Sentuhlah saya

18 January 2010

Lelaki sejati tapi mulut macam perempuan...

Salam.
selamat malam...(perasan tak?aku ni kadang2 formal kan?)
wokey...sorry ye keadaan aku sekarang ni agak serabai..hehe..makanya kalau entry aku pon macam x best je,korang x payah ler baca,nanti wat sakit hati je..aku ni bukannya rasional sangat kadang2.

korang ada x kawan2 lelaki yang mulutnya laser lebih dr kawan2 perempuan...?
aku ada wei..(hahaha...aku jahat kan?)
bukanlah nak mengutuk tapi mula2 aku x sangka mulut dia macam tu.

kenapa aku cakap macam ni...sebabnya kalau dia jumpa aku mesti dia buruk-burukkan orang lain,dan kebetulan orang yang dia buruk2kan tu pon aku kurang berkenan sikap dia.

Aku bukanlah sempurna sangat nak ada perasaan tak suka kat orang lain,sebabnya kalau kita benci kat sorang tu,belum tentu ramai orang suka kita dan mesti lebih dari seorang yang benci kat kita..(korang paham x ?)

berbalik pada kawan lelaki aku yang mulut lebih puaka dari aku nih,tiap kali jumpa mesti ada je benda buruk pasal kawan tuh yang dia sok sek kat aku,kadang2 aku diam je dengarkan,kadang2 kalau aku sakit hati dengan kawan tu aku bebel2 sama gak r.Tapi x da lah tiap kali jumpa aku akan sama2 mengumpat ngan dia...sesekali kalau kawan tu cari pasal ngan aku je.



mula2 aku hampir2 benci kat kawan tuh,tapi bila fikir2 balik knapa nak benci dia plak...memang lah perangai dia agak menjelikkan tapi x bermaksud hati dia busuk atau dia menyusahkan hidup aku (pernah lah sekali dua dia susahkan aku, tapi x beri kesan pon dalam hidup aku),sebabnya aku pon bukanlah sempurna sangat.Perasaan aku yang paling keji ialah aku pandang rendah pada kawan tu,walaupun dia muda dari aku,bergaji rendah dari aku dan belajar tak setinggi aku,sekurang2nya dia bahagia dengan hidup dia.Astaghfirullahhalazim...hampir2 aku tersasar jauh kan?

nasiblah aku ada seorang kawan sebagai pendengar setia,dia slalu nasihatkan aku,abaikan je hal2 dunia ni.Pentingkan masa depan aku....kalau aku turutkan hati dan termakan kata2 kawan lelaki yang bermulut laser tu,mesti aku dah benci kawan aku tuh.Nasiblah aku cepat tersedar,cuba menerima orang lain kan adalah lebih baik dari kita terus buat anggapan yang bukan2.

En.Bf slalu pesan dengan aku,orang yang baik dengan kita ni boleh jadi musuh dalam sekelip mata,lebih menyakitkan dari bisa dan lebih tajam dari pisau.

Lama2 aku perhati kawan lelaki yang mulut laser ni,hidup dia x lah sesenang mana pon berbanding dengan kawan yang slalu diburuk2kan tu,dia slalu mengeluh tak da duit,tapi kawan yang diburuk2kan tu aku tengok semakin bahagia hidup dia walaupon x mewah.Rezeki dia sentiasa ada.

Aku mula tarik diri sikit2 dari kawan lelaki mulut laser nih,bahaya juga ada kawan macam ni dosa aku makin bertambah2 plak,aku lebih suka buat hal sendiri.Kalau dia masih cakap pasal kawan tuh,aku cuma senyum je.Lagi satu si mulut laser ni x boleh kena tegur dengan orang lain pasal kesilapan dia,hari tu aku baru sedar...hati dia ada berbau hasad dengki,...knapa ye?sangat2 ada bau busuklah hati dia,aku betul2 x sangka.orang yang mesra dengan kita,yang konon macam baik dan peramah rupa2nya mulut dan hati dia kurang elok.

Ramai kawan2 yang sentiasa berpihak pada si mulut laser ni,aku pon x tau aura apa yang mamat ni pakai,mawi pon kalah.Mereka termakan hasutan kah? entahlah aku malas nak fikir banyak wat sakit otak je wat pe.

erm..semoga Allah tunjukkan kebenaran dalam beberapa hal yang telah mendatangkan ketidaksenangan dalam hati kami.....








P/S:Tolong jauhi kawan yang mulut jahat yang lebih jahat dari mulut aku,tapi jangan jauhi aku...nanti aku rindu kat korang....hahaha... :-p

1 comment:

Fatink said...

Saya ada2... Xtahan sangat dgn mulut laser dia tu.dah tu cakap x pernah rendah,always cakap besar..td ni dia kata kita ni perut besar la pa la kan,skali kita geram saya ckp dia tengkuk pendek la pa la..geram sangat mulut laser dia tu. Dia kata kalau nk kutuk biar depan2 tp dia xtau ayat dia tu boleh buat org terasa hati..