Salam,
selamat pagi.
PAgi yang indah seindah Jumaat.
Hari ni Birhtday Future Mum in law..Pn.Hamidah.
Aku tak wish pun lagi..hehehe..
nanti tengah hari balik rumah dia aku wish lah..
malu kau belum rasmi jadi menantu.
Semoga bakal ibu mertuaku sihat senantiasa,
dipanjangkan umur dan diberikan rezeki yang banyak dan halal.
Sepanjang 6 tahun mengenali dia*seiring dengan aku bercinta ngan anak dia.
Dia layan aku macam anak sendiri.
sangat baik.
MEmandangkan background family aku yang huru-hara,
sememangnya aku sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menumpang kasih sayang pada orang lain.
Bukan sahaja sebagai anak,
malah kitaorang boleh dikatakan kawan yang agak baik..*nak kata kawan baik aku malu lah.
kalau bergayut dengan dia kat telefon boleh mencapai 2 jam lamanya.cerita pasal hidup,masa depan,masa lalu,anak2,resepi masakan dan gosip..thats why i love her..
Sebenarnya cukup takut nak berhadapan dengan insan yang bakal bergelar ibu mertua.
yelah mana tau kot2 ada sifat kita dia tak suka,
atau dia dah ada calon pilihan sendiri.
Dia banyak nasihatkan aku,
dan dia juga banyak membentuk agar aku mampu menjadi seorang wanita yang boleh menggalas tanggung jawab yang berat kelak.
Bukan nak melebihkan dia dr ibu sendiri.
aku sayang mama aku,dan aku pon sayang mak (dia).
bila kita masuk family orang lain banyak benda nak kena belajar,
terutamanya cara hidup.
Mungkin 99% hidup aku sekarang ni dengan En.Tunang dan family dia.
Kadang2 mama ada tegur,tak kasi selalu sangat lepak rumah dia.
cuba kau bayangkan,macam mana aku nak elak.
TAkut menolak kecil hati,
menerima takut menjadi umpatan.
serba salah kadang2.
Family En.Tunang sangat open minded lebih2 lagi mak dan abah dia.
Aku kerja dengan En.Tunang,
waktu solat mak dia suruh solat kat rumah dia (jarak rumah dan office 5 minit je),
kalau dah tumpang solat,tentu2 dia ajak makan.
TAk kan aku nak cakap,'tak pe lah makcik saya kenyang lagi'.
lepas tu En.Tunang jegil mata kat aku sapa nak jawab?
kadang2 ada juga aku menolak,tapi bapak dia kata 'rezeki jangan ditolak,makan jelah tak da apa yang nak disegankan.'
Kadang2 aku pulak yang rasa tak tau malu keluar masuk rumah dia suka2.
dua2 pihak hati mesti kena jaga,
mama aku macam kisah mula2,lepas tu macam tak kisah.
Yang buat aku segan,
kalau aku buka kat rumah dia,
cnfirm ada yang akan ditapaukan untuk family aku.
(mama tentulah tak dapat merasa sebab dok jauh kat skudai nun,atok & family cik diman je lah)
Kadang2 rasa perbezaannya..kadang2 sedih..
sedih?sebab aku dah lama tak rasa makan ramai2 dengan family dalam keadaan meriah.
Selalunya kalau semua makan saing pon mesti ada bertelagah mulut.huh..mati selera.
KAdang2 aku terfikir,kenapalah keadaan family aku macam ni.
TApi orang kata tak baik mengeluh,tuhan selalu rencanakan yang lebih baik.
Jadi lama2 aku macam terima yang tak semua family akan berada dalam situasi yang sempurna.
Owh..suka melalut kan..tulah aku ni banyak sangat simpan dalam hati..kesimpulannya kau yang sudi membacalah jadi mangsa luahan yang tak berpenghujung ni..
Owh..untuk bakal ibu mertuaku..'Selamat Hari LAhir Emak @ Makcik' ucapan ikhlas dari Future daughter in law a.k.a Mak Usu
2 comments:
happy bornday to makcik hamidah...hehehe
Hehehe (^_^)
Post a Comment