Sentuhlah saya

15 December 2010

Tips untuk korang lupakan Ex bf..ikhlas dari aku.

Salam,
selamat pagi..
muahaha,
tajuk entry tak boleh blah.

Okey,
entry2 sebelum aku memang pernah cerita pasal Ex-bf kan dengan korang?
jadi hari ni aku nak bagi kau tips supaya tak perlu lah nak berdendam bagai atau nak frust sangat.

Untuk imbasan pengalaman,
aku setakat hidup 25 tahun ni baru serius dengan 3 orang lelaki je termasuk En.Tunang.
Dengan harapan dan semoga tuhan dengar doa aku,biarlah En.Tunang yang teman aku sampai hujung nyawa dan aku bercita-cita mahu jadi bidadarinya di alam sana,itu pun kalau aku ni cepat2 taubat dan ingat dosa dah banyak.

MEmanglah sakit otak dan sakit jiwa bila putus cinta ni.
Tapi apa kan daya jodoh tiada..hahaha siap jadi lagu.
Belajar dari pengalaman hidup baru kau boleh tahu yang diri dan jiwa kau tu tough atau tak.JAngan sekadar cakap tapi sebenarnya kau tak tough pun.

Aku dah banyak jumpa orang macam ni,
cakap besar seolah2 tuhan tak dengar apa dia cakap.
Fikir sebelum cakap adalah lebih baik.
selalu je aku jumpa orang2 frust cinta dia akan cakap macam ni

'Eleh,setakat muka exbf/gf aku tuh,aku boleh dapat yang lagi cantik/hensemlah,tak heran pon kalau dia tinggalkan aku'.

ini ayat orang sombong sila jangan ikut ayat ini.

Kalau muka kau tu boleh dapat yang lagi bagus,apasal kau bercinta gak dengan dia?
betul?
baik kau cari yang bagus2 je untuk diri sendiri.

ada plak yang nangis2 tak henti2 *termasuk aku
aku menangis sekejap je,
tak kan kau nak menangis sampai buta,tu bodoh namanya.
yelah perasaan sedih kan,normal perasaan tu.
Tapi lagi hebat kalau kau boleh senyum lepas menangis.
hahaha

masa aku frust2 bodoh dulu,ada sorang kawan lelaki aku nih pujuk aku tau.

'dahlah jangan menangis lagi,sakitlah hati aku tengok kau macam ni.Kalau aku dapat exbf kau tuh memang aku tumbuk je.Cuba kau senyum dan ketawa macam biasa.Aku suka tengok kau ketawa,nampak cantik'

Dia memang berjaya pujuk aku,habis je dia bercakap aku terus ketawa dengan mata sepet.
hahaha..kawan2 juga merupakan terapi untuk kau lupakan exbf kau tuh.
dalam hal berkaitan masa2 genting tu kau harus bersama dengan kawan2.
jangan dok sorang2 karang asyik teringat dan melalak je.

Benda utama yang kau harus buat bila putus cinta,
kau nangislah puas2 sampai dah tak ada air mata.
serius kau akan lega.

Kemudian kau cari seseorang yang memang dinamakan sebagai kawan sejati.
DAlam hal ni Tuhan lebih mendengar.

Apa pun yang kau buat sila jangan belakangkan tuhan.
Tapi secara waras dan jujurlah kan.
Bila kau sedih macam nak mati baru teringat tuhan,
barulah kata2 macam ni kau akan cakap,

'Ya,Allah kau hapuskanlah kesedihan aku'

Cuba masa kau happy ada kau hengat dia.nan ado.
aku tak cakap semua orang sama,tapi sebagai manusia kita mudah alpa dan leka dengan nikmat yang dia bagi.

Bila kau rasa dah relax sikit,
kau lepak dan enjoylah dengan kawan2 ye.
Jangan dok termenung,orang termenung ni cepat kena sampuk.
sebab fikiran dia melayang2.

Sebenarnya yang paling penting,
kau kena belajar memaafkan,
bila hati kau dah tenang dan dah berjaya memaafkan secara tak langsung kau akan redha.
percayalah.memang nak memaafkan dan melupakan itu susah,tapi kau kena fikir positif.
contoh macam aku..nak jugak

'Aku yakin mesti ada lelaki yang lebih baik untuk aku di luar sana'

Jangan sekadar cakap je,
kau kena berusaha mencari lelaki yang kau nak tu dan berdoa.
yang penting kita memang tak tahu siapa jodoh kita.

Susah okey nak melupakan first love,bukan mudah.
Tapi cinta pertama bukan yang terakhir.
(^_^)
kalau kau ikhlas sayang partner kau,
maka dia akan sayang kau lebih dari kau sayang dia.

*perbualan bertopikkan hubungan sesama manusia,bukan hubungan manusia dengan tuhan.
Hubungan manusia dengan tuhan dah memang kita tahu sejak azali,kita harus cintakan dia lebih dari segala-galanya.Tapi bila baca ni lihat dan belek diri sendiri,cukupkah cinta kita kepada tuhan?*termasuk tuan belog.

