jawapan yang boleh diterima akal...

Sebenarnya sepanjang 2 minggu mengajar ni aku terasa yang....aku ni x MATANG...hahaha
aku dengan budak sekolah sama je perangai...matiklah ...camana nak jadi bini orang....

23 April 2010

Dunia punya hal

Salam,
selamat malam...
mata dah ngantuk,besok keja.

Sejak kebelakangan ni,
aku dah malas nak lompat2 blog...
kenapa?

aku ingatkan kat dunia realiti je masalah,
rupanya kat alam maya pun sama gak.

Dipendekkan sikit...
selalunya aku lebih suka jadi SILENT READER,
yang tak meninggalkan jejak persinggahan.
KEnapa?
kerana aku lebih suka membaca dan ketawa.
bukan maksud ketawakan blog orang lain,
ketawakan dengan cara tulisan diaorang yang sempoi dan selamba,
dari kusut2 kepala leh gelak gila2.

Dan yang paling tak best bila masuk blog2 yang,
ntah kenapa ye...
boleh jadi sesi mengumpat pulak dalam komen.

erm...
kesannya pada aku lah.
kenapa aku?
sebabnya aku dah malas nak tengok blog2 yang macam tu.
kadang2 ada yang tengah2 mengumpat dalam blog,
aku tau sapa yang diumpatkan...
dan kadang2 blog yang diaorang mengumpat tu,
blogger yang aku suka baca tulisannya...
jadi?

tak ada apa2...
tak effect pun kat aku.
cuma aku tak berapa suka lah.
Kalau tak suka kau buat tak tau je.
maksudnya selagi dia tak kacau duit kita dan ganggu hidup kita.
dan kita tak bagi dia makan pun..
betul?

Dalam blog ni biasanya aku akan bgtau apa yang berlaku pada kau @ aku akan marah2 benda2 yang aku tak suka...

bagi aku blog adalah platform untuk luahkan perasaan dan bukan mengumpat..okey? setuju dengan kenyataan aku?

boleh je nak luah rasa tak puas hati tapi bertapis dan ada gaya bahasa yang sesuai.
supaya tak terjadinya acara bergaduh.


Yelah,kita dalam dunia maya ni nak berbaik...dan menjadikan hubungan kita realiti.
okey aku dah merepek..
sebab banyak baca blog orang yang tengah mengumpat..hehehe..
i dapat saham gak okey sebab baca.


hahaha..bongok je lah kan..
gasak ler korang nak mengumpat ke apa..
janji jangan kacau orang lain,
tapi yang tak bestnya ramai batu api...huhuhuhu
kenapa3?

tak pe lah sempena malam2 buta ni..
apa kata kita baikan je apa yang aku merepekkan ni...
aku pon tengah menjadi manusia yang tak nak kisahkan orang lain...

Penattttttttttt....

Salam,
selamat tengah hari semua...
aku kalau ada peluang nak jerit je kuat2...
aku penatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt


penat kenapa?

Aku penat nak memikir...
kerana?

hari2 kena berfikir..hahaha2 gilo

banyak benda yang merunsingkan hati.
aku ajar 3 kelas PMR

masalah aku sekarang camana nak pandaikan budak2 ni,
PMR bulan 9,sekarang bulan 4 tapi keputusan ujian diaorang sangattttttttttt teruk.
wah...benci....
susah hati aku memikirkan.

sakit mata tengok dakwat merah memanjang.
lepas ni memang padanlah muka budak2 ni aku dah setting macam2 soalan untuk diaorang.
hahahaha2 dengarlah cikgu korang gelak syaiton..

aku tak kira,sampai aku habis kontrak diaorang mesti dah pandai buat karangan.

camana aku tak sakit jiwa,markah karangan majoriti bawah 40% okey...
adoi...adoi...adoi...*sambil picit kepala.

tiap2 hari bangun pagi aku mesti fikir camana nak pandaikan anak2 orang ni,mesti ikhlaskan hati mengajar dan paling penting aku nak kena study balik apa yang format2 exam PMR sekarang ni.*sigh

jadi adalah adil aku dan mereka berasa penat...padanlah muka kami hohohoho
sepanjang kerja ni,aku tak makan pun dari pagi sampai lah pukul 2 petang.Balik rumah baru melantak,tu pun kalau sempat,ada tanggung jawab lain nak kena buat...kena kemas rumah dan basuh baju okey.Tak kan nak suruh mama aku buat pulak,apa guna ada anak.

dan antara perkara yang memenatkan ialah BERGADUH dengan En.Bf...huwaaaaaa
benciiiiiii
kenapalah dia selalu naik angin je ni,tak suka betul.
tanya sikit kena marah,bila merajuk pun kena marah,tak merajuk pun kena marah.
sapa yang SAKIT sekarang ni,dia ke aku?


kesimpulannya aku dah malas nak call atau sms.
gasaklah kau,
hati aku tengah panas,malas aku nak cakap banyak.

Hati sakit,
Kepala sakit,
Jiwa sakit,
otak sakit.....


Jadi untuk menghilangkan rasa penat adalah patut kita ENJOY......


owh... tak boleh nak enjoy,
besok ada sekolah ganti untuk hari raya *sigh

21 April 2010

Tak setuju....

Salam,
selamat petang,
maaflah x dapat nak update hari2..
sibuk dan kepenatan.
sekarang memblogging adalah perkara ke....
ke berapa ye?

hahaha2
entah x da mood lah semenjak kerja ni,
SAKIT kan?

sebenarnya aku nak cerita pasal semalam.
masa aku nak gerak pergi kantin,kerani pun sampai kat bilik guru bagi aku slip kelas ganti.
wuhaaaa kena masuk kelas lain sebab cikgu diaorang mc.
Jadi dengan langkah penuh kelaparan aku pon berjuang mencari kelas tersebut.

Akhirnya aku jumpa atas bantuan pelajar kelas aku,
tengah2 sibuk melayan pelajar2,tiba2 ada seorang cikgu masuk sambil membawa rotan di tangan.
dia terus jerit:


"pelajar lelaki bangun dan ke depan,kenapa tak turun masa PJ tadi?"

zasss...

zassss....
zassssss...

(bab ni aku tak berani nak tengok,aku cuma mampu dengar je bunyi2 libasan tu,macam nak gugur jantung aku)

lepas je cikgu tu selesai bagi habuan dan keluar..
aku pun terus bangun periksa pelajar2 nak tahu ada yang CEDERA atau tidak.

dalam sibuk2 aku memeriksa:


pelajar cina:cikgu2...sini tangan dia kena rotan (dalam pelat cina)
aku:kenapa?

terkejut gila okey,aku tengok tangan pelajar tersebut,berbirat.Pelajar tersebut memang dah nangis.

Gila kalau tak nangis,kuat gila orang tua tu libas,nasib budak ni tak baik dan terkena kat tangan dia.aku?

marah+kesian=marah dekat cikgu yang suka2 je merotan dan kesian dekat pelajar aku sebab tangan dia tak boleh nak gerak,menggigil2 kau.

Aku terus suruh ketua kelas carikan minyak gamat..

Aku takut gila masa tangan dia menggigil2,
cuak beb...
dah lah tak boleh gerak langsung.


mungkin betul kesalahan diaorang sebab tak turun waktu tu,
setelah aku siasat,awal2 pagi lagi budak2 ni dah cari cikgu tersebut..tapi cikgu tu yang tak dapat dikesan.JAdi siapa yang harus disalahkan?budak2 atau cikgu.

Tak salah ye kalau nak sebat murid,tapi bukan dengan begitu kuat sampai tangan anak orang tu tak boleh gerak...sampaikan pelajar lain boleh cakap lagi..

Pelajar:cikgu dia tak boleh pukul sampai macam ni.
aku:saya tau,tapi kenapa awak semua tak turun masa waktu dia.
pelajar:tapi cikgu,dia tak payahlah pukul kuat sangat.
aku:macam ni lah,kalau waktu dia lain kali awak terus tunggu kat padang,jangan berganjak sampai habis masa.

semua pelajar cuma diam dan angguk je.

Hati aku tersentuh gila bila tengok tangan dia,tambah bergenang air mata sebab aku yang sapu minyak dan belek tangan dia.

Aku setuju kalau hukuman dijalankan dengan rotan,tapi aku TAK SETUJU kalu cikgu nak merotan suka2.

Setahu aku,rotan hanya diberikan pada Guru Disiplin.Yang peliknya kenapa dia..cikgu yang bukan guru disiplin boleh dapat pegang rotan,sampaikan semua cikgu pun senyap je dengan tindakan yang dia buat.huwa.....daripada hormat sampaikan hilang rasa hormat kat dia.


Ikut suka2 dia je nak sebat anak orang dan lebih2 lagi ikut suka2 dia je nak cakap apa.Tak kiralah dengan cikgu atau pelajar.

DIA yang aku maksudkan adalah cikgu yang dah tua tapi perangai melampau.

Hati aku memang sakit bila tengok tangan budak tu bengkak.
Dengan rasa tak puas hati aku ngadu dengan guru kelas diaorang,

Tangan dia tak boleh gerak sampai waktu rehat,nasiblah budak tu kidal.Owh libasan tu terkena kat tangan kanan tau.Aku tak tau cikgu sapa yang bawak dia gi klinik dan hantar dia balik.

Nasib Cikgu tua ni baik sebab pelajar tersebut tak berayah dan cuma ada ibu yang dah tua serta seorang kakak.

Cuba kau bayangkan kalau budak tu ada bapak dan bapak dia jenis terpelajar atau jenis yang ambil berat sangat2 kat anak2,sudah pasti laporan polis akan dibuat.

Tapi padan muka Cikgu TUa ni gak,sebab Pengetua dah marah2 dia.Hahahaha2 aku suka.

Aku pun spesies manusia garang,tapi belum sampai tahap nak libas anak orang ye,kecuali pelajar aku betul2 buat salah yang berat baru aku hantar pergi bilik cikgu disiplin,HANTAR tau bukan aku yang sebat sendiri.

okeylah nanti2 aku update lagi,penat+ngantuk.

bye2

17 April 2010

MAAFKAN AKU

Salam,
selamat petang...
aku dalam perjalanan pulang ke Batu pahat, johor.

HAri ni sebenarnya aku terlepas even Gatsby Deodorant street Fair kat Times Square..
so..so..so...sorry...
aku ingat sempat nak pergi,
memandangkan banyak hal yang perlu diutamakan dan event ni hanyalah pilihan,
maka aku memilih yang penting dan terpenting sahaja.


aku dah bangun awal pagi tadi,
kerana terlalu letih aku tido balik,
bangun je dr tido aku packing barang yang nak bawak balik johor.
jadi event itu terpaksa aku lupakan.
kepada blogger2 lain selamat sudah bersuka ria...

dan kepada insan2 yang sudi menjengah blog aku,
maafkan aku ye,
tak sempat mengupdate,memandangkan ada tanggung jawab lain yang terpaksa aku galas,tanggung jawab yang lebih penting dari berblogging..

tiba2 aku terfikir,
adakah selepas aku berkahwin nanti aku masih sempat untuk berblogging?

aku sempat baca blog secara ala kadar je...
tak sempat nak tinggal komen kat blog2 korang yang aku singgah.

banyak aku nak update tapi terbantut.
life aku sangat kelam kabut sekarang ni,
untuk pengetahuan kau,
aku sekarang terikat dengan KONTRAK GURU GANTI untuk 2 bulan,
jadi sekarang life aku sebagai guru untuk sementara,
aku mengajar Bahasa Melayu untuk PMR dan Sejarah untuk Form 4.

bila balik dari sekolah aku akan tolong mama uruskan rumah sampai ke petang baru rehat sekejap,malamaku study....study untuk tesis dan study untuk mengajar budak2 tu keesokan harinya.Sebelum tido kena iron baju dan TUDUNG okey.
sepanjang aku mengajar ni dah 3 pasang heel aku putus...*kenyataan ini hanya untuk En.Bf


jadi kau dah faham yang jadual aku sangat padat.Aku tak ada masa untuk diri sendiri pun.
Tak pe berkorban sedikit demi masa depan.
owh....sudah ada perangkaan untuk projek mega...
doakan aku dapat kerja ye...untuk laksanakan projek mega,aku harus ada kerja.

