Sentuhlah saya

30 April 2010

Budak Perempuan...

Salam,
selamat tengah hari,
Hari ni hari jumaat...suke~

Lot thing to do...
ngeh..ngeh...
nak balik kampung ...
excited...


Okey abaikan,
tadi masa aku masuk kelas....
aku nampak anak murid aku tutup mulut dia pakai sapu tangan.
pastu aku pun...

Aku:Kenapa awak tutup mulut?sakit?
Pelajar perempuan:Tak cikgu....
Aku:habis tu?kenapa dari semalam tutup mulut je.
Pelajar perempuan:(menggeleng sambil tunduk kepala)
PElajar Lelaki 1:dia ada misai cikgu...hahaha
Pelajar Lelaki 2:dia kena tumbuk cikgu.
Aku:hah! kena tumbuk dengan sapa?
PElajar perempuan:Dengan perempuan gak cikgu.

Aku:apa yang awak buat sampai kena tumbuk?awak kacau Bf orang?
Pelajar perempuan:x cikgu,bf dia yang kacau saya.
Aku:habis..awak tak pertahankan diri awak?
Pelajar perempuan:tak cikgu.Saya x nak jadi hal...

aku cuma mampu membebel dan nasihatkan dia,pecah gak bibir kena tumbuk.Aku tanya mak dia tau ke x.Dia kata mak dia tak tau,sebab mak dia balik keja lewat malam.MAk dia lecturer.

Aku tak kisahlah mak dia lecturer ke,pegawai tinggi ke...dalam bab ni aku ingatkan diri aku sendiri.Esok kalau aku dah berkerjaya dan dah ada anak,aku x nak terlalu utamakan kerja berbanding anak..kenapa?Gila kau anak kena tumbuk tapi kita tak tau apa2.


Aku bising gak ngan pelajar aku,kenapa layan lelaki sebarangan,sebab kebanyakan lelaki tak boleh dipercayai,hah akibatnya pecah bibir.Muka dah cantik tapi bibir pecah.

aku kesian gak ngan dia,yelah aku mengajar dia,haruslah aku amik tau apa yang berlaku kat dia.bila dah jd mcm ni,apa yang dia dapat?luka...

Muhasabah diri...muhasabah diri..

bukan mudah nak besarkan anak dalam keadaan sosial kita yang teruk...
aku pernah suarakan kat En.Bf...

aku:b,esok kalau kita ada anak,nak ajar camana ye?
En.Bf:sayang anak pun x da,tapi dah tanya soalan macam2.
Aku:b,kita kena fikir ke depan.Insyaallah kita akan kahwin...dan akan ada anak..
En.Bf:ok,then?
aku:b...cuba u fikir....kita ni dah lah akhlak tunggang-langgang,jadi camana nak jaga anak bebaik supaya jadi anak yang soleh dan solehah.
En.Bf:erm...erk....


Permasalahan dah timbul depan mata,walaupun pangkat aku dengan anak murid hanyalah sebagai kakak dan adik....tapi naluri seorang wanita memaksa aku mengambil tahu macam2 pasal apa yang berlaku.

Kalau kau masuk sekolah yang aku mengajar ni memang sakit jiwa kalau kau terlalu LEMBUT..budak2 sekarang tak boleh dibagi muka sangat...

Kadang2 penat gak memikirkan perangai budak2 ni...tapi tanggung jawab kan...

entahlah...
aduhai anak2 muridku...

No comments: