Sentuhlah saya

06 September 2010

Kembara Kami

Salam,
selamat pagi...
huhuhu..
ngantoookkkkk...

mahu update dengan bahagianya..
semalam aku dan En.Tunang telah mengembara menaiki motor..
best..walaupon bontot rasa macam nak tanggal..

en.Tunang memang dah mention pasal buka puasa dengan kawan2 dia.
dia tak cakap nak ajak aku pon.
sebelum tuh dah banyak drama terjadi..
antaranya..drama aku sibuk nak gi merayap dekat shopping mall..
dia tak kasi..kerana confirm tak da yang aku berkenan.

Jadi setelah bertekak bagai tengah hari semalam,
dia call aku balik dalam tempoh 10 minit selepas adengan drama.

En.Tunang:awak nak berjalan sangat kan?

Aku:yelah,bosan hujung minggu dok rumah saja..kepala kusut.

En.Tunang:Jom ikut saya buka puasa kat jb dengan budak2 ni,awak siap2,tapi naik motor tau..

Aku:nak ikut...

En.Tunang:tak kisah ea naik motor?

Aku:tak kisah pon..

en.Tunang:hah,cepat siap2 solat semua,nanti saya nak gerak,saya call.

Dia sampai rumah area kol 3 lebih..kitaorang ikut highway ayer hitam..
serius speed gila nak mampos..
laju sei..
kau bayangkan tak sampai berapa ploh minit sudah sampai hentian kulaijaya.
berhenti hanya kerana aku mahu buang air kecil..serius perit dowh bontot kau kalau jalan jauh.
hahaha
tapi seronok okey...rasa angin secara 'LIVE'



Lepas buang hajat,kitaorang terus gerak ke Jusco Tebrau..
tujuan utama untuk berbuka area situ gak..
Kami berdua je naik motor,member2 En.Tunang naik kereta.


Kitaorang sampai JJ Tebrau je dah pukul 5 lebih..

en.Tunang:jom masuk jusco..

aku:tak nak,tak da duit nak shopping.sakit hati je nanti..

En.Tunang:jomlah..

Aku:tak naklah..

En.Tunang:tak nak shopping raya?

Aku:????????

En.Tunang:jomlah masuk,kita tengok2 je dulu,tapi jangan pilih yang mahal2 tau..

Aku:(^_^) jom.......




Sila jangan percaya kitaorang shopping okey..kejadah nak letak barang kat ne?kalau membeli pon mungkin sehelai t-shirt.Tapi tidaklah...malas nak mengangkut.Jadi sebelum raya insyaallah kami datang melawat JJ tebrau lagi.mahu shopping (^_^)..

Dia sudah dapat bonus..
maka ada peruntukan untuk aku..
tapi bonus dia tak berapa nak banyak..
paling best raya 2 tahun lepas..
serius best gila..
Dia shoppingkan untuk aku je almost 1k..
banyak okey untuk pompuan tak kerja macam aku..
padahal dia bukan beli apa sangat..
Tapi tak pelah masa tu dia dapat bonus banyakkkkkkk sangat...
=p


Tapi tahun ni tak meriah macam dulu..
hehe save bajet mahu kahwin..
tak pe2 ye bang...tahun depan ada hahahaha * gelak jahat.
Cuba kau fikir logik akal..
memang patut pon ada mulut2 kata aku ni 'tarah' duit En.Tunang..
ada aku kesah?
hahaha aku tak kisah..
kau ingat aku ni tak da hati?
tak da perasaan mahu bagi dia jugak?

I ada bagi okey..
tapi tak mau cerita dalam ni..
nanti orang kata aku poyo..
hahaha
biar aku cerita apa dia bagi je..yang aku bagi dia sudah jadi hak dia..
kecuali mendapat kebenaran untuk post di dini..

Okey sila abaikan..
aku punya blog,aku punya sukalah kan..
janji aku tak sakitkan hati orang..
tapi orang suka sakitkan hati aku huwaaaa....tak suke~tiba2 githoooo..


owh..gambar tengah makan steamboat semalam dalam hp En.Tunang..
tak pe ada alasan mahu buat entry baru nanti...
kalau tak da gambar..kau pon boringkan?
layan aku yang tengah perasaan ni je =p

mood raya masih tak 'on' sebenarnya..
aku risaukan tesis aku..yelah dah nak hujung sem noks..tapi i sememangnya lembab.. *sigh

Abaikan wajah jelita wanita ini yang sudah berminyak jelantah..
amacam ada gaya tak?hahahaha
masa ni kami berhenti di hentian untuk amik napas punggong sat.

Hah tu ler motor pinjam yang kami naik..
*hiks kantoi motor pinjam..
welawei..tapi aku dah stim mahu suruh dia simpan duit beli superbike..
mahu jugak...mahu..mahu...
Baru aku perasan mamat ni sudah gemok..
tak pe perut buncit adalah lambang kebahagiaan (^_^)

3 comments:

{ Miss Syahira } said...

hahh statement last tu memang sengal! kau buat aku tergelak je ok.

lalink7 said...

woww...nek moto besharr...hehe
mesti best kan along...
hehehe..

syazana said...

Cik Syahira:
muahaha..kenyataan okey =p

Husna:
nge..hehehe..best..try lah =)