Sentuhlah saya

05 April 2010

2 hari bersama member baikku..

Salam,
Selamat petang,
hohoho~
rindu aku tak?

maaf ye aku dah berhari-hari tak menjengah blog kesayangan ni.

aku terlalu sibuk...
dengan aktiviti-aktiviti berjalan.

dari hari jumaat jadual aku padat sehinggalah semalam.
Fuhhh..puas aku merayap ngan dating..
suke~ semalam Michael Scumacher melambai tangan kat aku..
ops! entry kemudian ye.

la ni nak bercerita kegiatan tak bermoral aku dengan ila.




Hari pertama-Jumaat

Lepas temu janji dengan pakar aku terus gi amik ila dan menuju ke Mid valley.
kitaorang terus pergi GSC nak beli tiket 3D 'How to train your dragon'
memang best gila,lebih best berbanding 'Alice in Wonderland'
sebabnya aku tengok Alice tak sampai habis aku dah keluar.
3D okey masa aku tengok Alice tu..ntah bukan kegemaran aku kot.
Kalau betul-betul kartun macam Shrek,toy story,madagascar hah tu kau boleh belanja aku.


Set nasi ayam kat Food court mid valley.

Kitaorang layan Mc'D sebelum masuk wayang













ops lupa...
selepas makan kat foodcourt,kitaorang gi 'Sony Expo' kat situ gak.
best wooo...
tapi aku telah kerugian...kerana tak dapat beli camera keesokan harinya...
sampai bilik pun dah malam.
hari kedua - Sabtu
PAgi-pagi lagi aku dah kejut ila bangun,
paksa dia teman aku pergi mid valley lagi,
aku nak sangat beli camera dekat 'Sony Expo'
tapi,akibat kelalaian aku...
kitaorang terlupa nak kumpul stamp untuk mendapatkan gajet-gajet separuh harga yang ditawarkan dan kami terlepas untuk camera yang murah tu....huwaaaaa~
setelah kecewa,aku dan ila pergi sarapan di Mc'd,
harusnya kecewa terus jadi orang barat..muahahaa..
pergi menghabiskan duit dekat Crocs...dapat selipar baru...
Terima kasih En.Bf....
Untuk tidak terus mengecewakan diri sendiri,
pergi jusco beli ais krim sebelum keluar dari mid valley..


Wall's yummy coklat

Dia bersyukur sebab ada kawan 'gila' macam aku,huhuhu
dalam perjalanan ke PWTC,kitaorang lepak dekat depan Istana Negara untuk menikmati ais kerim...
KEmudian kami menuju ke PWTC untuk pameran kasut Malaysia..huwaaaa...bertambah gila melihat segala macam kasut.



okey,pompuan ni beli sampai dua pasang ye..aku pun hampir terjebak.Tapi memikirkan selipar aku yang agak mahal tu...terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki kasut tumit tinggi dari Bill Keith...huwaaaaa






















Kasut yang pelik-pelik ni semua hasil rekaan,pereka-pereka muda tempatan.Sangat pelik dan menarik,dan aku yakin diaorang boleh pergi jauh...





Kasut rekaan Jimmy Choo,kau nampak harga dia?mahal wei...
letak dalam bekas kaca lagi siap ngan pengawal...
aku yang tengok pun hanya mampu menelan air liur....
fuhhhhhh.....
mahal sangat,
yang aku amik ni satu je,ada beberapa pasang lagi yang bernilai dalam ratus ribu...
nanti aku cerita pasal semalam ye..pasal F1 dan pasal Michael Schumacher lambai tangan kat aku...teruja-teruja...(^_^)








No comments: