Sentuhlah saya

01 September 2010

Bibik si Pemalas

Salam,
selamat pagi..
hohohoho hampir tengah hari dah..

bila cuti,aku pon sama cuti..sebab...mahu rehat dalam kurungan malas.

okey mahu meluah perasaan bengang ini.
aku bengang dengan bibik makcik aku..
se..macam haram..

Mak iza (makcik aku),baru je melahirkan anak yang ke-3,
maka dia stay kat rumah atok aku sekarang ni..
Remember Damia&Dania...diaorang sudah dapat baby baru..Danish.

Kau bayangkan *sila pejam mata cepat..secara tenang aku mahu kau bayangkan..
mak Iza tentulah tak leh bergerak sangat,jahitan belum pulih sepenuhnya,
aku tak dalah nak berkira sangat sebab tolong dia jaga budak2 tu,
nama pon budak2 okey banyak ragam,lasak dah jangan cakap...
aku okey je mahu melayan bagai..

Tapi yang aku betul2 bengang,
kalau aku balik kerja je,bibik dah mula lepas tangan..
dia tahu aku akan layan budak2 tu..
melampau okey.
kalau aku tak da pon dia bukan kisah pasal budak2 tu.
aku sibuk kjar budak2 tu sana-sini,dia boleh layan membuta..membuta tau....senang-lenang baring dekat sofa..macam aku plak yang jadi bibik.

Pukul 9.30 malam sudah amik port mahu tido.
bangun lambat..pukul 6 lebih baru mahu bangun.
Dia asyik dok kat dapur je,bukan buat apa pun..
budak2 dia biarkan saja.
mak iza panggil banyak kali bukan dia sahut pon..
kejadah okey..
nak aku jerit baru dia nak datang..

Aku bukan kejam sangat..
tapi kalau kau dah malas nak kerja sila balik tempat asal.
makan gaji buta sesaja..
nasiblah bukan bibik aku.

aku betul2 bengang nih..
lagi satu,kalau budak sudah kencing,dia tak cebokkan pon,tukar pampers je sampailah kemaluan budak tu merah2...

Bab ni aku memang sound habis.
ingat anak ayam apa tak nak cuci najis.

Kalau tengok budak main kat luar pon,
alahai lembab..dok jauh2..
dibuatnya budak tu jatuh tersungkur..
apa nak jawab?

HAri tu dia tengok budak2 main buai,Dania terlentang jatuh..
dia boleh relaks saja..
Aku macam nak tepuk je dahi dia laju2..

pemalas dah lah..kuat menjawab pulak tuh.
bila atok aku tegur baik2 mulut dia macam celaka..boleh menjawab..
bukan dengan atok aku je..
dengan mak iza pon sama..
aku plak yang hati panas..
la ni memang aku tak bagi muka,
aku nampak dia senang lenang je,memang aku panggil suruh jaga budak..
banyak lemak bontot kau nak duduk je.

Silap orang lah kau nak main2..
aku memang lazerkan sahaja..ada aku kisah.
Kau cakaplah pernah pergi haji banyak kali ke apa,
habis kalau kerja sambil lewa,
gaji kau berkat tak?

Bangun lewat alasan semput..
aku terima..kalau dah tau kau sakit kenapa dulu cakap kau tak da apa2 penyakit..
sapa nak tanggung kalau apa2 jadi.
KAu dah tau ada segala banyak penyakit silalah pantang makan,
ni tak makan nak macam2..
selera mewah.

Aku memang dah tak da nak gurau2 bagai..
memang buat muka ketat je sepanjang masa.
dia amik kesempatan sangat2..
selalu je mengadu dengan mama aku plak tu.
lepas tu mama bela je dia..
kena dekat aku memang aku lawan.
dia yang mengada2...

Peringatan untuk semua,
kalau nak amik bibik,sila pilih betul2..
tengok tahap kesihatan dia macam mana,
jangan terlalu sporting sangat nanti dia pijak kepala.

Huh,kurang pahala aku hari ni...

No comments: