Sentuhlah saya

26 February 2010

Akhirnya jadi manusia juga...

Salam...
selamat pagi...
mata aku dah ngantuk tp x leh nak tido..
jd mari kita update..

kau penah dengar x?
kalau orang tua selalu membebel gini..
'kau ni nak jadi apa?belajar x pandai,hidup x tentu arah,bila lah kau ni nak jadi orang...bla...bla..'


maksud orang di situ bukanlah sebelum ni dia beruk atau tunggul bagai...
maksud orang tu lebih kepada manusia yang punya matlamat hidup dan cita2..
yolah kalau kita dah berhempas pulas belajar macam nak gila (contohnya aku...) :-p
mesti nak cr kerja best,gaji best,nak balas jasa org tua...mcm2lah...

x bermaksud orang yang x belajar tinggi x leh dapat gaji best...
rezeki setiap kita adalah berbeza..
kalau kita berusaha maka kita dapatlah yang terbaik..
kalau kita dok menunggu dan meminta2 je,sampai mati hidup kita kat takat tu je.

bab ayat kat atas tu,aku slalu bebel kat adik aku,angah.
sebelum2 ni,dia kerja x tentu hala.kejap2 tukar kerja,x pernah ada yang sempurna dalam hidup dia.kalau mama call aku ngadu2 pasal angah,confirm aku akan call angah dan bebel2 macam ayat kat atas tu lah...tapi lagi syahdu.

Serius wei,mulut aku sangat menyakitkan hati kalau aku membebel,lebih2 lagi kalau hal2 tu semua keluar dari mulut mama aku,x kiralah sapa pon yang mama ngadukan kat aku baik angah,adik atau ayah.Semua memang kena ngan aku,cuma ngan ayah ayat ada lapik sket lah.

erm....angah rezeki dia agak lambat sket berbanding orang lain...
kali kedua dia interview baru dapat masuk..
ops lupa nak cakap angah dia mintak jadi polis pelabuhan...aku x tau apa namanya.
Tapi ayah aku sebut macam tu jadi aku ikutlah.

kali kedua alhamdulillah rezeki dia,
hari selasa lepas,first time aku jumpa dia lepas 2 bulan dia dok bertapa kat dalam kem.
owh adik aku dah hitam legam..tapi badan mantap sei...tough...hahaha2 bila aku panggil dia gemuk,dia marah.... :-p

Bangga beb tengok adik aku pakai uniform,
segak,dengan kasut dia yang berkilat....
terharu gila sampai nak menitik air mata aku....
aku nampak dari mata ayah aku yang dia gembira sangat dengan hidup angah yang baru...
adik aku sangat berbeza..berdisiplin.

serius aku bangga dengan dia,walaupon jawatan dia bukanlah berpangkat tinggi,
sekurang2nya ianya berjaya mengubah kehidupan adik aku menjadi lebih baik.
sekarang aku dah x risau pasal angah...dia dah ada hidup dia sendiri..
tinggal adik aku yang bongsu je ni...
ddegil nak mampos,payah sangat nak dengar kata orang.
suruh gi skolah pon x nak,aku x tau lah dia nak apa dalam hidup dia...aku memang cakap terus terang ngan dia...

aku:kau kalau x belajar betul2 sapa nak tanggung hidup kau?kau nak harapkan mama sampai bila?kalau kau x amik spm kau ingat kau leh kerja ke?sekurang2nya kau mesti ada sijil.Keputusan teruk pon x apa janji kau amik spm.bukan susah sangat,kalau x nak belajar 8 subjek,kau belajar je lah 5 subjek bagi cukup syarat kredit tu pon susah ke?

adik:tengoklah nanti...

aku:nak tengok apa lagi?tunggu bulan jatuh ke riba @ kau tunggu anak datuk pinang kau?aku cakap terus terang je,kalau dari muda ni kau x tau nak jadi apa,kau jangan harap bila kau susah besok aku nak tolong.Pandai2 lah kau nak hidup.

adik:mama tengok along ni,dengan darah daging sendiri pon nak cakap macam tu..keji~

mama:kalau mama jadi along pon buat macam tu gak.

hahahaha~
padan muka kau....
angah walaupun tarik muka masam masa aku membebel
sekurang2nya dia dengar gak cakap aku..
yang pompuan sorang ni aku x tau lah nak jadi apa...
susah sangat nak dengar cakap...
dia ingat setakat dengan muka je kita boleh berjaya ke?
dulu ada sorang kawan pernah cakap ngan aku...bahasa dia agak kasar lah
'beauty without brain is suck'

owh..masa dia cakap ni,dia tengah bebel2 ngan adik2 dia gak r..
kawan aku cakap lagi,kalau kita x da ilmu orang akan pandang rendah pada kita.

walaupon x semua orang berpendapat sedemikian rupa,
tapi 70% adalah betul...
mungkin leh jadi 100%

aku kalau mama aku bg green light da lama aku rendam adik aku tu dalam tempayan...
bagi sedar diri sket..
dia ingat hidup ni enjoy semata2..
mama aku slalu je suruh aku sms adik aku pujuk suruh belajar..
aku?x da maknanya..
buat bil aku melambung adalah...
aku cakap sekali je,banyak kali memang bukan cara aku.

ni hidup kau,kau yang tentukan.
memang kita x tau masa depan apa akan terjadi..
tapi kalau cakap je x berusaha x guna gak..
sebab x da sapa yang akan ubah takdir kita kecuali kita sendiri.


P/S:untuk semua penganggur macam aku,bumi Allah S.W.T ni luas,rezeki ada kat mana2 je.yang penting kita berusaha dan berdoa...baru leh tawakal...kalau kau tawakal je tanpa usaha,sampai kau bongkok 3 pon kau masih macam tu gak.Ni nenek aku yang cakap ea....

No comments: