Salam,
selamat pagi...
pagi yang sejuk bertambah sejuk sebab ada aircond..hahaha
mood swing2 sebenarnya,
satu malam aku tak lena tido.
atok aku sakit..dia tak sihat.
jadi sepanjang malam dia merengek je..adeh~
Bukan merungut,
cuma semalam aku tengah stress jadi aku perlukan tido ang cukup.
kalau aku tak cukup rehat mood aku memang macam haram lah jawabnya.
Atuk aku dari hari tu demam tak baik-baik.
dah ajak pergi klinik tapi dia tak nak.
Malam tadi memang dia sakit kepala sangat2 sampai mata dia tak berapa nak nampak.
aku dah mula geram nak bebel2.
Yelah penat aku nasihat tapi tak mau dengar.
pagi tadi dia merungut2 cakap kepala sakit nak pergi mintak air dengan pakcik sedara aku,
dengan alasan yang lepas mintak air kepala dia terus baik..
ha amik kau aku bagi sedas.
*jangan ikut macam aku ye,aku cucu yang tak elok.
Aku bebel dari A sampai Z.
aku paksa gak dia pergi jumpa doktor,
sepanjang aku bebel dia diam je.
Aku cakaplah..
"atok,hari dah mintak air konon boleh baik,la ni kena lagi baik hapanya?jangan nak bagi alasan percaya sangat benda2 pasal air ni,pergi chek doktor entah sakit apa yang kita tak nampak,dulu kawan along cerita,ada member ni asyik sakit perut je,mak dia sibuk mintak air sana sini percaya anak kena kacau hantu,berpuluh ribu habis jumpa bomoh je.Sekali bawak pergi jumpa doktor rupanya dia kena appendiks.Nasib tak pecah kat dalam kalau tak mati sia2 je percaya air sana sini."
dia macam nak menjawab lepas tu aku bagi sedas lagi..
"memang boleh mintak air atau guna rawatan tradisional ni,tapi kan kita disuruh berusaha.bermaksud rawatan secara sains pun perlu jugak.Atok jangan lupa sains itu pun ilmu dari Allah,jadi sila siap2 along hantar pergi rumah mak long nanti dia bawak atok pergi chek."
dan dia menurut je kata aku tanpa membantah.
serius aku hati kering gila masa basuh atuk aku..
sapa tak sayang atuk oi..
aku ni bukanlah penyabar sangat,
serius aku boleh naik angin kalau melayan kerenah orang tua..*see bukan manusia yang baik kan.
TApi aku cuba gak layan...
malam tadi tiap2 jam dia kejut aku..
Ya Allah tuhan je yang tahu.
berdenyut2 kepala aku.
LEpas ni kalau dia sakit sikit je memang aku terus hantar ke klinik..
tak ada alasan nak mengada2 dengan aku.
*atuk aku memang liat nak jumpa doktor,ntah apa yang dia takut sangat jumpa doktor.padahal tiap2 hari makan ubat macam2..peliks...
Pagi ni je semua orang call aku tanya atuk macam mana.
Letih aku nak menjawab..hahaha
aku nak buatkan FB untuk atuk aku lah...
amacam bergaya?
boleh post selalu pasal kesihatan dia..
maka semua family members boleh alert..hahaha
*sila lempang.
Atuk,along mintak maaf malam tadi along bukan tak nak bercakap atau apa2,tapi kepala along sakit sangat,berdenyut2.Macam nak muntah,mintak maaf sangat2 la ni pon along masih ting tong sebab tak cukup tido.Jangan kecik hati ye,nanti ada masa kita lepak lagi...
Hahaha...
No comments:
Post a Comment