Salam,
selamat malam...
semenjak kerja membesarkan bontot ni,
aku rajin sket nak update..
jd entry kali ni aku nak cerita tentang sifat aku yang merepek aku rasa.
1.aku tak suka tengok movie cinta yang meleret,movie2 yang sedih dan penuh konflik.Macam tu gak dengan drama..ayoiii...kalau drama pasal syarikat2 koporat atau cerita cinta yang dari awal sampai akhir konflik tak sudah2..jawapannya JANGAN HARAP aku nak tengok la wei..contoh paling dekat,aku paling tak suka Drama Indon..adeh...sampai ramai yang mampos pon masih berkonflik.
2.Bila makan aku akan ambil masa yang lama untuk minum air selepas makan.Bila aku rasa perut aku dah tak penuh baru aku minum.Kadang2 aku lupa nak minum terus,bab ni En.Bf akan slalu bertanya dan merasa hairan 'sayang perut u ok ke?'.Tak dalah dah tercekik makan pon aku tak minum,tu bunuh diri namanya.Jadi untuk mengelak bunuh diri,kita kena minum masa tercekik.Sebab tu sekarang ni kalau aku makan kat kedai,kawan2 sila jangan hairan kalau aku tak order air.Nanti membazir je,sebab aku minum tak habis.
3.Aku cukuppppppppppp pantang kalau orang pakai harta aku.Bukan kerana aku kedekut ok.Lebih2 lagi barang kalau org bagi,tak kisahlah siapa yang bagi,kawan,lawan atau En.bf.Of course ler apa yg En.Bf bagi aku tak kan kongsi ngan orang.Kalau harta yang aku beli sendiri,kau ingat aku kesah?..tak kisah pon..hah pakai2..amik2....aku ok je.
4.Aku sangat obses dengan kedai roti,kek & pastri.Serius aku sangat obses,lebih2 lagi dengan bau dan rupa2 kek yang cantik.kalau biskut pon sama,especially biskut raya,aku mudah tergoda dengan rupanya yang cantik,sebab tu aku lebih suka belajar buat biskut berbanding memasak.=p
5.Tak suka gosok gigi sebelum tido,hahaha bab ni jangan contohi aku.sekarang gigi i dah kotor,haruslah kena pergi klinik.Tapi aku ni malas.Lebih2 lagi klinik gigi slalu je penuh *sigh
6.Aku boleh menggosok baju tanpa henti selama 4 jam lamanya,baju mama aku melambak okey.especially baju kerja.tu tak tambah ngan tudung lagi.
7.aku cukup cerewet masa basuh baju,bra dengan pantie aku mesti nak berus.Baju dan seluar mesti asing2.basuh baju ikut giliran individu.contoh mama,aku,ayah,angah baru adik.
8.Kalau potong kuku,mesti bagi pendek habis sampai rasa daging jari tu sakit..hahaha
9.Suka gigit kuku(tapi sekarang dah kurang,kena berubah okey,kalau anak2 tanya knapa mak dia suka gigit kuku apa nak jawab?*anak2 ye,berangan je)
10.Perut aku sangat sensitif sekarang ni terhadap makanan @ minuman yang dijual di gerai2 tepi jalan.woit! aku bukan double standard belagak atau bongkak,tapi since gastrik aku melampau2 sangat nih aku nak kena jaga makan.Sebab ada beberapa insiden yang menyebabkan aku sakit di malam hari.
11.Sekarang aku suka beli bra dan pantie sepasang kaler dan corak.dah jadi hobi kumpul bra dan pantie.(sebenarnya aku suka beli sepasang ni sbb kadang2 offer dan murah hahaha..tak kisahlah janji selesa,tak sepasang pon tak pe,janji aku masih pakai bra dan pantie.kalau tak pakai nanti orang cas aku nak menunjuk plak =p).
12.Dulu aku selalu makan tanpa henti,sampai En.Bf ingat dalam badan aku ada jin.Sakan aku melantak,tapi semenjak badan aku dah berupaya menjadikan makanan yang aku makan sebagai lemak tepu dan menjadikan aku seperti lemak berjalan,aku telah mengontrol hobi makan aku tuh.*sigh
13.Adik2 aku panggil aku si BADAK BULAT,kurang ajar tau tak.Tapi aku pon ada panggilan untuk diaorg gak,fair hahahaha =p
14.Aku pernah membela kucing sebanyak 18 ekor dalam satu masa.*sebelum aku masuk U,aku adalah penjaga kucing yang tegar,bangun pagi mesti masak nasi untuk kucing dulu,basuh sangkar kucing,masak air panas untuk buat susu kucing,rebus ikan untuk kucing.Aku sendiri makan roti ngan megi je sbb dah penat masak untuk kucing,hampeh.(aku ada bela kucing nama ABU,aku sayang dia dan dia sangat sayang aku.Kata mama masa aku mula2 masuk U,abu demam sebab rindu aku,tapi sekarang abu dah mati :'-( )
15.Aku akan SEBU kalau duduk UPM lama2,paling lama pon 2 minggu.Tapi sekarang paling lama pon seminggu je. =p
16.Bila aku keluar tanpa mekap,kebarangkalian untuk aku akan dingorat oleh budak sekolah adalah tinggi.(En.Bf tolong terima ye,ini kenyataan,sapa suruh amik aku lambat n bior aku tunggu lelama kat bus stand tuh).Owh pernah ada seorang lelaki cina duduk sebelah aku masa otw nak balik UPM,dia soal siasat aku macam dan hampir call polis sebab ingat aku budak 17 tahun yang lari dari rumah.*owh,bontot i dah kembang.
17.aku adalah seorang yang sangat super duper cemburu,En.bf know me verrrrrrrry well.Aku boleh jadi GILA bila aku betul2 cemburu dan marah.*psiko?tak kan?hahaha
18.Bila aku LAPAR @ KEBULUR pon aku leh jadi pompuan sasau gak.
19.Pompuan2 yang paling aku nak jumpa adalah ex-gf En.Bf,Budak kelas En.Bf masa kat KKBN (pompuan ok),si pendek yang pernah buat aku rasa menyesal sebab tak tumbuk dia masa dia TIKAM BELAKANG AKU,My old friend yang pernah fitnah aku dan..erm..owh bibik makcik aku yang pemalas dan sengal serta lembab,aku tak habis bebel kat dia hr tu.*budak kencing pun malas nak cebok,habis kemaluan budak tu ruam2 merah,tukar pampers tanpa cebok.bodoh.
20.Bangun tido mesti termenung jap,baru cr air masak untuk diminum (segelas),sebelum mandi kena korek hidung dulu sbb ustaz aku pesan kalau kita selalu ngantuk siang hari mungkin syaitan menumpang di dalam lubang hidung kita,jadi kita kena bersihkan lubang hidung kita supaya syaitan tak dok kat situ dan insyaallah kita pon jarang ngantuk lagi.
21.I'm over protective.
owh,banyak lagi kalau nak aku senaraikan,tapi aku bg contoh yang paling2 penting je.
okey,nite.
No comments:
Post a Comment