Sentuhlah saya

01 December 2011

Dia lebih tahu

Assalammualaikum w.b.t

fuh...fuh berhabuk sudah...
maaflah untuk ke sekian kalinya aku tak berapa sihat nak update bagai...

ni dah 7month++
badan aku cepat letih...
selalu je mangantuk ya amat...
kaki dan tangan dah memang slalu kebas2..

malasa nak membebel panjang.
pagi tadi aku dapat berita kurang best..
Aku harap Allah berikan kesabaran dan ketenangan kepada kawan lama aku.

Ceritanya macam ni..
Kawan lama aku merangkap jiran lama aku..
dia dah kahwin 3 tahun,dah puas berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Akhirnya Allah berikan mereka rezeki..Dia mengandung..bukan satu tapi dua..ye kembar..lelaki dan perempuan (^_^)

Memang banyak dugaan dan cabaran dia,tapi dia sangat cool dan tabah..
Mula2 dia buat check up kat Hospital swaSta..
tapi bila dia ada masalah uri di bawah kiranya tahap paling bahaya,pihak swasta tendang dia ke gomen..
but dia redha...

Berkat doa dan usaha keadaan dia kembali stabil...
Sepatutnya due dia 16/11
sebelum tu aku ada gak borak dengan dia via fb..
sbb lepas 16hb dia still on9..

Dia kata doc kata normal overdue,lagipun kelahiran yang akan dia hadapi tak sama macam orang lain sebab baby dia kembar.

Selepas beberapa minggu..
aku cari profile Fb dia dah tak jumpa..
ye aku serius mahu tahu perkembangannya..

Dan pagi tadi aku terus terjah adik dia bertanyakan khabar,
Sentap hati aku pagi2 dengar berita kurang best..
Bukan rezeki kawan aku,Allah S.W.T lebih sayangkan anak kembarnya...
Si kecil terlebih dahulu menunggu ibunya di pintu syurga.

Menurut adik dia,dia overdue dan beberapa hari lepa stue dia dah tak rasa pergerakan si kecil lagi.
Menurut kawan aku tu plak.*sebelum ni lah kan..
Menurut pakar kalau dia tak bersalin gak 16hb tu,dia akan dipaksa bersalin..tapi aku kan tak tahu hujung pangkal..
bila dah overdue doc cakap lain plak.

Aku tak tahu camana nak contact kawan aku tadi.
Aku lupa nak mintak nbr hp dari adik dia..

Aku harap dia tabah...
mungkin dia tabah tapi aku yang dengar ni tak berapa nak tabah.

Aku harap Allah berikan dia kekuatan..
semoga segala urusan dia dipermudahkan.

*aku dah tak tau nak type apa..badan aku tak sedap mahu rehat.nanti rajin aku update lagi.

15 November 2011

again (^_^')

Assalammualaikum w.b.t
selamat tengah hari..


i need my husband right now.. :'(

dia sibuk di site menyempurnakan projek dan aku tahu hatinya penuh dengan kerisauan.

Semalam aku pergi klinik nak chek..sebab sejak hari raya haji hari tu perut aku hari-hari asyik memulas.

:'(

positif...mungkin sebab perut aku masuk angin @ salah makan @ aku lambat makan @ sebab aku memang susah nak buang air.

Aku tak suka kesimpulan yang tak memberikan keyakinan.

Doktor belek-belek perut,dengar pergerakan baby..doktor pun tak berani bagi kesimpulan kecuali..

'saya bagi awak surat refer pada specialist ye kat Hospital pantai,setakat ni baby awak sihat dan aktif.Tapi masalah hanya pada awak.'

Aku pandang muka En.suami...
sambil tanya dengan renungan..'again abang..'

sampai aku nak tya dah tak da solution lain kecuali dari jumpa pakar?

Doktor nak bagi ubat pun tak berani,sebab dia kata aku bukan cirit-birit dan sebagainya.Tapi perut aku kerap sakit.....kenapa?


Aku tengah cuba fikir positif je ni.ok tunggu lagi seminggu,sebab 21 hb ni aku ada chek dengan gomen.Aku nak tahu sekali keputusan ujian makmal.Harap2 tak ada apa2..dan aku harap doktor akan cakap..'x da apa2,pendarahan biasa je'...*fine,aku harap sangat.

aku banyak sangat fikir ni rasanya...
sekarang aku masih merenung lagi surat yang doktor bagi semalam...

Aku cakap dengan En.suami...tangguh dulu.aku nak tunggukan sampai isnin depan.aku chek kat gomen.


Ya...En.suami dari malam tadi tak cakap apa-apa...
dia diam je....dia dengan wajah yang penuh kerisauan...


Aku kena sabar dan kena kuatkan semangat...
Tak pe..aku kena tanamkan dalam hati..selagi baby sihat dan aktif tak ada apa yang aku perlu risaukan.


Fine..aku masih tak boleh berhenti berfikir....


Erm..mungkin sebab kami baru melalui situasi sedih yang mana SIL keguguran...

Enough...tak mahu cakap lagi...i need rest... i need to laugh...

*aku tahu Allah S.W.T sayang aku..maka harus tabah (^_^)

04 November 2011

Positif thinking + doa

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi..
fuh...fuh...fuh
kasi tiup sikit bagi hilang habuk.

hari-hari aku on9,kasi buka belog,kasi baca orang lain punya update.
Tapi sendiri punya aku malas mau kasi update..boleh?
hahahaha

Dalam entry yang lepas-lepas kan aku ada bagitau yang kedudukan uri aku tak begitu memberangsangkan.

Isnin lepas 31 oktober 2011...
aku pergi scan seperti yang dijanjikan doktor.
*sebenarnya doktor bagi aku masa 3 minggu untuk scan balik,nak tengok uri tu berganjak atau tidak.

Dalam tempoh 3 minggu tu kan aku dah cerita macam...
*eh aku ada cerita tak yang aku kena 'jolok' dengan doktor,sebab dia nak cari dari mana datangnya punca-punca bleeding.

Ok aku kemas kini data dalam kepala aku balik.

10/10/2011:
aku pergi scan.memang tiap2 bulan aku akan pergi scan.Memandangkan En.suami adalah seorang yang sangat prihatin dengan perkembangan anaknya di dalam rahim.

*kenapa scan tiap2 bulan?
sebab masa awal kehamilan bayi aku ada ancaman keguguran.Sekarang aku faham apa perasaannya menjadi ibu yang tak tido malam sebab risaukan keadaan si anak.

12 minggu pertama memang sangat2 sensitif dan doktor asyik pesan 'sila berhati-hati',
alhamdulillah REZEKI masih milik aku.Terima kasih tuhan.

Masa scan ni,muka doktor dah berkerut-kerut.Aku dapat rasakan keadaan bayi tak berapa OK.tapi aku sedapkan hati 'baby sihat dan tak ada apa-apa'.

Bila doktor kata 'erm,baby sihat tapi uri awak kat bawah ye.keadaan agak bahaya ni.kemungkinan boleh bleeding bila-bila masa kalau awak terlalu lasak.Bila bleeding yang berlaku tu terlalu banyak kebarangkalian untuk gugur adalah besar.'

Aku cakap terus terang aku memang tak mampu nak cakap apa-apa.


16/10/2011:

Ulang tahun aku yang ke-26.
mungkin hari ni aku gembira sangat-sangat,sebab family kat kampung celebrate birthday aku..
*fine,dah tua-tua tak perlulah kan..hahaha..tapi En.suami pon bersungguh-sungguh nak sambut gak...sangat manis...hahaha..mengada.

masa sibuk-sibuk tu aku dah rasa sakit kat bahagian perut.tapi aku steady je.aku tak nak semua orang risau.aku tahankan sampailah aku balik ke rumah semula.

Titik noktahnya bila aku nak mandi dan solat maghrib.Aku check kat panty liner ada point2 bleeding.serius muka aku dah mencemik-cemik nak menangis.tapi En.suami suruh relax mandi dan solat dulu.

Masa aku solat,En.suami cerita dengan MIL.kau tahukan orang tua ni kalau dia risau muka dia memang nampak segala emosi.bila dia sibuk tanya aku ok ke tak,dan bila akak ipar aku pon sama masuk dalam bilik.aku terus nangis..serius takut.sebab perut aku sakit sangat.aku tak boleh nak bergerak.

Malam tu diaorang suruh tengok dulu,kalau ada point-point bleeding lagi terus sahaja ke hospital.kebetulan besoknya aku meang ada check dekat klinik kesihatan.


17/10/2011:

Aku check macam biasa kat klinik kesihatan.Aku memang tak ada appointment dengan doktor pun hari ni.Tapi aku ada bagitahu nurse pasal kejadian semalam.

Lepas tu nurse pulak yang gelabah terus hantar kes aku ke doktor.atas budi bicara doktor,dia nak check aku.

Masa nilah aku kena jolok.huahuahuahua..eh mula2 sakit..kalau kau tegang,memang kau sakit.tapi aku fikir positif 'tak sakit...tak sakit'...

Alhamdulillah proses berjalan lancar..ngehehehe...dia ambil sampel dari rahim aku nak uji kat makmal.maka hujung bulan ni baru kita boleh tau ye.

Jadi selepas dikuarantin selama 3 minggu...dan disuruh rehat sampai aku rasa bosan tahap yang tak mampu aku nak luahkan. Scan terbaru pada 31/10/2011,alhamdulillah kedudukan uri telah berganjak dan baby aku sihat walafiat.

Tak mampu nak cakap apa-apa.aku tengok muka en.suami berseri-seri.gender baby tak berapa jelas.aku kan sibuk nak buat scan 3D.tapi en.suami sibuk memanjang.jadi tak boleh nak paksa dia ikut waktu aku,lagipun dia cari duit untuk aku dan anak gak.haruslah redha ok.

Doktor masih lagi pesan suruh aku berhati-hati.
Jari tangan dan kaki aku dah bengkak-bengkak.hahaha..serius bam..bam..
En.suami kalau tolong picitkan kaki atau tangan mesti dia ketawa sorang-sorang..heip...suka betul gelakkan jari-jari aku.

Hari tu aku ada meluahkan perasaan kat dalam FB.
aku emosi...mungkin sebab perubahan hormon.

Ada sorang kawan ni...
Masa belum dapat baby (pregnant),dia punya merintih macam Allah tak nak bagi dia rezeki.
Ayat aku macam kurang ajar,tapi lojik akal,rezeki Allah dah tentukan.aku faham perasaan dia.
Tapi bila dia dah pregnant dan mabuk-mabuk..fine still lagi tak kena.merungut semua tak boleh makan.jadi aku chat secara personal dengan dia.aku bagi tips yang aku tahu,dengan niat nak berkongsi.

Bila aku pujuk2,bagi idea.Mama aku memang dah pesan mabuk ni tak da ubatnya.kau nak rasa selesa hanya bila kau dah bersalin je esok.

Hujung-hujung dia sound aku 'kau tak faham keadaan aku'
Hahahaha..what?
habis dalam perut aku ni apa?
aku tak mabuk ke?

Sedih aku dengar..memang aku terus sound direct,'sepatutnya kau ni bersyukur.tak mabuk teruk macam aku,nak angkat jari pun tak boleh.Dengan lagi baby tak stabil,ada ancaman keguguran..macam-macam lagi...bla..bla..'

terus dia tak nak chat dengan aku.
nice..
aku memang malas dah nak berkawan dengan orang macam tu.

Untuk apa?
aku memang ikhlas nak menolong last-last aku tambah dosa sendiri.

aku faham semua orang yang berkahwin nak anak cepat-cepat.
termasuk aku...
aku faham perasaannya kalau kita buat test sendiri kat rumah,lepas tu tengok result negatif..hampa seyh...sampai menitik air mata aku.

Tapi rezeki itu dari Allah...kalau dia belum nak bagi mesti bersebab,kenapa dan mengapa.
Kau ingat keadaan aku stabil dari segi ekonomi?
lagilah aku tak kerja,suami aku berhempas pulas cari duit.
Kau rasa berapa ribu dah dia habis untuk aku sahaja sepanjang pregnant ni?

Tapi aku dengan suami nekad positifkan minda..
anak adalah rezeki dan ini yang kami mahukan.
Rezeki tu ada kat mana-mana...siapa sangka..rezeki ayam nampak kat kaki.rezeki manusia.

Aku bukan nak bangga sebab aku pregnant dan sampai hari ni aku masih lagi pregnant,tak macam sesetengah orang yang belum ada rezeki.

Lepas kahwin ni baru aku belajar betul-betul bersyukur.
Belajar faham apa itu maksud 'redha'.

Sebab tu bila aku tahu apa sahaja ilmu atau info untuk orang yang berusaha nak dapatkan zuriat,aku akan bagi.terpulang pada kau nak ikut atau tak.Sebab aku pon sama,semenjak nikah,aku terus tanya orang camana usaha nak dapatkan anak.

Yup..aku tebalkan muka.lagi ada yang menyindir.'eh baru kahwin dah tak sabar-sabar'.

Macam-macam petua ok aku dapat,yang aku tak mintak pun orang bagi gak termasuk MIL.
Tiap-tiap hari MIL akan bagi aku petua,SIL,my best buddy..eh ramailah.

Aku buat ok,aku cuba.

Kepada kawan-kawan yang pernah merasai nikmat mengandung walaupun sekejap dan kepada mereka-mereka yang belum lagi merasainya.
Jangan putus asa.Rezeki masih milik kau,cuma belum sampai masa Allah nak bagi.
Aku pon bukan bagus sangat nak pesan bagai kat korang macam ni.
Tapi fenomena sekeliling yang buatkan aku berfikir..
kadang-kadang kita boleh jadi manusia yang lupa untuk bersyukur.


Aku?masih lagi berusaha nak pastikan yang kandungan aku sihat,selamat dan sempurna.
Apa perasaan bila doktor bagitau segala kemungkinan,keadaan dan kebarangkalian?
Allah je yang tahu...hanya Allah.
Aku dah tak ada air mata nak menangis..sungguh...
Aku yakin ini rezeki aku,kalau tuhan iringkan rezeki dengan dugaan aku kena yakin,tuhan sayang aku.Walaupun kadang-kadang hati aku rapuh.

Aku tak nafikan aku pernah rasa berputus asa dengan keadaan kandungan aku...
Tapi En.suami tak pernah patah semangat.
Selagi belum ada kata penamat,aku mesti berusaha.Kalau si kecil cukup kuat berjuang untuk hidup kenapa mummy dia nak menangis dan berputus asa.

Tuhan beri rezeki dalam pelbagai cara...
Mungkin tuhan belum kurniakan kau anak sebab nak bagi kau rezeki pada bahagian lain,dan mungkin tuhan belum kurniakan rezeki pada bahagian lain dia kurniakan kau anak.
Mungkin kau belum dapat Ferari,tapi kau dapat pakai Toyota dulu...
Hah..kan aku dah melalut.


Hidup ini misteri,sebab tu kita tak tahu apa yang berlaku esok hari.
*eh kau rasa tak aku semakin matang?pergh.lempang diri sendiri.

Tak da maknanya aku nak bagi tazkirah hari jumaat ni...
Aku pon mencari tazkirah untuk diri sendiri.

La ni aku dalam proses belajar untuk buang segala perangai tak elok aku.
Kesian anak aku kalau kena tempias perangai mummy dia yang sengal.
Aku menyesal sebab awal-awal mengandung aku tak menutup aurat dan jarang mengaji serta kurang menjaga perangai.
bila perut dah besar baru sedar dan kesian dengan roh si kecil.

Satu je masalah aku sekarang...
sebenarnya 2 masalah...hahaha
Aku punya sifat keras hati dengan panas baran..welaweih..ada sapa-sapa nak beli tak sifat ni?
aku nak jual ni..hahahahaha


Ok..aku out..nak cari resepi masakan yang baru.tata..

*aku sayang korang...hahaha motip

27 October 2011

Hazab air gula :p

Assalammualaikum w.b.t





Selamat pagi kawan2....ada baik ke ini hari?


hahahaha..





pergh tajuk entry tak menahan HAZAB AIR GULA..





dah 4 hari berlalu tapi baru hari ni nak cerita..lalalala..


aku malas..ye...hahahaha





al-kisahnya...


17 oktober kan aku pergi check.Sepatutnya aku kena minum air gula pada hari yang sama.


Untuk apa minum air gula? untuk memudahkan doktor mengesan sama ada kau ada kencing manis atau tidak.





Semua kena ke?


ye,menurut nurse yang periksa aku sekarang ni semua ibu hamil diwajibkan minum air gula.





Kiranya aku pergi minum air gula tu tak ada appointmentlah,sebab nurse call suruh datang je.





weh,aku sangat berdebar okeyh..siap fikir macam2 lagi.sedap ke tak..


tapi sebelum tu nurse memang dah pesan kau kena berpuasa start pukul 10 malam sebelumnya.





Dengan kelaparan yang melampau,kena cucuk amik darah bagai.*amik darah tak sakit pon.bunyi macam poyo kan?tapi kau sendiri kena set kat minda kau,insyaallah semuanya mudah.

aku cuma bagi tips sebab aku terpaksa set dalam otak dan berfikiran positif sentiasa agar aku tak rasa semua prosedur ni menyusahkan.

Tapi tak menahan masa aku nak kena 'jolok' hari tu,doc kata 'bersalin lagi sakit'..pergh tak membina betul.

Mula dari hari tu lah aku set dalam kepala 'insyaallah bersalin tu tak menyakitkan'.


aku cuba je set kat minda,kot2 mental aku goyahkan susah nak cakap tu.

Yang penting minum air gula tak lah mimpi ngeri macam sesetengah orang maksudkan.
Setakat yang aku minum,alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan aku untuk minum sampai habis tanpa muntah.

sebenarnya ada beberapa orang kawan bagi respon yang negatif kat aku pasal air gula ni.aku akui sampai takut aku dibuatnya.

aku nekad,aku cakap slow2 dengan anak dalam perut, 'sayang,mummy nak minum air gula tau.sayang doakan mummy boleh minum ye..'

pesanan aku untuk ibu2 mengandung,apa pun yang kau lalui...sila jangan bagi tanggapan negatif,jangan takut...serius kau set je dalam kepala semua untuk anak...demi anak....

Bila kau berfikiran positif,semuanya akan jadi baik.Tak kisah hal2 yang tak berkaitan juga akan jadi elok.serius,sambil2 tu banyakkan berdoa,semoga semuanya berjalan lancar.

Owh..camana aku boleh telan sampai habis?
hahahaha....

Mula2 aku rasa sikit,lepas tu aku cakap dalam hati 'eh sedaplah air gula ni'
lepas tu aku terus teguk sampai habis tanpa berhenti...beres...senang cerita.

Kenapa rasa loya?sebab perut kau kosong.Tu puncanya.


Eh ok..aku nak layan baring sat...penatlah wei..bubye...

22 October 2011

Kena tinggal :(

assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi dunia :)


Hari ni sabtu,bermaksud hujung minggu.Bermaksud kena sediakan duit banyak2 dan shopping...adeh...


Tak da maknanya,sebab En.suami dan mertua semua tiada di rumah.La ni En.suami masih di site selesaikan segala hal sebelum berangkat tengah hari nanti.


FIL pula hendak berangkat ke Kuala Lumpur mengikuti rombongan pegawai2 polis pencen berdating dengan PM esok.

En.Suami dengan MIL akan ke Seremban menghadiri majlis perkahwinan cucu sedara MIL.

Aku?duduk sorang2lah kat rumah sebab big boss a.k.a atuk aku kat kampung sudah sound awal2 jangan ke mana2 dalam keadaan yang tak berapa nak sihat ni.

Nampak gayanya baby dengan mummy kena dok membongkang je lah kat rumah ni.

Malam tadi En.suami dah bawak aku jalan2 pusing batu pahat.Atenya nak ke mana kan?mak buyong dalam tempoh kuarantin.

Dia kata kesian 'isteri nak kena tinggal sorang2.'

Aku pesan dengan dia jangan balik lewat.Tapaukan makanan untuk aku dulu sebelum dia berangkat nanti.sebab aku memang tak nak memandu keluar.*fine pemalas

Hahaha.Bukan apa,aku tahu yang aku memandu agak laju,jadi untuk keselamatan si kecil baik kita berhati2 dan kurangkan hentakan yang mungkin berlaku.Tak salahkan?


Aku ada projek mega nak buat.Hahaha.aku nak buat cookies petang nanti.Cookies cubaan pertama dah selamat En.suami langsaikan.Tapi aku suruh dia janji jangan bagitau MIL yang aku nak buat cookies hari ni.

Hahahaha..keji ok.Bukan apa,aku ni cepat bosan.Aku tak nak fikir yang keadaan aku membataskan segalanya.aku nak fikir positif je agar segala situasi yang negatif akan bertukar menjadi postif.*orang akan kata tak mungkin.

Tapi itu adalah motivasi untuk diri sendiri.

sekarang sambil2 on9 ni,aku sibuk dok study pasal barang2 baby.*buat tesis malas.hahaha

Ada aku kisah?aku memang dah malas study...lalalala *kalau suami aku dengar ni hahaha.

Eh,aku dah tak da benda nak tulis.Tiba2 perut sakit.isnin ni dah masuk minggu ke-24 kalau ikut perkiraan doktor kat klinik kesihatan.means dah 6 bulan..yeayyyyy....tak sabarnya..lalala*masih tak sedar diri keadaan kurang memberangsangkan..huahuahuahuahua


Isnin ni kena minum air gula ok.malam esok start pukul 10.00 dah kena puasa.Aiyak.....
eh..oklah..aku nak baring sat perut pedihlah..babai...

20 October 2011

Neraka di mana-mana?

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi dunia..
lalalala..kemalasan nak mengupdate memang berleluasa...cis..apakah..hahaha

Kebelakangan ni...asyik dengar berita yang tak best..baik dari segi apa pun.Atau sebab emosi aku yang tak stabil...phewww


Beberapa hari lepas aku berbual dengan seorang kawan.Dia tanya aku..

Kawan:kau ada dengar berita pasal baby kena kelar?

Aku:tak da plak,yang aku dengar budak 16 tahun baru bersalin kat asrama.

Kawan:hah yelah,budak tulah yang kelar baby dia.

Aku:ye ke?sorrylah aku tak baca paper dah lama.

Kawan:Sampai hati dia ye kelar baby tu.Kalau dari awal2 tak nak kenapa tak gugurkan je.

Aku berfikir sendiri....'kalau dari awal tak nak kenapa tak gugurkan je'.

Apa yang kau jangka dari budak umur 16 tahun?
Apa yang kau fikirkan masa umur kau 16 tahun?
Apa yang kau buat masa umur kau 16 tahun?

Eh,kau janganlah tanya aku.Aku sengal...masih mentah masa tu.Kerja aku masa 16 tahun adalah cipta masalah untuk orang tua selesaikan.seperti ambil aku dari sekolah berasrama dan bawa aku pulang sebab kena buang akibat kantoi tak balik asrama malam sebelumnya.Mana aku sembunyi?hahahaha....

Aku tak berpeleseran dengan jantan hokey...bukan line2 mak tu.Aku lepak rumah makcik kawan aku.

Kawan dengan lelaki gak,cuma mungkin masa tu aku sekolah perempuan jadi pergaulan bebas dengan lelaki tu agak terbatas.

Sejujurnya,lepas aku kena buang aku pindah masuk ke sekolah campur.'kejutan budaya' berlaku.Aku tak biasa dengan budak lelaki yang nak mengorat.Jalan beriringan keluar sekolah.Berdating masa dalam kelas.Ikut konvoi motor masa hari merdeka atau check ada berapa banyak love bite kat buah dada kau.

Hahahaha..serius...semenjak sekolah campur banyak benda aku belajar.*belajar je buat tak.
Kawan2 aku sangat gila2.Just nice...walaupun diaorang nakal,diaorang tak pernah menghasut aku buat sesuatu yang kurang elok.Kau ada otak kau boleh bezakan mana baik dan mana buruk.

Jadi bila aku dengar pasal budak 16 tahun yang mengelar bayi dia sendiri.Aku jadi sebak....
Kesian dekat baby tu...aku yang dengar rasa macam nak kelar2 je mak dia.Tapi aku pun kesian dekat mak dia.Kenapa?kau tak payah tanya kenapa,bila kau rasa teramat marah,apa yang kau boleh fikirkan?kalau orang kuat iman dan ingat tuhan mungkin masih boleh kawal diri.Habis tu dia?

Dah terlanjur,mengandung pula tu.Nak kahwin dengan bf kedua2 belah family tak restu?
Memang budak tu buat salah..tapi family?
malu dah memang malu,benda dah jadi.Tak kan nak biarkan.

Ini KALAU je tau,
KALAU family dia bagi kahwin,mesti budak tu tak tertekan dan dia mesti tak kelar si kecil tu.

tapi KALAU...KALAU TAK JADI.
*mengeluh

Benda dah berlaku..maksud aku baby dah TIADA,dah kena kelar.
Tiada apa yang boleh dilakukan.

Banyak sangat aku berfikir.Aku tak berani nak kata apa2,sebab aku akan ada anak.Aku tak tahu kemampuan aku nak mendidik anak bagaimana.Semua ibu bapa mahukan yang terbaik.Kalau boleh biar segala keburukan aku terkubur macam tu je.Aku tak nak anak aku tahu yang mummy dia ni suka buat masalah.

Kadang2 ibu bapa dah beri yang terbaik,tapi masih diduga.Salahkan anak?alahai susah untuk dikata.Umpama mama aku kata 'Allah menduga dan kita menerima'.

Semenjak hari berita tu keluar,aku berfikir sendiri.Masa dia kelar bayi tu,bayi tu menangis tak?Apa rasanya bila dikelar.OMG..aku terlalu banyak berfikir.

cukuplah.Itu bahagian dia.

Lagi satu berita yang buat aku betul2 marah dan sangat beremosi adalah...BAPA LIWAT BAYI BERUSIA 23 HARI.shitttt........


Aku mintak elak betul daripada berlaku hal2 yang tak diingini.Apalah yang si kecil tu rasa ye.

Tahu tak,bila kau cium bayi..kau akan rasa nyaman...nyaman sangat..
Bau yang kau tak pernah dapat dalam dunia ni.
Bau yang tak boleh dibeli....


Kalaulah bau bayi itu seperti sedikit bau dari syurga...Ya allah..bahagianya hidup.
Bau yang mampu menenangkan...untuk perempuan yang emosinya selalu tak stabil dan kurang sabar.Itu jelah ubatnya...untuk perempuan macam aku lah.

Eh..dahlah..aku ni emosi tak stabil masa taip ni aku terdengar2 tangisan bayi yang dikelar.Pfftttttt.....*emosi aku tak bagus betul

18 October 2011

PURSE 'GUESS' UNTUK DIJUAL (^_^)

*Entry lain di bawah.



Assalammualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan...
Antara harta simpanan untuk dijual.Yang lain sudah selamat ku Let Go.





Tada...inilah dia purse yang telah dibeli tapi tidak pernah digunakan langsung.








ada tempat untuk letak segala kad.....






Tag pon aku tak buang lagi.











kalau kau perhati,ada tanda hitam sedikit dekat bahagian besi yang atas tu.Tak banyak pun,sikit je.


































Gambar tak berapa nak cantik sebab diambil menggunakan Blackberry sahaja.



Dan warna agak kelam kerana penataan cahaya yang kurang menarik.




Maklumat penting:




GUESS PURSE


STYLE:VY244368 (dekat bahagian dalam purse pon ada nombor style yang sama.)


COLOUR:BLACK MULTI


GROUP:ALICE SLG






NETT:RM130.00


BEFORE LESS:RM199.00





kalau berminat boleh lah hantar email kat noorsyazana_1985@yahoo.com


kita boleh berurusan menerusi email ye.






*Aku cuma akan jual barang yang original,potongan harga dilakukan sebab aku dah simpan lama purse ni tapi tak pernah pakai langsung.




*Pembayaran haruslah dilakukan dengan penuh.




*Tidak boleh membatalkan pembelian.




*sila fikir masak-masak sebelum membeli.




*semua pembelian adalah MUKTAMAD,tiada WARRANTY @ PEMULANGAN WANG @ BARANG @ PERTUKARAN BARANG DIBENARKAN.




SERIOUS BUYER ONLY.




Siapa Cepat Dia dapat (^_^)



























16 October 2011

26 tahun sudah :p

Assalammualaikum w.b.t,

selamat pagi...

Alhamdulillah tuhan masih memberikan aku nafas untuk terus hidup sehingga hari ini.

Today is mine....ulang tahun ke-26..

Terima kasih kepada yang telah call,sms dan wish di dalam FB.i love u all.


Semalam petang seperti yang ku pinta,En.suami pulang awal ke rumah dan kami menikmati waktu yang ada sebaik2nya.God i love him so much.

Dia layankan saja apa yang aku nak.Nak ke mana dan nak makan apa.huhuhu.
Tapi ayat yang paling aku tak suka bila dia asyik cakap..

'sayang tahun ni tak ada yang istimewa,maaf ye tak da hadiah.Sabar tau,nanti abang bagi ye'

i just dont care about the 'hadiah'

Ada sesiapa kisah ke?
aku cuma mahu suami aku ada dengan aku.Itu je.Lagipun yang dalam perut dan asyik tendang2 je ni dah cukup bernilai dan merupakan hadiah paling bermakna dalam hidup aku.

Malam tadi kami masuk tido awal,macam biasa mesti bergurau dulu baru boleh lelap mata.Aku ni kan nakal sikit,suka raba2 dia..hahaha...

Dia tangkap tangan aku dan terus peluk,tiba2 dia tepuk2 belakang sambil dodoikan aku *eh..aku rasa macam budak kecik hahaha

Serius,aku hampir terlelap tiba-tiba hp dia bunyi dan tiba2 dia cium aku
'Happy Birthday sayang,semoga panjang umur dan murah rezeki'

Muahahaha...suamiku...sanggup set alarm semata2 tak nak terlepas detik 12..hahahaha

Hari ni,nak balik kampung lagi beberapa jam je lagi.Tak sabarnya nak jumpa mereka2 yang aku rindu.

Terima kasih tuhan kerana beri aku nikmat ini,nikmat untuk bersama2 dengan insan2 yang aku sayang untuk tahun ke-26.

Terima Kasih tuhan atas rezeki yang kau kurniakan,dan kebahgaiaan yang tak boleh dibeli walau terselit berjuta dugaan,aku masih mampu berdiri dengan gagah untuk menikmati hidup.


Dear baby:
'sayang be strong ok,sepanjang 5 bulan ni doktor banyak kali cakap yang peluang sayang selalu tipis.Tapi mummy percaya yang sayang mummy ni kuat macam babah,tak pernah kenal erti putus asa,mummy tahu sayang kuat.Jadi jangan pernah mengalah ok'

15 October 2011

Minggu ke-20++++

Assalammualaikum w.b.t

selamat tengah hari..eh masih pagi tapi abaikan..hahaha

Aku jarang update pasal si kecil yang sedang membesar.
Sejak hamil,SIL ada bagi buku tentang proses kehamilan yang ditulis oleh ELIZABETH FENWICK.

Selain chek kat klinik aku pun study gak sikit-sikit melalui buku ni.

Meh kita baca pasal perkembangan baby semasa 5 bulan ++ ni.

BAYI YANG MEMBESAR:

*RAMBUT MUNCUL DI KEPALA BAYI.

*GIGINYA BERKEMBANG.

*VERNICKS,BAHAN BERGRIS PUTIH YANG MELINDUNGI KULIT BAYI,TERBENTUK DI DALAM RAHIM.

*TANGAN DAN KAKI BAYI TELAH TERBENTUK DENGAN BAIK.

*BAHAN PELINDUNG MUNGKIN DIPINDAHKAN KEPADA BAYI MELALUI DARAH ANDA UNTUK MEMBANTUNYA MELAWAN PENYAKIT DALAM MINGGU YANG PERTAMA.

*BAYI ANDA SANGAT AKTIF.ANDA SEPATUTNYA TELAH DAPAT MERASA PERGERAKANNYA BUAT PERTAMA KALI SEBAGAI KIBASAN YANG PERLAHAN.DIA MUNGKIN BERTINDAK BALAS KEPADA BUNYI-BUNYI DI LUAR RAHIM.AKAN TETAPI,JANGAN RISAU SEKIRANYA DIA TIDAK BANYAK BERGERAK BALAS.ADALAH PERKARA BIASA BAGI BAYI MEMPUNYAI TEMPOH SENYAP PADA WAKTU INI.

Hohoho.Alhamdulillah baby mummy aktif sangat.

Semalam masa aku dok terbongkang menahan sakit perut,aku rasa dia tengah berenang dalam perut.sebab perut aku siap macam berombak.kalau dia bergerak bahagian bawah,mulalah aku rasa geli lepas tu aku ketawa sorang2.Fine...tak lawak..tapi tetap geli :p

aku mengiring ke apa ke,terasa sangat pergerakan dia.Hahaha...
kadang-kadang rasa bersalah wei kalau aku makan sesuatu yang tidak berkhasiat seperti semalam,aku telah mentekedarah maggi.Kerana terpaksa...aku ulangi kerana terpaksa.Sebab En.suami hantar mertua pergi IJN,itu pun aku tak larat nak bangun dan masak.PErut aku sakit sangat.


Nak call delivery Mc'd aku tak mahu,sebab aku nak makan nasi.Jadi En.suami bergerak awal dari batu pahat,lepas subuh dia dah bertolak.Sampai IJN pukul 10.15 sebab jam.Pukul 11 dia dah bertolak balik campur,tolak bahagi sama dengan dia sampai batu pahat balik adalah pukul 2.15 petang.terus pergi tapaukan nasi untuk si isteri yang manja ni.hahahaha


Eh,bukan nak mengada-ngada sangat.Tapi perut aku sakit melampau weih,terlentang salah,mengiring salah.turun naik tangga rasa senak sangat.End up aku membongkang je lah.sebelum bertolak lagi MIL dah pesan,jangan buat kerja,baring dan rehat je.

En.suami plak bawak kereta laju,dia kata risau isteri dia sorang-sorang kat rumah.aish...aku plak bebel2 kat dia kenapa bawak kereta laju2.

Apa pun dah selamat pergi dan balik.alhamdulillah.

Besok besday aku lalalala...hahahaha
dah tua..erk..muda lagi baru NAK MASUK 26 ok.lalala

Hari ni aku paksa EN.suami balik awal,sebab aku nak dating dengan dia.Aku tak kira.dia tanya aku nak hadiah apa...

Macam-macam aku sebut,barang kemaslah,rumah besarlah,kereta mewahlah,designer handbaglah.

Dia macam sedih sebab dia kata tak mampu nak bagi semua tu.

HOHOHOHOHO

aku gurau je,atenya kau gila nak mintak tu semua.Nak kahwin hari tu je dia habis banyak dah untuk aku.nak apa lagi betul?handbag dah ada,barang kemas ada,mekap ada,jam ada...lempang nak?mengada nak mintak2 hahaha

Dia kata nak belikan kek besok...eh i ok je.Tapi nak kek sedap2 request lagi muahaha.
Besok nak balik kampung,lama aku tak tengok atok dengan makcik2 kesayangan.aiseh rindunyaaa....diaorang ajak sambut kat kampung je.sambut buat macam party tu tak adalah,mungkin goreng bihun,kentang dan nugget dan potong kek serta makan ramai2...wah bestnya...feeling masa darjah 4 gitu....buat birthday kat kampung hahaha.

Eh..aku rasa macam senget plak otak aku masa taip entry ni.oklah..aku tak nak mengharap sangat En.suami balik awal.dia kerja sendiri kan,setiap minit adalah duit.Tak pe lah yang...u kerja kuat2 ye.Hujung tahun i nak duit nak shopping barang baby.*lempang diri sendiri..hahaha

Ok..lah jumpa esok dalam mimpi...tata.

*owh...pasal uri tu kau jangan risau sebab aku pun tak nak risau,aku fikir positif je yang uri tu akan berpusing.Aku harap si kecilku sihat kat dalam perut ni.Aku dah berusaha,rehat secukupnya,cuma aku mintak dengan tuhan permudahkan segala urusanku.

13 October 2011

Whoot...whoot..sudah Khamis (^_^)

Assalammualaikum w.b.t..
Selamat pagi..

whoot...whoot...sudah khamis lah..

aku sedang menghitung hari,beberapa hari je lagi dah nak masuk 26 tahun..erk selama ni?*baru 25 der..lalalala

Baru tahun ni aku tak mintak hadiah atau mengharapkan apa-apa kejutan dari En.suami.
*belajar menjadi matang.

Tapi dia ada tanya gak..

'nak hadiah apa yang?'

'saya nak rumah 750k,yang kita tengok hari tu'.

Ok..tak agak2 ye.eh suami aku tak marah dia senyum je.

Dia tak pernah menjanjikan kemewahan atau aku hanya akan duduk rumah goyang kaki sahaja.
no...no..no..


Menjadi AKU adalah perkara paling mudah,sekarang aku tak fikirkan hal lain selain suami dan anak di dalam perut.Mudahkan?lalalala~

Bulan oktober ni banyak tuntutan yang memerlukan perjalanan jauh.TApi aku hanya akan tinggal di rumah.Sebab keadaan tak membenarkan,mama sangat2 risau.Jadi apa kata duduk rumah diam2,sebelum bosan kita ajak En.suami penuhkan peti sejuk dengan bahan-bahan untuk buat pastri dan biskut.lalalala~

Fine,kalau duduk membongkang je pun aku akan bosan tahap gaban,kalau nak layan game psp je pun aku boleh 4 @ 5 kali khatam dengan sekali menghadap je.

Aku tengah mencari alasan nak ajak En.suami ke kedai bahan-bahan kek ni.Terfikirkan Red valvet cuppies @ blueberry cheese tart @ cookies.


Aku tahu dia mesti tak kasi renyah2..but i need them..hohoho.Pengubat hati kala sunyi.at least ada benda yang aku boleh buat.

Bulan depan kami berhajat nak scan 3D.En.suami nak tengok anak dia dengan jelas.
Excited sungguh.Aku?hehehehehe...excited gak tapi control lah kan.

Perut aku besar ok,ramai orang ingat aku dah 7 bulan.Tapi En.suami kata normal kot 5 bulan lebih dah nampak.erk...aku tengok perut kawan aku kecik je.cis ada hati nak membandingkan tu.Umpama makcik aku kata,'cuba kau belek rangka kau dengan suami kau.Kan ke besar rangka korang.Tak heranlah kalau baby besar.'

Besok aku kena tinggal sorang2 sebab En.suami nak hantar FIL ke IJN,amik ubat.
MIL risau aku kena tinggal sorang,tapi setakat dok membongkang kat rumah insyaallah tak da pape kot.Aku boleh jaga diri.Insyaallah.

Lepas tu 22 hb ada majlis kat seremban dan 26 hb juga ada majlis di Putrajaya...ce citer?bergantung pada keadaan.

Kalau ikut mama aku dia memang tak kasi aku jalan jauh ni.hohohoho..tak pe lah achik redhaaaa :')

Jadi mari kita fikir2kan apa yang boleh dibuat esok tanpa melibatkan tenaga yang banyak :p

Eh..nanti aku update lagi.Sebenarnya aku nak masukkan gambar cookies yang aku cuba buat hari tu.Hahahaha,first batch rentung seyh..tapi MIL kata sedap.erk..ye sedap gak lah dah tinggal suku balang En.suami kerjakan.

Ok..nanti aku update lagi.tata

12 October 2011

Dengan Izin Allah S.W.T (^_^)

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi.

Akhirnya aku mampu tenangkan hati sendiri dan mengambil inisiatif tak mahu memikirkan sangat.

Bukan tak risau,siapa yang tak risau kalau anak yang dikandungkan berisiko untuk gugur?
Jadi aku ambil jalan untuk bersyukur sebab Allah masih pinjamkan si kecil untuk aku.

Tiap-tiap malam umpama mimpi ngeri,tiap kali bangun tidur aku akan terus bangun dan chek ada bleeding atau tak.

Mungkin sebab hormon aku tak stabil atau emosi aku ni entah apa-apa.

Tapi itulah naluri keibuan,bila kau hamil je kau akan jadi over protected.Kadang-kadang kau lupa keadaan diri kau macam mana yang penting si kecil sihat.

Jadi hari ni aku bangun tidur,aku nekad..aku dah berusaha untuk mendapatkan si kecil dan allah dah meminjamkan dia kat dalam rahim aku.JAdi sekarang aku tinggal berdoa dan serahkan segala urusan kepadaNYA.

Aku tak mahu jadi tamak,Allah dah bagi eksihatan yang baik pada si kecil aku dah cukup bersyukur.

'Tak pe lah sayang,mummy sakit sikit je.sayang duduk baik-baik eh kat dalam nanti kita sama-sama doa dengan Allah agar semuanya berjalan dengan lancar dan segala urusan mummy dan baby akan dipermudahkan'.

Setakat ni aku dah rasa si kecil bergerak.Huhuhu,tiap-tiap malam sebelum tidur,babah dia akan usap perut aku dan berbual dengan dia.Babah dia jadi excited kalau dapat rasa pergerakan dia.Pernah sekali,dia mengusap perut aku sambil menyanyi.Aku tak dengar butir kata yang disebut,sampailah perkataan terakhir dia terlelap sambil tangan masih akt atas perut aku,aku terdengar 'subhanallah'.Lah..zikirkan untuk anak dia rupanya.


Kalau En.suami boleh sabar menerima tak kan aku nak bersedih hati.
Aku tak nafikan kehamilan ini banyak cabarannya.
Dari awal kehamilan sehingga hari ini.... :'(

Tapi aku juga kena sedar yang allah masih memberi dan memberi.
Sekurang-kurangnya walau keadaan aku tak sihat dan berisiko,dia masih lagi sihat dan aktif.
Sampai Doc nak pastikan yang tali pusat tak terbelit kat leher dia.

Serius,aku dah start mabuk balik.Perut aku sentiasa sakit.
Langkah untuk tidak merengek,aku layan main game PSp atas katil.

Tapi yang tak leh blahnya,nafsu makan hebat woo.
Masa scan doc ada cakap baby besar seminggu?erk..
besar ke anak mummy?
Bila jumpa kawan2 dan sedara-mara semua ingat dah 7 @ 8 bulan.Sebab perut aku besar katanya.Rasanya masuk bulan depan dah tak boleh solat macam biasa kot.Nak kena solat gunakan kerusi,ni nak bangun dari sujud je dah rasa tak larat.

Satu lagi fenomena,diaorang berteka-teka jantina baby sama ada boy @ girl.Hahahaha.
Tak elok ok nak teka-teka sangat.Ada yang kata tengok perut dan simptom macam boy,ada yang kata confirm girl.
Aku dan suami tak kisah,asalkan sihat dan sempurna.

Dah tak lama ok...rasanya macam tak sabar nak tunggu cukup bulan.

Survey barang baby hari-hari,tambahkan ilmu pasal penyusuan susu ibu.
Tak sangaka akan datang aku akan jadi mummy..
Macam En.suami kata..Mummy yang garang tapi penyayang.

Hah baguslah tu...ada je nak kena kan aku..
eh tapi aku memang garang ngeh.. :p

Eh tapi sedih gak bila aku berbual dengan mama..
'Mama masa mengandung dulu,semua ok je.Tak da pulak macam kau.Tapi yelah lain orang kan lain keadaannya.'

Aku faham dia risau,tiap kali cakap pasal ni.Dia mesti banyak terdiam.

Ok.lah.dah jangan tumpang sedih ye.Mari kita jalankan aktiviti seperti biasa.Senyummmmmmmmmmm.

*semoga Allah Permudahkan segala kesulitan kita :)

10 October 2011

Tuhan kuatkan hati ini

Assalammuualaikum w.b.t
selamat malam.

Tadi aku pergi check dan scan kat klinik.
Tarikh aku check kat gomen adalah 17 oktober.

Sebab pergi scan dan check tadi kerana semalam perut aku sebelah kanan dan pinggang aku rasa sakit sangat.

Tadi petang En.suami terus bawa pergi scan.

Kami dah nampak jantina si kecil
OMG..hahaha.
Tapi kami tak bergantung hanya pada scan,sebab semuanya ketentuan Allah S.W.T

Si kecil alhamdulillah sihat,aktif..OMG..aku tak boleh nak cerita.
Tapi masalahnya kedudukan uri yang buat doktor risau.
Uri kat bahagian bawah,bermaksud kalau aku lasak bila-bila masa aku boleh bleeding dan kalau terlalu banyak sangat bleeding berkemungkinan aku akan kehilangan SI KECIL.
ye,doktor explain dengan lembut dan terang.

Dia tak nak aku risau dan susah hati,dia kata aku kena rehat dalam beberapa minggu ni dan dia yakinkan aku yang uri akan kembali pada kedudukan yang lebih baik.

Tapi masa aku tengah taip ni,bahagian bawah perut aku sakit.Tapi aku kuatkan hati yang anak aku insyaallah akan dilindungi Allah.

Air mata janganlah mengalir.ye semenjak mengandung perasaan keibuan tu sangat kuat.Dan aku mudah tersentuh,mungkin sebab hormon tak stabil.

Doktor kata baby sihat dan aktif.Tiada masalah pada dia.

Aku berharap tuhan lindungi si kecil ku.

En.suami cuma senyum dan cuba tenangkan aku.MIL dan mama sangat risau.

MIL kata kalau check dekat gomen mungkin aku kena tahan sampailah uri aku betul2 berada pada kedudukan yang ok.

Mama tak kasi aku renyah dan lasak sangat.Tiada lagi perjalanan jauh untuk aku.

Tiada kata2...mungkin orang lain akan kata.Masalah tak besar mana.Tapi apa yang doktor explain dengan panjang lebar tadi buat aku betul2 kehilangan kata.Cuma tiada air mata yang mengalir.Sabarlah hati..


Aku nekad tak mahu risau dan sedih2,sebab dari awal kandungan memang si kecil ku sentiasa ada ancaman,tapi Allah masih pinjamkan dia untuk aku.

aku harap tiada pendarahan yang berlaku,aku harap semuanya akan kembali normal.

06 October 2011

Untuk kamu sayang :)

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi...
hulalalalala..

Dengan izin Allah...semoga segala urusan En.suami berjalan lancar.

Fuh...dah 2 minggu kami pulun nak habiskan segala kerja yang mendatang,tiada lagi membuta dia waktu rehat tengah hari.Tiada adengan peluk memeluk selepas zohor.Semuanya kerana suamiku sibuk mencari rezeki.

Alhamdulillah.Baru je Minggu lepas dia meluahkan perasaan kecewa sebab projek yang dikejar dengan Jabatan Kerja Raya bukan milik En.suami.

Aku tahu dah banyak kali dia cuba tapi masih gagal.
Aku lebih tahu suami ku yang tak kan mengalah selagi belum dapat.

Yang mampu aku buat sebagai isteri hanyalah usap belakang badan dia dan cakap 'sabar ye bang,belum rezeki kita.Mana tau Allah nak bagi lebih dari apa yang kita mintak'.

Alhamdulillah..dengan izin Allah dia dapat projek lain,walaupun jumlahnya tak besar tapi dah cukup buatkan kami rasa bersyukur.Sekurang-kurangnya ada rezeki untuk si kecil.Selang 3 hari dari berita gembira tersebut,Allah beri lagi rezeki untuk En.suami.Terdiam aku tak terkata.Betapa hikmahnya En.suami bersabar selama ni.

Aku cuma boleh doakan yang terbaik untuk dia.Sampai hitam dah En.suami sebab jaga site.Menggelupas kulit suami aku.Sedih tau,waktu malam masa dia dah lena tidur aku tenung muka dia dalam-dalam.Sebak dada aku,sebab dia bersungguh-sungguh berkerja untuk anak dan isteri.

Selalu bila dia usap-usap perut aku mesti dia cakap 'anak babah jangan nakal-nakal tau,kesian mummy.Babah tak da banyak masa nak cakap dengan sayang,babah sibuk cari duit nak belikan barang sayang dengan mummy.Dengar cakap mummy,dan doakan babah dapat cari rezeki lebih untuk kamu sayang'.

Setiap malam dia tak kan culas nak bercakap dengan baby,sibuk nak dengar heart beat baby,kadang2 kelakar aku tengokkan.hahahaha

Sekarang aku berazam nak minum susu hari-hari dan tak nak culas makan vitamin walaupun aku rasa loya sangat2.Sebab aku kesiankan suami aku yang bersungguh nak bagi yang terbaik untuk aku dan baby.

Eh..tiba2 aku macam emo nak taip banyak2 benci tau..hahaha *nada mengada.

Owh..lupa plak.Aku ada benda nak post kat belog ni.Nak jual handbag GUESS 100% authentIC.no ciplak2 ma...hohohoho.Kalau dah ada orang nak beli aku tak post dalam ni,tapi kalau stock terlebih aku tepek.Tapi kasi satu2 dulu.Jangan gelojoh.aku nak hupdate kedai online dulu.Tapi kat sini kasi tepek juga.

Itu semua ada yang merupakan aku tolong orang jual dan ada yang aku jual harta aku sendiri,aku beli dan tak pernah pakai.Aku kalau bab membeli memang laju.Tapi bila bab nak tukar handbag lain aku adalah malas melampau.Sebab macam leceh nak kemas barang dan masukkan ke handbag baru.

aku ni kan pemalas.al maklumlah beberapa minggu ni banyak kerja nak dibuat.Ok.nanti aku update ye :)

04 October 2011

Apa yang hendak di kata?

Assalammualaikum w.b.t

Selamat tengah hari.
Fuhhh....hari ni aku baru mula berteleku kat opis,weekend aku cuti sampai semalam lalala sebab bersuka ria di PD.

Tak da makna nak bersuka ria sesaja ok,pergi sana sebab sepupu En.suami kahwin.Dah selamat dah lalalala~

Tapi kakak-kakak ipar aku amik kesempaan nak bawak anak-anak diaorang bersukaria,jadi kitaorang tak tido rumah busu,kitaorang stay dekat Glory Beach resort.Sebab ada swimming pool boleh berendam sekali dengan budak2 hahaha.

Ok,nanti aku cerita next entry.La ni aku nak cerita sikit pasal hal yang sensitif.Bagi aku tak berapa nak sensitif sebab semua orang pun tahu fenomena mengandung luar nikah.Apa yang aku nak cerita kat sini bukan bertujuan untuk mengaibkan,tapi aku nak ajak semua orang berfikir dengan waras sebelum menjatuhkan hukuman.

Erm..baru-baru ni aku dapat khabar dari kawan yang agak baik dengan aku,dia kata dia mengandung tapi belum berkahwin.Sebagai manusia yang kena berfikiran waras dan mendengar dulu.Aku relax dan suruh dia bercerita.well....dia menyesal atas perbuatan yang dia dah lakukan means zina.Aku terus mendengar tanpa mencelah.Dia kata dia nak gugurkan anak tu,tapi dah terlambat sebab dah cecah 3 bulan usia kandungan (masa dia cerita ni dia dah cukup bulan dan tunggu hari untuk bersalin),Dia pergi klinik dan nak buat pengguguran.Doktor kata 3 bulan masih boleh gugurkan dan sebelum dia set appointment,doktor suruh scan baby dulu.

Dia kata mula-mula dia nekad dan tak rasa apa2.*hati keringlah ni.Tapi bila dia tanya doktor apa yang berdenyut dalam rahim dia tu,doktor kata 'itu nadi baby'.Dia terus sebak dan sedih.Dia tak nak tetapkan tarikh untuk gugurkan baby,dia nak masa untuk berfikir.

Bila dia balik rumah dia bincang dengan boyfriend dia.Dia kata sayu masa scan baby tu,dia dah buat satu kesalahan dan dia dah tak mahu menambahkan kesalahan yang boleh membuatkan 1 nyawa hilang.Mula-mula bf dia macam tak setuju sebab akan ada banyak masalah timbul,dan kawan aku ni berkeras dia sanggup tanggung sorang2,dia sanggup hadapi segalanya hanya kerana anak yang dikandung.

Mereka bergaduh,2 minggu gak bf dia berdiam diri.Kawan aku?dia sangat tough ok.Dia berubah secara perlahan.Satu hari bf dia datang jumpa dan mintak maaf,bf dia sanggup tanggung sama-sama,diaorang amik keputusan untuk beritahu keluarga.walau apa pun cara diaorang mesti nikah dan baby mesti dilahirkan.

Apa yang kau agak?mestilah huru-hara,family marah2,segalanya diaorang terima dan mintak ampun.Nasib diaorang baik Parents diaorang suruh nikah dan duduk kl sampai baby lahir jangan balik2 kampung sampai habis pantang.Harga yang perlu dibayar adalah berjauhan dengan family serta belajar berdikari.


Sehingga hari ini,mereka telah bernikah dan baby telah selamat dilahirkan.Alhamdulillah.

Apa motif aku bercerita di sini.Sebagai seorang manusia,aku dulu mempunyai ego yang tinggi serta bersifat sombong.Aku benci mereka2 yang buat kesalahan walaupun hanya merokok *terutamanya perempuan.Tapi akhirnya aku juga terjebak pergi clubbing bagai,pakai baju tak cukup kain kalau boleh tonggeng pun aku nak tunjuk punggung.Solat entah ke mana.apa beza aku dengan mereka?Sama-sama berbuat dosa cuma jalan mendapatkan dosa itu berbeza.

Bila aku dah mengandung aku faham perasaan orang lain yang mempunyai keadaan yang sama,walau apa jua keadaan mereka sama ada halal atau haram jangan sekali kita menidakkan hak mereka untuk mengadu dan bersuara.Kerana mereka memerlukan pertolongan.

Dengan Tuhan kau boleh mintak ampun tapi dengan manusia?adakah kau akan dimaafkan?


9 tahun lepas,masa aku form 5.Ada seorang rakan sekelas mengalami kes yang sama.Mengandung luar nikah.Dia bernikah dan tak lama dia melahirkan anak.Alhamdulillah sampai hari ni dia masih bersama suami dan anak pun dah bertambah.Dia juga menyesal atas kesilapan yang pernah dilakukan.Tapi apa yang aku kesalkan adalah ustazah yang memarahi kami yang pergi berziarah.

Logik akal kau,walau kawan kau buat silap,dia melahirkan bayi yang tak bersalah walau anak itu tidak sah taraf.Pada pendapat aku kelahiran adalah sesuatu yang patut kita raikan dengan penuh rasa bersyukur.aku dan beberapa orang rakan berkongsi untuk membelikan hadiah bayinya.Berita kami pergi berziarah itu sampai ke telinga ustazah ni.

Dia panggil kitaorang dan bertanya kenapa kitaorang ziarah kawan ni sedangkan yang dia lahirkan ialah anak luar nikah.Aku sentap ok.Dia siap kata yang kitaorang seolah-olah berseronok dengan kelahiran luar nikah,meraikan kelahiran anak haram dan paling tak tahan kitaorang dapat saham dosa yang kawan tu lakukan.

Depan ustazah memanglah kitaorang tak cakap apa-apa,sebab dia cikgu kan.Ilmu dia lagi lebih.Tapi aku tetap tak puas hati sampai hari ni.Serius...aku sentiasa mencari jawapan untuk semua yang dia katakan.Aku rujuk pada orang-orang yang beragama serta berilmu.


Respon yang aku terima amat baik,kawan yang menjawab soalan aku sangat rasional dan apa yang disampaikan sejuk rasa hati mendengarnya.

'Haram membunuh nyawa yang wujud dan jangan ditambah dosa besar yang sedia ada,mintak ampun dengan Allah,dia maha pengampun dan maha mengasihani.Setiap kelahiran adalah rezeki serta berkat kehidupan.Anak yang baru dilahirkan umpama kain putih yang suci dan bersih bergantung kepada ibu bapanya bagaimana cara untuk mewarnakan kain putih tersebut.Tiada hukum yang menyatakan menziarahi bayi yang tidak sah taraf adalah berdosa.Yakin kerana Allah S.W.T.Jangan membenci hanya kerana dosa yang dilakukan,nasihati dia agar pulang ke jalan Allah S.W.T.Selagi belum mati kita masih berpeluang untuk minta ampun.Jangan berhenti merayu padaNYA.Hanya DIA yang lebih mengetahui'.

Aku cuma nak pesan jangan sesekali kau menghina atau mengutuk orang-orang yang buat salah,kalau kau boleh nasihat,bagi nasihat sebaiknya.Ni banyak sangat aku dengar respond yang negatif macam..

'tulah ikutkan nafsu,mak bapak tak ajar agaknya'

Kau nak salahkan siapa?mak bapak?aku dengar pengakuan Wardina sendiri,mak dia orang yang warak tapi dia sendiri degil nak jadi model bagai.Dia tak salahkan mak dia pun,jadi siapa kau nak cakap macam tu betul?

'Dah buat dosa baru ingat tuhan'

Fine,habis kau cakap macam tu dapat pahala?Kau mengumpat dia adakah allah akan kreditkan pahala dia masuk ke akaun kau?Jangan harap der...


'Tak hingin aku kawan dengan orang-orang macam ni'

Bagus kalau kau tak hingin dan kau tutup mulut kau rapat-rapat.Tak payah nak banyak bunyi,kau pon tak kuat iman kau takut kau pun sama join kan?Tapi jangan setakat cakap je,belakang kau lagi teruk dari mereka-mereka ni.


Aku sekarang suka bagi tepet je kat orang-orang yang bercakap ikut suka tak tahu nak jaga perasaan orang lain.Ada makcik-makcik tu lagi suka betul umpatkan anak orang lain macam dia tak da anak.

'eh anak si kiah tu,suka betul pakai ketat-ketat.Nak tersembol aku tengok payudara dia.Nasiblah anak dara aku semua sopan-sopan pakai baju kruung memanjang'

Hahaha,makcik tau tak anak makcik sampai bus stand je terus tukar mini skirt menonggeng naik motor dengan jantan.Kalau balik lewat cakap ada study group terpaksa tidur rumah kawan,padahal pergi clubbing.

See,bila kita sibuk cakap pasal anak orang.Belum tentu anak kita hebat dan bagus.Kita tak nampak apa yang si anak buat kat luar.Kalau mata kau boleh melekat kat badan anak kau 24 jam tak pe,jadi kau tahu apa yang dia buat,kalau kau tahu anak kau tak serupa orang mesti kau malu punya nak mengumpat anak orang lain.


Yang ibu-ibu muda pula,anak kecik-kecik lagikan jadi behave mulut masing2.ni mama aku pesanlah,'kalau kita sibuk cakap anak orang,tak mustahil perkara yang sama akan berlaku pada anak kita'.

Banyak benda jadi realiti,contohnya makcik aku sendiri.Masa angah (adik lelaki aku baru belasan tahun ) kalau balik akmpung dia selalu sound adik aku,mentang-mentang angah tu kurus+hitam+kuat merayap.

'Kau ni hisap dadah ea?'

pergh,sentap kau hati mama aku.sampai satu hari mama aku tak tahan agaknya terus sound adik dia,'kau ada anak lelaki,kau jaga je lah baik2.Nak jaga anak bukan mudah.Nanti sampai masa kau tahulah betapa payahnya nak kawal anak2'

Fine,memang masin mulut mama aku.Anak dia kerap buat hal.Macam mana dia cakap kat adik aku dulu,itulah yang anak dia buat.Pasal dadah tu aku tak pasti,tapi rokok itu sudah bermula.

Lagilah dunia dah akhir zaman,segala hal Allah bayar cash.

Macam aku punya pengakuan tadi,aku pun tak terlepas dari segala kesilapan.Bila dah berkahwin aku dan En.suami nekad untuk merubah cara hidup dan lebih belajar untuk dekatkan diri pada Allah.cabaran?banyak sangat.Kawan yang sama2 berseronok di club lebih gemar mentertawakan dan menyindir dari sama2 bertaubat.so how?hahahahaha.Sedangkan nabi nak berdakwah pun dibaling najis.Ni baru kena sindir sikit2 hatimakdahsentap.

Tapi bahagian masing-masingkan,walau banyak cabaran dan dugaan,alhamdulillah pintu rezeki itu masih terbuka luas.

Motif utama adalah,sabar itu separuh dari iman.Dengar dulu baru buat penilaian.Hahahahaha
*selalu ending macam haram kan.aku ni sekarang dah tak da idea nak menulis.

30 September 2011

Bajet Barang Hantaran

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi (^_^)

Hari ni mak buyung nak kongsi tips berbelanja untuk barang hantaran cara yang berhemah sikit.
Hahahaha,memandangkan aku adalah pengantin bajet maka tak salah aku cerita hal bajet yang penting,lebih2 lagi untuk barang hantaran.

Walaupun sudah jadi pengantin lama dan mengusung perut yang semakin membesar ke sana ke mari,aku masih lagi berminat membaca blog2 bakal pengantin.Okey aku mengaku kadang kala,sebab aku dah lebih terarah kepada blog2 ibu ye.

Ni kita cerita remeh je lah ye.

Aku faham,sesetengah orang memang tak kisah barang hantaran dia camana pon.Tak kisah jenama janji ada,tapi sesetengah lagi *termasuk aku.MEmang suka branded stuff.

Bukan untuk berlagak.Tapi dalam kepala aku adalah,aku nak benda tu sebab cuma ni je peluang aku nak pau suami aku gila2..hahahaha.
LAgipun mentaliti suami aku,'kahwin sekali jadi beli barang biar betul2 yang dia belum dapat dan memang dia nak sangat'.

Serius duit mengalir bagaikan air sungai.Macam nak belajar sihir dan sihirkan daun2 pokok menjadi duit,boleh?hahaha


Aku kan tak da kerja,bergantung pada elaun dan duit hantaran.mula2 aku memang tak nak guna.Tapi sanggup ke aku nak menyusahkan orang tua aku.Lain orang lain keadaannya.Aku dan En.suami bersengkang mata mencari duit,apa je peluang yang kitorang tak kejar.


Tapi alhamdulillah,yang penting orang tua aku tersenyum,aku handle majlis sendiri sambil mendapat bantuan ahli keluarga,semua orang all out ok.*alhamdulillah.

Ok.Aku mulakan dengan kasut.

KASUT=Kau belilah yang selesa dan menepati citarasa serta kau memang akan pakai sampai tapak haus.Berapa harga adalah bergantung kepada kemampuan kau.Jangan semata2 kerana berjenama dan berharga beberapa ratus tapi bila pakai mulut kau asyik bising melecetlah,merahlah apalah.Buat rugi duit je.Contoh macam aku,kasut hantaran tak pakai lagi,sebab aku mengandung lalalalala~

*tapi kasut lelaki adalah mahal dan seumur hidup aku baru sekali ni masa kahwin hari tu aku belikan kasut suami lebih dari RM500,Nasiblah dia suka+sayang dan kasut tu selesa.Sebab dia tau kalau banyak komplen aku tak kan belikan lagi.


Lebih 500 je aku dah gigil,lagi gatal tengok butik yang harga ribu-ribu,nak terkencing pon ada.

Ye,camana aku pau suami aku macam tu jugak dia bijak mengepau aku.*sigh


Ok.untuk handbag,nak beli LV tak mampu,jadi aku beli handbag secara on9.beza harga handbag aku dekat butik dan secara on9 adalah 600.Cari penjual yang boleh dipercayai.Masa aku beli pun aku tawakal sahaja,alhamdulillah penjual adalah manusia yang jujur.(^_^)

Aku cakap terus terang,nak beli kat butik aku belum mampu lagi,tapi kalau aku boleh dapatkan harga yang lebih murah dan kualiti adalah sama,untuk apa aku membazir betul?kecuali kalau duit aku melimpah ruah. *sekarang aku tengah gosok2 En.suami mintak purse baru sebab purse aku dah uzur,bulan depan kan birthday i..hehehehe

Untuk Wallet En.suami.Naik patah kaki aku berjalan 1 kl,semata2 nak membezakan harga wallet yang sama tapi dari butik yang berlainan.Akhirnya rezeki menyebelahi aku,design dan jenama yang sama harga paling murah aku dapat ialah 230 berbanding dengan 3 butik yang sama adalah 450.Berapa banyak aku dah save?

Dan barang yang paling aku rasa aku tawar gila2 ialah jam....hahahahahaha.
Aku pergi Butik jam tersebut dekat Mid Valley.Dia cuma boleh bagi potongan sebanyak 10% itupun bergantung kepada design.Kami dah pasrah sebab tak kan dapat jam idaman kami.Serius kecewa.Tapi En.suami teringat kat batu pahat ada sebuah kedai jam yang boleh tawar gila2.huhuhu..gila sangat tu x da lah.Untuk sepasang jam yang kitaorang mengidam sahaja men+womens berjumlah lebih dari 3k++.Memandangkan kami regular customer,tokey pun dah kenal maka proses tawar menawar adalah mudah.*alhamdulillah.

Kami pilih dan tawar sampailah tokey kedai tepuk kepala.End up dia bagi harga paling rendah dengan syarat bayar cash money.Ye kami mana ada kad kredit tak mampu nak pakai.

Kami dah save banyak dan duit lebih tu boleh beli barang lain ok.

Untuk barang kemas plak.Huhuhu.Ni nasihat je lah,aku kan dah cakap awal2 kami bukan orang kaya .Nak jejak kaki kat habib jewel memang jauh sangatlah.Kami pergi kedai emas cokia je kat pinggir bandar batu pahat.Sekali lagi proses tawar menawar berjalan dengan mudah.itu semua urusan En.suami dgn MIL.Aku tak ambil tahu.Yang aku tahu,kat kedai emas cokia ni boleh tawar gila2 sampai tokey jadi fed up nak mengadap muka kau hahahaha.

Serius,aku siasat harga emas yang boleh dikurangkan berbanding diskaun yang diberi.Kalau tak menangis kau suami aku hahaha.

Manisan pula di support oleh insan2 kesayangan.orang kata bila kita nak kahwin rezeki semakin banyak.alhamdulillah itulah yang berlaku.

Owh untuk deco barang hantaran aku menggunakan khidmat sepupu kesayangan serta bunga adalah bunga segar yang dibeli dari http://gadisdanbunge.blogspot.com .Boleh tahan murahlah harganya dan aku berpuas hati.Tak payah nak spend banyak2 hahahaha.*kedekut


Sebenarnya nasihat di sini ialah,malas macam mana pun kau rajin2kanlah diri survey barang hantaran yang menjadi idaman dengan penuh kerajinan,kadang2 kita tak sedar yang kita dah boleh spend lebihan duit shopping kepada benda2 yang lain.Bila dah berkahwin mesti kau tak berapa nak heran sangat,sebab kau dah dapat apa yang kau paling idamkan.

Ye aku berhutang gajet dengan suami aku,dia mintak aku belikan dia DSLR.Tak mampu mak noks.tapi nampak gayanya aku dah kena simpan duit untu hadiah besday dia tahun depan.*pokai aku.


Banyak benda yang tak terlepas lagi ni sebenarnya,En.suami hutang aku honeymoon lalala~
mana taknya,tak sempat honeymoon anak dah lekat.*rezeki
jadi dia janji bila baby dah besar sikit dia nak bawak aku jalan2 jadia ku kena sabar sikit.*pergh aku dah sabar banyak ni.hahahaha.


Sebab tu aku tengah dok gosok2 dia supaya bagi aku hadiah yang best2.*mengada.

Eh itu je tips,sbnrnya kalau kau pandai jimat lagi bagus sebab lepas kahwin duit banyak nak pakai.Aku ulangi duit banyak nak pakai.

28 September 2011

Keputusan (^_^)

Assalammualaikum w.b.t
selamat petang.

Hari ni cuaca panas sangatlah,sampai berdenyut-denyut kepala aku.

Kita terus bercerita je lah ye.Huhuhu.
Setakat hari ni aku masih lagi student master yang tak habis tulis tesis lagi,tiada pekerjaan yang best mahupun memandu Honda city,Seorang isteri yang mengandung 5 bulan,serta seorang adik ipar yang menolong abang iparnya di opis dengan elaun beberapa ratus sebulan.*masih lagi bersyukur.


Berbulan lamanya aku fikirkan tentang hal ni,aku cuba suarakan pada En.suami agar menerima apa yang hendak aku cakapkan dengan tenang.

Aku pernah beberapa kali cuba bercakap dengan dia tentang hal ni,tapi jawapan dia

'Carilah kerja tetap yang,awk nak kena bayar ptptn'...

Maka,sebagai isteri yang akur kehendak suami aku berusaha juga mencari kerja yang lebih baik,Tapi rezeki masih lagi belum menjadi milik aku. (^_^')

Mungkin aku selalu mengeluh atau aku belum puas berusaha atau aku memang tak mahu cari kerja mahu jadi suri rumah sepenuh masa...hahahaha yang penting bukan SUPERMAK.

Sebenarnya hubungan aku dengan Allah belum begitu rapat lagi. *mengeluh

Sampai satu tahap aku rasa putus asa nak mintak kerja,serius kau fikir dengan akal yang waras.Bandar Batu Pahat bukan macam Kuala Lumpur atau Johor Bahru yang mana peluang pekerjaan seperti kek manis yang minta semut menghurunginya.

Aku pernah dapat tawaran sebagai part time tutor kat sebuah IPTA area Batu Pahat.Entah mana silapnya tawaran ditarik balik sebab diaorang dah dapat staff tetap.

Jadi apa yang aku boleh buat?
kecewa~

Aku sedapkan hati sendiri bukan rezeki aku. :'(

Tiap kali balik kampung,atau jumpa sedara mara mesti diaorang tanya buat apa?dah kerja belum?lepas tu salahkan course yang aku ambil.What the hell?

Adakah ilmu tu terbatas hanya orang yang ambil kejuruteraan je boleh berjaya?
MEmang aku nak cantas cakap diaorang tapi memikirkan mereka semua pun tak masuk Universiti untuk apa kau merendahkan akal fikiran semata2 nak bertekak dengan orang yang kurang pandai dari kau.*maaf bahasa biadap.

Aku selalu berpegang bumi Allah ni luas dan rezeki ada di mana2 sahaja.Aku rasa dah cukup lama aku berdiam diri.bosan.penat.study pun aku malas.serius aku dah malas nak menulis.aku akan siapkan tesis tapi tak tahu bila.

MIL sendiri sibuk suruh mintak kerja dengan gomen.
Kadang2 aku malas nak bercakap dengan orang yang tak faham aku.

Setakat ni orang tua aku dah redha dengan kehendak dan cita2 aku.walau diaorang cakap macam mana pun aku tetap di jalan yang sama.Bagi aku lambat atau cepat itu ketentuan dan bergantung kepada usaha dan doa aku.Aku cuma mahukan restu SUAMI sebab dia yang utama.

Semalam aku bercakap dengan seorang kawan yang mempunyai pandangan yang sama.Jalan yang aku ambil adalah risiko.Umpama suami aku kata 'kalau dah pilih jalan ni,awak tak boleh patah balik'.

Ya aku tahu dan faham benar.walau aku akan temui keadaan yang agak perit.5 tahun pertama adalah waktu yang perit.TApi kalau tabah dan cekal aku rasa aku mampu buat :).

Semalam adalah waktunya,aku baring sambil memeluk suami yang leka bermain game.Aku mintak izin untuk luahkan perasaan,fikiran,pandangan dan cita2.Dia tenung aku dan cuba memahami apa yang aku cuba sampaikan.Alhamdulillah setiap respon dia adalah positif.

En.suami beri aku tempoh beberapa bulan ini untuk mulakan langkah pertama dan selepas pantang melahirkan anak dia nak aku mulakan langkah seterusnya.Apa yang kau fikir tentang suri rumah yang berkerja sendiri?

Aku tahu susah.Tapi aku tak nak cakap susah sebab aku belum buat.En.suami ada cakap segalanya adalah risiko dan harap aku akan sabar dalam 5 tahun pertama.Ya,semua orang yang berdiri di atas landasan yang sama dah ingatkan aku.

Aku cuba ikhlaskan hati dan niat hanya kerana Allah S.W.T.
Aku hanya merancang hari ni,apa yang berlaku seterusnya adalah atas usaha atau takdir yang telah ditulis dan aku kena yakin hanya aku boleh mengubah nasib sendiri.

Kenapa tak mahu makan gaji?
Bukan tak nak tapi kerja tak nak dengan aku.Hahahaha.Sebenarnya memang aku tak da cita-cita nak makan gaji.

KEnapa berkerja sendiri?
Aku nak mencari kepuasan dan belajar sesuatu yang menjadi minat aku dari dulu.

Banyak lagi soalan lain tapi setakat ni 2 je yang aku jawap.

Aku harap langkah aku dipermudahkan.Kena mula dengan yang kecil-kecil kemudian baru fikirkan yang besar.

Fuh lega aku bila dah bercakap dengan suami sendiri.Bila dia senyum aku tahu dia redha.Senang hati aku nak rancang segala perkara selepas ni.

*doakan aku eh. (^_^)

27 September 2011

Spender girl

Assalammualaikum w.b.t

phew...phew...phew...
penat seyh...

aku nak buat entry sampai tertangguh 3 jam lalalala~
sibuk mak noks...


Eh aku kan tengah bengang sebenarnya dengan salesgirl kat mall.huhuhuhu.
Aku nak cari spender tuk pompuan mengandung,ni kiranya nak cerita yang aku pon sengal gak lah.

Aku tanyalah dia seluar dalam untuk pompuan mengandung ada tak,aku nak tengok kalau material ok,aku terus sambar.Dia pon beria tunjuk dan terangkan kat aku.sebenarnya aku pun macam berat hati nak ambil produk yang dia tunjuk tu sebab macam spender biasa je.Cuma saiz besa sikitlah.

Tapi bila memikirkan yang aku dan EN.suami tak tahu rupa spender pompuan mengandung kami pun beli jelah seperti yangd isyorkan oleh pompuan penjual tadi.Bila sampai rumah excitedlah nak cuba.sekali haram ok...aku ulangi HARAM.

Mana nak muat spender tu,masuk memanglah ok bila tang perut sakitlah.pergh..aku rasa macam nak mengaruk pun ye jugak.Tapi fikir2 balik argh...aku pon sengal gak kenapa tak tanya orang.Tapi aku tanyalah tu dah dia kerja bahagian spender tak kan dia pun tak tahu spender pompuan mengandung rupa camana.cis.


akhir kata aku sedekah segala spender yang aku beli pada MIL.Nampak gayanya kenalah i beli spender lain hahahaha.
Ini adalah gambar spender tersebut. :p




Kebetulan segala stok pembersih muka sudah habis,alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke tapak kaki.Kenyit2 mata sikit dan usap2 sikit En.suami dapatlah juga restock segala benda.Eh yang kecik tu hasil mengepau ahmoy yang jaga kaunter tu.Maskara free....haruslah merengek mintak nak dicuba.hohohoho.Tapi Aku tak berapa suka.Aku lagi prefer Loreal water proof.Tapi dah lama tak jumpa stock.Mungkin sebab dah tak keluar lagi kot.
































Ok.tak boleh nak cakap lama2 nanti aku update entry lagi.aku tak da motif buat entry ni.Mungkin sebab gambar dah ada dalam laptop maka kasi masuk.Motipppppppp :p



26 September 2011

Bird Nest

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi dunia..hehehehe

Suara macam ceria..memang ceria pun...

lalalala~

eh..aku pun banyak masalah gak cuma masa mengandung ni aku malas nak fikir segala hal,buat sakit otak.Serius weyh masalah aku lagi berat lalala~

Entry sebelum ni aku ada up pasal sarang burung kan.Hah ni aku tepek gambar kotak sarang burung yang aku beli.En.suami teliti ok,siap nak tengok cop halal dan sirim bagai.

Alhamdulillah ada yang halal,yolah nak bagi anak isteri makan karang kalau tak halal sapa nak menjawab kat akhirat esok betul?





hah ni gambar kotaknya.Aku minum ni pun sebab MIL sibuk suruh cuba,dia kata bagus untuk kulit baby.








Tapi sedap kau rasanya,satu botol untuk sehari.ikut tekak aku nak teguk berbotol2.Harga RM98.00 untuk 6 botol.Banyak brand kau carilah kat kedai ubat cina.Ada yang mahal sket tapi ada campur herba.








Aku amik yang biasa sarang burung+gula batu.Sebab kalau amik yang herba En.suami takut ada apa2 kesan pada baby plak.Ye..suami aku kan prihatin :)







Susu pun aku tukar Anmum materna perisa coklat.ohoho..sedap kau..lagi sedap kalau suami aku yang bancuhkan.hahahaha.nak harap aku bancuh sendiri.besok malam je lah ye.lalalala~








Eh,mengandung ni kan aku suka makan yang pedas2 lah.*tiba2 risau erk....








23 September 2011

Keadaan si kecil

Assalammualaikum w.b.t

selamat pagi.

Hari ni baru ada semangat sikit.semangat nak taip entry baru.muahahaha.
aku tengah bengang ni nak upload gambar tak boleh.nak on laptop kat rumah alahai bercinta,aku lagi rela layan psp muahahaha.

Entah,kebelakangan ni aku rajin plak layan game psp.En.suami dah janji sebelum aku bersalin dia nak install game baru dan beli bateri baru untuk psp tu.Dia kata supaya aku tak bosan masa dalam pantang nanti.muahahaha.

Moh cerita pasal progress baby pula,la ni adalah minggu ke-19 kalau aku tak salah kiralah.maksudnya minggu depan sudah 5 bulan.muahahaha.cepat masa berlalu.

Awal bulan hari tu ada scan,tumbesaran baby normal dan alhamdulillah ok.semalam kan aku ada cerita aku pergi urut dengan mak bidan pasal baby terselit.setakat ni rasanya alhamdulillah,dia baik2 aja kat dalam perut ni.Cuma lebih kerap rasa dia berdenyut.

Aku tak nampak jantina baby lagi.Sebab scan pun yang biasa je,En.suami nak suruh scan 3D.Tapi rasa macam tak excited plak.hahaha.Tapi kata En.suami bukan apa scan 3D nak tengok camana keadaan dia kat dalam,ok ke tak.ada yang tak kena ke.Fine...baby babah awak yang terlebih excited ni.

Dalam kalangan ahli keluarga pula,diaorang dah main teka-teka.kakak ipar dan mama aku kata macam baby girl.MIL dengan mak bidan kata macam baby boy.hahahaha.apa-apa pun tak kisah janji anak mummy sihat dan sempurna dah syukur alhamdulillah.

Naluri aku?muahahaha..rahsia..lalala~ *rasa nak lempang x? :p

bersalin kat mana?
aku pilih hospital kerajaan.
aku pekakkan telinga bila dengar orang kata,staff kat government tak bagus,kasar,jahitan bersalin tak kemas,diaorang bagi doktor pelatih.

Aku berserah kepada Allah.Aku harap Allah mudahkan segala urusan untuk aku.
Sebelum tu aku nak kena mintak ampun dengan En.suami,orang tua aku dan PIL.

Aku dah berkira-kira.
Ye,segalanya adalah pasal duit.Memanglah orang kata tak mahal pun kat swasta baru 2k++
memang bukan duit aku yang keluar.Tapi aku fikir jangka masa panjang.Sebelum bersalin nak beli barang baby dan barang mummy,nak buat kenduri doa selamat,selepas bersalin nak buat aqiqah.Secara logik akal,aqiqah tu bila2 boleh buat.Tapi kalau dah simpan duit awal2 lagi senangkan?

Aku cuba menjadi isteri yang tak nak membebankan suami,kecuali kalau dia memang paksa aku bersalin di swasta.la ni aku dah cakap baik2 dengan dia,'kat mana pun saya bersalin,saya cuma nak awak ada temankan saya,kat mana pun saya bersalin tolong ampunkan segala salah silap saya'.


Tapi hal yang tak leh blah MIL aku lah hahaha..ada ke patut dia tanya aku..

MIL:kau bersihkan bulu ketiak kau cukur atau kau cabut.

Mula-mula dengar soalan dia aku rasa macam.ai...tu pon nak kena beritahu ke.Tapi memandangkan MIL aku ni kepala dia sebarang aku jawab jujur..lalala~

Aku:cabutlah mak,baru puas hati.

MIL:hah,kalau macam tu masa kau jahit bersalin nanti mesti kau tahan.

Aku macam terpinga-pinga apa kaitan cabut bulu ketiak dengan jahit bersalin.

Dia kata cabut bulu ketiak tu sakit sampai seriau nak cabut,jahit bersalin pun sakit jugak sampai tak nak bersalin lagi dah.Aku senyum je,walau bunyi macam tak lojik akal,aku cakap dengan dia doakanlah semoga aku kuat dan tak meraung.

Eh...kau nak cakap apa pun aku cuma share tips je.Cabut tu lagi bersihlah pada aku.lain orang lain keselesaannya.Lagipun aku suka cabut bulu ketiak En.suami,sampai licin ok.aku semak tengok bulu-bulu ni.Reaksi dia.Muahahahaha,menjerit-jerit sambil mengalir air mata sebab perit.yelah tak pernah kena paksa kan.Jangan salah faham,aku sayang dia,sebab tu aku nak dia bersih sentiasa.

Eh melalut,aku nak cerita pasal baby je sbnrnya.Pasal spa kat rumah nanti aku update ye.

Erm,aku belum mula minum susu balik dan sarang burung yang dah dibeli pun aku tak makan lagi.En.suami dah perli-perli.Muahahaha.Rasanya aku tunggu berhidang kat depan muka baru aku minum kot.

Progress aku pulak...seharusnya dah membulat,muka dah semangkuk...hahaha.kaki dah mula kebas-kebas.hari tu masa En.suami tolong picitkan kaki,dia kata kaki aku dah nampak tembam,kalau tak macam kaki yang tinggal rangka je.cis,sempat mengutuk ok,mentang2 kaki dia booolat.

Eh..ok lah..aku dah malas nak menaip,malas nak buat kerja,malas dan malas,tapi aku nak main game sat.lalalala~

22 September 2011

Semangat yang hilang

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi dunia.hehehe
Lama menyepi?malas nak update?

kebelakangan ni aku memang selalu tak sihat.semalam pergi berurut,alhamdulillah baru rasa badan ok sikit.Kalau tak tido pun tak lena asyik terjaga je.

Kebelakangan ni pun rasa hidup macam tak best je.*ayat macam nak bunuh diri tak?hahahaha


mungkin sebab aku tak sihat,dan mungkin sebab aku dah tak seronok nak berkerja kat sini dan mungkin sebab aku dah tak nak habiskan master aku.*cis,kalau En.suami baca ni confirm aku kena bebel.





Entahlah semenjak banyak masalah timbul ni,aku selalu je tak sihat.Demam tak baik2,badan sentiasa sakit2.





Mungkin banyak sangat berfikir.Ingatkan bila dah tak da sickness aku nak cuba buat tesis aku.Tapi masalah bertimpa2,macam2 sangat.Aku rasa nak bangun pagi pun malas.ke sebab aku dah semakin jauh dengan tuhan.





Bukan kadang2,aku ni selalu je leka dengan duniawi,tak sedar diri bila2 je boleh mati.*bunyi ayat macam biadap.dah memang aku mcm tu.hahahaha





Mama aku slalu bising,lepas solat mengaji supaya roh anak sikit sebanyak terkena dengan Al-quran,buat sekejap je..sickness dah tak larat...terus tak buat,amalkan zikir munajat dan dengar bacaan dari you tube je.cis apa daaa...mahu jadi yang terbaik tapi hampas.





Kadang2 aku terfikir,bila aku senang aku lupa tuhan,bila aku susah aku sujud mencari tuhan sebab tu hati aku tak tenteram.Bila banyak masalah aku dah tak boleh nak berfikir.mulalah hilang semangat bagai.





Atau aku terlalu kejar duniawi sangat atau aku terlalu kecewa dengan kerja.alahai entahlah..malas dah nak berfikir.pokok pangkalnya kena kembali kepada asas,kembali kepada tuhan.





Rasa diri macam tak malu asyik nak meminta je dengan tuhan.tapi ramai kawan2 nasihat,jiwa manusia ni halus dan nipis,mudah koyak dan rosak.





la ni tengah pulihkan semangat diri.Semalam baru lepas berurut dengan mak bidan,habis satu badan dia picit.Bising je mulut dia sebab breast aku keras,perut aku keras dan kedudukan baby kat bahagian bawah..lebih tepat baby terselit.





Mula2 risau gak masa dia nak urut perut nak betulkan baby,tapi aku tawakal je sebab dia ada pengalaman dan lebih tau.La ni alhamdulillah badan rasa ok sikit.Kalau tak mesti aku rasa nak merempan je sebab badan tak sedap.





En.suami plak dah mula belikan macam2 makanan berkhasiat.Susu plak dari Mamil mama dah tukar pada Anmum materna.sebab aku cepat boring dengan susu hahaha.maka mengada mogok tak nak minum..jadi kena beli perisa coklat.





Kakak ipar aku sarankan minum sarang burung.Maka kami berdua menyongsong jalan ke kedai ubat cina cari sarang burung yang penting HALAL.





Sekarang En.suami pun dah semakin ketat dengan cara pemakanan aku,tak boleh makan yang bukan2,dan dia akan pastikan apa yang aku boleh makan dan tak boleh.





Jadi aku berazam lepas meluahkan perasaan dalam belog ni,aku nak jadi manusia yang lebih baik dari saat aku published entry ni.Aku tak nak jadi mummy yang serabut.Aku tak nak anak aku kena tempias perangai negatif aku yang snagat menjelikkan.Dan aku kena jaga hati aku yang semakin hitam ni.





Apa pun nanti aku update lagilah.tadi En.suami pesan suruh buatkan profile company dia.karang aku kena bebel lagi.ok..jumpa lagi daaaa *macam nak gi oversea je kan..hahahaha

10 September 2011

Berkira

Assalammualaikum w.b.t
selamat pagi dunia..hehehe

aku harap pagi ni semua manusia sihat2lah hendaknya dengan izin Allah s.w.t.

Aku?alhamdulillah sihat,dengan perut yang semakin ke depan apa lagi yang boleh di kata.huhuhu.

Okey,dalam entry ni aku nak cerita sikit pasal perangai orang yang berkira.Okey bagi ayat sedap sikit bukanlah berkira tapi berjimat cermat.

Dalam dunia realiti aku ni bukanlah seorang yang banyak duit dan mewah.*cerita betul
Aku tak da kerja yang best kecuali jadi kerani dekat opis biras aku dengan elaun bulanan hanya beberapa ratus.*aku masih bersyukur,sebab kalau aku mabuk aku boleh terbongkang sesuka hati.

Gaji En.suami pun bukanlah besar sangat kalau nak dibandingkan dengan gaji engineer.*wallah nak bandingkan dengan engineer berapa sangatlah wei gaji suami aku,janji aku cukup makan dan pakai.tak pernah kurang apa pun.*alhamdulillah.

Tapi aku bersyukur yang suami aku sangat-sangat ambil berat pasal anak dia di dalam perut,dia yang ajar aku nak pentingkan perkara dan benda-benda yang penting dahulu dan ketepikan kemahuan memandangkan kemampuan kami terbatas.

Malam kelmarin,aku pergi beraya rumah kawan lama.Yelah semenjak bekahwin ni kena luaskan pergaulan dengan mereka-mereka yang berkahwin,sebab orang yang sudah berkahwin je tahu lifestyle keluarga macam mana.Bukan nak kata yang bujang tak faham,maksud aku tentang masalah keluarga,kewangan dan sebagainya hah lebih pada macam tu lah dan hal anak-anak.

Bila kita berbual dan berkongsi banyak hal dengan orang lain,banyak benda dan ilmu yang kita dapat dan tahu.Contoh:harga pampers budak di pasaran.Kau ingat aku tahu harga pampers mahal dan murah berapa?aku ni asal nampak pampers comel dan macam bagus oklah tu kot.Tapi kalau berbual dengan orang yang dah berkahwin diaorang akan cakap macam ni,

'kadang-kadang pampers mahal tak semestinya bagus dan sesuai dengan kulit bayi,dan pampers murah juga tak semestinya tak bagus.BEli ikut kemampuan yang penting anak selesa dan kulit dia tak melecet.'

Bukan ke itu satu info yang menarik,maksud diaorang beli pek yang sikit kau cuba pakaikan anak kau,bila tak ok dah tak membazir sangat sebab kau boleh tukar lain.

Setakat hal pampers dan susu mungkin aku tak amik port sangat.sebab prinsip aku,yang nak pakai tu semua anak kau cukup sekadar aku kata setiap ibu bapa mahu yang TERBAIK untuk anak-anak.tak gitu?

Lagi bila berbual dengan member aku.

Kawan:kau dah pergi scan tengok jantina baby kau?

Aku:belum lagi aku scan biasa je,tak nampak jantina lagi.Baru 4 bulan kan.

Kawan:eh,4 bulan dah boleh tengoklah kau pergi scan yang 3D @ 4D punya.Confirm nampak jelas bentuk anak kau dengan jantina dia sekali.

Aku:owh ye ke?mahal tak?boleh jugak nak gi scan 3D.*aku terus tengok muka En.suami,suami aku senyum dan mengangguk.Tanda setuju.

Kawan:Kalau kat batu pahat ni kau kena pergi hospital swastalah,mungkin mahal sikit dalam 100++ @ 200++.

Aku:owh,tak adalah mahal sangat.ok jugaklah kalau nak cuba buat sekali.

KAwan:tak mahal kau kata?membazir tu.Aku dah survey ada 1 klinik kat ****** yang scan 3D hanya RM30.00,tapi tak leh print gambar dia.

Aku:owh,kalau aku nak ada gambar dia sekali,nanti leh belek-belek lagi.

Kawan:aku rasa macam membazirlah keluar duit 100++ untuk scan sahaja.

Ok.masa ni aku dengan En.suami hanya berpandangan sesama sendiri sahaja.BEtul pendapat orang adalah berbeza-beza.Aku rasa dia lagi banyak duit dari aku tapi itulah prinsip hidup lain-lain.

MAcam aku dan suami,Kami sanggup buat apa sahaja untuk memastikan keadaan anak dalam perut sentiasa sihat dan kuat.Duit bukan masalah.Duit boleh cari tapi kesihatan anak?

