Sentuhlah saya

04 October 2011

Apa yang hendak di kata?

Assalammualaikum w.b.t

Selamat tengah hari.
Fuhhh....hari ni aku baru mula berteleku kat opis,weekend aku cuti sampai semalam lalala sebab bersuka ria di PD.

Tak da makna nak bersuka ria sesaja ok,pergi sana sebab sepupu En.suami kahwin.Dah selamat dah lalalala~

Tapi kakak-kakak ipar aku amik kesempaan nak bawak anak-anak diaorang bersukaria,jadi kitaorang tak tido rumah busu,kitaorang stay dekat Glory Beach resort.Sebab ada swimming pool boleh berendam sekali dengan budak2 hahaha.

Ok,nanti aku cerita next entry.La ni aku nak cerita sikit pasal hal yang sensitif.Bagi aku tak berapa nak sensitif sebab semua orang pun tahu fenomena mengandung luar nikah.Apa yang aku nak cerita kat sini bukan bertujuan untuk mengaibkan,tapi aku nak ajak semua orang berfikir dengan waras sebelum menjatuhkan hukuman.

Erm..baru-baru ni aku dapat khabar dari kawan yang agak baik dengan aku,dia kata dia mengandung tapi belum berkahwin.Sebagai manusia yang kena berfikiran waras dan mendengar dulu.Aku relax dan suruh dia bercerita.well....dia menyesal atas perbuatan yang dia dah lakukan means zina.Aku terus mendengar tanpa mencelah.Dia kata dia nak gugurkan anak tu,tapi dah terlambat sebab dah cecah 3 bulan usia kandungan (masa dia cerita ni dia dah cukup bulan dan tunggu hari untuk bersalin),Dia pergi klinik dan nak buat pengguguran.Doktor kata 3 bulan masih boleh gugurkan dan sebelum dia set appointment,doktor suruh scan baby dulu.

Dia kata mula-mula dia nekad dan tak rasa apa2.*hati keringlah ni.Tapi bila dia tanya doktor apa yang berdenyut dalam rahim dia tu,doktor kata 'itu nadi baby'.Dia terus sebak dan sedih.Dia tak nak tetapkan tarikh untuk gugurkan baby,dia nak masa untuk berfikir.

Bila dia balik rumah dia bincang dengan boyfriend dia.Dia kata sayu masa scan baby tu,dia dah buat satu kesalahan dan dia dah tak mahu menambahkan kesalahan yang boleh membuatkan 1 nyawa hilang.Mula-mula bf dia macam tak setuju sebab akan ada banyak masalah timbul,dan kawan aku ni berkeras dia sanggup tanggung sorang2,dia sanggup hadapi segalanya hanya kerana anak yang dikandung.

Mereka bergaduh,2 minggu gak bf dia berdiam diri.Kawan aku?dia sangat tough ok.Dia berubah secara perlahan.Satu hari bf dia datang jumpa dan mintak maaf,bf dia sanggup tanggung sama-sama,diaorang amik keputusan untuk beritahu keluarga.walau apa pun cara diaorang mesti nikah dan baby mesti dilahirkan.

Apa yang kau agak?mestilah huru-hara,family marah2,segalanya diaorang terima dan mintak ampun.Nasib diaorang baik Parents diaorang suruh nikah dan duduk kl sampai baby lahir jangan balik2 kampung sampai habis pantang.Harga yang perlu dibayar adalah berjauhan dengan family serta belajar berdikari.


Sehingga hari ini,mereka telah bernikah dan baby telah selamat dilahirkan.Alhamdulillah.

Apa motif aku bercerita di sini.Sebagai seorang manusia,aku dulu mempunyai ego yang tinggi serta bersifat sombong.Aku benci mereka2 yang buat kesalahan walaupun hanya merokok *terutamanya perempuan.Tapi akhirnya aku juga terjebak pergi clubbing bagai,pakai baju tak cukup kain kalau boleh tonggeng pun aku nak tunjuk punggung.Solat entah ke mana.apa beza aku dengan mereka?Sama-sama berbuat dosa cuma jalan mendapatkan dosa itu berbeza.

Bila aku dah mengandung aku faham perasaan orang lain yang mempunyai keadaan yang sama,walau apa jua keadaan mereka sama ada halal atau haram jangan sekali kita menidakkan hak mereka untuk mengadu dan bersuara.Kerana mereka memerlukan pertolongan.

Dengan Tuhan kau boleh mintak ampun tapi dengan manusia?adakah kau akan dimaafkan?


9 tahun lepas,masa aku form 5.Ada seorang rakan sekelas mengalami kes yang sama.Mengandung luar nikah.Dia bernikah dan tak lama dia melahirkan anak.Alhamdulillah sampai hari ni dia masih bersama suami dan anak pun dah bertambah.Dia juga menyesal atas kesilapan yang pernah dilakukan.Tapi apa yang aku kesalkan adalah ustazah yang memarahi kami yang pergi berziarah.

Logik akal kau,walau kawan kau buat silap,dia melahirkan bayi yang tak bersalah walau anak itu tidak sah taraf.Pada pendapat aku kelahiran adalah sesuatu yang patut kita raikan dengan penuh rasa bersyukur.aku dan beberapa orang rakan berkongsi untuk membelikan hadiah bayinya.Berita kami pergi berziarah itu sampai ke telinga ustazah ni.

Dia panggil kitaorang dan bertanya kenapa kitaorang ziarah kawan ni sedangkan yang dia lahirkan ialah anak luar nikah.Aku sentap ok.Dia siap kata yang kitaorang seolah-olah berseronok dengan kelahiran luar nikah,meraikan kelahiran anak haram dan paling tak tahan kitaorang dapat saham dosa yang kawan tu lakukan.

Depan ustazah memanglah kitaorang tak cakap apa-apa,sebab dia cikgu kan.Ilmu dia lagi lebih.Tapi aku tetap tak puas hati sampai hari ni.Serius...aku sentiasa mencari jawapan untuk semua yang dia katakan.Aku rujuk pada orang-orang yang beragama serta berilmu.


Respon yang aku terima amat baik,kawan yang menjawab soalan aku sangat rasional dan apa yang disampaikan sejuk rasa hati mendengarnya.

'Haram membunuh nyawa yang wujud dan jangan ditambah dosa besar yang sedia ada,mintak ampun dengan Allah,dia maha pengampun dan maha mengasihani.Setiap kelahiran adalah rezeki serta berkat kehidupan.Anak yang baru dilahirkan umpama kain putih yang suci dan bersih bergantung kepada ibu bapanya bagaimana cara untuk mewarnakan kain putih tersebut.Tiada hukum yang menyatakan menziarahi bayi yang tidak sah taraf adalah berdosa.Yakin kerana Allah S.W.T.Jangan membenci hanya kerana dosa yang dilakukan,nasihati dia agar pulang ke jalan Allah S.W.T.Selagi belum mati kita masih berpeluang untuk minta ampun.Jangan berhenti merayu padaNYA.Hanya DIA yang lebih mengetahui'.

Aku cuma nak pesan jangan sesekali kau menghina atau mengutuk orang-orang yang buat salah,kalau kau boleh nasihat,bagi nasihat sebaiknya.Ni banyak sangat aku dengar respond yang negatif macam..

'tulah ikutkan nafsu,mak bapak tak ajar agaknya'

Kau nak salahkan siapa?mak bapak?aku dengar pengakuan Wardina sendiri,mak dia orang yang warak tapi dia sendiri degil nak jadi model bagai.Dia tak salahkan mak dia pun,jadi siapa kau nak cakap macam tu betul?

'Dah buat dosa baru ingat tuhan'

Fine,habis kau cakap macam tu dapat pahala?Kau mengumpat dia adakah allah akan kreditkan pahala dia masuk ke akaun kau?Jangan harap der...


'Tak hingin aku kawan dengan orang-orang macam ni'

Bagus kalau kau tak hingin dan kau tutup mulut kau rapat-rapat.Tak payah nak banyak bunyi,kau pon tak kuat iman kau takut kau pun sama join kan?Tapi jangan setakat cakap je,belakang kau lagi teruk dari mereka-mereka ni.


Aku sekarang suka bagi tepet je kat orang-orang yang bercakap ikut suka tak tahu nak jaga perasaan orang lain.Ada makcik-makcik tu lagi suka betul umpatkan anak orang lain macam dia tak da anak.

'eh anak si kiah tu,suka betul pakai ketat-ketat.Nak tersembol aku tengok payudara dia.Nasiblah anak dara aku semua sopan-sopan pakai baju kruung memanjang'

Hahaha,makcik tau tak anak makcik sampai bus stand je terus tukar mini skirt menonggeng naik motor dengan jantan.Kalau balik lewat cakap ada study group terpaksa tidur rumah kawan,padahal pergi clubbing.

See,bila kita sibuk cakap pasal anak orang.Belum tentu anak kita hebat dan bagus.Kita tak nampak apa yang si anak buat kat luar.Kalau mata kau boleh melekat kat badan anak kau 24 jam tak pe,jadi kau tahu apa yang dia buat,kalau kau tahu anak kau tak serupa orang mesti kau malu punya nak mengumpat anak orang lain.


Yang ibu-ibu muda pula,anak kecik-kecik lagikan jadi behave mulut masing2.ni mama aku pesanlah,'kalau kita sibuk cakap anak orang,tak mustahil perkara yang sama akan berlaku pada anak kita'.

Banyak benda jadi realiti,contohnya makcik aku sendiri.Masa angah (adik lelaki aku baru belasan tahun ) kalau balik akmpung dia selalu sound adik aku,mentang-mentang angah tu kurus+hitam+kuat merayap.

'Kau ni hisap dadah ea?'

pergh,sentap kau hati mama aku.sampai satu hari mama aku tak tahan agaknya terus sound adik dia,'kau ada anak lelaki,kau jaga je lah baik2.Nak jaga anak bukan mudah.Nanti sampai masa kau tahulah betapa payahnya nak kawal anak2'

Fine,memang masin mulut mama aku.Anak dia kerap buat hal.Macam mana dia cakap kat adik aku dulu,itulah yang anak dia buat.Pasal dadah tu aku tak pasti,tapi rokok itu sudah bermula.

Lagilah dunia dah akhir zaman,segala hal Allah bayar cash.

Macam aku punya pengakuan tadi,aku pun tak terlepas dari segala kesilapan.Bila dah berkahwin aku dan En.suami nekad untuk merubah cara hidup dan lebih belajar untuk dekatkan diri pada Allah.cabaran?banyak sangat.Kawan yang sama2 berseronok di club lebih gemar mentertawakan dan menyindir dari sama2 bertaubat.so how?hahahahaha.Sedangkan nabi nak berdakwah pun dibaling najis.Ni baru kena sindir sikit2 hatimakdahsentap.

Tapi bahagian masing-masingkan,walau banyak cabaran dan dugaan,alhamdulillah pintu rezeki itu masih terbuka luas.

Motif utama adalah,sabar itu separuh dari iman.Dengar dulu baru buat penilaian.Hahahahaha
*selalu ending macam haram kan.aku ni sekarang dah tak da idea nak menulis.

2 comments:

lily lotus said...

skrg ni dh byk sgt kes buang bayi. harap dpt dibendung, betul tu bayi tak bersalah langsung. mereka yg melakukan tu kena bertaubat, insyaAllah hidup akan diberkati..bukannya selamanya hidup akan musnah

syazana said...

lily lotus:
Betul tu kak.Segala dosa dengan Allah mintak ampun dengan DIA.Dia maha pengampun dan maha mengasihani.