Sentuhlah saya

26 November 2010

Ibadah

Salam,
selamat pagi.

Salam Jumaat..
hari ni hati agak tenang...
semoga segala urusan dipermudahkan.
Tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku,yang penting setiap hari yang mendatang kita akan cuba jadi lebih baik dari SEMALAM.

JAdi apa kata kalau tiap2 hari jumaat aku tarbiyahkan korang..hahaha
kita share ilmu sikit pasal agam.
Asyik cerita pasal hidup je kan,mana datangnya nyawa kalau tak dari DIA,betul?

entry lepas aku ada cerita pasal BABI.
la ni aku nak share pasal wuduk.

mesti korang kata 'eleh tak payah bgtau pun tak pe,kitaorang solat cukup tak macam kau'
see..hahaha..confirm ada meh cakap macam ni.
JAdi tujuan aku kongsi ni untuk sapa2 yang tak tau lagi,atau jarang solat macam aku atau sekadar baca untuk kuatkan lagi ingatan atau apa2 lah.

mula2 kita mulakan cerita dengan bahagian air dulu.

(1)Air Mutlak
=Air yang suci lagi menyucikan (air telaga,air mata air,air hujan,air laut,air sungai,air embun,salji)

(2)Air mustakmal
=Air yang sudah digunakan untuk membasuh yang fardhu sama ada air mengangkat hadas kecil atau hadas besar dan air yang bercampur dengan sesuatu yang suci seperti air kopi.

(3)Air musyammas
=Air yang terjemur di bawah panas matahari di dalam bekas yang berkarat.

(4)Air Mutanajjis
=Air yang sedikit (kurang dari 2 kolah (170 liter)) dan bercampur dengan najis.


Okey,setakat yang aku tau kita diwajibkan berwuduk sebelum solat kan?
ni kita cerita pasal AKU lah ea,aku yang kurang tau bab agama.
Sebelum ni aku ingat kita mesti ambil wuduk dengan air yang banyak,macam air yang mengalir (air paip)
hah macam tu lah,sebab aku jarang berada dalam keadaan darurat untuk ambil wuduk.Bukan tak pernah cuma kalau darurat tu aku masih ada ikhtiar lain untuk dapatkan air yang banyak untuk berwuduk.

Pak Imam tanya:
'kalau dalam keadaan darurat,dan kita hanya ada segelas air bersih untuk berwuduk,boleh tak kita mengambil wuduk dengan air sebanyak itu?'

hah,jawapan...jawapan please..
ramai yang jawab 'tak'..
aku?
aku mendiamkan diri sebab konpius kan..hahahaha *sebenarnya takut jawapan salah..

Pak Imam:
'JAwapannya,boleh.Siapa kata kita tak boleh berwuduk hanya dengan segelas air bersih.Islam itu mudah dan indah,hanya dengan segelas air je kita dah boleh berwuduk.Tak semestinya kita perlukan air yang banyak dan mencurah2.Wuduk itu juga membawa erti 'meratakan' air ke seluruh anggota wuduk.Kalau guna banyak air pun,tapi masih tak rata air ke anggota wuduk maka wuduk adalah tidak sah,kerana masih ada bahagian2 yang tidak terkena air.'

Berwuduk hendaklah menggunakan air yang suci lagi menyucikan.
Bukan sahaja menggunakan air paip,malah air telaga,air hujan,salji..
lihat KEINDAHAN islam.
Kalau korang nak gunakan air kolah boleh,tapi pastikan yang air itu melebihi dua kolah.
Yelah kita kan tak tau darurat tiba2 tak ada air.

TApi aku suka ayat Pak imam tu,ISLAM ITU INDAH.
Serius aku sangat tergamam bila dia kata secawan air boleh dibuat wuduk...kau?

Kalau misal kata tak ada air pun korang masih boleh bertayamum (wuduk menggunakan debu)
bab tayamum ni bukan aku tak nak terangkan tapi aku masih kurang jelas.nanti kalau ada info2 yang menarik aku bgtahu lagi ea.

P/S:Kalau info aku salah,sila betulkan.KAlau ada yang kurang sila tambahkan.

No comments: