Sentuhlah saya

13 August 2010

Cikgu

Salam,
selamat pagi...
aku ngantuk..ye asal puasa je ngantuk sebab tak boleh makan.

Entry sebelum2 aku ada cakap kan aku nak meluahkan perasaan..

ceritanya begini..
sehari sebelum puasa,aku ada berbual dengan big boss a.k.a bakal biras aku.
dia tanya aku ada apply keja mana2 tak..
of course ler ada..banyak dah aku apply..br sebulan ni je aku stop mencari kerja.
aku nak rehatkan minda jap.

Tiba2 dia tanya aku,'nak jadi cikgu tak?'
ye aku tau dia ada kabel yang membolehkan aku jadi cikgu..
aku senyum dan geleng..
aku bukan benci profesion perguruan..
aku pernah jadi cikgu ganti kan...
jadi aku tahu tekanan dan keikhlasan serta pengorbanan yang patut dibuat.
bukan mudah okey..
cuba kau tanya cikgu2 kita dulu..
camana dia nak mengajar kita yang kurang pandai ni supaya jadi pandai..

Dalam jangka masa setahun kau mengajar murid yang sama pun belum tentu dia leh jadik pandai macam yang kau nak..
lagilah sekarang ni budak2 semakin 'bijak'

dari segala segi okey..aku ulangi segala segi..
sampaikan aku takut untuk ada anak sendiri..

Kalau aku nak jadi cikgu,aku tak nak jadi cikgu yang sekadar mengajar dan bagi latihan sahaja,
hal2 dan masalah2 murid aku tak tahu.
Aku nak jaga semua aspek,sebab murid adalah tanggungjawab kita ye..
aku selalu je dengar dari mulut2 cikgu2 yang aku tak tahu hati dia ikhlas atau tak menyampaikan ilmu..

'alah,kau ajar je diaorang.lepas tu terpulang kat diaorang sama ada nak berusaha atau tak.Yang penting kita dah ajar dia,dia bodoh atau pandai bukan masalah kita.Yang penting gaji kita masuk tiap2 bulan.'

WHAT THE.......??????

aku siap terkedu okey dengar manusia2 ni cakap macam tu.
let say,kau buat macam tu..kau rasa gaji kau yang beribu tu berkat ke?
Hidup kau makin senang ke?

Dulu masa aku sekolah,ada seorang cikgu ni dia pernah bagitau aku..

'awak ingat tanggungjawab cikgu ni mudah ke?berat tau tak.Kalau saya mati esok,kat akhirat saya akan ditanya,adakah tanggungjawab saya telah dilaksanakan dengan sempurna?'

Damn..hahaha..aku ingat nasihat tu sampai hr ni okey..walaupun dah berlalu berbelas tahun yang sudah.

Sebab tu masa aku jadi guru ganti hari tu aku stress..sakit otak..
dengan disiplin budak2,dengan peratusan akademik yang rendah,dengan nak melayan perangai sorang2 lagi..

adoyaiiiii...

aku selalu je mengeluh kat bilik guru,cikgu2 senior selalu nasihat aku banyakkan bersabar dan jangan mengalah dalam menyampaikan ilmu..

Setiap kali nak melangkah masuk kelas aku mesti cakap dengan diri sendiri.

'aku nak mengajar anak orang ni, Ya Allah kau permudahkan segala urusanku.Kau lapangkanlah minda anak2 murid ku supaya diaorang 'dapat' apa yang aku 'berikan'.KAu ikhlaskanlah hatiku Ya Allah.'

sampai macam tu sekali ye..
susah...memang dan sangat susah..
kau ingat pagi2 buat pergi skolah,mengajar + bagi Homework je..
tiap2 bulan gaji kau masuk...
budak tak pandai2 kau biarkan je..

Sebab tu bila orang suruh aku jd cikgu aku tak nak..
aku tau kemampuan aku..
aku pun amik masa 2 bulan nak buatkan budak2 tu 'tangkap' apa yang aku ajar..
Walaupun tak cemerlang mana..
sekurang2nya masa aku tinggalkan sekolah tu...
peratusan akademik untuk subjek BM kelas yang aku jaga tu meningkat..meningkat okey..

Sapa tak bangga noks..
kelas memang bukan standard budak pandai..kelas ke-9 daripada 15 kelas..
Markah paling tinggi 78 ye..*aku dah kembang bontot ni..
hahaha

tak da apa yang boleh buat aku happy kecuali aku dapat sms daripada anak murid aku

'cikgu,markah saya meningkat.TERIMA KASIH CIKGU.'

Tapi tak payah ler memujuk aku banyak kali suruh jadi cikgu..
aku ni garang..sangat garang..
sia2 je kalau belajar dengan aku..
kalau kau tak pernah kena maki jangan cakaplah..
sapa tak buat kerja memang terimalah nasib kau..hahahaha

motip aku buat entry kat sini..sebenarnya sudah lebih dari 4 orang yang offer aku suruh jadi cikgu..
ayah aku siap paksa2 mohon DPLI..
sampai gaduh2 dengan aku..
bila aku kata TAK NAK,maka MEMANG TAK NAKLAH KEPUTUSANNYA.

Apa pon kerjaya yang aku pegang satu hari nanti,
itulah 'perkara' yang aku cinta dan akan buat..

Sejujurnya,aku belajar bukanlah untuk mendapat kerjaya yang berpangkat besar,
tapi semata2 kerana cita2 untuk menuntut ilmu,
aku nak jadi ....ehem2 rahsia..hanya En.Tunang yang tahu..
jadi aku akan menimba pengalaman secukupnya..bila aku dah stabil dari segi kewangan dan Family insyaallah aku akan realisasikan apa yang aku impikan..
aku tak nak bgtau kat orang lain sebab..orang lain akan kata..

'membazir je kau belajar tinggi2'

tapi..ada aku kesah?
menuntut ilmu tu kan perkara elok,walaupon aku tak da lah nak bijak sangat.sekurang2nya aku boleh menyumbangkan sket daripada apa yang aku belajar untuk orang lain. =)

*Kesimpulannya..kena struggle siapkan tesis.Kalau tak melayang duit aku bayar yuran lagi.

No comments: