Sentuhlah saya

29 June 2010

Tak pandai nak baca

salam,

selamat malam.

kita skip cerita pasal tunang ea,next week aku upload gbr,itu pon kalau da dapat soft copy.



fine,aku nak cakap sket pasal 'short form'
tak kiralah dalam blog,fb,hp etc.



TErus-terang aku cakap,
aku ni tak berapa nak pandai 'short form' atau tukar ejaan satu2 perkataan,
sekarang ni yang aku tengok bahasa pon kucar-kacir...
*blog aku memang guna bahasa pasar okey dan bercampur dua bahasa.



aku paling bengang kalau dapat sms dengan adanya perkataan seperti ini



*sedey @ sedih

*taw @ tau

*un @ pun

*uh @ tuh

*sowy @sorry



banyak lagi..hadoiii..aku ni kan bengap sesungguh..kalau dapat sms yang ada perkataan2 macam,haruslah aku terus tak baca.



Maaf bukan memandang rendah atau apa,cuma aku pening dan tak faham,kadang2 aku tak tau apa yang individu tersebut tulis.



Okey,aku terima hakikat yang aku tergolong dalam golongan manusia klasik,tak berapa nak pandai guna 'short form'.Tu pon aku guna yang orang lain boleh faham.



Kadang2 aku rasa macam nak menggunakan Bahasa Malaysia secara keseluruhan,tapi adik aku kata nanti blog aku dah jadi macam buku Bahasa Malaysia.Macam haram je adik aku,tak membina langsung.



Kadang2 ada je terbaca kat blog2 orang lain,yang aku faham tu aku layan r,yang tak faham aku terus baca.Memang cakap terus-terang,walau layout kau cantik menggila,cute bagai.tapi dapat reader sengal macam aku..memang kau akan kerugian seorang pembaca iaitu aku..walaupun cerita2 kau best sangat2.



Kerana aku tak faham,aku terus malas nak baca.
ada juga cita2 mahu menjadikan blog aku 100% Bahasa Malaysia tanpa campur Bahasa kedua.
Tapi bila dah rancak menaip,aku lupa keinginan aku tu.

Bukan tak bagi kau tulis 'short form',tulis..teruskan je lah..
cuma yang tak faham tu aku sorang je.

jadi kalau ada kawan2 aku yang terbaca ni,tolong jangan send sms @ email yang berbaur perkataan pelik2 sebab kawan kau yang sengal ni tak faham.



Kadang2 adik aku panggil aku budak kampung sebab hantar sms panjang2..
jawapan aku mudah
'aku nak bagi kau faham supaya kau tak banyak tanya'
okey tak?



Bukan mudah ye untuk memartabatkan Bahasa Malaysia..
kau rasa mampu ke semua orang buat.
*hotaklah along,kau yang nak buat,kau paksa2 orang lain ikut kau =p

Tak dalah sampai aku nak pandang rendah kat orang tu ke apa,
cuma kalau boleh kurang2kan sikit.
kena dengan reader sengal macam aku,hahaha...kesian dengan aku,kalau tak faham terus aku malas nak baca.

Kadang2 aku okey je dengan 'slanga' yang macam tu,
Kadang2 ketawa sendiri sebab kalau tak faham aku akan tanya adik aku..

aku:adik apa yang dia tulis ni ek? (sambil tunjuk screen hp kat adik aku)

adik:apasal?perkataan yang mana?

aku:ni hah 's.o.w.y',dia nak eja 'sawi' jadi 'sowy' atau mmg dia nak tulis macam tu.apa maksudnya?

adik:(gelak guling2)dia maksudkan 'sorry' lah tu sengal.

Okey,aku tak kan tanya lagi,faham tak faham aku ikut fahaman sendiri.
=p

Aku bukanlah nak berlagak pandai,sebabnya aku pun masih belajar kan.
JAdi kalau ada salah silap tolong tegur,sama2 kita dapat ilmu yang baik.
Hahahaha..

weih okeylah,aku nak tido.

2 comments:

{ Miss Syahira } said...

beb..

mula-mula baca belum ada common sense lagi.

lepas tu baru aku sedar, kau kan dah nak jadi cikgu bahasa melayu tak lama lagi.

hebat! hebat!

wink.

eh, aku pun tak reti la tulis short form ni. hu hu..

syazana said...

Hahaha..aku nak update pasal engage,gbr tak dapat lg.harus bago lambat2.jadi aku update pasal bahasa melayu yang dah terbarai =p