Kalau kami kurang berkemampuan,kami akan tunggu satu waktu atau bila dah dapat gaji kami akan cepat-cepat pergi jumpa Doktor.Yeah nak tunggu apa kan?bukan suka-suka aku nak scan,aku nak tengok progress anak aku.

Kawan aku tu dia cakap macam tu mungkin sebab dia dah ada anak 1 dan la ni dia pregnant untuk kali kedua.

Tapi pandangan kami masih lagi berbeza.Mungkin aku seorang yang suka membazir.*ok ni realiti.Hahaha.Apa salahnya kau buat sesuatu dalam waktu yang membahagiakan ini dan boleh jadikan ia sebagai kenangan.Kalau kahwin kau boleh upah OP sampai beribu setakat scan 3D untuk baby sekali sepanjang kau mengandung tak kan tak boleh?betul?

Eh ini aku cakap kat diri aku sendiri.Aku tak maksudkan orang lain.En.suami bukan jenis yang berkira dalam segala hal,cuma dia akan pentingkan perkara yang betul-betul penting sahaja.MEmang kami akan buat scan 3D tu,tapi bukan sekarang sebab aku nak tunggu perut besar lagi.hehehe..baru best :p

Sebab En.suami yang rancang macam-macam,nak scan bila,nak beli barang baby bila,nak beli barang mummy bila...hahahaha

Ok itu hal scan.la ni hal beli baju preggy plak.Yang dah beranak memang tahu baju preggy itu mahal.Yolah,dah saiz besar direka mengikut keselesaan ibu mengandung.

Tengok pada jenama gak,contoh aku beli jenama MIKI,serius material memang sedap tak dinafikan.2 helai seluar dan 2 helai baju secara totalnya ialah RM300++.Kata nak yang sedap kan.Kalau kau nak yang murah pun melambak gak.

MEntaliti orang tak sama,macam kawan aku ni dia kata buat apa nak beli mahal-mahal tempoh kau pregnant hanya 9 bulan bukan makan tahun pun jadi tak payah membazir.

MEntaliti aku plak,kau nak yang SELESA,maka duit kau pun kena SELESA.Sebab aku jenis orang yang tak suka membeli dan menyesal di kemudian hari.Beli barang murah,bila aku pakai rasa tak sedap,aku terus tak nak pakai walaupun harga pakaian tersebut hanya RM30.00.

KAu mengandung 9 bulan kalau kau ulang-ulang pakai baju yang sama lusuh tak?confirm lusuh dan berbulu-bulu.itu motif aku membeli sesuatu yang selesa,bukan kuantiti tapi kualiti.Boleh pakai dalam jangka waktu yang lama.Aku bukan menidakkan sesuatu yang murah,aku jenis cepat berpeluh dan tak sabar.BAdan aku akan naik merah-merah kalau material baju tak dapat menyerap peluh dan tak mampu memberi keselesaan.

Semalam aku bershopping baju preggy dengan En.suami,dia yang bersungguh-sungguh suruh aku beli jugak,aku?hohohoho sayang duit noks simpan untuk barang baby lagi bagus.Tapi suami aku kata kesian tengok aku dok ulang baju yang LIMITED itu.

BEli brand lain dan harga memang separuh harga lagi murah dari brand MIKI.Tapi keselesaan ada kurang sikit.Tapi tak pe lah dah nama pun hidup kat batu pahat,celah mana aku nak cari MIKI betul?orang nak belikan terima je lah.Lagi pun En.suami kesian dengan aku.

Lagipun kat batu pahat ni baju ibu mengandung terhadlah,itu pun En.suami dah pujuk-pujuk aku,'nanti kita naik KL kita pergi cari lain ye?'

HAhahaha.KEnapa aku asyik sebut MIKI sebab material dia bagus.RAsanya ada jenama lain lagi,aku tak sempat belek.al maklumlah tak da duit,maka apa yang nampak je lah ye.hahahaha.

Ok,nasihat aku..eh tak da nasihat kata-kata dari aku.Dalam hidup ni ada perkara kita kena berkira dan ada yang kita tak perlu berkira sangat.

Yelah mentaliti manusia tak sama,mungkin aku belum ada anak dan tak rasa macam mana perbelanjaan seterusnya betul?tapi aku harap,Allah akan beri lebih rezeki untuk aku dan suami agar anak aku kelak tak rasa kekurangan walaupun sederhana aku harap anak aku akan rasa sempurna.

*aku tengah belajar jadi manusia yang tak berkira,tapi En.suami kata kena juga berkira sikit tapi hal-hal lain lah.hehehehe

09 September 2011

Tak bersyukur

Assalammualaikum w.b.t
Selamat pagi semua.

Huhuhuhu.Sebenarnya aku nak luahkan perasaan..adeh*sayu tiba2

Beberapa hari lepas aku ada salah faham sikit dengan En.suami.Fine salah aku mungkin,eh salah dia jugak.Hahahaha.

Dia mintak tolong aku selesaikan beberapa hal mengenai KWSP dan Perkeso.
Aku dah buatkan semua,cuma tinggal tang Perkeso sebab borang pembayaran belum sampai atau memang tak sampai.Hari2 aku cek kat post box tak da pun.

Entah kenapa,mood masing2 swing2..
Aku terus ke opis naik kereta sendiri,En.suami sangat marah sebab aku pergi sendiri.
Aku pergi sendiri sebab hati aku tengah betul2 panas.Aku tak nak mengeruhkan keadaan.Maksud aku,kalau aku terus berhadapan mungkin kitaorang akan berbalah cakap dengan lebih teruk.

Fine,aku isteri derhaka aku tahu,salah aku.Tapi hati aku keras sangat.Allah tak suka orang yang sangat keras hati.

Aku memandu tanpa arah tujuan,tak tahu nak ke mana,nak buat apa.LOSt.En.suami call aku tak nak angkat.aku sanggup matikan hp.Serius shit..aku tak pernah rasa sedih sangat,mungkin dia pun tengah bengang dan tak sepatutnya keluarkan ayat2 yang sangat menyakitkan hati.

Aku drive dan sembunyi kat belakang deret2 bangunan opis aku,satu2nya kawasan yang aku rasa EN.suami tak kan cari aku.

Aku tak angkat col dan hanya berbalas sms dengan dia,mula2 ayat kami memang kasar dan penghujungnya aku terima sms dari dia

"Abang mintak maaf"

Dia pujuk aku balik rumah,tapi hati aku masih tak tenang,masih marah.
Dia tanya aku kat mana,dia risau.
Aku masih lagi keras.Ya allah,berdosanya aku pada suami sendiri.

Lama aku duduk berdiam,sambil2 menangis sambil baca majalah.Hahahaha.
Yolah kereta kecik i tu dah macam stor bergerak,semua ada dalam tu.Hahahaha.
Bila hati dah sejuk,aku pastikan mata tak bengkak baru aku balik rumah.

Niat masih tak suci,aku nak mandi dan solat lepas tu aku nak keluar balik.
Tenangkan fikiran.Eh tak sempat aku kunci pagar,En.suami dah sampai.
Dia terus peluk aku dan pujuk.

Dia kata memang salah dia,sebab benda dah siap tapi dia masih mengharapkan aku buat semuanya.Dan salah aku sebab tak tahu yang dia tengah kusut dan sebagainya.
Eh,tapi salah dia jugalah sebab tak nak bercerita dengan aku.Mungkin sebab aku pregnant dan dia takut kesihatan aku terjejas.

Aku tak mintak ampun lagi atas kesalahan hati aku yang sangat keras.
Dosa sebab derhaka dan sebagainya.Macam mana tuhan nak ampunkan aku kalau suami aku belum ampunkan.

Dia tak buka mulut lagi pasal pergaduhan kami,cuma dia lebih kerap memeluk aku dari berkata2.Just nice,aku tahu dia dah maafkan aku.

Suami aku kan,kawan sekatil,kawan setuala..hahaha.
Setiap detik hati dia aku dapat rasa.

Bila aku kenang balik,aku seumpama manusia yang tak bersyukur.Kenapa hati aku keras sangat sedangkan suami aku sanggup merendahkan ego dan melembutkan hati sendiri hanya kerana isteri.Tapi aku masih keras dan sangat bertahan dengan kekerasan tu.

Apa lagi yang aku nak?
Setiap keadaan aku dia ada,setiap kesakitan aku dia yang tolong redakan.
Jadi kenapa aku bersikap terlalu kejam.

Fine,baby pun sama marahkan aku.
Sebab aku marah babah dia.Dia mengeras sepanjang aku bergaduh dengan babah dia,sakit perut aku.

'Sorry sayang,mummy tak sengaja.Awak jangan ikut sifat mummy.Semoga Allah lindungi awak dari keburukan mummy'

Kadang2 aku terfikir,mampu ke aku hidup tanpa suami aku?

KErana hal yang tak seberapa besar pun aku boleh merajuk sampai macam tu sekali.Fine,tulah keburukan aku yang tak tahu nak bersyukur.Berazam aku kena jadi yang terbaik.Isteri yang baik tak akan menderhaka kepada suami.

*aku nak kena mintak ampun sampai hati dia tak ada kesan marah langsung pada aku.Berusaha!

08 September 2011

Selamat Hari Raya...dah BErhabuk hahaha

Assalammualaikum w.b.t.
Selamat pagi dunia..huahuahua..

eh macam lama je tak update..semenjak bila kemalasan..hohohoho *udah memang dasar pemalas.

Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua insan-insan yang singgah ke belog aku.Maaf lah ye,semenjak pregnant ni aku ada malas sikit nak menulis.Mabuk katanya.

GAmbar raya pun tak banyak aku ambil,sebabnya den beraya sebulan tahun ni.Puasa penuh katanya kau.*riak.Astaghfirullahalazim.

Aku malas nak update gambar aku dan En.suami yang sudah kembang seperiuk ni.Hohoho.Semenjak Raya pertama kerja aku adalah makan,makan dan makan.Lain tak da.@ jam sekali mesti mentekedarah.Ops..baby yang lapar.Jadi sebagai ibu yang bertanggungjawab aku kena makan agar bayi aku tak kelaparan.*hahaha..motip sungguh.

En.suami paksa-paksa aku makan,sebabnya masa puasa hari tu berat badan aku turun 2kg.alahai 2kg je kan,tapi nurse yang chek aku memang tak puas hati sebab takut perkembangan baby terbantut.Fine.Aku terus gi scan sebab risau,alhamdulillah si kecil aktif siap berguling-guling lagi kat dalam perut aku.

Doktor kata selagi aku tak muntah dan tak pitam terpulang pada aku untuk puasa atau tak.Alhamdulillah aku masih mampu meneruskan jihad untuk berpuasa.Walaupun orang kata ibu hamil tak wajib untuk berpuasa.Sebelum puasa lagi aku dah cakap dengan si kecil,
'Baby,mummy nak puasa penuh tahun ni tau sayang.Kalau Baby tak tahan bagitau mummy.Kalau baby tahan,kita sama-sama puasa ye'.

Bunyi macam aku ni entah apa-apa kan.Hohoho.Tapi dugaan memang hebat,dengan mabuknya dengan pukul 12.30 aku dah rasa kelaparan yang melampau sampaikan aku cakap dengan En.suami nak gi Mc'd drive thru.Tapi Alhamdulillah,aku bantai membuta sampai kol 3,bangun-bangun terus oslat zohor dan tolong MIL masak.Ok je...

En.suami kata,kadang-kadang psikologi turut memainkan peranan,niat kat hati pun diambil kira juga.Tapi bergantung pada tubuh individu,memang aa orang yang tak mampu untuk berpuasa langsung.

Raya kali ni kami sambut ala kadar je,sebab nak berjimat cermat.Tapi tak adalah ala kadar sangat.hahaha.Aku menggila beli kuih untuk 5 rumah.Rumah MIL,mama,kedua2 nenek dan Busu (adik FIL).Mil membebel sebab takut duit kitaorang habis.Alhamdulillah,rezeki sentiasa ada,sebab kami suami isteri yakin,memberi pada orang tua lebih berkat.Cuba untuk belajar2 menunaikan tanggungjawab :)

Duit raya pun kami tukar banyak,sebab takut-takutkan jalan2 terserempak dengan sedara-mara ke apa.Eh,warga emas dan kanak-kanak sahaja yang wajib diberikan duit raya,yang lain tak da makna ok.Hahahaha.

Aku pulak naik risau sebab nafsu makan membuak-buak.Eh,aku tak makan benda yang merepek-repek sebab tekak tak leh terima,contoh junk food atau asam-asam.Tipulah kalau tak makan,kadang2 tengok anak buah makan macam sedap,tapi aku makan sikit je lah.Asam jeruk bagai tak leh telan,tu kalau yang beli kat kedai,kalau aku teringin MIL akan buatkan jeruk mempelam.Sebab dia kata yang kat kedai ada bahan pengawet.Eh tu pun aku makan tak banyak selebihnya orang lain yang makan.


Aku ada banyak benda nak bercerita,tapi aku buat next entry je lah ye.Apa2 pun selamat hari raya.