Sentuhlah saya

04 September 2009

Miss Mom...

Salam ramadhan untuk semua..
Aku br je balik dari majlis berbuka puasa dengan warga2 PUSAT KOKURIKULUM UPM.
Perut masih terasa mengah,tapi mata memang dah ngantuk.

Aku sambung menaip tesis...oleh sebab aku x baca abes buku yang dirujuk..
makanya aku kena sbg menaip besok pg ler jawabnya. Kanapa?
Kerana,kalau aku x paham apa yang aku buat.
Camana aku nak xplain masa seminar nanti.Betul?
Nanti lagi ramai Doktor2 n Prof2 argue aku pye tesis..
x ke haru namanya tu,aku gak yang susah.

Kenapa aku cepat sgt rasa malas nak meneruskan usaha..
Owh..masa ni la aku rindu kat mama sangat2
sebab masa aku nk STPM dulu..
mama rajin teman aku study tengah malam..
walaupon dia selalu gak r terlentok...
dia akan kejut aku solat malam...

Hah time ni lah br aku nak sentimental..
i miss my mum so much..
Kenapakah?aku merasakan sedemikian
secara jujurnya..
semenjak aku masuk U,aku semakin rapat ngan mama..
kalau masa aku budak2 dulu..
ada je benda yang aku nak gaduhkan ngan mama..

Adakah?
Oh..
tidak!!!!
Kerana aku semakin DEWASA?
i'm sweet 17 ma...
hahahaha
what the hell kan x sedor diri.

Now...aku memang rindu gila ngan mama
Padahal tiap2 hari aku akan call dia
x lama pon,kejap kitaorg akan berbual...paling aku rindu ayat mama,

(situasi di mana kami adik-beradik bergaduh)
Adik:Mama..tgk along ni gigit kepala kita
masa ni mama x bersuara lagi sbb dia malas nak layan
Angah:Mama....tgk along ni gigit kepala angah..
Then my mom...
Mama:Along kau dah kenapa?kena sawan x da benda lain kau nak gigit?kau lapar sgt ke?
Aku terajang kau karang sampai senggarang..
Hahahahaha thats my mom..ayat je lebih buat idak...
Senggarang is my hometown nama PEKAN yang diambil sempena nama buaya..
ntah betul ntah x,aku pon x pasti..

Tapi mama da lama x cakap macam tu..
sebab dia slalu tgl sorang kat rumah kitaorg semua dah kerja&belajar
Jadi x da sapa2 lagi akan dapat ayat tu..
Selalunya kalau mama br cakap separuh kitaorg akan sambung..
Along+Angah+Adik:Alah mama ni boring r,asyik nak terajang gi senggarang je,situ bukan
ada pape,klu nak terajang jauh2 r sket,disneyland ke?paris ke?
Time ni sebenarnya mama mcm nak ketawa,tp dia control sbb takut anak2 gelakkan dia..
hahaha mom i know u...
kadang2 bila kat kg,dia slalu bercerita perihal kitaorg masa kecik2 dulu kat makcik2..
Then br aku realize yang dia rindukan KERIUHAN kitaorng sbnrnya...

poor u mom...
Pergh...aku dah start emosi bl bercakap pasal insan yang aku sayang n cinta nih...






No comments: