Sentuhlah saya

26 January 2010

My diet..

Salam..
Selamat pagi...

Entry pagi ni adalah suam2 kuku...
aku nak cerita pasal rutin diet aku yang macam best...

Aku dah try jogging dan sebagainya..tapi xbrapa nak turun..
skali tuh aku nekad untuk kawal makan..
tapi bergantung gak...kalau nak makan,aku hentam je.
terutamanya aku x tahan nafsu kalau dapat Blueberry Cheese Tart..
fuh..HEAVEN...

aku x da lah betul2 diet cuma aku amalkan macam ni je..

PAgi:
Bangun tido = 1 gelas air putih
Tengah panaskan enjin keta = sebiji roti Gardenia, sebiji tau bukan sebuku..
Sampai kat opis = 1 gelas air putih
(Biasanya aku minum sampai 3 gelas air putih)
Pukul 10 @ 11 pagi = 1 gelas air manis (Milo @ Nestum @ pape je...janji air manis)
Untuk sampaikan pukul 1 tengah hari = aku akan minum 2 @ 3 gelas air putih

Tengah hari:
aku akan balik rumah masak apa yang aku nak makan
NAsi 3 @ 4 sudu (sudu tau bukan senduk) + sayur (wajib ada) + Ikan (aku memang suka makan ikan dan jemu makan ayam)

Tapi sebelum makan aku akan perah jus orange,bukan yang dalam kotak ye.Ni perah sendiri.Sbb x banyak gula.

Lepas 30 minit makan baru aku minum air putih balik.


Petang:
kalau lapar..
aku akan buat air panas (air manis) x kiralah air apa dan makan dengan biskut (bukan dalam kuantiti yang banyak)

Kemudian aku akan LAYAN air putih memanjang....x lah banayak cuma dalam 3 @ 4 Gelas.

Malam:
kalau lapar
aku akan buat air panas + BISKUT @ ROTI

tapi biasanya start pas maghrib aku dah x makan, sebabnya dah gosok gigi...serangan psikologi untuk malas makan,sebab malas nak gosok gigi.

Aku akan cuba tido awal supaya leh bangun awal,kerana hikmah di subuh hari,kalau kita bangun awal perjalanan metabolisme tubuh kita akan lancar.

Alhamdulillah,wpon x turun banyak,sekurang2nya jeans aku dah longgar sket.X da lah ketat sangat sampai nak duduk pon x selesa.

Makanya kena teruskan usaha lagi nih...untuk sapa2 yang berdiet macam aku.MAri kita teruskan usaha ye...

2 comments:

Lyn Yusoff said...

selamat berdiet..
gud luck..
then nak tau gak result before & after...

syazana said...

Huhuhuhu
Setakat ni x berani nak timbang lagi,
cuma guna seluar dan baju sebagai ukuran.Tengah berusaha nih... :-D