Sentuhlah saya

15 June 2010

Help me please!!!!

Salam,
selamat petang..
hoh! tajuk tak mengagak ek?

wokey,
entry tak da seberat mana..
cuma erk..
aku ada masalah sket..

ceritanya macam ni...
a few weeks ago..
sebelum aku dan En.Bf pergi dinner dengan family dia.
aku sempat lepak sekejap ngan Future mum...

Ekh..aku tak hengat masa tu macam tengah bz2 mencari sesuatu,
sambil2 tunggu Along dia pick up Future Mum n Dad.
Kitaorang sibuk menggeledah bilik En.Bf mencari barang yang dikehendaki oleh buah jantung aku lah ni.

Then,aku mencari ke ruang tamu,
otw ke bilik dia aku jerit
'Bad(En.Bf),awak tak ingat ke letak mana?'

tiba2 future mum menyahut
'apa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

okey masa ni aku dah sentap,
jeritan future mum macam nak marah..
dia sambung lagi

Future mum:kau panggil apis apa tadi long?
aku:bad, makcik kenapa?
Future mum:Bad tu kan panggilan untuk kawan2.
Aku:erk..habis nak panggil apa?
Future mum:Panggillah abang ke?honey ke?sayang ke?hubby ke?,korang kan dah nak kahwin..tettttt...
aku:okey saya cuba..tapi tak pandailah...malu...hahaha
Future Mum:apa yang nak dimalukan,sampai masa dia jadi milik kau,dan kau pon jadi milik dia..

masa ni En.bf tengok aku sambil sengih n angkat2 kening okey,macam lelaki gatal...menyampahs~

okey sapa2 yang tak pernah tau sini aku bagitau...
nama sebenar En.Bf ialah Syaiful Hafis dan aku Noor Syazana
panggilan untuk dia dalam kalangan Family 'apis'
dalam kalangan kawan2 termasuk aku dan family aku adalah 'bad'
kenapa?
dulu En.bf gemuk...erk..aku rasa tak payah cerita nanti lau dia tau,dia piat telinga aku =p
okey dan panggilan manja i adalah ALONG okey...tapi aku tak kutip hutang dan tak bg pinjam duit kat orang..
wokey menyimpang..

sebenarnya aku nak mintak tolong kat sapa2 yang sudi memberi ilmu...
dalam erti kata lain 'how to call him 'abang'?'

him = en.bf..

see2 aku sanggup buang rasa malu sebab nak hati bakal mak mertua senang okey..

memandangkan aku nih nampak je kental..tapi bab2 panggilan nak panggil depan orang ramai nih...adehh...i malu noks...

setakat tulis dalam blog aku pandai lah,
kalau ada orang dengar aku panggil dia 'b' atau 'sayang' tu pon manusia2 yang rapat ngan aku je.
nak panggil dia 'abang'..hiapppppp..hehehehe *blush

aku pernah try gak...
tapi nanti aku yang termalu sendiri..
eleh dia pon macam segan je...
tapi lelaki kan,dia wat muka dek dia je.

wah..tak leh blah..ada sapa2 leh bg petua..
camana nak panggil orang yang kita cinta 'abang'?

FYI panggilan 'b' tu bukan untuk Baby @ Hubby tapi 'bad' okey?
pon tengok mood aku gak...rasa nak panggil dia manja2 dengan apa...
adeh aku menaip ni pon muka aku dah merah dowh...eeeeee maluuuuuuuuuu
dah lah tak nak taip lagi.
bye2


3 comments:

miss fifi said...

suh la laki kak along 2 start dulu..hahaha

lily lotus said...

kena start dari skrg ni. akak dulu memalu kucing gak..tapi lelama biasa :)

syazana said...

fifi:dia nak start tgu Malaysia turun salji pon belum tentu.

Lily Lotus:erk..da cuba kak..tapi muka dah merah gila lah..