salam,
selamat pagi..
Friday again..
:-( hr ni kena dok opis sorang2 okey,
En.Tunang gi JB hantar dokumen.
LAgipun ada keja kat opis yang kena aku buat.
Semalam aku hantar lauk kenduri ke rumah atok semah,
*Rumah atok mar buat Tahlil..
Sampai2 je kat kampung ada mak uda+Pak UDa+Cik Alus(cousin)+Cik Aman+ada sedara mara lain dan adik beradik aku 'satu ayah' (aku,abang tam,zizi dan zizul)
Aku bukan nak cerita pasal atok aku yang ssh bebenor nak dipujuk gi klinik,
dah terlantar sakit,semua orang dah habis akal nak memujuk dia...
sedih?..harus sedih...
sebelum2 ni aku hantar makanan dia sihat je..
aku rasa dia jatuhlah masa jalan2 keliling rumah.
sebab kata Cik Halus ada lebam besar dekat punggung dia..
aku suruh ayah hantar pergi urut..
kau tau bapak aku cakap apa..
'nak urut tang mana long?atok kau tu tinggal tulang je.PEning kepala orang yang nak urut tu karang sbb tak da daging'
See?
bapak aku tu dah pening sebenarnya..
susah hati tengok mak dia macam tu..
menyimpang..kau lah ni tak nak tegur..
hahaha..tadi dah cakap tak nak cerita pasal atok aku yang sakit..
Ceritanya macam ni..
secara tak langsung aku kan ada adik-beradik lain selain adik aku yang dua org tu kan..
secara rasmi kami yang Ber-bin dan Ber-binti kan RAHMAD ada 9 orang semuanya.
yang paling sulong abang.
kitaorang panggil Abang Tam.
dulu sebelum aku masuk U,
dia sangat baik dengan aku..
dia panggil aku 'adik' okey.
Hubungan kitaorang tak da masalah,
dia kahwin dan beranak pinak..
aku tak tau sejak bila dia suka sangat buat muka masam kalau nampak aku..
erm..kalau tak silap sejak raya tahun lepas...erk..tak2...sejak aku sambung belajar lagi.
YE...sejak aku sbg master.
Dia dah tak macam dulu..
*sebenarnya kami memang tak da kemesraan adik beradik..
i think its my dad fault..*please ignore this statement...
Semalam aku sikit punya senyum kat dia,tegur lagi..dia leh tarik muka..kejadah..
aku nak je sembur..
'kau dah senang sekarang ni,kau rasa kau bagus ke?'
aku rasa ni semua punca dari kereta buruk yang bapak aku belikan aku tulah..
kau fikir logik akal..
dia masuk U dulu dr aku,
patutnya dia pun dapat kereta jugak kan?
Tapi ayah aku tak da offer dia apa2 sebab ayah aku yakin dia leh masuk U,sebab dia pandai..
aku plak sebaliknya,aku tak pandai dan malas belajar tu sebab ayah aku offer kereta kalau aku dapat masuk U.
Salah aku ke?
Kakak aku pon sama,
kalau dulu cakap she will treat me nicely..but now..hanya kata2 sindiran..
jadi patut ke aku tolak kereta buruk tu dalam gaung semata2 nak sedapkan hari semua orang.
sedangkan hidup diaorang lg senang berbanding aku...
Aku tak pernah hirau hidup diaorang,
tapi ayah aku adalah gak ngadu2 pasal diaorang kat aku..
aku tak rasa i'm dadys daughter..
tapi Cik Alus kata ye..i'm dadys daughter..
dalam konteks aku kat sini..
'anak yang rapat dengan dia'...
memang aku akui aku tak pernah kena 'cuit'..sikit pon tak pernah..
bukan sbb aku baik atau apa..
sebab aku sangat hormat ayah aku...
tapi kadang2 aku rasa ayah aku ni terlebih2 plak..
seems like..
(1)kalau aku mintak kebenaran untuk satu2 hal,memang payah dia nak bagi.Tapi adik beradik lain petik jari je ayah aku dah bagi.
Contoh:pergi camping etc.
(2)KAlau hal pantang2 makan untuk belajar ni,aku semua tak leh makan,
contoh:pernah satu masa aku berdua je ngan dia gi 'ngeteh',aku order nasi goreng kampung.Bila sampai je nasi,banyaklah bilis yang bertaik kat dalam tuh.Dia terus panggil tokey kedai mintak tukar yang lain dengan alasan takut aku jadi bodoh makan taik bilis.*aku dah memang sengal pon walau tak makan taik bilis
Situasi kedua:dia beli tonkeng ayam banyak2,tapi bila aku nak amik je dia siap marah 'kau tak boleh makan ni nanti belajar tak pandai'..tapi bila adik2 aku makan dia bagi je..*kenapakah?
Situasi ketiga:masa semua orang sibuk meratah kepala ikan merah masak asam pedas,aku sorang makan isi..*adilkaH?
Situasi keempat:aku demam dan balik dari klinik kitaorang sgah makan,aku nak order orange juice 'sejuk' padahal aku batuk teruk,mama aku marah tak kasi.Tapi aku berkeras nak,ayah aku terus cakap 'tak pelah dah dia nak bagi je lah'.*WHat the????????
Tapi situasi empat tu aku suka sebab bila aku berkeras dia akan bagi jugak..walaupon muka dia berkerut tengok aku sedut air batu tu..=p
Dalam 9 orang ni,aku sorang je yang tak pernah kena pukul.KAu rasa?ayah akupilih kasih?
Adik2 aku pernah je perli2 aku..
'kau kan kesayangan ayah'
bila aku nafikan..
'mama yang cakap dalam ramai2 kau ni paling dia sayang'
MAsih salah aku?
aku survive sendiri okey.
aku tak amik kesempatan pon,sebab aku tau kondisi ayah aku camana.
never ask him anything kecuali 'sila bayar ansuran kereta along'
Adakah abang aku jeles sebab ayah aku pernah puji aku terapung-apung di udara..
*silap kau gak,kau tak pernah nak amik hati orang tua tu.selalu je orang tua merajuk ngan kau.TAk kan aku yang adik ni nak ajar camana nak jaga org tua.Kau CIKGU dowh,lagi pandai dari aku.Kasih sayang no limit okey,tak semestinya kau dah kahwin semuanya over between kau dengan ayah..He loves you so much bro..more than you thought.
Kau tau kenapa aku study gila babi masuk U bagai walaupon cita2 aku tak berkaitan dengan U langsung okey,ayah halang cita2 aku sebab ayah nak aku jd macam kau.sebab ayah slalu kata kau pandai dan anak yang baik.Jadi aku pon nak jadi terbaik macam kau thats why i wanna beat you..be much better than you.
Tapi bukan bermaksud aku merendah2kan kau,sejak azali kau adalah abang dan aku adalah adik...tak da apa pon yang akan mengubah hakikat tu..
Hush..emo sekejap..
aku tak tau nak luahkan macam mana...
En.Tunang of course aku tak kan cerita..
Blog?dia tak da masa nak baca blog aku ni.
FYI aku ni selalu je bergaduh ngan ayah aku..SELALU..adik2 aku taulah..
tapi ayah tak boleh merajuk lama dengan aku
*statement ini deperakui oleh Cik Alus.
HE needs me..
untuk bercakap+berbincang+meluahkan perasaan
aku tak cakap adik-beradik lain takut dengan dia,
cuma aku bukan jenis menerima sahaja tanpa membantah..
bila ayah aku bagi pandangan dia,aku akan selalu argue disamping menyampaikan hujah2 aku..sampailah ayah aku terdiam..see?not a good girl right?
aku dah jauh menyimpang..
aku tak bangga pon kalau jd anak kesayangan..kalaulah kan..
untuk apa?kalau adik-beradik yang lain asyik dok pandang senget je kat kau..
kitaorang adik-beradik pon tak rapat,masing2 hidup sendiri2.
serius,kalau aku tak bercerita dengan kawan2 diaorang pon tak tau aku ada adik-beradik ramai..
hahaha..aku ada 5 anak sedara tapi semua aku tak ingat sapa nama..boleh?hahaa
nak jumpa setahun sekali pon susah.
Perasaan atau realiti.
entahlah aku pon tak tau diaorang ni marah kat aku atau apa,
sebab aku amik keputusan malas nak tanya kalau memburukkan lagi keadaan.
Yang penting aku bahagia dengan hidup aku sekarang ni walaupun banyak je cabaran...
t.a.t.a =p
2 comments:
buat hal memasing jela kan along..lebih senang..susah nak jadi ape yg orang lain nak dan suka..haihh~
lalink7:
erm..betul una.aku malas nak fikir banyak.pedulikan je semua hal.Yang penting aku survive =)
Post a Comment