La ni live update tau dari dalam bas ekspres K.K.K.L.
Tak sampai 24 jam aku kat UPM,
aku dah balik Johor lagi.

owh..nanti sambung lah,kepala pening bas bergegar.

15 April 2010

Luahan seorang kerani.

Salam,
selamat malam...
phewww...untuk beberapa hari aku mendiamkan diri.
maaf ye semenjak menjadi cikgu ni,
aku mengalami kesibukan yang amat.

nanti2 aku cerita pasal murid2 aku ye.
la ni aku nak sampaikan luahan hati mama aku.

Mama ada ngadu ngan aku hari tu
Satu hari tu dia ada dengar rancangan dalam satu stesyen radio,
pasal pekerjaan di sekolah(aku pon tak pasti nak bagi tajuk apa)

Nak dijadikan cerita DJ yang sedang mengendalikan rancangan tersebut menerima panggilan daripada seorang GUru perempuan.

Guru perempuan ni mengadu pasal kerani kat sekolah dia yang asyik duduk goyang kaki,tak buat kerja apa pun.

Mama aku yang mendengar komen si cikgu ni terus hari panas...

Untuk cikgu tersebut walaupun kau tak baca blog aku,
ni aku nak sampaikan luahan hati seorang Kerani...

mama aku kata:
'Dia ingat jadi kerani ni senang,habis tak kan nak kena berdiri buat kerja.Mana tau kebetulan dia masuk pejabat,kerani tu pon baru nak rehat.Jangan suka-suka buat fakta.Kerani ni kerja dari pukul 8-5 sebab nak membantu cikgu,memudahkan segala urusan,gaji diaorang sapa yang buat kalau bukan kerani.Dalam satu sekolah,dia ingat dia sorang je cikgu yang kita nak mengadap?berapa ramai lagi cikgu yang kita nak kena uruskan?.Cakap biarlah berlapik dan menunjukkan yang dia tu ada ilmu lebih dari kita yang kerani cabuk ni,ni tak cakap macam orang tak layak ada degree.......bla...bla....'


alahai Cikgu Pompuan,kau ni puncalah...
punca mama aku sentap...
hahahaha

jarang mama aku nak bebel pasal benda-benda remeh macam ni...
kau rasa?
aku rasa memang patut pon mama aku sentapppp
keja dia banyak wei..
aku selalu je bebel-bebel
tak kasi dia pergi kerja hari sabtu.
banyak gila keja mama aku,
macam tak pernah nak abis

Erm,kesimpulannya hargai orang yang dengan kita...

hahahahaha
motip....

11 April 2010

Rindu saya :-p

Salam,
selamat tengah hari...
rasa macam lama je tak update...
maaf lah ye aku sibuk memanjang.





nak mula dari mana?
okey...kita mula dari hari rabu...







Rabu 7 April 2010:


Mama call suruh aku balik JB petang tu gak,sebab?
dia nak aku jadi Guru Ganti kat sekolah dia.
Ada cikgu baru bersalin isnin lepas.
mula-mula aku macam berat,ingat nak balik hari khamis.
Bila mama dah asyik call tiap-tiap setengah jam,aku dah naik rimas...
mandi + siap-siap=terus cabut balik JB.







Khamis 8 April 2010:


Mama suruh aku bangun awal ikut dia pergi sekolah dan isi borang guru ganti.
Tanpa banyak soal aku ikut je bon... mama gi sekolah.
balik rumah,isi borang mandi dan siap-siap,amik mama terus pergi PPD JB.
Alhamdulillah semua urusan hari tu dipermudahkan.
Balik dari PPD terus lapor diri kat SMK TAMAN UNIVERSITI.


Jumaat 9 april 2010:

Hari pertama sebagai guru.
Phew....kena ajar BM untuk PMR dan SeJarah untuk Form 4...*sigh
setakat kelas tak exam tahun ni aku ok lah lagi...
memang 2 bulan ni sekejap tapi aku nak kena study balik..
kena study...kena study..kena study...bolehkah?..yang penting aku kena ikhlaskan hati menyampaikan ilmu.


Sabtu 10 April 2010:

Happy Birthday to my best buddy ....
hari ni aku pergi exam khas SPA
aku dah muntah hijau...buweeeeek.....
aji gila...427 soalan untuk 1 jam....
pas tu untuk esei BI aku hentam sesaja...nasib ler kan..
ayah aku suruh majukan diri untuk BI tapi aku ni kedegilan ya amat...
aku leh jawab ngan ayah aku,aku tak mau belajar BI...hahaha2
aku tau penting tapi aku yang tak nak....



Habis da cerita sampai semalam...
besok aku cerita pasal hari ni pulak ye...
aku nak review gambar je.





My new Selipar jepun....Thanks En.Bf kerana menyumbangkan duit anda

Khamis lepas lepak rumah budak-budak kenit,inilah hasil di petang hari...


Melayan si kenit-kenit makan.....
miss both off them so much...




07 April 2010

I LOVE F1

Salam,
selamat tengah hari...
hari ni malas nak study walaupun exam dah dekat...

hahaha~
masih dalam mood F1..
muahahaha...motip~

hari ni aku nak share pasal aktiviti hujung minggu hari tu..
memang superb dan hebat..
sesungguhnya aku dah jatuh cinta dengan sukan F1 ni.

sanggup aku berpanas sampai hitam ni semata-mata kerana,
Michael Schumacher,Jenson Button,Lewis Hamilton dan lain-lain...
sangat...sangat...sangat..hebat....


Ni semua pengaruh En.Bf sebab ajar aku pasal F1...lagi satu Bola sepak...
padan muka En.Bf gak sebab kena belanja aku tengok F1...
la ni yang tak tercapai lagi nak tengok Team bola sepak kesayangan dia 'Chelsea' main secara 'LIVE'...

Insyaallah ye En.Bf,
sama-samalah kita berusaha merealisasikannya...



Gate MAsuk..lalalala...masa ni tiket nak kena scan dulu
Love my Bf,sanggup bagi topi kat aku dan dia pakai kain napkin tu je...hahahaha~

Amacam boleh jadi model tak..hahaha~berat badan je dah failed.

Tu lah keta yang Michael Schumacher pandu...tak tau kenapa tiba-tiba je dia berhenti.
HAh yang naik motor tulah Michael Schumacher,dia dok kat belakang....siap lambai-lambai lagi.
Kebetulan dan rezeki kami agaknya,
Michael Schumacher berhentikan keta dia betul-betul depan kitaorng,
tak dalah betul-betul depan,
yang penting aku dah nampak dia secara LIVE...suke~
eleh mesti korang kata,apalah minah ni poyo kan?kan?
tak pun kau dah muntah hijau..
tapi aku cuma nak cakap best gila sukan F1 ni,
memang harga tiket mahal,
tapi kalau kau student ada kelebihannya.
Macam aku, beli tiket pakai student card,
jadi harga tiket RM500,aku kena bayar RM150 je..
musim ni last lah dapat beli guna student card,
musim depan da kena simpan duit dari sekarang *sigh...
Satu student card hanya untuk satu tiket,
tapi musim ni dah ketat sket..
Dua-dua tiket yang aku beli,dia ada tulis nama aku kat atas tuh...
kalau apa-apa jadi aku yang bertanggung jawab.
owh..dua kan?
satu lagi aku mintak tolong gyah,dia pakai student card dia untuk tiket En.Bf.
Kau nak masuk tu sepatutnya dia akan cek student card kau,
tapi dia cuma scan je tiket kau,sebabnya takut kau beli tiket palsu...
sebab tu kena scan...
itu yang dia tulis nama si pembeli kat tiket-tiket tuh..
hah paham tak?
okey,tak paham tak pe....musim depan kau cuba pergi beli...
tu pun kalau kau berminat...
setakat ni aku baru je pergi tiga kali...
tiga tahun berturut-turut.termasuk tahun ni...
Insyaallah,kalau ada rezeki musim depan dapat lagi pergi...
kerja...oooooo..kerja....hahahaha~
tiba-tiba menyeru kerja pulak kan?....
okey nanti kalau rajin aku update lagi yo!





Adakah sukar untuk mengatakannya?

Salam,
selamat pagi..muahaha..
aku tak tau lah sekarang ni aku memang malas sangat nak menulis...
mungkin sebab aku sibuk kot.
kot lah kan....

entry aku ni selalu benda yang sama,pasal aku,hidup aku dan cinta...
cinta aku luas ye..tak termaktub untuk manusia je.
walaupun aku tau kadang-kadang kau nak muntah hijau sebab aku asyik tepek gambar En.Bf je..
yolah2 lain kali aku letak gambar ex-boy aku si FAhrin Ahmad,tak pun gambar Brad pitt ke?
mesti korang suke...kan?kan?kenapa?
korang tak suka Fahrin pasal dia nangis hari tu ke?
tapi aku suka,aku minat sangat...nak tau kenapa?
sebab dia artis yang ada pendidikan dan ada personaliti sendiri...
kalau ditelek-telek balik lah.


apa pun ada aku kisah?
hahaha~


kali ni aku nak bercerita dan bertanya.
Adakah lelaki sukar untuk mengatakan yang dia CINTAKAN kita atau SAYANG kat kita?

dulu masa mula-mula aku berjinak-jinak dengan En.Bf,
liat betul dia nak cakap 143 (I LOVE YOU) kat aku..
aku ni plak pompuan yang kalau tak dengar dia sebut tak puas hati.
Genap setahun bercintun barulah dia lafaz 143 tu kat aku,
terkejut gak aku masa tu,macam kena renjatan elektrik..

bila aku tanya kenapa susah sangat nak ucap 143,
dia kata kalau simpan dalam hati,perasaan sayang tu lebih besar berbanding masa diucapkan.

tapi aku rasa dia malu sebenarnya,
sebab tu dia bg jawapan macam tu,
sebabnya sekarang ni aku pulak yang lokek nak sebut 143,
tapi dia tiap kali nak letak telefon sebelum tido dia mesti cakap 143...

hehehe~
kalaulah dia tahu yang aku pernah je ketawakan dia pasal ni..
yelah poyo,mula-mula malu nak cakap kat aku...
sebenarnya itu tanda yang bagus untuk aku,
kalau tak selama ni dia keras je macam tiang elektrik,
tak faham aku langsung.
selama 6 tahun bercinta dia belajar memahami juga pasal aku ni...
aku yang KURANG sempurna.

kira oklah tu dia dah mengalami anjakan paradigma..hahaha~
suke~


En.Bf bukanlah lelaki yang akan bagi bunga pada aku tiap kali jumpa aku atau tiap kali aku merajuk atau tarikh-tarikh penting dalam hidup kitaorang...
dia akan bagi bunga bila dia rasa dia nak bagi dan bukan aku yang mintak..
dari aku mintak dia bunga baik aku mintak dia belikan aku coklat.
Kenyang gak perut aku yang semakin berlipat ganda ni...

dia memang tak romantik,
kalau dia nak cakap benda romantik pun terabur BM dia..
haha2
kadang-kadang sampai merah muka dia untuk menuturkan ayat-ayat yang romantik..kesimpulannya dia akan nyanyikan lagu je untuk aku...kiranya sama maksud dengan apa yang dia nak sampaikanlah....(^_^)
okey,kalau dia baca ni mesti dia piat telinga aku,tak pun tepuk dahi aku macam selalu...
bukan mendera ye,tapi tulah perangai kitaorang..
dia akan tepuk tepat-tepat kat dahi aku macam kau tengok movie hantu cina yang kepala dia kena tampal azimat tu..
hah macam tu lah aku kena...



Lepas tu aku akan jerit kuat-kuat kat dia sambil kata..'bongooooooooooooooook lah kau ni'

*sigh,banyak benda aku nak kena ubah.
fuhhhhh...
selain aku dah kedekut nak ucap 143,
aku pun cepat je naik angin,benda kecik pun aku marah-marah.
sampai kadang-kadang kesian aku tengok muka kelat dia.
Tapi alhamdulillah dia faham aku dan terima aku seadanya..

ops! pembetulan tak adalah seadanya,
sifat malas aku tu dia suruh ubah,
sifat pemarah aku tu dia suruh kurangkan sikit,
sifat apa lagi ye...owh banyak je yang tak betul.
tapi tak da pulak dia sebut...
atau dia memang ada sebut dan aku lupa..
ya ampun...hahaha~

tapi bagi aku,
lelaki memang sukar untuk mengatakan sayang dan cinta untuk wanita yang dia sayangi dan cintai...
mungkin sebab malu atau ego dia tinggi,
tak pun dia takut awek dia panggil dia mat romeo..
sebab mentaliti sesetengah orang,kalau mudah sangat nak ucap 143 ialah lelaki buaya darat..
betul ke?

apa pun...
marilah kita sama-sama menjaga pasangan kita sebaik mungkin,
jaga tak bermaksud aku suruh kau simpan dia dalam peti besi atau peti sejuk,
cukup sekadar dia tahu kau hargai dia...

okey itu je untuk malam ni..
kenapa aku buat entry ni..
sebab....sebab tiba-tiba je aku dah tak ada idea.

05 April 2010

2 hari bersama member baikku..

Salam,
Selamat petang,
hohoho~
rindu aku tak?

maaf ye aku dah berhari-hari tak menjengah blog kesayangan ni.

aku terlalu sibuk...
dengan aktiviti-aktiviti berjalan.

dari hari jumaat jadual aku padat sehinggalah semalam.
Fuhhh..puas aku merayap ngan dating..
suke~ semalam Michael Scumacher melambai tangan kat aku..
ops! entry kemudian ye.

la ni nak bercerita kegiatan tak bermoral aku dengan ila.




Hari pertama-Jumaat

Lepas temu janji dengan pakar aku terus gi amik ila dan menuju ke Mid valley.
kitaorang terus pergi GSC nak beli tiket 3D 'How to train your dragon'
memang best gila,lebih best berbanding 'Alice in Wonderland'
sebabnya aku tengok Alice tak sampai habis aku dah keluar.
3D okey masa aku tengok Alice tu..ntah bukan kegemaran aku kot.
Kalau betul-betul kartun macam Shrek,toy story,madagascar hah tu kau boleh belanja aku.


Set nasi ayam kat Food court mid valley.

Kitaorang layan Mc'D sebelum masuk wayang













ops lupa...
selepas makan kat foodcourt,kitaorang gi 'Sony Expo' kat situ gak.
best wooo...
tapi aku telah kerugian...kerana tak dapat beli camera keesokan harinya...
sampai bilik pun dah malam.
hari kedua - Sabtu
PAgi-pagi lagi aku dah kejut ila bangun,
paksa dia teman aku pergi mid valley lagi,
aku nak sangat beli camera dekat 'Sony Expo'
tapi,akibat kelalaian aku...
kitaorang terlupa nak kumpul stamp untuk mendapatkan gajet-gajet separuh harga yang ditawarkan dan kami terlepas untuk camera yang murah tu....huwaaaaa~
setelah kecewa,aku dan ila pergi sarapan di Mc'd,
harusnya kecewa terus jadi orang barat..muahahaa..
pergi menghabiskan duit dekat Crocs...dapat selipar baru...
Terima kasih En.Bf....
Untuk tidak terus mengecewakan diri sendiri,
pergi jusco beli ais krim sebelum keluar dari mid valley..


Wall's yummy coklat

Dia bersyukur sebab ada kawan 'gila' macam aku,huhuhu
dalam perjalanan ke PWTC,kitaorang lepak dekat depan Istana Negara untuk menikmati ais kerim...
KEmudian kami menuju ke PWTC untuk pameran kasut Malaysia..huwaaaa...bertambah gila melihat segala macam kasut.



okey,pompuan ni beli sampai dua pasang ye..aku pun hampir terjebak.Tapi memikirkan selipar aku yang agak mahal tu...terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki kasut tumit tinggi dari Bill Keith...huwaaaaa






















Kasut yang pelik-pelik ni semua hasil rekaan,pereka-pereka muda tempatan.Sangat pelik dan menarik,dan aku yakin diaorang boleh pergi jauh...





Kasut rekaan Jimmy Choo,kau nampak harga dia?mahal wei...
letak dalam bekas kaca lagi siap ngan pengawal...
aku yang tengok pun hanya mampu menelan air liur....
fuhhhhhh.....
mahal sangat,
yang aku amik ni satu je,ada beberapa pasang lagi yang bernilai dalam ratus ribu...
nanti aku cerita pasal semalam ye..pasal F1 dan pasal Michael Schumacher lambai tangan kat aku...teruja-teruja...(^_^)








01 April 2010

Kahwin muda...

Salam,
tadi masa berjalan-jalan ke blog orang lain,
aku ada terbaca pasal pelajar pintar yang berusia 15 tahun nak kahwin dengan kekasihnya berumur 19 tahun.

Korang pelik?
aku tak pelik,
dia memang pandai.kelebihan yang tuhan bagi kat dia.

Sapa kata salah kahwin muda?
tak salah nak kahwin muda,baguslah elak maksiat.
Kahwinlah..kahwin cepat2.

kalau ikut umur,
kita mesti cakap
'eeee...sengal budak ni,umur baru 15 tahun dah nak kahwin.Dahlah pandai,rugi je kahwin awal macam memusnahkan masa depan sendiri'

Tapi ada dia peduli apa orang nak cakap?
tak da meh~

yang paling buat aku berfikiran,
orang tua dia tak setuju,tapi dia nak kahwin gak dengan bf dia...erm...

Korang ingat tak?
BEberapa bulan lepas masa kecoh pengantin baru lari ikut bf dia....
kau tau mak pompuan cakap apa..?
mak dia malu dan terluka dengan sikap anak dia...

kau tau hukumnya bila hati mak kau terluka?
eh... taklah dosa kecik je tu,kau lari lah lagi jauh..pergi-pergi mana kau nak pergi ikut bf kau...

gila tau dah jadi bini orang nak lari-lari bagai..
dosa besar ma..x cium bau syurga kalau laki kau tak ampunkan.

okey..menyimpang...
pasal pelajar pintar yang muda ni...
kita tak boleh nak salahkan dia,
sebab dalam hal ni bf dia pun sama,
umur da 19 tapi tak leh nak pikiaq panjang,
kau memang boleh kahwin tapi tanpa restu orang tua,adakah kau akan bahagia?

Masa aku masih keja,Bos besar aku cakap macam ni pasal pengantin pompuan lari kut bf dia tuh...

'MEmang tak bahagialah hidup budak ni sebab buat hati mak dia terluka,korang kalau nak kahwin atau buat apa pun yang utama ialah restu orang tua..'

okey,bos aku adalah pakar motivasi,dan aku sangat hormat dia.Dia berada pada tahap sekarang ni memang atas usaha dia,dan jangan lupa restu dan doa mak dia yang tak pernah putus.

Kadang-kadang ada je aku gurau dengan En.Bf..

aku:Encik Buncit jom kita kahwin lari,nikah kat sempadan..
En.Bf:jom...

aku:aji kojol kau,nak mampos kalau mak pak aku tau..kalau dah kahwin pun bukan hidup kita bahagia...

En.Bf:hah tau pun kau yang sengal ajak kahwin lari,bukan keluarga kita tak tahu pasal kita..bongok je kan kau ni kadang-kadang..

Aku:hehehe~ (Gelak syaiton)

Aku bukan nak buat betul-betul tau,walaupun aku mampu dan boleh je kalau nak buat,tapi insyaallah aku tak kan buat.

Buat kena sumpah je dengan mama aku naya..kalau sumpah jadi yang baik tak pe,kalau mama aku sumpah jadi katak tak ke haru.


Jadi rasa-rasa kau?
bagi aku kalau dah nak kahwin sangat,bagi jelah.
karang kalau dah lari jauh-jauh lagi masalah kan.
dia darah tengah muda,memang tak akan fikir panjang.
Dia akan buat apa yang dia rasa nak buat.

Untuk PELAJAR PINTAR tu,
aku doakan kau fikir balik keputusan yang telah kau buat,
aku bukan tukang tilik yang akan kata masa depan kau akan musnah atau hancur,
itu semua urusan tuhan dan dia lebih tahu.
KAlau kau betul-betul nak kahwin,kau bincang baik-baik dengan keluarga kau.Jangan belakangkan orang tua,sebab tak mustahil esok anak kau pun boleh buat benda yang sama kat kau,malah jauh lebih hebat dari apa yang kau buat.Fikir-fikirkan dan jangan terburu-buru.

Salam sayang dari aku,
Pelajar kurang pintar...(^_^)