Sentuhlah saya

21 April 2010

Tak setuju....

Salam,
selamat petang,
maaflah x dapat nak update hari2..
sibuk dan kepenatan.
sekarang memblogging adalah perkara ke....
ke berapa ye?

hahaha2
entah x da mood lah semenjak kerja ni,
SAKIT kan?

sebenarnya aku nak cerita pasal semalam.
masa aku nak gerak pergi kantin,kerani pun sampai kat bilik guru bagi aku slip kelas ganti.
wuhaaaa kena masuk kelas lain sebab cikgu diaorang mc.
Jadi dengan langkah penuh kelaparan aku pon berjuang mencari kelas tersebut.

Akhirnya aku jumpa atas bantuan pelajar kelas aku,
tengah2 sibuk melayan pelajar2,tiba2 ada seorang cikgu masuk sambil membawa rotan di tangan.
dia terus jerit:


"pelajar lelaki bangun dan ke depan,kenapa tak turun masa PJ tadi?"

zasss...

zassss....
zassssss...

(bab ni aku tak berani nak tengok,aku cuma mampu dengar je bunyi2 libasan tu,macam nak gugur jantung aku)

lepas je cikgu tu selesai bagi habuan dan keluar..
aku pun terus bangun periksa pelajar2 nak tahu ada yang CEDERA atau tidak.

dalam sibuk2 aku memeriksa:


pelajar cina:cikgu2...sini tangan dia kena rotan (dalam pelat cina)
aku:kenapa?

terkejut gila okey,aku tengok tangan pelajar tersebut,berbirat.Pelajar tersebut memang dah nangis.

Gila kalau tak nangis,kuat gila orang tua tu libas,nasib budak ni tak baik dan terkena kat tangan dia.aku?

marah+kesian=marah dekat cikgu yang suka2 je merotan dan kesian dekat pelajar aku sebab tangan dia tak boleh nak gerak,menggigil2 kau.

Aku terus suruh ketua kelas carikan minyak gamat..

Aku takut gila masa tangan dia menggigil2,
cuak beb...
dah lah tak boleh gerak langsung.


mungkin betul kesalahan diaorang sebab tak turun waktu tu,
setelah aku siasat,awal2 pagi lagi budak2 ni dah cari cikgu tersebut..tapi cikgu tu yang tak dapat dikesan.JAdi siapa yang harus disalahkan?budak2 atau cikgu.

Tak salah ye kalau nak sebat murid,tapi bukan dengan begitu kuat sampai tangan anak orang tu tak boleh gerak...sampaikan pelajar lain boleh cakap lagi..

Pelajar:cikgu dia tak boleh pukul sampai macam ni.
aku:saya tau,tapi kenapa awak semua tak turun masa waktu dia.
pelajar:tapi cikgu,dia tak payahlah pukul kuat sangat.
aku:macam ni lah,kalau waktu dia lain kali awak terus tunggu kat padang,jangan berganjak sampai habis masa.

semua pelajar cuma diam dan angguk je.

Hati aku tersentuh gila bila tengok tangan dia,tambah bergenang air mata sebab aku yang sapu minyak dan belek tangan dia.

Aku setuju kalau hukuman dijalankan dengan rotan,tapi aku TAK SETUJU kalu cikgu nak merotan suka2.

Setahu aku,rotan hanya diberikan pada Guru Disiplin.Yang peliknya kenapa dia..cikgu yang bukan guru disiplin boleh dapat pegang rotan,sampaikan semua cikgu pun senyap je dengan tindakan yang dia buat.huwa.....daripada hormat sampaikan hilang rasa hormat kat dia.


Ikut suka2 dia je nak sebat anak orang dan lebih2 lagi ikut suka2 dia je nak cakap apa.Tak kiralah dengan cikgu atau pelajar.

DIA yang aku maksudkan adalah cikgu yang dah tua tapi perangai melampau.

Hati aku memang sakit bila tengok tangan budak tu bengkak.
Dengan rasa tak puas hati aku ngadu dengan guru kelas diaorang,

Tangan dia tak boleh gerak sampai waktu rehat,nasiblah budak tu kidal.Owh libasan tu terkena kat tangan kanan tau.Aku tak tau cikgu sapa yang bawak dia gi klinik dan hantar dia balik.

Nasib Cikgu tua ni baik sebab pelajar tersebut tak berayah dan cuma ada ibu yang dah tua serta seorang kakak.

Cuba kau bayangkan kalau budak tu ada bapak dan bapak dia jenis terpelajar atau jenis yang ambil berat sangat2 kat anak2,sudah pasti laporan polis akan dibuat.

Tapi padan muka Cikgu TUa ni gak,sebab Pengetua dah marah2 dia.Hahahaha2 aku suka.

Aku pun spesies manusia garang,tapi belum sampai tahap nak libas anak orang ye,kecuali pelajar aku betul2 buat salah yang berat baru aku hantar pergi bilik cikgu disiplin,HANTAR tau bukan aku yang sebat sendiri.

okeylah nanti2 aku update lagi,penat+ngantuk.

bye2

4 comments:

Lyn Yusoff said...

kuang ajaq punya cikgu..
dah lah tua.. pastu suka2 nak rotan org. eeiiii geram tul kak lyn...

cik syahira said...

beb, kau mmg gigih la jd cikgu. sampai bila stay kat sana?

lily lotus said...

kejadian sebenar ni..aduh tak dpt nak bayangkan kalau anak sendiri yg kena

syazana said...

Lyn Yusoff:itu k.lyn baru baca,kalau k.lyn nampak depan mata lg sakit hati,berderau darah dengar libasan rotan tu.


Cik Syahira:hahaha2 mama aku paksa dowh.sampai akhir bulan 5 aku kat sini.


lily lotus:kalau anak sendiri memang kena berdepan dengan Cikgu tua tu,yang tolong sapu minyak ni tak sampai hati lagilah si ibu yang melihat.