Sentuhlah saya

12 August 2010

Mengambil Kesempatan =p

Salam,
selamat tengah hari..
aku dah mula ngantuk ni..
lambat betul kol 1..adoyai...

Tajuk entry hari ini,'mengambil kesempatan'..
knapa aku buat tajuk ni..
sebab aku selalu mengambil kesempatan ke atas...
En.Tunang a.k.a Boss kecik =p

Aku masuk keja awal,
sebelum kol 8 aku dah sampai..
prestasi mesti mau jaga meh..
tapi kol 9 aku akan call dia kata..

aku:abang,syg laparlah..(suara kasi sayu sket,br dia kesian)

Kemudian laju2 dia akan settle mana keja yang dia boleh settle dan bawak aku gi makan atau bawak aku gi tapau.(ayat memujuk sudah power)

tak dalah aku melahap bagai nak rak pepagi buta.aku kalau breakfast skrg ni biasakan diri jangan ambil yang berat2.
(motip sebab badan dah naik sejurus majlis tunang selesai)*sigh

bila pagi makan ala2 nak alas perut je..
maka pukul 12 tengah hari aku sudah merasai azab menanggung kelaparan sambil kepala membayangkan apa menu yang dimasak oleh bakal ibu mertua hahaha.(aku tumpang solat kat rumah dia + mak dia suruh makan sekali)sukeeee..jadi kau dah ada jawapan kenapa aku gemuk lepas tunang..*sila jangan tanya =p

Lunch hour biasanya pukol 1 kan,
tapi lunch hour aku tak fix..
bila boss kecik roger je maksudnya aku dah kena pergi rumah dia lah tu..
(apasal sekarang tak call2 lg ni,aku dah ngantuk ni)
masuk keja balik paling awal kol 2.30,paling lewat 3..
lepas makan,pakej tido 5 minit (yang membawa kepada 30 minit atau lebih).
bangun tido baru solat ye kawan2...baru segar sket biji mata (^_^).

Kalau dia tak sms atau call aku,aku akan terus sms dia

Aku:abang laparrrrrr..dah boleh balik belum.
padahal jam baru menunjukkan pukul 12 tengah hari...
bila dia kata okey..berdesup aku sampai rumah dia..
pukul 12 okey..kau ada?tak da kan?hahaha
tapi tak da lah slalu..lemak punggung kau nak hr2 macam tu.
rugi bayar gaji aku je..dah lah buat kerja tak brapa nak pandai tapi bila waktu makan nak awal hahaha..

Kalau waktu balik plak..tak tentu juga.
dalam syarat memanglah pukul 5..
kadang2 pukul 4.30 dia dah call aku jumpa kat mana2 lepak minum petang.
see2 punca aku gemuk adalah En.Tunang,bukan kerana nafsu makan aku yang sudah menggila =p

Masa nak kenduri kat rumah atok aku pon macam tu gak..

En.Tunang:sayang,siapkan semua kerja2 cepat hari ni awak halfday lah..

Aku:erk..org tak apply halfday pon..

En.Tunang:Tak pe saya yang kasi..

Yippie..
tang ni dia yang bg kesempatan tu,
bukan aku okey..
bab2 yang lain2 tu memang aku yang amik kesempatan hahaha..sila3 jangan amalkan perangai buruk macam aku.

Bulan posa ni je aku ada 'sempurna' sket..
lau lapar pon kena senyap je..hahaha sebab bukan aku sorang je yang lapar..
dia pon lapar sama,jadi sila jangan cari pasal..

erk..tapi boleh tak kalau time aku 'cuti puasa',aku cakap macam ni kat dia..

Aku:Abang,awk kat ne ni?kalau otw turun site sila singgah Mc'D,drive thru boleh?

Kau agak2?dia lempang aku tak..tapi kalau nak jadi suami mithali kena bagi makan cukup2kan kat isteri?hahahaha...

No comments: