Salam,
selamat petang.
hye cayang2ku..*hiks sila lempang..
mengada2..
Ok..kau tgk tajuk mesti kau mahu tahu kenapa weh..hahaha
kenapa?kenapa?
jom malas nak bagi mukadimah panjang-panjang.
Aku terlibat dalam situasi yang agak kurang menyenangkan.
di mana dalam situasi ini ada 3 orang insan yang memainkan watak penting.
(1)Si A (adik sepupu aku berjantina lelaki)
(2)Si R (Kekasihnya berjantina perempuan)
(3)Si N (Skandalnya berjantina perempuan)
Al-kisah....
satu hari ada sorang budak perempuan (N) add aku kat dalam pesbuk.
aku dengan baik hati accept sahaja.
Tiba masanya budak ini tegur aku melalui chat..mula2 malas nak layan sebab tak kenal,tiba2 dia mention nama Si A..aku terus kaget..*ceh amacam bahasa?pengaruh Drama Alisa..ces~
Dia kata dia kawan dengan adik sepupu aku..
okey,itu aku tak kisah..
tapi dia tanya Si A ni sihat ke tak?
okey ke tak?
Balik rumah aku tak puas hati aku tanya A.
Aku:'kau dengan N tu apa?R tahu tak kau kawan dengan N?'
A:'Skandal aku je si N tu,kau jangan layanlah.
Aku:'R tahu tak kau ada skandal?kau ni gila lah bercinta dengan R dah berzaman tapi masih pasang skandal.Kalau R tahu mesti dia mintak putus'.
A:'alah nanti aku putuslah dengan N,kau jangan layan dia dalam Fb.'
Aku:'Kau jangan main-mainkan perasaan orang,dalam satu masa ada 2 perempuan ni'.'
A:'skandal je lah long,kau tak payah risau.aku tak kan tinggalkan R.'
Aku:'Habis si N tu apa?anak patung?kau jangan macam-macam'
okey conversation tu end sampai aku bebel2 lah
Aku sakit kepala nak cerita detail.
sebab secara tak langsung aku terlibat dalam hal ni..
maka aku bertanggung jawab sebagai kakak menasihatkan adiknya agar bertindak dengan wajar.
Sebenarnya dia dah bercinta dengan R selama 6 tahun dan telah berskandal dengan N selama 2 tahun..lama kan?aku tak tahu apa motip budak ni nak melayan pompuan lain,memang mintak kena lempang dengan aku.
Jadi satu hari bila aku tahu si N ni memang serius gila tangkap cintan dengan adik sepupu aku.Maka aku bertindak sebagai penceramah bebas.
Aku:'Kau tak boleh macam ni,kau kena pilih salah satu.Kau kena putus dengan salah seorang.Apa kata kau putus dengan si R?'
A:'kau gila?aku dah 6 tahun dengan dia,macam2 dah kitaorang lalui bersama'
Aku:'habis tu?tak kan mahu dua2,kau lagi gila.Aku tak kira kalau kau tak nak putus dengan R,kau kena putus dengan N'
A:'ye,nanti aku putus dengan N,aku tengah cari alasan yang sesuai'.
Aku:'Berterus-terang je yang sebenarnya kau tu dah ada awek,kan senang.Tak payah nak cari alasan.tak elok mainkan perasaan orang ni.'
A:'N ada chat dengan kau lagi kat FB?
Aku:'ada,tapi aku malas nak layan sebab nanti terpecah rahsia kau pulak,apa pun biar dia dengar dari mulut kau.'
A:'hah yelah2,nanti aku mintak putus.'
nak dijadikan cerita,aku desak adik sepupu aku ni putus dengan si N.Aku tak nak satu masa nanti masalah jadi berat.sebab aku pulak takut dengan si N ni,yelah bagi aku mungkin dah terlampau sayang,sibuk segala sedara mara kitaorang dia add dalam Fb,siap ada nbr Hp aku..eh macam2lah..
Aku tak nak dia sakit jiwa dengan adik sepupu aku,bila hari2 aku basuh adik sepupu aku.maka dia dengan si N ni pun berpisah.Tapi si N tak mahu menerima,dia call Si R..aku tak tau apa yang dia cakap tapi mungkin si R ada cakap benda yang kasar kot lah kan.
Dalam hal ni aku salah kan A sebab bermain api.R tak tahu kewujudan N,begitu sebaliknya.Tapi bila dah putus,N berani call R.Dan N cakap dengan aku dia rasa R yang rampas A dari dia.memang aku haruklah,sedangkan R tak tahu menahu pasal dia.
Panjang berjela aku Pm si N,siap berlawan cakap.aku bukan nak sbelahkan sesiapa,aku mengaku aku yang suruh A tinggalkan dia.memang aku kejam,tapi secara logik akal untuk kebaikan siapa?
N pertikaikan,seolah2 aku tahu siapa jodoh A.Kenapa aku yakin sangat A akan berkahwin dengan R.KAlau jodoh dia dengan A macam mana.Hellooo..aku bukan tuhan der..aku cuma nasihat supaya dia tak main2kan perasaan orang lain sebelum terlambat.Dalam hal ni memang kena korbankan satu hati.Aku dah suruh dia buat pilihan betul?
Tapi dia pilih R.Jadi bukan salah aku.memang aku paksa dia putus dengan N sebab N boleh dapat lelaki yang lebih baik.Mampu ke budak yang baru kerja nak kahwin 2?kau hengat makcik pakcik aku kasi?
dahlah anak lelaki tunggal,kesayangan.Mesti mama dia mahu dia buat yang terbaik.
Jadi harus dia hancurkan hati orang tua dia?
Memang aku jahat.Sebab aku tak nak adik sepupu aku hancurkan hati orang lain,tapi masalahnya aku terlambat tahu,skandal diaorang ni pun dah 2 tahun.
Dah baca entry ni kau nak cakap aku apa pun cakaplah.
Tapi aku cukup tak suka kalau lelaki pasang dua.Aku perempuan aku faham macam mana rasanya disakiti,bagi akku biar sakit sekarang jangan bila kita dah hanyut dengan cinta baru kita sakit.Sebab rasanya lebih sakit lagi dari jatuh bangunan.*aku tak pernah rasa,tapi yang bunuh diri dan jadi hantu pernah rasa.NAnti kalau kau jumpa dengan hantu yang bunuh diri jatuh bangunan kau sila tanya.=)
Baiklah secara tak langsung aku memang kejam dan jahat.Terpulanglah N kau nak cakap along apa.Tapi along kesiankan kau,along tau A tak kan tinggalkan R.Jangan salahkan R sebab dia memang tak tahu apa2.Yang salah adik sepupu aku yang mintak kena lempang dengan aku tu.Aku memang suruh dia putus dengan kau,sebab dia tak nak putus dengan R.JAdi dia kena pilih salah satu.
Memang along tak tahu siapa jodoh dia,dan along bukan tuhan untuk menentukan siapa jodoh dia.Along hanya beri pilihan agar satu masa dia tak akan GILA kerana perempuan.
2 comments:
aku pun pantang kalau lelaki ada dua orang gf niee...grrrrrrrrrrrrrr....
Lalink7:I'm out of this.Rasa memang nak terajang je,tapi dah macam adik sendiri,memang aku basuh hari2.
Post a Comment