Sentuhlah saya

17 April 2010

MAAFKAN AKU

Salam,
selamat petang...
aku dalam perjalanan pulang ke Batu pahat, johor.

HAri ni sebenarnya aku terlepas even Gatsby Deodorant street Fair kat Times Square..
so..so..so...sorry...
aku ingat sempat nak pergi,
memandangkan banyak hal yang perlu diutamakan dan event ni hanyalah pilihan,
maka aku memilih yang penting dan terpenting sahaja.


aku dah bangun awal pagi tadi,
kerana terlalu letih aku tido balik,
bangun je dr tido aku packing barang yang nak bawak balik johor.
jadi event itu terpaksa aku lupakan.
kepada blogger2 lain selamat sudah bersuka ria...

dan kepada insan2 yang sudi menjengah blog aku,
maafkan aku ye,
tak sempat mengupdate,memandangkan ada tanggung jawab lain yang terpaksa aku galas,tanggung jawab yang lebih penting dari berblogging..

tiba2 aku terfikir,
adakah selepas aku berkahwin nanti aku masih sempat untuk berblogging?

aku sempat baca blog secara ala kadar je...
tak sempat nak tinggal komen kat blog2 korang yang aku singgah.

banyak aku nak update tapi terbantut.
life aku sangat kelam kabut sekarang ni,
untuk pengetahuan kau,
aku sekarang terikat dengan KONTRAK GURU GANTI untuk 2 bulan,
jadi sekarang life aku sebagai guru untuk sementara,
aku mengajar Bahasa Melayu untuk PMR dan Sejarah untuk Form 4.

bila balik dari sekolah aku akan tolong mama uruskan rumah sampai ke petang baru rehat sekejap,malamaku study....study untuk tesis dan study untuk mengajar budak2 tu keesokan harinya.Sebelum tido kena iron baju dan TUDUNG okey.
sepanjang aku mengajar ni dah 3 pasang heel aku putus...*kenyataan ini hanya untuk En.Bf


jadi kau dah faham yang jadual aku sangat padat.Aku tak ada masa untuk diri sendiri pun.
Tak pe berkorban sedikit demi masa depan.
owh....sudah ada perangkaan untuk projek mega...
doakan aku dapat kerja ye...untuk laksanakan projek mega,aku harus ada kerja.

La ni live update tau dari dalam bas ekspres K.K.K.L.
Tak sampai 24 jam aku kat UPM,
aku dah balik Johor lagi.

owh..nanti sambung lah,kepala pening bas bergegar.

2 comments:

lily lotus said...

gigih betul u..apepun jgn lupa rest kay

syazana said...

nak wat camana,demi masa depan..hehehe2