Sentuhlah saya

25 June 2010

Jumaat 25 Jun 2010

salam,

selamat tengah hari.

aku br je lepas pasang langsir dan karpet.
macam nak raya punye feeling..
hehehe
Auntie mah dan cik diman lah,
yang terlebih excited,siap cat dinding bagai..
cik diman lagi tak leh blah,siap beli karpet...
adeh..
macam aku nak kahwin je.


apa pon aku sayang diaorang kerana sama2 bersusah payah untuk aku.
*blush

aku ni tengah berfikiran,rasa segan ada,malu pon ada..hahaha
aku biasa gi majlis org,la ni sendiri punya,
rasa macam tak percaya pon ada hahahahaha..
tu r mulut gatal sangat kata 'alah aku kahwin lambat lagi,esoknak nikah baru aku tunang'

hah skali ambik kau...
dah kena pinang,padan muka aku. =p
mulut tak tau nak jaga..

setakat ni segala2nya berjalan lancar.
aku buat sederhana je,tunang je kan..
nak merasmikan ikatan,tapi En.Bf br dapat lesen 'P' okey..hahaha

Ops lepas ni haruslah bertukar dari 'En.BF kepada En.Tunang'
erm..macam pelik je bunyi...
*aku dah berjaya memanggil beliau dengan panggilan 'Abang',sila tepuk tangan untuk aku ye.Mesti bakal ibu mertua ku bangga..kerana aku berjaya hahahaha..(tapi masih janggal,aku lg selesa memanggil beliau dengan panggilan 'B' for Boroi)

setakat hr ni:
1.Barang hantaran = cuma tinggal nak amik kek,susun coklat dalam bakul dan sirih junjung je

2.Makan2 = mama aku settlekan

3.Baju = Pak andam aku kata,taylor tak hantar lagi.

4.Bilik = da siap kemas tinggal touch up sket2.

secara keseluruhannya 80% dalam tangan..yehaaa suke~
aku bukan cerewet sangat okey.
hari tu siap family suruh tempah pelamin bagai..hallooooo...i pemalu okey..
x kuasa aku nak dok tercongok atas pelamin.
lain r masa sanding nanti..boleh r nak tayang muka n body i yang dah slim masa tu..hahaha

masa tunang,ala kadar je..
aku tak kisah pon,
tapi untuk kahwin esok..aku mau settle sendiri ikut suka aku...haipppp..org lain sila jangan banyak bunyi...aku dah plan dalam kepala.Untuk tunang ni je aku ikut cakap...

hahaha....keji~
tapi boring r,pompuan aussie tak da,syira plak kena keja..jadi sapa yang harus nak mendengar keluh kesah aku ni?
*sigh,tb2 rasa mcm boring.

tak da makna nk mengira hari bagai,cuma tinggal besok je..
mudah2han segala urusan dipermudahkan Allah S.W.T

Ops! besok besday En.Bf..
aku tak ada apa2 nak kasi kecuali satu ikatan yang bakal dimetrai bersama..
pergh..ayat tak leh blah..hahaha

entry khas?sila tunggu besok..
walaupon En.Bf tak pernah menjengah blog aku,
tapi aku tak kisah...asalkan dia tahu cuma dia yang aku sayang...
*sila genangkan air mata anda ye..

erm..cepat betul masa berlalu,
rasa mcm baru semalam dia ngorat aku dalam bas..
tak caya kau tya dia...
bersungguh2 dia mintak nbr hp aku,
tapi aku leh abaikan je dia..hahaha
padan muka aku...

eh,okeylah..
aku rasa mcm dah gemuk balik r...(mmg gemuk pon)

wei,nak bgtau..
ada sorang kawan aku yang dulu slalu perasan dia lg kurus dr aku kan...tb2 bila nampak aku.
'along,kau nampak kurus..kau makan apa ye?'

hahaha..
rahsianya....
jadilah guru di sekolah menengah nanti kau leh kuruskan badan dengan cepatttttttttttttt....
ops!jangan tido siang,sila buat kerja sehingga keluar peluh macam nak banjir.
sila pandang nasi umpama nasi itu basi..hahaha *yang ni aku tipu..
aku pulun nasi bagai nak rak..sehingga buncit.

hahaha..
okey2 aku nak gi bersenang-lenang jap..
nanti rajin aku update.bye

2 comments:

Lyn Yusoff said...

Selamat bertunang :)

syazana said...

Thank you k.lyn (^_^)