Sentuhlah saya

03 November 2010

One step ahead

Salam,
RAsa macam tak nak tulis apa2.
aku nak sambung mengedit tesis.

Tapi aku sangat2 stuck..serius kepala aku melayang2 seolah2 macam berkhayal.
Malam tadi lagi sekali aku bergaduh dengan mama aku..
tak adalah sangat2 teruk cuma entah tb2 rasa tak puas hati kat ayah aku..
kenapa ye ada rasa benda merepek2 nih..
huhuhuhuhu

Aku tak suka orang layan aku macam aku tak boleh nak tentukan hidup aku sendiri.
Aku tak salahkan orang tua aku,
cuma dalam waktu ni bukan waktu terbaik untuk aku berbincang dan sebagainya.
HArap2 semuanya okey lepas hujung minggu ni.

MAlam tadi aku melalui situasi di mana aku telah menyebabkan adik aku pon kena tempias amarah mama,
sebab adik aku pertahankan aku..
kenapakah?
kenapa mama tak nampak benda yang dah berpuluh tahun mama nampak..
aku macam entah..meluat dengan keadaan.

Sebelum aku hantar atuk balik pagi tadi..
aku cuma mintak nasihat apa yang patut aku buat..
dan atuk cuma kata...'kau buat je apa yang kau nak,kau jangan layankan sangat kerenah orang lain,nanti kepala kau sakit'.

Sekarang aku rasa agak lega sikit tapi perlu bersemuka dengan mama aku tentang banyak perkara,
sebab aku dah tak nak mintak pendapat atau apa2.
Dalam kepala aku sekarang ni,aku nak selesaikan apa yang patut aku selesaikan dulu.
Dan aku perlu menghargai hari2 yang berlalu tanpa sesalan.

PAgi tadi aku bangun dengan tekad yang mana aku tak nak menangis sebab aku tak mampu nak puaskan hati semua orang, aku tak nak menangis sebab aku diperlakukan macam budak2 sedangkan orang lain tak, aku tak menangis sebab adanya unsur2 batu api.

Sekarang adalah masa untuk aku bina jalan hidup aku sendiri,bukan aku tak perlukan orang lain.MAsa aku kat UPM pon tak ada sapa yang amik tau,semua aku buat sendiri,duit yuran,duit makan,duit kereta,aku sihat atau tak,aku hidup atau mati,aku makan atau tak..semua aku sendiri dan tak pernah ada seorang pun yang call dan tanya macam mana keadaan aku,malah aku selalu ditekan yang kat RUMAH dah terlalu banyak masalah dan aku diminta tak menambahkan masalah.

Jadi sekarang aku nak teruskan balik keadaan yang sama,di mana orang lain jangan banyak bunyi.Masing2 uruskan bahagian masing2,cukup.


Berdiam adalah lebih baik dari berkata2 dan melakukan adalah lebih baik dari berdiam.

Aku pon bukan budak2 mungkin aku sendiri yang teringin guide line dari orang yang lebih dewasa,tapi percaturan aku silap.

JAdi aku lebih rela meluahkan perasaan pada orang2 yang boleh faham sahaja,sekarang aku sangat stress.aku tak boleh nak buat satu kerja pun..langsung tak boleh..aku rasa seperti mahu mandi dan berendam di dalam air yang sangat sejuk supaya segala beban kat kepala+jiwa ni hilang.

Serius aku sudah letih menangis.
Letih sangat..
mungkin betul kata kawan aku...
kerana terlalu pentingkan hati orang lain,aku sendiri SAKIT.

I need someone to hug me..pleaseeeeee ='(

No comments: