Salam,
selamat pagi..muahaha..
aku tak tau lah sekarang ni aku memang malas sangat nak menulis...
mungkin sebab aku sibuk kot.
kot lah kan....
entry aku ni selalu benda yang sama,pasal aku,hidup aku dan cinta...
cinta aku luas ye..tak termaktub untuk manusia je.
walaupun aku tau kadang-kadang kau nak muntah hijau sebab aku asyik tepek gambar En.Bf je..
yolah2 lain kali aku letak gambar ex-boy aku si FAhrin Ahmad,tak pun gambar Brad pitt ke?
mesti korang suke...kan?kan?kenapa?
korang tak suka Fahrin pasal dia nangis hari tu ke?
tapi aku suka,aku minat sangat...nak tau kenapa?
sebab dia artis yang ada pendidikan dan ada personaliti sendiri...
kalau ditelek-telek balik lah.
apa pun ada aku kisah?
hahaha~
kali ni aku nak bercerita dan bertanya.
Adakah lelaki sukar untuk mengatakan yang dia CINTAKAN kita atau SAYANG kat kita?
dulu masa mula-mula aku berjinak-jinak dengan En.Bf,
liat betul dia nak cakap 143 (I LOVE YOU) kat aku..
aku ni plak pompuan yang kalau tak dengar dia sebut tak puas hati.
Genap setahun bercintun barulah dia lafaz 143 tu kat aku,
terkejut gak aku masa tu,macam kena renjatan elektrik..
bila aku tanya kenapa susah sangat nak ucap 143,
dia kata kalau simpan dalam hati,perasaan sayang tu lebih besar berbanding masa diucapkan.
tapi aku rasa dia malu sebenarnya,
sebab tu dia bg jawapan macam tu,
sebabnya sekarang ni aku pulak yang lokek nak sebut 143,
tapi dia tiap kali nak letak telefon sebelum tido dia mesti cakap 143...
hehehe~
kalaulah dia tahu yang aku pernah je ketawakan dia pasal ni..
yelah poyo,mula-mula malu nak cakap kat aku...
sebenarnya itu tanda yang bagus untuk aku,
kalau tak selama ni dia keras je macam tiang elektrik,
tak faham aku langsung.
selama 6 tahun bercinta dia belajar memahami juga pasal aku ni...
aku yang KURANG sempurna.
kira oklah tu dia dah mengalami anjakan paradigma..hahaha~
suke~
En.Bf bukanlah lelaki yang akan bagi bunga pada aku tiap kali jumpa aku atau tiap kali aku merajuk atau tarikh-tarikh penting dalam hidup kitaorang...
dia akan bagi bunga bila dia rasa dia nak bagi dan bukan aku yang mintak..
dari aku mintak dia bunga baik aku mintak dia belikan aku coklat.
Kenyang gak perut aku yang semakin berlipat ganda ni...
dia memang tak romantik,
kalau dia nak cakap benda romantik pun terabur BM dia..
haha2
kadang-kadang sampai merah muka dia untuk menuturkan ayat-ayat yang romantik..kesimpulannya dia akan nyanyikan lagu je untuk aku...kiranya sama maksud dengan apa yang dia nak sampaikanlah....(^_^)
okey,kalau dia baca ni mesti dia piat telinga aku,tak pun tepuk dahi aku macam selalu...
bukan mendera ye,tapi tulah perangai kitaorang..
dia akan tepuk tepat-tepat kat dahi aku macam kau tengok movie hantu cina yang kepala dia kena tampal azimat tu..
hah macam tu lah aku kena...
Lepas tu aku akan jerit kuat-kuat kat dia sambil kata..'bongooooooooooooooook lah kau ni'
*sigh,banyak benda aku nak kena ubah.
fuhhhhh...
selain aku dah kedekut nak ucap 143,
aku pun cepat je naik angin,benda kecik pun aku marah-marah.
sampai kadang-kadang kesian aku tengok muka kelat dia.
Tapi alhamdulillah dia faham aku dan terima aku seadanya..
ops! pembetulan tak adalah seadanya,
sifat malas aku tu dia suruh ubah,
sifat pemarah aku tu dia suruh kurangkan sikit,
sifat apa lagi ye...owh banyak je yang tak betul.
tapi tak da pulak dia sebut...
atau dia memang ada sebut dan aku lupa..
ya ampun...hahaha~
tapi bagi aku,
lelaki memang sukar untuk mengatakan sayang dan cinta untuk wanita yang dia sayangi dan cintai...
mungkin sebab malu atau ego dia tinggi,
tak pun dia takut awek dia panggil dia mat romeo..
sebab mentaliti sesetengah orang,kalau mudah sangat nak ucap 143 ialah lelaki buaya darat..
betul ke?
apa pun...
marilah kita sama-sama menjaga pasangan kita sebaik mungkin,
jaga tak bermaksud aku suruh kau simpan dia dalam peti besi atau peti sejuk,
cukup sekadar dia tahu kau hargai dia...
okey itu je untuk malam ni..
kenapa aku buat entry ni..
sebab....sebab tiba-tiba je aku dah tak ada idea.
No comments:
Post a Comment