Salam,
selamat petang..
dari pagi lagi aku dah sebu..sebu..kau tau sebu..
Feeling nak study dah memang lupus..nak kerja ada lah gak..
memandangkan aku masih lagi dalam proses mencari dokumen yang 'ntah mana aku letak'
aku dah blurr..la ni tengah kentalkan telinga sebelum kena fire dengan En.Tunang.
Kau jangan ingat aku keja dengan dia aku 'manja' lebih ye..
tadak...jangan berangan..masa kerja adalah professional punya term.
Lepas kerja br boleh tergedik2 dengan dia.
kau hengat dia nak layan kalau aku menggedik time tengah kerja..
nak rasa tapak kaki dia yang 'bulat dan penuh' tu? *saja je nak menggambarkan yang dia tu lg 'GEMUK' DARI AKU..
Tipu..tak da lah dia sekejam itu..alhamdulillah sepanjang hidup..ceit..sepanjang bercinta dan bertunang ni,dia memang tak pernah pukul aku..ada bran sila lah pukul..
aku ni nampak je kecik..*kecik ke?
hahaha..tapi bila 'sawan' (angin+baran) aku datang memang aku leh cepuk je sapa yang ada depan aku.Bukan cakap besar,sebab pernah ada kes lah berani cerita..
Huahuahuahuahuahua..
update untuk fizikal aku plak..
setakat hari ni..
seluar masih okey..tapi baju sudah sendat..lemak di perut sudah tambah berlapis..dan perut tidak lagi flat seperti masa tunang hr tu..damn..aku sudah 'comel' kembali..
Owh..sebelum lari dr tajuk di atas..
kenapa aku rasa 'tawar' hr ni..
sebab En.Tunang outstation..
huwaaaaa..bosan...
Aku tak da kawan nak gaduh dan gurau..
bercakap melalui telefon je..
jumpa pon pg tadi tak sampai 5 minit sebelum dia gerak ke klang.
kenapa aku tak ikut?
sebab dia ada bawak ramai orang..budak2 untuk cat bangunan.
kalau aku ikut nak letak aku kat ne?
buckett hilux dia kat belakang tuh..
ades..hilang keayuan i tau...
Minggu ni macam letihlah..
banyak benda nak buat
aku dah dapat feedback pasal jurnal aku hr tu..
aku tak betulkan lagi..ades...apalah pemalas sangat aku ni..
orang lain dah hantar tesis pon..
aku masih disini..terkial2..
Ok2..jangan tertekan..sila buat dengan cermat janji sempurna..
tak da maknanya..
=p
Kalau besok En.Tunang mahu outstation..aku mahu kenen dia..
mahu ikut sama...
hahahahaha..gelak syaiton...
kalau dapat.
kalau big bos kata 'heippp dok opis je'
erm..confirm aku terkulat2 sorang2 macam ni..
Aku dah ada penyakit baru..
makin bertambah2 virus pemalas aku nih..
aku dah malas nak update blog..
tapi kasi buat entry gak..
walau tak tepek gambar..
maaflah kalau kau rasa baca entry aku leh buat kau senyum..sila2..
kalau entry aku hanya buat kau sakit mata..tak pe..kalau tak nak singgah..hahaha
okey..bunyi macam merajuk..
Aku tak tau nak upate apa..
ada kawan2 bg cadangan...memandangkan aku sedang menapak ke alam baru..
diaorang cadangkan suruh aku buat entry lebih kepada perihal raja sehari..
bukan tak mau berkongsi info..
tapi aku ni...erk...hehehe
tak rajin mana dalam ayat yang manis 'tuan belog kurang sihat kerana dijangkiti penyakit M'
hahaha..amacam..
Aku tengah musykil ni dah sejam aku call En.Tunang tak berangkat..eh jangan macam2..adakah kau pergi menggatal..ceit pikir bukan2..
hati aku kata dia tengah membuta dalam kereta...
eh..ok2..aku mahu mengundur diri... (^_^)
No comments:
Post a Comment