Sentuhlah saya

10 December 2009

Kak Long dah stabil....

Salam,
selamat malam....
alhamdulillah....
X da ungkapan yang indah2 untuk malam ni...
kecuali segala puji untuk Allah S.W.T dan Muhammad itu pesuruh Allah S.W.T...

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..
UNTUK SEMUA BLOGGERZ & KAWAN2 YANG SUDI MENDOAKAN K.LONG...
TERIMA KASIH SANGAT2...

Alhamdulillah..keadaan k.long dah stabil....
cuma perlu banyak berehat dan mengikuti rawatan susulan...
aku tau dia kuat dan dia sgat kuat berjuang untuk hidup...
bukan hanya untuk diri sendiri tp untuk anak2 dan suami.

Aku harap doa yang diberikan tidak putus2 sehinggalah k.long ada semangat baru untuk teruskan usaha...ya..dia dah x nak mengharap akan buah pinggang yg baru...
Tapi aku yakin, Allah S.W.T nak beri yang terbaik....

Maaf..x da gambar yang dapat aku upload....
sedangkan En.Bf nak amik gambar k.long tok anak2 dia je Doktor x kasi...
Jadi kena hormati polisi Hospital...dan juga untuk ketenangan k.long.

K.long masih lg ditahan kat PPUM untuk pemantauan dan dialisis....
Besok cuti umum untuk selangor,aku tgu En.Bf sampai dr johor dan kitaorg terus gerak ke Hospital.

Walaupon banyak spekulasi,kes2 dan cerita yang kurang enak pasal pesakit buah pinggang yang aku dgr....aku tau tu semua benar belaka...x dinafikan..apa yang aku dgr agak menggerunkan...

Aku harap Allah S.W.T panjangkan usia k.long untuk terus berjuang dan berusaha...
Untuk wanita sebaik dia..soft spoken lady,nice,sporting,humble...semoga dia layak dapat yang terbaik....

Untuk k.long,
Jangan patah semangat,teruskan usaha,Allah S.W.T tahu k.long kuat sbb tu dia beri dugaan yang semacam ini.K.long kena ingat kalau Allah berikan dugaan pada hambanya bermaksud dia sayang akan hambanya...K.long teruskan berjuang untuk suami dan anak2.Insyaallah doa kami untuk k.long x kan putus....

Sebenarnya penyakit k.long br dapat dikesan 3 tahun lepas,masa k.long lahirkan Aina (anak k.long yang bongsu).K.long mengalami pendarahan tanpa henti, sehinggalah dia ditahan di i.c.u selama 3 minggu.

Doktor kata buah pinggang k.long dah rosak,tinggal sebelah sahaja yang boleh guna. K.long berjuang untuk hidup selama 3 tahun, 3 kali dalam seminggu k.long kn dialisis dan sehingga kini rezeki belum lagi menyebelahi k.long.

Aku masih ingin minta jasa baik semua blogger n kawan2 tolong doakan k.long untuk kekuatan dia...aku harap k.long akan cepat sembuh.

Semoga Allah S.W.T mendengar doa hamba2nya ini...amin...

7 comments:

lily lotus said...

alhamdulillah ;)..syukurlah dah ok even belum sepenuhnya..semoga kaklong terus kuatkan semangat

kojah said...

alhamdulillah dh ok...sy doakan semuanya selamat

lala yusof said...

alhamdulillah...bebanyak sabar skrg...tiada yang indah tanpa kesusahan, ingatlah mungkin Tuhan juga ingin kita makin rapat dgn kaklong, beri motivasi dan sama-sama berkongsi perasaan. walau setabah manapn dia, hati seorg pesakit wanita, hanya Tuhan yang tahu. saya doakan kaklong sekeluarga makin tabah, sihat sentiasa

{ Miss Syahira } said...

alhamdulillah.

legaaa sgt2.

syazana said...

To:
Lily lotus,kojah,lala yusof & Cik Syahira....
alhamdulillah..allah dengar doa kita..semoga k.long cepat sembuh..

Madam Casper said...

Alhamdulillah...
Berapa umur anak K.Long?

syazana said...

Madam Casper:

Anak k.long ada 4 org..
Afnan (12),Aizat (8), Haikal (6) & Aina (3).