Sentuhlah saya

22 February 2010

MAsa lepas...

Salam...
monday blues...aku ni memanjang asal isnin je bluees...hahaha

wei,aku nak cerita sket r pasal masa lalu aku...
dulu kan...
masa lepas spm aku ada kawan ngan ramai lelaki....
solo kan...haruslah melayan...
kawan je ok,lebih x da....

dalam ramai2 lelaki tu..aku paling close dengan lelaki yang aku bg nama dia 'Z' je lah..
dia baik,caring dan sebagainya...
tapi masa tu umur aku belum 18 lgpon....
aku cuma cakap ngan dia,aku nak kawan je dulu...sbb aku nak masuk form6 kan..budak2 lagi...
dia kata ok...aku habis belajar je dia nak masuk meminang...
aku cakaplah gila ke apa...dia nak kahwin ngan aku umur brapa?
dia cakap umur aku 20 tahun je dia nak kahwin ngan aku...
hahahaha
bongok je kan...
dia ingat mama aku kasi ke nak kahwin awal...
kepala otak aku ni masih hijau...bukan tau pebenda pon pasal rumah tangga ni

Z ni rajin r gak,hantar aku gi keja...amik aku balik...
bawak aku gi makan bagai...apa2 je lah dia sgup buat tok aku...
masalahnya hati aku x sepenuhnya masa ngan dia...

satu hari,dia bawak aku balik rumah mak dia...
kononnya nak kenalkan aku pada mak dia..
aku cakaplah..masih terlalu awal...
dia kata kalau aku kawan ngan dia,aku mesti 'kawan' ngan mak dia gak...

aku turutkan je...
sampai je rumah dia...
aku terus salam & borak2 ngan mak dia...
mak dia baik...soft spoken

tapi pandangan mata mak dia seolah2 x suka ngan aku..dan aku rasa tu...

nak dijadikan cerita...
masa Z keluar gi beli barang dapur,aku tolong mak dia kemas dapur...
tb2 mak dia cakap cenggini..

mak Z:umur kau brapa?
aku:17 masuk 18 cik..
mak Z:muda lagi tp dah sibuk bercinta..
aku:erk...(senyum je lah)
mak Z:sebenarnya makcik x suka dengan kau...kau ni muda lagi.
aku:erm..saya ok je makcik...nak wat camana Z sibuk sangat nak bawak saya jumpa makcik..
mak Z:kau ni skolah lagikan?
aku:ha'ah,bulan depan masuk form6
mak Z:kalau macam tu x payahlah nak menggatal bercinta,makcik nak menantu makcik nanti cukup semua pakej,yang penting pandai buat kerja rumah..bukan macam kau.
aku:hehehe(senyum je lg walau dalam hati rasa mcm nak tumbuk je org tua ni)

tapi bila depan Z,dia layan aku baik gila...lembut dan sporting...
bila belakang Z ayat2 dia macam haram...pedas dan sinis...
Sepanjang hr tu aku cuma memendam rasa....

sampailah waktu aku nak balik...Z tengah sibuk2 cek motor dia...kebetulan kawan2 dia ada gak..
kedudukan Z ngan kitaorg x brapa jauh...

aku,mak Z ngan kawan2 tengah berbual2tiba2 mak dia cakap macam ni...

mak Z:kau ni menyusahkan anak aku je nak hantar balik...
aku:(diam sambil tunduk)
kawan2 Z:x pe lah cik,dia kan perempuan...memang tanggung jawab Z hantar dia balik.
mak Z:tapi aku x suka betul dengan BETINA NI...(siap tunding jari kat aku,macam aku ni bersalah sangat..)

kawan2 Z semua terdiam..aku angkat muka tengok muka kawan2 dia...semua pandang simpati kat aku..

mak Z:aku x suka kau kawan ngan anak aku..sambil bebel2...
aku:(aku tenung je muka pompuan tua tu)

mak Z:kenapalah si Z ni pilih kau,kan ramai lagi pompuan lain...

aku:makcik saya pon x hingin ngan anak makcik,kalau hensem x pe..lagipon kalau saya jadi menantu makcik confirm merana hidup saya...memang malanglah sapa kahwin ngan Z.Lagipon bukan saya yang gilakan Z...dia yang gilakan saya.Mama saya pon belum tentu suka kat dia.

mak Z ni terus terdiam mengetap bibir tahan marah kat aku..bg aku leh jalan r orang tua macam ni...mati hidup balik pon aku x nak kahwin ngan anak dia...cuba kau fikir..camana aku nak hormat org tua..kalau org tua sendiri yang x da bahasa..x da adab...kalau dia cakap lembut2 ngan aku yang dia x suka aku...aku mesti leh cakap lembut2 balik.

pas dr hr tu,aku terus x layan si Z...
dia call aku marah2...
cakap knapa aku berubah...
aku diam je bila dia bebel2...

lama pas tu dia give up...
dia senyap dan hidup aku pon tenang kembali seperti sedia kala

satu hr dia call aku ngan suara sayu

Z:knapa awak x cakap yang mak saya marah2 awak?
aku:eh mana awak tau ni?
Z:ada orang bgtau saya,mak saya marah2 awak.
aku:x pe lah,benda dah lepas...dia mak awak dan tempat awak kat sisi dia..dia sayangkan awak.
Z:tapi dia x patut buat macam tu..
aku:jangan kerana saya awak dengan mak awak bergaduh,kita dah memang x da jodoh.
Z:saya minta maaf,boleh x kita mulakan lagi sekali?
aku:maafkan saya,saya x nak.Saya betul2 x leh hidup dengan mak awak..

hah..tulah salah satu cerita masa lepas aku....
aku kalau nak bercinta ni x da restu org tua payah sket...
terutamanya mak lah kan...
kalau mak kita x suka...confirm payah hidup kita nanti...tapi x tau gak
semuanya takdir..yang penting kita cuba yang terbaik..

pengajarannya...budi bahasa budaya kita.... :-p

2 comments:

{ Miss Syahira } said...

beb..
ayat last tu best. aku setuju.
budi bahasa budaya kita~

eh. adakah aku kenal dgn mamat z itu? ehem.. ehem.

syazana said...

Huhuhuhu...
u know him very well r beb