Salam,
selamat pagi..
cuaca kat luar..hujan lebat mencurah2.
Aku sepi selama 2 hari kerana tidak sihat..
ye..demam..sakit tekak+hidung tersumbat+sakit kepala.
semalam aku cuti.
Preview Entry lepas..
luahan hati aku pasal 'marah' dengan En.Tunang kan?
Terim kasih banyak2 pada kawan2 yang meninggalkan komen..
babes you know who you are..
ye..memang susah bila bekerja dalam satu office yang sama.
selang sehari mesti gaduh..mesti..
lebih2 lagi kalau nak train orang baru macam aku.
kitaorang tak kisah kat mana2 je boleh gaduh,depan mak dia pon kitaorang boleh gaduh..see
Kadang2 memang give up,
bila apa yang kita buat semua tak kena.
Tak seperti yang dia mahukan..benci~
sejujurnya kadang2 aku sangat2 mintak pada Allah S.W.T supaya memberikan aku rezeki di tempat lain.Supaya kami belajar merindui peri laku masing2 yang kadang kala sengal + degil.
Aku terima dan anggap sgala situasi yang berlaku sebagai dugaan,
Benda kecik dan aku harus hadapi dengan tenang dan pandai untuk selesaikan segala kekusutan.
Tapi hakikatnya..dalam kepala aku ni ada 'batu'..
next day after the incident..
aku demam..
aku datang kerja macam biasa..
tapi kepala memang dah berat sesangat..huwa..wa..wa..tuhan sahaja yang tahu.
Minta kebenaran dia untuk pergi klinik..
by the way aku kena turun site jumpa dia bagi barang dulu.
JAdi sampai kat site aku pas kat dia barang yang dia nak tu dan terus blah.
sebelum tu,
Dia hulur kat aku not RM100 suruh pergi klinik swasta.
Tapi aku berdegil tak nak..aku lg prefer klinik kerajaan..
kenapa?
bukan kerana aku kedekut..
see..dapat duit apa tak nak berapa sangat kalau bayar kan?
balance of course aku amik..
tapi aku tak mau..
sebab utama..ego aku masih tinggi..aku masih marah..admit it.
sebab kedua kenapa aku pilih klinik kerajaan..
kerana ubat yang ada kat klinik kerajaan tu ubat paling mahal okey..
kalau tak percaya kau pergi farmasi tanya harga berapa sen harga ubat selsema kau tuh..atau pon apa2 ubatlah.
Aku tinggalkan Tunang aku dengan kerutan seribu kat dahi dia sambil dia membebel2..
aku dah tak dengar sebab bunyi mesin lagi kuat dari suara dia..syukur alhamdulillah kalau tak bertambah sakit kepala aku dengar dia membebel bagai.
sepanjang aku kat klinik memang aku tak call dia langsung.
nampak kan aku keras hati.
Bukan apa,masing2 tengah panas..lebih baik berdiam dari berkata2.
30 minit lepas tu dia call aku..
tanya dah cek belum.
aku cakap ramai lagi.
dia bebel lagi,kalau klinik swasta agaknya dah nak amik ubat.
Aku malas nak layan dia bebel terus letak.
Nama pun klinik kerajaan,haruslah ramai orang.
sedangkan aku menunggu untuk amik ubat je penuh unit farmasi tu..
nombor giliran aku 2350,tapi nombor yang baru dipanggil 2248.
Tapi alhamdulillah tiap kali bertukar section aku tak perlu tunggu lama,mesti ada seat untuk aku.Jadi aku rela menunggu sebab boleh duduk.
masa tunggu ubat je 3 @ 4 kali dia call..kau rasa?
ye dia risaukan aku..sangat risaukan..
balik dari klinik terus pergi rumah dia..
Tunang aku membutalah,yang menyambut aku mak dia.
borak skit2,aku tukar baju makan ubat bagai terus 'pengsan'
Memang tak sedar langsung,
sampai aku rasa ada tapak tangan pegang dahi aku br aku bukak mata.
aku nampak dia...senyum dan cakap lembut je dengan aku.
Sepanjang aku kat rumah dia,
dia sangat2 layan aku dengan baik termasuk keluarga dia..
punca cepat sembuh adalah kasih sayang dan perhatian.. kau rasa?
Jadi perasaan marah,merajuk hilang serta-merta..
aku memandang dia dari sisi lain.
dia pun tidak sempurna tapi dia mampu menjaga aku dengan baik.
Aku mengambil inisiatif untuk melupakan insiden yang menyakitkan hati dengan tenang.
memaafkan dan melupakan bukan satu perkara yang mudah,tapi bila kau berhadapan dengan orang2 yang sayang kau,mampukah kau?
JAdi kami sentiasa mengamalkan perbincangan sesudah 'bergaduh'
sesi bicara hati bermula..
Dia kena terima siapa aku yang sebenarnya tanpa meminta aku berbuat macam2 dalam keadaan terpaksa,macam tu juga sebaliknya.
Kalau kami tak menerima ketidaksempurnaan itu dengan rela hati bagaimana hubungan ini mahu diteruskan betul?
Takdir memang sudah disuratkan,tapi kita masih boleh mengubah dengan berusaha+berdoa.
Maka tak da apa yang tidak boleh berubah,bahkan batu yang keras pon boleh lekuk kalau terkena titisan air hari betul?
panjang dah aku merapu hari ni.Refresh kepala lepas baik demam.
Kesimpulannya,harapan aku untuk kesekian kalinya.Moga aku lebih tabah dalam menghadapi dugaan sebelum bergelar isteri.*counting days
2 comments:
beb, seram pula aku bila kau counting2 days nih. hu2x
Tak da lah nak menghitung sangat.Sebab cepat sangat masa berlalu okey.Seram sejuk aku =p
Post a Comment