Sentuhlah saya

27 August 2010

Honeymoon..bali????

Salam,
selamat pagi..

owh..sila jangan boring ye..asyik cerita pasal kahwin..
kahwinnya tak lagi..
aku excited okey... (^_^)

mungkin bila dah betul2 rajin aku akan tukar blog ini menjadi journal bakal pengantin..
tapi itu kalau aku rajin.
kalau tak aku kasi tepek light2 sahaja..
kedekut?
bukan..aku ni jenis malas nak survey bagai..see..
kalau kau tengok bakal pengantin lain siap pergi cari barang2 di merata2 tempat..
aku?

feeling belum datang nok..banyak kena fikir..duit...tesis yang tak siap.
la ni aku sibuk menelaah buku pelajaran..*pelajaran sangat =p

walaupun lembab aku masih teruskan..
aku cuba untuk siapkan jugak..

BErbalik pada isu asal.
lately kau ada dengar berita tak pasal warga indon merusuh kat kedutaan Malaysia kat Indonesia..
what the???
kenapa ye?apa masalahnya?pasal kes dera kah?
kalau aku sebut satu persatu apa yang warga dia buat kat sini jangan sentap atau nak kondem blog aku plak..

Diaorang bakar jalur gemilang..aku ulangi bakar jalur gemilang.
Emosi memanglah sebab aku tak pernah bakar bendera negara org lain..if kalau aku buat confirm kena tangkap..hehehe..tak kahwin nok..

ok berbalik pada tajuk asal..
sebenarnya aku teringin sangat nak pergi bali daru dulu lagi.
Jadi seingat kami mahu berbulan madu di sana.
Jadi aku gigihlah survey harga tiket flight bagai.
konon mahu booking awal..*ceitt excited..
Nak pergi dengan kawan2 Tunang aku jeles sebab aku berjalan tak bawak dia.
Nak pergi sorang2 karang kalau aku kena kidnap,sapa yang nanges?Tunang aku gak..*macamlah anak jutawan nak feel kena kidnap kan? =p

JAdi untuk kebahagiaan bersama mahu pergi selepas kahwin..
ops!tarikh kahwin setakat ni sudah pilih cuma belum confirmkan saja.
Tungguu....sebab tu aku excited mahu booking tiket flight gi bali (^_^)
kalau book awal dapatlah murah sket.
Setelah berdiskusi dengan En.Tunang,
memandangkan rakyat Indonesia tengah bengang dengan MAlaysia..
kami terus putuskan tak mahu ke sana.. :'-(

JAdi aku sudah putuskan ke destinasi dalam negara je..
nak book ke Krabi Thailand,mahal sket dari ke bali..
rugi2..mahu ke Phuket..pon sama..nanti aku dengan En.Tunang kurang pahala banyak,sebab dekat Phuket ramai pompuan bogel..muahahaha..kalau En.Tunang gatal2 mata..meh aku bogel plak kat tepi pantai apa rasa..haha *macam body cantik nak tayang kat orang..sila sedar diri (^_^').

Perancangan sungguh jauh ke hadapan..
tak pe memang Tuhan yang menentukan,yang penting kita kena berusaha+berdoa+tawakal.
banyak perancangan,mesti selesaikan secara perlahan2 tapi menjadi..amacam ok tak ayat aku?
phewww...ada sapa2 sudi bacakan buku omputeh tak..muahahaha..pening okey kalau bodoh BI macam aku nih...mahu buat tesis payah okey.

Baiklah..
sekian celoteh di hari Jumaat,erk..berangan mahu pergi London skali survey tiket RM7k da.....
tunggu esok2...kalau aku dah tido atas duit..boleh ler pergi london... =p

2 comments:

ZARA said...

when is ur wedding. pegi lah melbourne, or perth kalau nak murah sikit. kalau book tiket dengan air asia time promo murah gile.

or if u hv xtra $$$ go NZ!

syazana said...

Next year insyaallah...sudah survey tapi belum berkemampuan sesangat.Pilihan utama masih bali lagi,sebab kami suka lepak2 tepi pantai.(^_^)