Erm..masa ni baru balik dari menonton pementasan 'seseorang yang terkenal' oleh kumpulan teater UPM. Syabas ye..sebab korang berjaya pentaskan dengan baik sebab skrip ni diadaptasi.
Tapi teater dari universiti lain aku tak sempat nak tengok, masa ni tengah sibuk sikit. Tapi aku dah cukup puas hati sebab dapat tengok lakonan kawan-kawan, sebagai tanda sokongan yang tak pernah padam untuk diaorang. Bagus juga aktiviti seperti ini diadakan, sekurang-kurangnya kita dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang pementasan teater ni. Aku ni nama je pernah berlakon tapi kalau naik pentas menggigil lah juga, darah gemuruh hehehe. Ingat lagi masa mula-mula nak ambil minor seni persembahan, aku tak fikir panjang terus je isi borang tanpa tanya pendapat ayah dan mama. Dah isi baru aku tanya pendapat diaorang, ayah merajuk dengan aku tak lama tapi aku terasa lah juga, bukan nak membelakangkan orang tua tapi aku nak cuba sesuatu yang baru dalam hidup,mesti korang fikir aku terlalu bergantung dengan orang tua aku kan?nampak je macam tu, saja je tanya diaorang mana tau kadang-kadang kita tak nampak buruk baik satu-satu keputusan yang kita buat jadi pandangan orang tua ni kadang-kadang berguna untuk kita jadikan panduan hidup, yelah sebab diaorang lebih tau percaturan hidup brbanding dengan kita betul tak?Sekarang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Dulu masa sekolah asyik berlakon pantomim dengan sketsa je sekarang lah masanya untuk aku melangkah setapak lagi ke hadapan untuk mendalami bidang lakonan ni. Mama tak banyak halangan asalkan aku tak mintak untuk mohon inspektor lagi sekali sudah, katanya dia takut aku kena tembak hehehe(jauh betul pemikiran mama aku). Sebenarnya ayah tak adalah merajuk sangat, cuma aku boleh definisikan yang dia kecewa sikit aku tak ambil pengurusan. bukan tak nak, tapi aku bab kira-kira dan rumus ni aku lemah sikit. Sebab tu masa sekolah aku tak pernah dapat A dalam subjek akaun, matematik dan ekonomi. Siapa yang tak suka duit? semua orang suka duit cuma masalahnya aku tak suka matematik, lama juga aku ambil masa nak fahamkan ayah dengan minat aku, dia kata bidang ni tak ada masa depan. Nak tau jawapan aku (sememangnya aku seorang yang degil bukan tak sayang ayah tapi tak boleh tahan hati untuk belajar sesuatu yang baru) aku cakap dengan dia bumi Allah S.W.T ni luas rezeki ada kat mana-mana je, yang penting kita bersungguh-sungguh. Belajar sesuatu bidang tak bererti kita akan berjaya dalam bidang yang sama, yang penting kita kena menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Ayah aku ni pelik sikit, kalau dia tak suka, dia lebih suka diam dari berkata-kata, bila dah hilang sabar baru dia marah (tapi aku takut sebenarnya dengan dia). Ayah walaupun tak suka, kadang-kadang dia 'layankan' juga minat aku, kalau dia ada ternampak kat mana-mana iklan mengenai teater dia akan bagitau. Tak apa lah ayah walau apa pun TERIMA KASIH yang tak terhingga.
No comments:
Post a Comment