Sentuhlah saya

06 June 2010

BUkan mudah

Salam,
selamat pagi..

aku tak tido lagi?
huahuahuahua
hr ni bz sket..

bangun dah siang,
lepak2 dengan family,pastu diaorang gerak gi kl.

tengah hari gi amik azah dan syira..
kitaorang gi majlis Dayah..
culik syira dari tempat keja...


lepas hantar diaorang balik,
aku tolong zila cari dulang untuk hantaran plak.
last minute,majlis besok tapi tak da dulang hantaran...
nasiblah rezeki dia ada...
allah permudahkan segala urusan..

Lepas selesai masalah zila,
aku pecut gi jemput bakal ibu mertua di rumah bakal kakak ipar..
sampai je rumah bakal ibu mertua,terus kejut En.Bf....
makan sama2,pusing2 taman jap kemudian balik rumah.

Bz?
sangat bz..
tapi aku suka...

okey,aku dah menyimpang..
aku kata BUKAN MUDAH..
sebab masa aku drive keta tadi aku mengelamun..
banyak benda aku fikir..
hidup,masa depan,kerjaya..bla..bla..bla..

tiba2 aku teringat pasal masa silam..
masa silam yang melibatkan manusia2 yang aku pernah terjatuh cinta.

contohnya..ex-boy aku hahaha..
ok..
bukan ex -boy tapi..ex-boy2
kejis~
but nice.. =p


Aku tb2 membandingkan En.Bf dengan Ex-boy2 aku..
kenapa?
bukan kerana aku ragu2 pada En.Bf atau aku masih tak dapat Ex-boy2 aku..
aku teringat tentang perjalanan hidup aku..
sedih,suka,duka dengan insan yang bergelar kekasih...

dan sekarang aku tengah menghitung hari untuk masuk ke fasa baru.
Yes..aku sangat bersyukur kepada tuhan,
dengan setelah apa yang aku lalui,
akhirnya ada sepasang suami isteri yang sanggup dan ikhlas menerima aku sebagai bakal menantu...

perasaan?
Terharu...terharu kerana aku tak pernah rasa diterima sebegini sekali.

Jadi persoalan yang korang akan tanya apa kaitan antara bakal mertua dan ex-boy aku..
(*_*)

macam ni...
bila aku dah nak masuk fasa baru dalam hidup ni,
tiba2 aku rasa berbelah-bahagi,
sama ada betul atau tak jalan yang aku pilih ni.

bila aku mengadu dengan seorang kawan,
dia kata..
'along,syaitan memang x suka kalau kita menuju ke arah kebaikan.Perasaan tu memang normal,kau nak kena tabah dan kuat'

dan kenapa aku teringat pasal ex-boy2 aku..sbb aku membandingkan diaorg dengan En.Bf...
damn..
setiap mereka memang ada kelemahan dan kelebihan masing2..
Tapi,Hati aku satu dan hanya untuk En.Bf.

Aku pon tak tau,kenapa tb2 aku teringatkan diaorng.
aku cuma anggap,syaitan akan selalu mengganggu..
jadi aku nak kena tabah dalammengharungi dugaan.

Ada kawan aku tanya.
'kenapa kau pilih bf kau yang sekarang ni,dr segi pendidikan dia tak setaraf dengan kau'
damn again..

jawapan aku simple
'aku perlukan lelaki yang cintakan kedua ibu bapanya,maka aku yakin dia akan jaga dan cintakan aku'.
enough said...itu yang ustaz/ustazah aku selalu pesan.

Memang dari segi pendidikan dia tak setaraf dengan aku,
tapi dari segi akhlak dan hati,aku yang tak setaraf dengan dia..

contoh:
dia selalu fikir panjang sebelum buat sesuatu perkara,tapi aku sebaliknya.
dia jarang maki aku kecuali aku maki dia dulu.
Dia sentiasa menyimpan maslaah sendiri,kerana tak nak bebankan aku kalau dia bgtau aku...
Dia akan kongsi duit yang dia ada untuk aku..walaupon masa tu dia sendiri tak da duit.
dia akan belikan segala apa yang aku mintak,sedangkan dia tak beli apa2 untuk diri sendiri.
dia tak romantik tapi dia sentiasa ada kejutan untuk aku..
dia panas baran,tapi dia sentiasa manjakan aku..
dia bukanlah lelaki yang penuh dengan sijil pendidikan yang tinggi2,
tapi dia LEBIH PANDAI dari aku...
aku dan dia sama2 jahil,tapi dia tak malu untuk belajar dan mengajar..

Jadi ada sesiapa boleh bgtau aku,lelaki yang sempurna tu bagaimana ye sifat dan rupanya..
i'm not good enough,jadi aku sangat bersyukur kerana ada lelaki yang sanggup sayang kat aku dan merasakan aku ni telah sempurnakan hidup dia.

Bagi aku biarlah SEDERHANA tapi SEMPURNA,
SEMPURNA di mata ku dan hati ku.

okey,tak mau entry emo2..
sekadar luahan hati yang tak tertahan..
kerana?
kerana sentiasa ada je insan2 yang macam tak suka hubungan aku dengan En.Bf...
kenapa?

Ada seseorang yang ada pertalian darah dengan aku,
aku sayang dia..
tapi dia selalu kata belakang pasal En.Bf,padahal dia tak kenal dan jumpa En.Bf pon sesekali..
dia slalu mempertikaikan kerjaya En.Bf,
mampu ke En.Bf bagi aku makan kalau kitaorang kahwin nanti,
boleh ke aku hidup senang.
dia kata kontraktor ni kaki perempuan,kuat rasuah macam2 lagi yang tak elok..
tapi mama selalu cakap dengan aku
'abaikan je long apa orang nak cakap'.

Hati aku?
bukan mudah okey nak terima segala keadaan dalam 6 tahun kitaorang bersama.
kadang2 aku terfikir,ni belum kahwin.
bila dah kahwin nanti camana plak dugaannya..

Tapi,inikan yang dinamakan hidup.
Setiap orang bahagiannya lain2..
maksud aku,
kadang2 kita tengok ada orang tu..
hidup senang je,
ada lagi yang hidup susah je..
macam2 yang kita leh nampak.

Jadi aku muhasabah diri,
berhenti dari mengambil kira kata2 orang lain,
ini hidup aku,jalan yang aku pilih.
aku cuma perlukan redha mama dan ayah sahaja...

Kalau orang tua aku redha,
insyaallah aku yakin tak kan ada masalah lain..

Kenapa entry ini ditulis?
adalah untuk memberi perangsang kepada manusia2 yang pernah lalui keadan macam aku atau tengah melaluinya,jangan putus asa.Jangan layankan cakap2 orang,sebab nanti menambah dosa dan perasaan benci dalam hati korang.

Hidup ini tak mudah,tapi kita boleh berusaha untuk mudahkan ia =)

cukup setakat untuk malam ni...
sambung besok..
harap2 entry lagi ceria ye besok =)

No comments: