Sentuhlah saya

30 August 2010

Checklist

Salam,
selamat pagi..

monday blues...
pagi tadi on FB,
terbaca komen di wall Syira,Yuna kata kalau mahu mendirikan masjid sepatutnya 10 bulan sebelum majlis sudah buat checklist..aku?..wa..wa..wa..sadis tak da list apa2 lagi nih.

En.Tunang sudah bersuara mahukan checklist dari aku..
ngeee...serius selamba okey..bila aku kira2 balik aku ada tak sampai 10 bulan je lagi..
tolong..tolong..

Ye aku akui,aku bukan orang yang teliti,membutuhkan bantuan manusia sekeliling untuk memilih segala keperluan..damn...muahahaha

Aku tak kreatif,aku tak tak tau bagaimana mahu menjadikannya sederhana tapi 'sempurna'
langkah pertama yang aku buat hari ti adalah pergi survey pakej2 andaman di Ekspo Perkahwinan.

awal2 aku dah bunyi siren kat mama..
aku tak mahu masa bersanding tukar2 baju bagai..no..no..no...tak mahu..
aku tak suka rasa rimas..

KAlau boleh aku cuma mahu 3 persalinan sahaja..
(1)Nikah = sepasang
(2)Malam Berinai = sepasang
(3)majlis bersanding = sepasang

cukup dah..

Nikah juga aku tak mahu kain lace..cerewet ke?tak kan?
dulu memanglah nak yang cantik2..nak yang vouge..
tapi kita buatlah ikut kemampuan.
Hari tu memang mahu lace tapi aku rasa macam berat sangat hahaha..
mahu simple tapi menawan...

Tapi paling poyo adalah mama,dia sudah belikan baju untuk persalinan selepas majlis nikah...
dari sepasang hampir2 menjadi 3 pasang... =p
tapi masih kekal sepasang,aku yang tak kasi..gila kau tak kan tiap sejam nak masuk bilik tukar baju,karang ada baju untuk nikah je 5 pasang..haruuuuu..

Nanti bila sudah bersedia mahu cheklist bagai..
barulah boleh calculate slow2...
ngeee....

Hari tu aku dengan En.Tunang kira2 bajet untuk rumah dia..
jumlah adalah 50k termasuk duit hantaran aku..ngeeee....ngeri...

Patutlah dia selalu je pesan 'sayang,jimat sikit jangan ikut nafsu kalau berbelanja,nak kahwin tak?'

hehehe..baiklah saya sedia menurut perintah =)
owh mahu tanya kalau ada sesiapa yang sudi dan rajin meninggalkan komen,aku mahu beli kasut tumit tinggi untuk hantaran,mahu yang selesa dan berkualiti,tidak perlu mahal sangat sebab aku cepat bosan.Jenama apakah yang mempunyai ciri2 berikut?yang penting lasak sebab aku ganas.

Hari tu survey di GUESS,design memang cantik2..harga pon okey..
tapi tumit dia alahai....runcing dan tinggi sungguh..penatlah.
ops! yang paling penting tidak 'makan kaki' (melecet)

Handbag?
lerrr.......aku dah tak tau nak pilih design camana..terpulang pada En.Tunang,dia kuar duit,dialah yang pilih..pon tak tau mahu jenama apa..'abang kalau saya kata mahu Sembonia yang half price,mesti kamu tersenyum lebar dan bertambah sayang kat saya kan?'

Perfume?..yang ni masalah,sebab kat mall semua makan beratus2,hahaha..tak payah perfumelah abang,jimat sket. =p
*ayu if u read this...please help me (^_^')

Apa lagi mahu bagi sebagai barang hantaran?
sirih junjung?
Hasil tangan makcik akulah...
jimat2...

owh banyak lagi listing..harus berjimat cermat dari hr ini =p
hujung tahun boleh bershopping sempena promo krismas..
mesti lagi murah..biasanya kalau sale masa krismas murah gila...biasanyalah.

Bulan depan baru mahu pergi kursus kahwin..
\kad kahwin baru mahu design besok malam atas bantuan seseorang..
Butik andaman..pending
katering..pending
gubahan hantaran..pending (kalau aku letak je atas dulang pastu tepek je bunga sekuntum dua bolehkah?)

nanti aku listing lagi...
okey mahu buat kerja..dan yang paling penting TESIS TAK SIAP LAGI..
SILA BUANG SIFAT MALAS,KALAU TAK SAMPAI KE SUDAH master TAK HABIS2.

3 comments:

{ Miss Syahira } said...

ahhaha. laju je eh buat entri ni.

lily lotus said...

rindunya moment ni..hihi..all the best sis

syazana said...

Babe:harus..luah perasaan.

lily lotus:Thank you kak.. =)