Malam tadi both of us berbincang pasal barang hantaran..honeymoon etc..
kami bincang berapa bajet untuk honeymoon bagai..
Tiba2 dia kata,'kita gi honeymoon manfaatkan beberapa hari di sana dan 'buat anak'.'
aku terpinga2 sekejap..aku ingat dia macam tak kisah..
aku cakap dengan dia 'abang,kamu dah bersedia mahu menjadi bapa?kamu cemburu tengok kawan2 sebaya dukung anak?'
dia pandang aku dengan senyuman 'siapa yang tak mahu anak,serasanya sudah bersedia.Kita plan majlis kita dan teruskan kehidupan dengan menambah umat Muhammad.'
Bukanlah perbincangan ni berdasarkan masing2 sudah tidak tahan nafsu atau apa.
kadang2 terasa gak bila jumpa kawan2 dah heret anak..
tapi aku tanya dia 'tanggungjawab besar ok,dengan keadaan sosial sekarang.saya takut.'
dia jawab dengan penuh tenang 'sayang kita belum kahwin dan ada anak,memang kita akan rasa takut.tapi cuba tengok orang lain yang dah ada anak,mesti ada cara macam mana nak besarkan anak2 dengan baik'.
Perbincangan panjang lagi,cuma aku rasa tiba2 malu plak nak cerita dengan korang..hahaha belum kahwin tapi sudah cerita pasal anak *blush
No comments:
Post a Comment