Prinsip aku satu je.
Bila kita sayang dan cintakan partner kita dengan sepenuh hati dan seikhlasnya,secara tak langsung dia akan mempunyai tanggung jawab perasaan yang sama terhadap kita.dalam erti kata yang lain kau dan partner akan ada 'instinct'.Aku tak tahu nak panggil ini deria apa sebab tak nampak kan.Walau dia buat salah sikit pun kat belakang kau,hati kau akan berdetik dan tahu.

BAb ni kau jangan percaya sangat dengan aku,sebab bila aku cakap pasal hal ni.Kebanyakan orang akan perlekehkan aku.Dulu tunang aku pon tak percaya ini,sekarang cuma dia je yang tahu macam mana rasanya.Hehehe..padan muka dia,aku cakap tak nak percaya.

Jadi,
petua utama untuk kau lupakan bekas kekasih ialah FORGIVE AND FORGET.
itu je sebenarnya.

Sejujurnya tak payah lah nak kata jangan duduk sorang2 nanti asyik teringat ces~
jangan bohonglah silap2 kau tengah duduk termenung dalam jamban kau siap fikir lagi pasal bf kau tuh.

JAnganlah kata lepak dengan kawan2 kau akan lupa..hahaha tak semua orang boleh buat kak oi,silap2 balik main bowling terus mengadap gambar exbf tuh siap nangis2.kalau kawan call nak tau ok ke tak,cakap dengan suara serak..

'aku ok je ni,suara serak sebab menyanyi kat karaoke tadi bagai nak rak dengan korang'.

Tapi,sebelah tangan pegang hp sbelah lagi pegang tuala lap air mata.
haha9 tipu itu dosa ye.

Kau jumpa kawan2 memanglah kau lupa,tapi sekejap je..bila kau dok berangan sorang2 memang kau akan ingat.Kau sibukkan diri dengan kerja yang menimbun sampai masa kerja habis jugak,tak kan nak sibuk sampai mati ye tak?

Macam aku cakap maafkan dan lupakan lepas tu kau carilah bf baru yang lagi bagus.
MEmang tak ada lelaki sempurna,maksud aku cukuplah sekadar yang sederhana tapi mampu buat kau bahagia.Kau kena fikir positif,yang kau ni the most beautiful women on earth.

Kau tak perlu nak rasa rendah diri sebab pada usia kau tuh masih single dan available.
Peduli apa orang mahu kata,sebab kalau kita ni dengar sangat cakap orang memang tak boleh nak hiduplah kita.

Kau perlu kuatkan hati dan mantapkan jiwa kau.

Okey cara aku plak.

Bila aku dah frust dengan first love tak lama aku jumpa yang second love plak.
hahaha cliche..sebagai pengganti lah konon2.
dalam masa yang sama aku ni tak ikhlas nak cinta dengan si second ni sebab asyik terkenang yang first.

Macam aku cakap tadi kalau kita ikhlas partner kita pon akan ikhlas.maka bila aku tak ikhlas partner pun ada pompuan lain.tak boleh nak salahkan dia je sebab aku pon sama salah,bingai pi kenang2 first love.macamlah dia nak balik kat kau..hahaha padan muka.pengalaman hidup kan?kau ada?

Dahlah masih terkenangkan first love,second love pulak menyakitkan hati..hahaha
apakah perasaan?serius jiwa kosong sangat?
masa ni kawan2 pujuk macam nak rak...macam2 diaorang buat untuk aku supaya aku ketawa.

Tapi berbalik pada yang asal,bila dah sedih macam nak mati baru ingat tuhan.
Mulalah minta macam2 dan buat muka tak malu dengan tuhan sedangkan solat 5 waktu selalu fail.

Masa frust tu adalah waktu yang terbaik untuk kau muhasabah diri sebenarnya.
Jadi aku minta tuhan tutupkan pintu hati aku sehinggalah aku jumpa lelaki yang betul2 untuk aku.

RAhsia Allah kita tak tahu sehingga mana dan setakat mana,betul?
yang penting kau kena berusaha,berdoa,tawakal dan ditambah dengan keyakinan.
percayalah satu masa kau akan bahagia jugak.

Allah tu kan maha adil dan maha mengasihani.

Jadi apa pun yang kita buat berbalik pada yang satu,minta dan meminta tanpa jemu.

Kita hidup kat dunia ni ada bahagian masing2,aa yang memang bahagia je tanpa masalah.ada yang memang masalah je tak tahu bahagianya bila,ada yang bermasalah dan kemudian baru bahagia,ada juga yang bahagia baru bermasalah.

Tips aku sangat panjang kali ni,sila baca dan renung2kan selamat beramal.
hahaha panjang lagi aku nak cerita pasal hidup ni.kasi lain entry okey.

Aku?
alhamdulillah,hidup aku lbih etnang dan bahagia lepas amalkan FORGIVE AND FORGET.
Kalau kau ada baca entry amukan berdarah atau apa,itu semua luahan perasaan.Habis tu tak kan ank pergi bunuh orang pulak ye tak.hahaha..

enjoy ur day.Life,Love &.......

1 comment:

Monica said...

Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.