Sentuhlah saya

14 December 2010

Tengok aku macam tak kisah.Ye kadang-kadang aku memang tak kisah pun.

Salam,

selamat tengah hari.



sihat?
hahaha..
hari ni agak gila sikit..
mungkin sebab penangan sarapan lempeng + sambal hijau..heaven~



Semalam adalah sesi melepak bersama Buddy,

memandangkan aku sangat-sangat kusut.

nampak macam hebat sebenarnya aku adalah lemah di dalam.



Haha..sesi gelak-gelak macam nak gila berjaya membuatkan aku discharged dengan baik semalam.



Okey,oleh kerana dah jumpa tentulah ada selit-selit cerita pasal majlis kahwin kan?

aku tabik spring okey kat Buddy aku nih.

dia seorang yang sangat rajin dan berbeza sangat dengan aku.

yolah kau tengok dia nak tunang je siap plan baik2.

aku ni,tunang asal boleh..tiada perancangan,tiada impian dan tiada apa2..sila tadah badan je.





Okey..

penat mahu jawab lagi..

ada kawan tanya..



'kau tak mahu buat blog macam orang kahwin-kahwin ke?'



'kau tak nak bagitau apa perancangan majlis kau ke?'



'kau tak nak..kau tak..kau ni..'



Penat sengal mahu layan semua soalan..

hahaha



Kesimpulannya ini jawapan aku:



-Aku bukan tak nak buat blog kahwin-kahwin ni,tapi sebab aku malas~



-aku bukan tak nak bgtau perancangan majlis,tapi majlis aku simple sangat dan kalau aku jemput kau datang mesti kau kata,'alah biasa je,letak dalam blog siap nak gembar-gembur macam hebat'



-aku bukan tak survey macam bakal pengantin lain,cuma aku nak buat apa yang aku nak dan aku rasa tak cukup masa nak survey banyak..hahaha...aku malas dan tak kreatif =p



-aku selalu je singgah blog2 bakal pengantin yang lain,tak kiralah dah tunang,belum tunang,dah kahwin,tak kahwin lagi,dah mengandung..semua aku jejak.



-Bukan tak nak kongsi apa ada dalam kepala..macam aku cakap..as simple as i can..



-okey..untuk puaskan hati orang yang bertanya ni,nanti kalau ada masa dan kalau ada gambar dan kalau..kalau..aku buat satu entry khas..



muahahaha..tapi semua dan kalau je lah..



Memanglah semua orang yang nak kahwin mesti nak ada baju cantik,hantaran yang best2,mekap yang meletops,pelamin yang gah.



Itu mungkin orang lain,aku biasa-biasa je.Tipulah tak ada angan-angan,masa belum tunang lagilah nak semua yang best aje masa kahwin.Tapi bila kau dah bertunang.kau akan fikir panjang,buat segala hal under bajet.maksud aku sila basuh baju ayng ada dalam bakul baju kau sendiri je..hahaha..faham?



Serius aku sendiri angankan perkahwinan yang bertemakan fairy tales.Tapi the bajet is..muahahaha bunuh diri sendiri.Adakah kau rasa berbaloi untuk menghabiskan duit sebanyak RM20k hanya untuk pelamin?tak termasuk yang lain2?



Aku?tak sanggup noks.aku tak mampu.

nak hire WP pun aku tak mampu.

jadi aku buat seadanya aku.



Aku cuma hire pak andam sahaja hahaha.

sempoi...



Aku pergi kat andaman bincang sikit2,dia ada apa yang aku nak.

kali kedua jumpa aku bayar deposit.sikit sangat tapi pak andam aku BOLEH GIVE AND TAKE.

SEE....

aku siap bawak FMIL,

dan untuk majlis bertandang ke rumah lelaki pon amik andaman yang sama..settle bukan?



untuk tema sebelah aku,mama serahkan bulat2 kat aku.cuma ada perbincangan sikit2 antara kami anak-beranak.

Hallooo beb..kepala otak prents aku lagi meletops ok..hahaha tak sangka..keinginan diaorang melebihi aku.tapi ok jugak tak melibatkan penambahan kos.

Banyak benda aku tak buat lagi nih,adeh..hahahaha.KEpala banyak sangat fikir.untuk waktu terdekat ni aku fokus pada study dulu.Mungkin masuk bulan januari baru dapat feel sikit2 kot.haha..kalau feel tu timbullah..buat secara slow.

Hollaaaa..baju nikah aku dah siap...ting..beli readymade.Simple juga,hahaha..baju nikah mama aku settle.aku malas nak fikir banyak.asal ada dan asal boleh je.

Pasal menu pun parents aku settle.

Pelamin sudah ada gambaran,pak andam aku dah tahu apa yang aku nak.alhamdulillah semua masih under bajet.

buah hati dr kami sekeluarga pun,mama aku settle.

hahahaa..serius majlis kitaorang simple.

sebelah En.Tunang,aku tak amik port.Dia kasi settle sama orang tuanya.Pelamin dan baju sanding kat rumah dia pon aku kasi mak dia settle.mudah bukan.hahahaha.

Kad jemputan..hahaha ni satu lagi kes.Bajet aku sekeping adalah 60sen.Tapi kitaorang nak cari yang sekeping adalah 20 sen..ada tak?

muahaha..kedekut seyh.okey secara umum aku tanya kau buat koleksi ke kad2 jemputan yang kau dapat tu?

Tak payah jawab kat aku lah.JAwab sendiri.

bukan kedekut sesangat.

Cuma banyak lagi yang harus dipentingkan sekarang ni.lainlah kau memang kaya sesangat dan banyak duit.nak buat macam mana pon aku tak kisah.muahaha..jangan ikut style aku.

sebab aku fikir lebih untuk lepas kahwin.Maksudnya,kan mahu juga merasa horny-moon.Lepas tu kalau lepas majlis demam,kan perlu ubat dan pergi klinik.Lagi kalau..eh..banyaklah..sila fikir2 sendiri.

eh..oklah..yang penting untuk B2B tu,kau janganlah pemalas macam aku ni.sila buat majlis yang grand2 dan best2.=)

No comments: