Sentuhlah saya

27 July 2010

11 month to go (^_^)

Salam.
selamat malam..
dah sebulan..

ye sudah sebulan daku menjadi tunangan orang..
kena bertahan dr segi mental dan fizikal..
=)

Dugaan?
tak dapat dinfikan.
rezeki?
alhamdulillah..

KAmi tengah giat mencari duit nak kahwin =)
Dah hari2 mengadap muka en.Tunang,
sehari tak jumpa...
kami boleh jadi emo...


Kalau pagi dia tak sempat naik opis..
petang sebelum aku balik,
mesti mau jumpa aku walaupun 5 minit..

Doa aku makbulkah?

sebelum ni kalau aku duduk kat UPM dan cakap,

Aku: b,i miss u
En.Tunang:Sayang,nantikan balik kg.Kita jumpalah.Sabar ye.
Aku:tapi tak tahan rindu..i'm alone here...need you.banyak benda nak cerita.
En.Tunang:ye,b faham..bla..bla..

Dia selalu akan pujuk aku macam tu.
bila dia pujuk aku sambil membebel,aku mesti cakap,

Aku:b,kalaulah kita boleh tukar tempat,b rasa apa yang syg rasa.MEsti b tak bebel2 macam ni.

Dia cuma ketawa je...
hampeh...

la ni...alhamdulillah..
siapa sangka Allah S.W.T dengar doa aku yang satu tu.
dia dah rasa apa yang aku rasa dulu...

Dia tak kan 'senang' kalau tak nampak muka aku satu hari suntuk..

Memanglah orang kata waktu tunang ni macam2 hal boleh berlaku,
tak salah kalau kita mintak segalanya berjalan dengan baik dan segala urusan dipermudahkan.

Banyak yang aku nak betulkan..
hidup aku..
hidup kitaorang...
hidup kami..

Jadi aku dan dia mengambil keputusan untuk mengubah haluan hidup yang caca merba ni,mengubah haluan untuk menjadi lebih baik dari sebelum ni.

Aku harap sangat Ramadhan kali ni 'lebih bermakna'
Hahaha2
tb2 mcm emo kan..

Kalau kau datang dan hidup dari Family yang huru-hara macam aku,
aku pasti kau akan bersyukur kalau kau pasti dapat kehidupan yang lebih baik...
kau tau perasaan apabila kita disayangi orang lain yang bukan keluarga sendiri...
hehehehe.....syurga...bahagia...syukur kerana aku dapat peluang itu.

tiba2 macam lari tajuk...

11 bulan lagi..
kalau ikut tarikh tunang..
aku ada 11 bulan bergelar 'anak dara'
Sebelum menjadi 'puan'.
TApi mama aku macam nak cepatkan tarikh..
dia nak buat majlis hujung bulan 1..
apakah?
hahaha
dia plak excited...sapa yang nak kahwin ni..oooo mak...duit tak cukup lg
*duit aku lah...

aku mintak sangat sapa2 yang sudi doakan kebahagian kitaorg..doakanlah kami
dugaan memang banyak,aku harap kiatorg terus 'kuat'
Kalau ikut kepala angin aku ntah tak sampai hr ni kot hubungan kitaorg..
aku nak bgtau kat sini..kadang2 aku ni 'gila' okey..
gila sampai tahap En.Tunang rasa macam nak simpan aku dalam frozen..
*sila bayangkan..

Aku masih mencari2 andaman secara light2..
aku malaslah nak survey banyak2..
hahaha..bolehkah?
mama aku okey je kalau aku dah berkenan..
tapi aku masih pertimbangkan lagi..
kalau setting dewan je dah dekat 8k..
kejadah nak mahal2..
kalau aku ni anak Dato' boleh r..
ni tak boleh blah..


Aku bajet paling mahal pon 5k..
adeih..
tb2 malas nak fikir..
lain kali saja...
hahaha

*dah dapat idea mau gubah hantaran (^_^)v


kau baca je lah entry ni kalau tak bosan..
nanti aku update bg ilmiah sket ye..

26 July 2010

Mama miahahahaha

Salam..
selamat malam..
weekend without update..
huahuahuahua..bz noks =p

sabtu lepas kerja aku terus menerbangkan diri balik ke pangkuan mem besar.
Sebabnya mama aku dah sibuk meraung suruh aku balik jb..
'kau balik x jb minggu nih?' ada lah dia ulang soalan sampai 40x..
selagi aku tak kata 'ye,along balik petang ni'...tak berhenti okey dia call aku..
penat!!!!!!!!!!!!! huahuahuahua *sila tikam


Aku dah hitam legam sebab berjemur dan berjalan saja..
mama aku selalu je bising..
'kau ni takreti nak jaga badan...dah r gemuk.Hitam plak tuh'

wah...harus sentap kan..tapi ada aku kisah?
ye,aku pon risau gak,tengah usha2 spa kat batu pahat nih,
nak sauna,lulur n mandi susu..
payah2 aku beli je susu tepung bancuh dalam tempayan nenek aku..settle..
rendam sampai kaler hitam tu luntur hahaha..


Kau tengok mama aku drive,
poyo okey..dia bawak laju gila..
ngeri...kat selekoh pon mama aku bantai potong suka2 hati.
sebelum keluar merayap nih,
pagi2..pagi okey dia dah menyanyi kat telinga aku suruh bangun..
sebab nak kumpul baju2 aku yang tak pakai nak sedekah kat orang..
baju2 mahal yang dia bagi aku let go macam tu je..
aku tengok gak muka mama aku sedih ke tak..
kau tau dia jawab apa..

'tahun ni last lah mama belikan kau baju raya,tahun depan kau dah ada laki suruh laki kau sediakan..kau plak sediakan baju mama..'

matilah,hahaha selera kalau biasa2 tak apa,ni nak yang ratus2..
hahaha..aloh dia manjakan aku pon macam tu gak..
yang mahal tuh baju kurung ye..boleh dikira brapa kali je aku pki baju yang mahal tuh..
memandangkan mama aku tak support duit dobi.
basuh sendiri luntur kaler..
hantar dobi sayang duit,
maka..hahaha simpan saja =p

Sebenarnya bukan mama aku manjakan,
tapi dia pernah janji...dulu...

'kalau kau belajar pandai2 dan dapat sambung degree,mama buatkan baju kurung dr kain yang mahal2 dan cantik'

nah amik kau,memang meleret aku belajar tak habis2...
kesian mama aku
*tak sedar diri =p



lupa nak cakap,
kitaorang gi layan mama aku tukar cd lagu rock kapak kat Plaza Angsana,
pastu pergi Tesco,mama aku layankan aku plak beli bahan nak buat kuih..
tahun ni excited okey..
i nak belajar buat almond london..
*doakan saya ye =)

kau nampak lampu2 kat atas tuh..
aku pau mama aku makan kat restoran ni,
sbb aku dah tolong dia berniaga..
sempena nak raya ni aku dengan mama banyak buat sales..
sales sangat,baju kurung siap kain cotton..
nak publish kat sini aku malas..




peberet...kalau aku nak kentut2 banyak aku order ni kue teow kantonis..
sebab banyak rasa halia..maka selalu kentut.Tapi depan En.Tunang aku tak pernah lagi okey..jaga kehormatan sket,besok dah jadi laki aku pon,aku bukan leh suka2 nak kentut.Tak sopan ye.




Ice lemon tea yang masam nak mampos macam muka pelayan tuh,
muka masam gila babi,menyampah plak aku..
nasib jelah duit mama aku.
kalau duit aku baik aku ajak mama makan tempat lain.
PElayan mempengaruhi nafsu makan aku okey..
aku tak kisah kau macam mana.Yang penting muka mesti 'muka rezeki'
maksudnya kenalah senyum lau masa kau service tu.
erk..okey....aku macam SEWEL plak buat entry nih..
motip utama nk bgtau
'aku dah terjumpa design pelamin yang aku nak'
Pakej 7k..mahal nak mampos..
*ada sapa2 sudi jadi mak angkat aku?

24 July 2010

Dating with another special bf =p

Salam,
selamat pagi..
owh..indah betul pagi ni.
alarm aku bunyi kol 6.30 pagi..
relax2 saja aku leh tarik selimut dan sambung tido sampai pukul 8..huahuahuahua..

HAri ni aku keja okey,
half day dan aku mintak balik awal dari waktu yang sepatutnya =p
dan my bos kata 'boleh'
suke~

dah lah kol 9 br sampai opis,
sebelum kol 1 da nak blah balik..
hahaha =p
tak pe bos sayang aku..
*sila jangan ambil kesempatan

Malam semalam aku berdating dengan another special bf ye..
bukan BOF FRIEND TAPI BEST FRIEND..
hahaha

thanks buddy..love u damn much sebab lepak2 ngan aku...

owh menu kami..aku amik set of the day,minah tu amik 'roti pulau'.ek..aku tak ingat apa namanya yang penting ada perkataan 'Island'.gasaklah janji sedap.Pagi2 lagi kitaorang dah deal,'tempat sama dan waktu yang sama serta seat yang sama'...yang penting di Rengit Cafe bertempat di Bp Mall..weih aku suka pergi sini,sebabnya?banyak sebab....especially time offer..hahaha





cuma semalam banyak sangat insiden yang tak leh nak dielakkan.jadi kami takda lah nak borak lelama sangat.masih ada masa apa,dia punye jawatan makcik sayur tu masih available.selagi dia wujud kat Batu pahat ni,bila2 masa saja boleh dating kan?kan?kan?kan?




we have funny chit chat,gossips....and lots of laugh...
*beb tiba2 aku rasa sedih kalau aku kahwin nanti,waktu dating kita mesti berubah.huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ops!yang ni dah lama beli,
isnin lepas lagi aku dah merembat bendani..
eyeshadow from elianto..
MAC?tunggu gaji bulan ke-5..
yang kat dalam koleksi pon tak habis2 aku pakai.
aku tak tau semenjak bila sangat obses dengan eyeshadow.
tapi tak da lah aku beli banyak2,
beli yang aku rasa perlu dan aku suka je.
Elianto ada buat offer,50%-70%
jadi aku pon lihat2 apa yang aku suka,
beli2 buat cover stock *motip nak menghabiskan duit.
Tak mahal,lepas diskaun dua2 benda alah ni br RM belas2 je..
ops!aku tak bgtau En.Tunang,duit tu dia bg suruh isi minyak keta..
hahahahahaha....
erk..insiden sentap masa outstation tuh aku update nanti lah...
bye..nak buat keja,karang bos naik mati aku kena marah.
(^_^)


23 July 2010

Outstation

Salam,
selamat pagi...
pagi yang indah,aku sudah ngantuk..
baru sejam masuk opis aku dah menguap..
eeeee..tak bestlah dok dalam aircond..
aku rasa badan aku letih saja.

Bos?
masing2 tak naik opis..
En.Tunang ada hal ngan bapak dia..
entah,aku col tak dapat2..
tak da keja nih..
aku nak buat jurnal tapi otak penuh taik tak leh nak menjana idea langsung..
hr tu aku gi outstation kan...
la ni aku kasi letak gambar2..

Aku ni cepat rasa kagum dengan orang,
erm..lebih2 lagi kalau orang boleh buat sesuatu yang aku tak pernah buat..
contohnya macam kat bawah ni.


Tabik spring okey,
diaorang setting kayu2 tu untuk kren angkut.
kalau aku,confirm berterabur kayu2 tu..
sangat teliti dan cepat.
bawah sinaran matahari lak tu..eeeee..serius cair aku noks...
i kan puteri lampu..mana leh dok bawah panas.
dah lah hitam..bertambah legam okey dok bawah panas ni.

Ini adalah kren 40 tan,
aku saja mention,tak tau berapa berat yang dia boleh tampung..
tapi menurut bos kecik a.k.a En.Tunang,
kren ni leh angkut barang yang mempunyai berat suku Tan dari berat kren itu sendiri.
entah tak faham..
nanti aku belajar lagi,
Kerja aku pon tak siap2 dah masuk bab lain.
Tiba2 aku berangan teringin nak bawak benda alah ni..
mesti cun kan pompuan cantik bawak kren..hahahaha =p


INi bos aku yang curi tulang,
ada ke patut siap pesan dengan aku dia nak tido kejap,
dengan alasan pagi2 tu da gerak awal.
dia mengantok.
aku bg peluang dia tido sambil aku update blog dan buat keja yang dia suruh aku buat.
tapi sambil2 mata aku menjeling tengok jam dan tak henti2 berzikir sebelah telinga dia suruh bangun.

aji kojol,dibuatnya kalau pekerja dia nampak yang si bos ni membuta,kan dah mengundan persepsi yang tak best.Kata pon bos,haruslah jadi 'idol' kan?muahahahaha...


ada kejadian sentap lepas ni...hahaha
nanti aku update lagi..
kejadian yang menguntungkan aku..yehaaaa.rezeki2.

22 July 2010

Mc'd with Him =)

Salam...
huahuahuahua..
bos baru je kuar..
maka amik kesempatan cepat2 update..hahaha

cerita ahad lepas..
eh..cop2..aku tengok gbr aku pakai brg kemas dah macam mami jarum..erk...x suke~
tapi semenjak dah DEWASA ni aku sangattttttttttttttlah suka barang kemas,
lebih2 lagi org bagi,nak beli sendiri jangan harap ye... =p

okey2...
ahad lepas kerana aku dah janji nak belanja En.Tunang,
maka dia ajak gi Mc'd melempiaskan nafsu makan kami di sana..

kasi tunjuk muka duta Mc'd
Tang ni dia layankan aku,aku sibuk setting nak tunjuk burger baru tuh...
beria dia yang layankan..hahaha..


Dapat tunang blogger haruslah redha ye bang....
hahahahaha..
kalau rajin aku amik gambar,kalau tak confirm dia yang ingatkan aku
'awak tak nak amik gambar ke?leh update blog'
ni dah terbalik..haruskah dia yang menjadi P.A aku plak?
boleh je..
tapi tak bergaji kecuali sebulan sekali aku belanja Mc'd.
lepas makan kitaorg gi karaoke dengan member2..
gambar dalam hp dia tak sempat bluetooth..
lepas tu layan movie 'Inception'
warghhhhhhhhhhhh..aku tak suka citer yang berat2 macam nih,
pening kepala nak memikir...
atenye dalam mimpi ada mimpi lagi,
siap leh create lg mimpi yang camana dan apa yang kita fikir semua timbul..
hampeh..tapi berbaloi RM10 dengan waktu yang lama 21/2..berbaloi2
okey..tak tau nak ending..bubye..

21 July 2010

Hormon =p

Salam,
selamat petang...
siaran langsung dari pelabuhan Klang..hahahaha

sementara En.Tunang membuta,
aku update sekejap...
patut ke bos membuta,pekerja bertungkus lumus..
hahaha..penat katakan..pg2 dah kuar
kalau dia bc ni mampos je putus telinga aku.

Bontot aku ni tak da insuran,
nak cr toilet,mls tol nak jalan kaki gi GIAnt kat depan tuh..hahaha
aku cakap mcm korang nampak plak kan?
=p
td sampai2 je kat site aku dah menuju ke Giant..kerana toilet yang selesa jaya.
tapi lepas tu aku terus lekat kat Giant sampai setengah jam,
kesannya aku keluar dengan membawa 2 botol Twister jus,Mr.Potato,kinder bueno & NIps.
duit jugak kan?
motip entry aku hr ni..
*syira sila beri perhatian.

aku 'dah terkena virus shopping hormone'
shit..selalu aku bebel kat syira,la ni aku berjangkit.
beb ni mesti sbb aku slalu je dating ngan kau hahahaha..
*motip salahkan kau =p

nak beli syampu pon sampai supermarket,
bukan kedai runcit tak da,
tapi mengada je nak gak cuci mata,
hasilnya....
harammmmm
keluar bukan setakat syampu..segala barang aku beli...

sampai En.Tunang cakap

'sayang,awak ni tak blh pegang duit banyak2..'

hahahaha

dulu dia macam tak leh terima yang pompuan ni sinonim ngan shopping..
now,padan muka kau..hahahahaha


okey..aku tak tau nak cakap apa,bos dah bangun tido dan siap jeling2 lappy aku lagi..
kesimpulannya,kawal duit anda wahai wanita hahhahaahahahaha..
sebenarnya aku tengah tahan diri dr gi toilet Giant tu nanti duit aku terbang lagi =p
snek td pon tak makan lagi *sigh

20 July 2010

Outstation

Salam,
selamat malam..
kena update cepat2 pas ni kena tido.
besok pagi kena bangun awal nak kena gi jauh..

tak da lah nak jauh sangat Klang je pon..
jauhlah gak dari BAtu Pahat nak ke Klang...erk..
aku leh tido lagi tapi Bos mana leh tido kan?
hahaa
drive la keta kau sorang2..
aku naik kereta je terus baca doa tido,
nama pon musafir lintang pukang kan.

Kenapa ke klang?
of course ikut bontot En.Tunang.
dia kan second bos.
Big Bos bagi kepercayaan pada dia arrange apa yang ptt..

Maka aku pon mengendeng kat En.Tunang nak ikut..hahahaha
berani?berani nak pergi sorang tinggalkan aku sorang2 tercongok kat opis tu..
hahaha
kau br tinggal aku 5 minit je dah ada org ngorat....
baik jangan tinggal aku ye..bawak je aku ni walau kau pergi kutub utara sekalipun..
*nasib baik kau yang dapat aku,kalau org lain mampos aku kena tinggal =p


En.Tunang ada keja sket kat Klang,aku plak memang ada niat 'lain' hahaha...
Sambil menyelam terus tenggelam..

erk..ok lah..
aku dah letih ni..
selamat malam..
=)

nak pergi jalan..nak pergi jalan..nak pergi jalan..yeay..yeay..yeay..
ops!
nak pergi KERJA,nak pergi KERJA,nak pergi KERJA..HOOOOREY...

Mansuhkan UPSR dan PMR?

Salam,
selamat pagi,live dari ibu pejabat.
hahaha..hotaklah..

macam tak da kerja kan?
En.Tunang suruh aku vacum opis,tapi aku malas.
aku study jap,pastu ngantuk..
atenye bila ler nak habis master lau cenggini.

Pagi td masa tengah mekap..
ceit..keja dengan kekasih br nak mekap bagai.
cuba aku keja ngan org lain..
gi keja pon muka macam br bangun tido..sumpah tak tipu =p

okey2..
pg tadi aku dengar kat tv pasal nak mansuhkan UPSR dan PMR.

kau tak nak tanya pendapat aku?

KAU GILA NAK MANSUHKAN..
budak2 sekarang bukan pandai okey..
lain r kau jenis mak pak yang sentiasa pantau pelajaran anak2.

kalau ada sapa2 yang ada anak amik peksa tahun ni,
baik kau tegas dan straight sket.
masa aku ngajar budak form 3 hr tu..
ya..ampun..lemahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
lemah sesangat...nak jawab karangan pon tak lepas.

macam tu kau nak suruh mansuhkan.
aji kojol semua budak2 jadi pemalas+bodoh.
sedangkan aku yang da berbelas tahun tinggalkan zaman2 periksa ni pon tak pernah dapat straight A,lagilah mama aku teman malam2 buta study..
selebihnya aku baca komik..=p

BAnyak keburukan dari kebaikan.
kalau dimansuhkan,confirm budak2 study tak da target.
maksud aku,dalam kepala mesti dia fikir..

'alah tak da UPSR/PMR,wat pe nak belajar,kalau setakat peperiksaan khas masuk asrama penuh..erm..bolayanlah'..

apa?apa?kau nak jawab ek?

Sedangkan aku suruh buat ujian karang dia leh tanya

'apasal kena buat?'
kepala hotak nak je aku hentak,nasiblah anak orang..

serius aku memang sound diaorg bebal je.
ingat aku kisah nak report kat mak pak..
aku leh bgtau apa yang diaorg buat kat kelas.

bukan dengar apa aku ajar pon,
dok berangan.
yang pompuan plak dok gosip tak habis2..

jadi kau rasa masih setuju nak mansuhkan?
erm..bagi aku sistem pembelajaran yang perlu diperbaharui.

kadang2 budak2 ni memang dah tak da minat belajar,
tapi mak pak yang paksa suruh pergi skolah,
dapatkan gak sijil SPM walaupun kau tau anak kau tak belajar dan akan fail.

kesian.
kesian kat budak2,mungkin diaorg lebih minat kemahiran.
aku rasa kita patut bg pilihan kat diaorg.
jangan terlalu memaksa.
pasal UPSR dan PMR teruskanlah gak,
sekurang2nya kalau dia sengal dan tak dapat score pun,at least dia mencuba,
mencuba untuk jadi yang terbaik.

Dalam family sebelah mama aku,
kitaorang sangat pentingkan pendidikan..
serius ya....kitaorg cousin2 ni bukan kesah pon.
tapi mak pak yang lebih2,nak berlumba anak sapa hebat..poyo!.

Kalau dulu belajar ni pasal majlis kahwin plak..nama pon family sket sebanyak rasa nak lebih dari org lain tu ada.TApi kitab buatlah semampu kita.

menyimpang lagi..
aku ni selalu je terlajak kan?
okey2...
ni pandangan aku pasal UPSR dan PMR..
kalau kau?aku tak tau..mungkin pandangan kita tak sama.
atau aku agak kolot sket..
=p
chow..nak buat kerja.

19 July 2010

Kerja (6_6)

Salam,
selamat malam (6_6).

kau rasa apa patut aku ucap?
cuma Alhamdulillah..
my Future Biras... =p
bagi aku peluang kerja dengan dia.
as his clerk..
automatik aku akan kerja sebumbung,sekerusi,semeja,seaircond,sepintu..se..se..se..se..dengan En.Tunang gak..

Kerana position En.Tunang adalah sebagai second boss..
aku merangkap P.A,kerani,cleaner + bersedia kena maki.

Sebelum ni pon aku dah pernah keja dengan company diaorg,
kebetulan sekarang diaorg memang betul2 tak da kerani.
gaji?
aku tak tanya pon.
berapa yang dia nak bagi,lagipun kerja tak sesibuk mana.
kerja memang ada tapi bergantung pada keadaan.

Harap2 aku boleh refresh balik otak ni pasal bidang construction.
Besok kena punch card kat rumah En.Tunang sambil kejut dia bangun skalu.
kejadah kan?
bos nak bangun lambat...tak pe..dia bos..
tapi bg aku,mana boleh tak pe2..atok mar pesan kena bangun awal sbb awal pagi rezeki masyukkkkkk...tapi kau kena 'mengadap Allah S.W.T terlebih dulu r'.
Kalau mamat ni bangun lambat memang melepas r..
malaikat rezeki dah balik awal,tak sempat nak tengok muka dia..
hahaha mulut macam lahanat...


Ya,ampun b...semoga banyak rezeki kamu.
keja kuat2 ye..nanti boleh bagi kemewahan kat saya..tettttttttttttt
hahahahaha3,jahat tak aku?
orang kata kalau nak cakap,cakap depan2..
aku dah selalu benor cakap depan dia,
dia cuma senyum je...
aku siap ngaku yang aku ni awek materialistik suka habiskan duit dia..
but him?...he knows me...

Bila dia kusut2 kerja,
aku slalu tepuk bahu dia atau pegang tangan dia dan ulang balik apa dia slalu ckp kat aku..

'sabar ye b,BUKAN SENANG NAK SENANG'

kalau mood dia macam haram..
aku biar je dia nak maki2 aku ke apa,sekaranglah.kalau dulu aku melawan balik...
sekarang,i dah tak koser okey..mamat ni memang selalu je sewel pasal kerja.
dia da tak tau nak marah sapa,dia lepas je kat aku...
kadang2 sakit gak hati ni meleleh lah gak air mata gadis ku..
hahahahaha


tapi nanti dia mintak maaf semula..
bila dah bertahun dengan dia,alhamdulillah aku mula faham perangai2 jelik dia tu.
sekurang2nya dia tak 'menyimpan' macam aku.

aku ni bahaya weih..
ada sifat 'pendendam'.
serius..cuma En.Tunang je yang tahu busuk hati aku nih camana..
kadang2 macam celaka jugak..=p
baik ngaku kan?daripada senyap santau orang..

kalau aku nak santau2 ni mintak jauhlah,
baik aku buat secara zahir,
puas hati sket,nak santau ni nak kena sabar..
sebab bukan cepat org yang kita santau tu nak mati..
aku cakap betul sebab dulu mama aku kena 'buat',
lama gak weih bertahun gak..
dari banyak duit sampai brg kemas mama aku habis sbb nak berubat.

okey..menyimpang..
aku cuma nak tanya camana nak buang sifat pendendam tuh,
aku tak da lah sampai nak bunuh orang bagai..
cuma aku selalu teringat2 apa yang org tu buat kat aku.
atau aku slalu akan ingat dengan sempurna ayat2 pedih yang dilemparkan kepada aku..
walaupon perkara tu dah berlalu berbelas tahun..
shitt kan?
menyimpang lagi...


aku dah penat ni,
nak tido awal sbb besok nak kerja.
aku dah dapat membayangkan keadaan yang biasa akan aku lalui di mana..


KEadaan kami yang 'aman+bahagia' macam ni
Bila kami bergaduh pasal sesuatu kerja,atau aku tak dapat siapkan tugasan dengan sempurna

Bila dia dah mula siau2 katak,marah2 aku dan aku plak melawan @ buat derk je...
KAu boleh bayangkan?
sila bayangkan..tiada sesiapa yang sempurna kan?
macam tu juga kami..
=)
dengan harapan besok tak banyak kerja.Hahahahahahahaha



Atok oh..atok..

Salam,
selamat awal pagi...
wah..rajin update kan?

bukan tak nak setting time macam blogger lain..
nama pon buta IT kan?
aku lupa nak tanya syira camana nak buat...
slalu aku memang live update..

Wokey,
tadi tengah hari aku hantar makanan kat rumah atok aku.
mesti konpius kan?
aku cuma tinggal 2 nenek kedua2 belah parents aku...
kedua2 nenek aku panggil 'atok'.
nenek sebelah mama aku panggil 'atok mar' ,
sebelah ayah aku plak aku panggil 'atok semah',sebab nak sebut nenek macam pelik =p

atok semah lone ranger okey,
dia dah tersangat tua...
umur 92 tahun,
alhamdulillah masih sihat.
cuma dia dah agak nyanyuk sket.

Tapi mata tajam ye..
lebih2 lagi kalau kau kaler rambut,confirm dia akan tanya

'apasal rambut kau kaler perang ni?air kat rumah kau karat ke?'

LOgik akal weih,nama orang pon dia lupa apatah lagi nak ingat yang aku ni anak siapa..cucu dia tau,tapi kalau kepala kau tuh berwarna selain warna hitam confirm dia akan 'berbunyi' punya.

ops!terlepas dari landasan kehidupan,
aku hantar makan tengah hari kat dia,ayah aku outstation,
biasanya ayah yang hantar makan hujung minggu macam ni.

sampai2 je aku kat rumah dia,
aku terus masuk rumah..
sekali tengok2 dia tak ada...

aduh mati aku..
mana plak atok aku ni,tak kan main nyorok2 kot.
mama kata kalau main nyorok2 waktu tengah hari,
nanti kena sembunyi dengan 'hantu tetek'.
kejadah tb2 ingat benda bukan2..

aku teruskan usaha cr atok okey..siap jerit2 bagai..
mcm2 dalam kepala aku ni,
ingat dia kena culik..
tapi mungkinkah?
silap2 penculik tu kena tetak dulu dengan atok aku..
kau jangan pandang sebelah mata,
nampak je tua dan bongkok 3,
tapi garang okey atok aku.
*tiba2 teringat yang aku ada gen garang,adakah?

tak boleh jadi,
naik tercabut anak tekak aku menjerit,
tapi aku tak dengar suara dia pun..

aku decide nak cr kat luar rumah,
sambil2 mencari aku terpandangkan ini

Dapur kayu api atok aku,sekarang dah tak guna,lama wei dia pakai dapur ni.seingat2 aku sampai tahun 2008 kot.Dapur ni gaklah aku dok memanggang anak ayam dia..hahahaha
ops!misi tak sempurna,atok aku hilang..
penat aku terjerit2 tiba2 aku dengar suara dari arah belakang rumah..
adakah anak buluh betong?
hampeh saja..
atok aku tengah sibuk menyapu daun kering bawah pokok manggis..aku rasa nak bebel pon ada,
nak marah tak sampai hati..alahai atok



LEpas sediakan makanan dalam dulang,aku letak betul2 kat depan katil dia,senang dia nak makan.Tak payah nak bangun2 bagai.memang slalu pon aku buat macam tu.Sebelum aku masuk U 5 tahun lepas,hantar makanan kat atok merupakan rutin wajib okey.Walaupon aku tak pandai tapi aku masih memperolehi rezeki melanjutkan pengajian.Sebabnya?'BErbaktilah kamu kepada orang tua'.bukan mengharapkan balasan,sebenarnya semua ni tanggung jawab.Dia kan atok,insan yang lahirkan ayah aku.
aku tak lama pon,
sebab nak keluar bergumbira...
yang penting tanggung jawab sudah selesai...
sekurang2nya atok aku tak kebulur..
owh..baru perasan,atok dah bongkok 3.



18 July 2010

Salam,
selamat pagi...

huargh....
pagi sangat dah nak terjah tengah hari pon..
semalam aku dah mention kan?
aku dah 'wujud' kat kampung...
atenye tunang aku 'meroyan' aku dok kat UPM lama2.


Dulu masa aku memang kat sana,
dok tiap2 minggu balik rindu kat dia,
dia sibuk je kata..

En.Tunang:sabarlah syg,sket hr je lagi nanti kita jumpa lah,nanti kahwin syg duduk je kat celah ketiak b ni.

Hah la ni,amik kau..
padan muka!
kau rasakan meroyan,
da tiap2 hari mengadap muka aku,
nak manja2 cr aku,
nak maki2 pon cari aku,
nak mengadu cari aku,
sekali aku balik UPM....amik kau TEPU.... =p

Baru kau tahu penangan CINTA ku...
hahahahaha...

membuat keputusan untuk balik kampung semalam adalah drastik..
umpama kawan2 aku kt UPM slalu kata..
'alah kau ni bukan leh percaya,tau2 je nak balik kampung'
hahaha..see2...dulu yelah aku yang gedik..
sekarang En.Tunang yang lebih gedik okey!!!!!

sebelum balik semalam aku sempat main masak2 dengan sham...kau layan je lah gambar tak senonoh dari aku...ikhlas amik gambar nih...hahaha *padahal malas nak mampos...membayangkan dah banyak entry tak da gambar..aku leretkan jugakkkkk

Walaupon aku tak pandai masak,tapi i tangkas tau sekarang buat kerja2 dapur ni.Menu semalam adalah ikan bawal masak stim dan sayur kobis goreng.Habis!!!dan sodap..*maaf terpuji diri sendiri =p
LEpas makan2 aku terus siap2 nak balik kampung..
laju weih pergerakan aku semalam..
sampai Bukit Jalil pukul 2.15 petang...
aku dapat tiket kol 2.30...
call En.Tunang,haruslah dia menjerit keriangan,tipu...dia siap perli aku lagi...
En.Tunang:ingatkan nak balik minggu depan...

Bongok tau mamat ni...

haruslah sampai2 Batu pahat je aku dah kebulur...


Aku amik pinggan kosong je lah ye..kitaorang dah siap mentekedarah..
Hoh..ni muka suci wanita jelita yang tak calit apa2 pun kat muka...+muka lesu orang yang berkerja keras mencari duit nak kahwin *terharu

Owh..suke..kerana kepulangan ku disambut dengan gembiranya oleh 2 orang kesayangan...
Adik dan kakak...itu pon lepas aku jerit kat depan pintu..'along ada beli baju baru,sapa nak tolong angkat beg' *hampeh
Pagi ahad yang gembira..
aku bangun kol 9.30 pagi ye hr ni...
tu pon lepas si Damia (kakak) berzikir kat telinga aku suruh 'on' kan DVD Upin & IPin..
Damia...oh Damia..rumah atok kau ni ada VCD je..mana nak layan DVD kau tuh..
Lagi panjang dia berzikir masa aku baring balik..siap buat drama lagi..
muahahahahaha...
weekend kau nak suruh aku bangun awal?
lambatlah............
okey,aku nak guling2 lg....
nanti petang nk ukur jln kt batu pahat..
adeh...
aku janji nak belanja En.Tunang makan...
*kopak..hahaha


17 July 2010

16 July 2010

Sukar sungguh..

Salam,
selamat pagi.

Erm,mood aku okey cuma nak review pasal apa yang aku luahkan kat En.Tunang malam tadi.

Seperti yang kau tahu,aku adalah manusia yang susah nak memaafkan kecuali aku dah puas maki orang tu.

Malam tadi,both of us bercerita pasal salah seorang member En.Tunang.
Dulu selalu gak lepak sama2,sekarang ni aku yang tak nak ikut En.Tunang lepak ngan member2 dia tuh.
okey,bukan semua yang aku tak suka,sorang je.
mulut dia macam cibai okey,
dia rasa dia macam bagus,tapi takda lah nak bagus sangat.

Masa 'dia' susah...susah sangat..tak da kerja bagai..
En.Tunang banyak tolong dia..banyak sangat..bab2 duit jangan cakaplah.
Tapi En.Tunang tak berkira...
atas sebab kawan,fine aku terima.

Tapi mulut mamat ni macam hampas okey,
dia kalau nak cakap tak pernah nak fikir perasaan aku @ En.Tunang.

Kalau dia berdepan dengan aku,
memang nampaklah dia tak suka aku.
siap buat muka bagai,tapi aku tak pernah nak ngadu apa2 ngan En.Tunang,
tu tak termasuk dia kata aku ni asyik 'makan' duit En.Tunang je...
Sial weih,aku bukan 'makan' duit kau pon.
aku yang sengkek ni pun kalau belikan tunang aku barang tak danya nak kurang dari ratus2 tau.
memang aku poyo,gi mampuslah.

Malam tadi memang habis2an aku cakap semua dekat En.Tunang.
sebabnya sebelum kitaorang tunang,mamat ni cakap sesuatu yang tunang aku rasa hina sangat.
Sebelum ni kitaorang susah @ senang tak da sapa amik tau..
tak da sapa okey....
tapi bila kitaorang agak senang sikit mulalah mulut2 longkang berbunyi...
berbunyi2....macam tak tau nak berhenti..

now,mamat tu risau pasal tarikh kahwin kitaorg..what the FUCK?
Sebabnya,kitaorang kan tunang bulan 6,
of course ler bulan 6 tahun depan baru cukup setahun.
dan memang patut kalau aku dan En.Tunang nak kahwin bulan 6 tuh..
tapi 'kawan' En.Tunang siap sound awal2...tak bagi kitaorang kahwin bulan 6,
sebab dia yang nak kahwin bulan tuh..wah...kau kahwwin sebulan ke?

Kesimpulannya lepas bla...bla..bla..ngan En.Tunang.

En.Tunang:syg kita 'cuba' maafkan dia ye.

aku:gi mamposlah,aku peduli apa.Dia nak cakap ikut suka,apasal kita tak boleh plak?

En.Tunang:Syg,tak kan kita nak samakan diri kita dengan dia.Biar orang buat kita,tapi kita jangan buat orang.

Aku:tengoklah nanti,kalau syg dah 'baik',syg maafkanlah dia.


Kau tengok,aku siap mention kalau aku dah 'baik'..
hahaha tunggu sampai bila nak baik?
besok?lusa?tulat?sampai berkulat?
hahahaha

Pengajaran untuk entry ini:cuba2lah memaafkan sapa2 yang buat kau hangin dan kau maki dulu baru kau maafkan hahahaha =p

owh untuk Cik Syahira:Babe,pastikan fizikal dan emosi anda bersatu teguh untuk mengharungu dugaan2 seperti ini ye?banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk dugaaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...
Hopefully soon 'welcome to the club' (^_^)

14 July 2010

Harga yang perlu dibayar

Salam,
selamat pagi.

Alhamdulillah sihat.
kau?
hehehehehe..
setakat ni masih senyum lagi,suke~

Semalam En.Tunang jumpa aku..
dia ada keja kat kl..
ops..dia bukan sorang2 ok.
member dia ikut sama,
memandangkan En.Tunang tak mahir jalan ke klang.

selesai urusan kat kl,kitaorang gerak gi klang..
bukan dating tapi urusan kerja lagi...
umpama syira selalu ingatkan aku, 'price to pay'

owh..aku tak de lah sekental syira,hehee
berbulan tak jumpa masih steady.
kalau aku seminggu tak jumpa pon masing2 dah meroyan lagi r tak jumpa berbulan.

Tapi dari segi 'harga yang aku perlu bayar',
aku kena memahami situasi kerja dia,masa dan waktu yang padat...
macam2 lah,tu tak tambah lagi dengan angin En.Tunang yang sekejap mcm puting beliung.
Kalau dia rasa nak marah dia sembur je aku sesedap rasa dia,walaupon aku tak buat salah.
'price to pay' katanya. =p

Selama hampir 6 tahun aku dengan En.Tunang,
banyak benda yang perlu dikorbankan,
Terutamanya korban taik telinga..hahaha
yolah,kalau dah hampir setiap masa asyik kena herdik je,
apa tak taik telinga kau cair?
hahahaha...
Aku cintakan dia,jadi aku kena terima kelemahan dia.
sebab tak da manusia yang sempurna.

Ada beberapa gambar yang kau leh tengok menunjukkan aku dengan dia 'meroyan'
walaupun baru 24 jam tak jumpa.
sila jangan muntah purple okey.


Aku dok seat belakang,tangan dia asyik terkeruk2 kat kepala kusyen,rupa2nya cari tangan aku..hahaha..aku kan lambat pick up.
Lelaki yang control senyum...Kau tak nampak mata dia kan?aku je yang nampak hehehe..mata dia kata 'bila lah syg nak abis belajar,tak payah dok jauh2'
hahahahaha2,nasiblah dia tak da masa nak jelajah blog aku =p

Wanita jelita yang merenung masa depan.(sebenarnya aku sedih,lepas makan malam En.Tunang nak balik).
okey..
aku nak buat kerja..
'price to pay'
sebab master aku tak habis lagi =p



13 July 2010

Celebrating his belated besday..

salam,
selamat pagi..

Selamat mengganti puasa.*untuk aku je
korang sihat?
ceit..soalan,tak pernah2 tanya tb2 tanya..mengada kan? =p

aku nak cerita pasal weekend lepas.
hari sabtu aku keluar dating ngan En.Tunang.
harus..ler..nak menyambut besday dia yang ke.....suku abad..
padan muka dah tua.*tak sedar diri

Tak ke mana pon,
tak da candle light dinner bagai macam tahun lepas.
tahun ni tak da duit,sebab aku tak kerja kan.
jadi dinner dekat Chicken Rice shop je..
ikut kan aku kat Gerai Pak Ling je..tapi memandangkan moment yang istimewa..
*dia je lah yang rasa.
bagi r makan tempat sedap sket..tak sedap pon yang penting ada air cond..muahaha

Cuba kau (sapa2 org batu pahat lah) bagitau aku,kat BP ni nak makan kat mana yang best?
segala pelusuk kedai aku dah jelajah,
hotel?
lagi r,kalau kau kata Katerina Hotel paling superb...
tak da maknanya.
2 tahun lepas celebrate besday aku kat situ,makanan memang super hampeh okey..
kata 4 star..tapi tak berbaloi pun.
baik makan Yong tau fu kat pasar malam.

Lepas makan aku belikan dia present On the spot..
kat Bp mall tu gak..
aku tak kasi dia masuk suruh tunggu luar sampai lah aku siap membungkus hadiah..
*owh..terharu..selama 6 tahun bercinta baru ni r sekali aku bungkus hadiah untuk dia..

Biasanya aku bagi macam tu je,tak da makna nak bungkus2 okey.
Siap bagi dalam plastik je kadang2...hahaha

Maaf ye En.Tunang,
bajet tak da maka apa yang semampunya aku bagilah..

Lepas tu gi melayan movie...
Zoo..hampeh.Membazir duit aku..
tak best langsung..*suka2 je aku mengkritik =p

Lepas habis movie kitaorg gi supper kat CK jalan omar..
maka habislah special dating kitaorang pd hr tu...


Gambar kat bawah tak da kaitan dengan dating tu eh..
ni pon dating gak tapi kat karaoke jamban..
nak lepaskan gian je..
sebab tu melayan =)

Jadi..untuk entry hari ni aku cuma nak bgtau hahahaha
*kepoh

Insyaallah,kalau takda apa2 En.Tunang akan datang ke UPM..
yehaaaaaa bertemu dengan aku.....suke~
*sebenarnya dia ada urusan kerja..dia kan suka menyelam sampai kembong..

hahahaa..
eleh padahal dia rindu kat aku tuh..
*owh..En.Tunang tak sampai 24 jam daku berada di bumi UPM ni..

hahaha..hehehe..huhuhuhu..
okey aku dah 'sakit'..sila abaikan.. =p



11 July 2010

Weekend =p

Salam,
selamat malam..

Hollaaa...
my weekend is superb..tapi jangan marah kalau aku update tanpa gambar...
malaaaaaas okey..

Love to be me..sebab aku pemalas nak mampos.. huahuahuahua * sila simbah dengan air panas.

Sunday?
great...spend my time with two beautiful girl...wth atok,mama and their bibik.
what should i say?
he.....ea....ven.....or he.....ll....

hahaha =p
heaven when they stop doing something,when i shout....

'Damiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,jangan main tangga along cubit karang..'

atau


'Adikkkkkkkkkkkkkkkk.....jangan main panas along cubit karang'

kau rasa?

yang jadi hell bila aku jegil2 mata je Damia dah nanges..harus r aku lagi jerit2..hahaha
terus je cari mama aku...

'mak uda...mak uda...along marah..wa..wa..wa..wa..'

ceit,nangis je cari mama aku.tak cari pon ibu dia.

owh..ibu n ayah dia ada hal kat KL,sbb tu aku jadi Mandur bibik.

BUkan mudah nak jaga budak ok.
lagi2 anak orang.
kalau anak aku,aku ingat leh hilang sabar.
ni pon tekak aku dah perit dok terjerit2.


Mau tak hilang suara,
budak2 mana tau bahaya,main ikut suka.
bibik plak jenis slow,tak leh nak berlari,
aku?
kalau tak sempat kejar aku jeritkan aje,
kalau tak aku kejar sambil jerit + mata aku dah terbeliak besar.

Tapi aku bukan jenis hipokrit,
depan mak pak diaorang lau tak betul pon aku jeritkan aja.
peduli apa,bukan aku pukul pon.

kadang2 budak2 ni nak kena kawal percakapan dan pergaulan.
bila Damia dah pandai guna kata ganti nama 'aku',
aku memang terus marah2 dia.
masa tu depan mak pak dia okey,
tapi makcik n pakcik aku cool,
tau sbb aku sayang anak diaorang dan tegur untuk kebaikan.

ada masa aku manjakan,
ada masa aku kena bertegas.

Tapi dr feedback yang aku dapat...
aku adalah garang..hahahaha keji...

okey...tu je aku nak bgtau..
tb2 ending macam hars... kan?
aku dah penat,bye2 =p

08 July 2010

Semalam dan kelmarin.

Salam,
selamat pagi...

semalam adalah sangap nak menulis ye,
tahap zero nak angkat jari pon tak larat.
baru 3 hari puasa tapi asal petang je aku dah terdampar macam ikan paus..
tambah lagi gusi aku sakit+ulser+sakit tekak ='(

3 hari berturut2 aku tolong En.tunang kat opis dia,
kerani?
entah aku tak tau,
kejap dah berhenti,
kejap lagi ada kerani baru tapi part time je.

Jadi selaku PA tak bergaji,haruslah membantu partner yang tonggang langgang.Dia mengalami situasi sibuk yang amat.*poor him

HAri2 kitaorang bertekak,
oleh kerana hikmah puasa adalah bersabar,
aku pekakkan telinga je,biar dia membebel sorang2.

En.Tunang:sayang,b nak turun site ni.

Aku:*mengangguk

En.Tunang:awak ni kenapa muka tak best je

Aku:Malas nak cakap banyak nanti sakit hati sebab dengar awak bising2 je.

En.Tunang:sebab tu saya tak nak awak kerja dengan saya,bila saya bertegas awak kata saya marah2.Awak ni dah terlebih manja sangat.bla...bla..bla...

Aku:eh?..apahal plak?awak tu yang tak boleh nak buat kerja dengan relax,sikit2 marah nasib saya puasa tak larat nak bergaduh dengan awak.Nak bukak mulut pun berat,apa kata awak buat je kerja awak,dengar awak membebel gusi saya makin berdenyut2.

En.Tunang:okeylah saya nak turun site dulu.*merajuk

Buruk okey kamu merajuk..hahahaha
tapi lepas dia yang call aku dulu..hulllaaaaa...suke~

Petang aku dah betul2 lepak dan terdampar sesuka hati,

Aku:B dah cuci gambar tunang?

En.Tunang:belumlah sayang,nanti sayang nak buka dengan Syira tolong singgah kedai tu,cucikan skali..

Aku:kalau sayang kata malas B marah tak?

En.Tunang:kenapa?

Aku:Tak larat r nak drive jauh2,lapar......

En.Tunang:hahahahaha,sengal...bongok kau kan?macam budak kecik je lapar..dah pukul 6.30 la sayang oi..kejap lagi buka.

Aku:b,tak kesian sayang ke?kalau kelaparan tengah2 jalan.

En.Tunang:hahahahahaha,besok tak payah puasa.Tekak dah sakit macam tu pon nak paksa badan lagi.

Dia sangat prihatin walaupun garang+suka membebel.

Owh..ye,semalam aku buka dengan Syira..
Suke~..cuma dia yang tau..hahaha
gambar adalah tidak diambil..
tak larat nak angkat tangan =p

Macam biasa tempat rasmi kami adalah di BPmall.
makan+chitchat+bla..bla..bla..
dalam kol 9 lebih kitaorang gerak keluar dari situ,
owh ye..makcik sayur ni ada bagi aku ayam goreng dan orange..huahuahuahua suke~
rezeki datang bergolek.
Kenapa aku panggil SYira makcik sayur?
cuma dia je yang tau,babe sorry hahahahahaha..
dia akan jerit kat aku,tapi tau dia sayang aku jugak.. =p

LEpas jumpa dia lega sket kepala otak aku,
Jumpa En.Tunang bukan tak lega,
tapi serasanya kita memang kena berbual dengan kawan sejantina,
mungkin kawan lebih memahami.

okey,cerita pasal kelmarin plak,
aku pergi bpmall gak tapi dengan Fara (my ex-roommate)miss her.
masa tengah dok usha2 barang,
aku terserenpak dengan seorang perempuan yang pernah menyakiti hati seorang teman baikku.Dan turut memberi impak dalam hidup aku.
respon?
aku buat2 tak nampak kewujudan dia tuh,
bila balik aku rasa tak patut plak,kenapakah.
apa patut aku cakap dengan dia,'hye lama tak nampak?','sihat?'

serius aku jadi dungu sekejap.
KEnapakah?
mungkin hati aku dah lembut atau memafkan dia..
eh..entah..
tapi bagi aku,kawan boleh rapat tidak.
entah mungkin lebih mudah kot,
supaya tak menambah kekusutan.

Jadi aku berusaha untuk memaafkan,
wat pe nak simpan2 kan?
Walaupun dia pernah buat silap.
tapi rasanya dia memang tunggu aku tegur dia.
tapi kalau dia buat cerita yang tak baik tentang aku,siaplah.
Hahaha...

along...berubahhhhhh..hahahahaha

En.Tunang suruh aku abaikan je perempuan itu,
sebab dia kata,kerana perempuan tu silap2 banyak masalah akan timbul.

Jadi,aku abaikan,jangan dia ganggu hidup aku sudah.

Berubah?
ye,aku memerlukan perubahan untuk kemajuan hidup.
memang mengambil masa dan lambat,sebab segala2nya bermula dari hati dan bukan main suka2 je.kau rasa?

MEmandangkan dah nak masuk ramadhan lagi ni,
baik aku fikir camana nak pau En.Tunang nak curl kan rambut lagi. =p

bye2

MALAS

Salam,
sorry..aku tak terasa nak cerita banyak2..

penat.......

aku nak tido...
bye..bye....

06 July 2010

Bila Mendung dan kilat bertandang...

Salam,
selamat pagi...
live update from Library batu pahat..
hahaha motip..memang selalu aku live update...

saja nak poyo dengan korang yang aku rajin nak bertapa kat sini.
Kenapa?
baca bukulah,bukan yang ada kat library tapi yang aku bawak sendiri.

Kalau aku duduk rumah,mampos satu keja pon tak siap.
makan+tido+FB tak sudah2..
tb2 terfikir bolehkah aku nak delete acc FB hahaha motip orang yang tak kuat semangat okey.

Erm...
sebenarnya aku tengah terapi minda,
aku perlukan ruang untuk diri sendiri.
aku perlu bertenang dan hilangkan kekecewaan aku..

Aku redha mungkin bukan rezeki aku,
tak apa lah,insyaallah aku akan cuba lagi.
sedih?
sapa yang tak sedih?
surat tawaran keja yang kau impi2kan sampai kat tangan kau,
tiba2 kena hold @ tak jadi,
sebab ada staff lain masuk..
atas sebab aku hanya part time dan staff tu full time.

Ye...memang ptt dimaki..
menakjubkan sepatah haram jadah perkataan maki tak da kuar pon dari mulut aku.
bukan sebab aku tengah puasa ganti je,tapi sebab perasaan kecewa yang amat sangat tu buat aku terdiam.

Serius the whole day aku down gila,
Puas ayah n En.Tunang pujuk aku...
kalau kau?
apa perasaan,segala preparation untuk mengajar aku dah buat...

MEnangis?
tak da lah aku menangis macam nak rak..
serius terkilan sampai bergenang air mata aku.
tapi sikit je lah..
aku kan 'along',mestilah strong n tough..

aku sedih sebab aku dapat rasakan ayah aku lah orang paling kecewa sekali.
masa aku mula2 dapat surat tawaran tu,senyum dia sampai ke telinga...

En.Tunang?
of course bebel tak berhenti..
bukan kat aku lah,kat pihak yang bertanggungjawab.

Hari ni,aku rasa lebih kuat dan tenang.
Aku tak boleh patah semangat,
nak buat apa meratap benda yang dah berlaku.
Life must go on right?

Kecewa memang tak kan hilang..
but i try too...

Dulu masa sebelum aku daftar masuk U..
FYI aku ni second intake okey,untuk pengambilan masa degree dulu.
Bodoh?ye mengaku.....sebab tak struggle masa Stpm dulu.

seorang kawan telah sms sesuatu yang buatkan aku bangun kembali,
sebabnya,masa first intake tuh..hari2 aku nangis sebab kecewa tak dapat masuk U.
belajar macam nak gila (sapa2 yang ambil STPM taulah keadaannya macam mana)
tapi kau tak dapat tempat.

dia send kat aku:
'Kalau Allah turunkan turunkan Hujan yang lebat serta kilat,maka yakinlah yang dia akan hadiahkan kamu pelangi yang indah serta mentari yang memancar'.

'Kalau Allah mengambil sesuatu dari mu,bermaksud kamu perlu tabah dan redha,jangan berhenti berusaha dan berdoa kerana kamu akan dapat lebih dari apa yang kamu inginkan'

'yang terbaik itu hanyalah dari Allah S.W.T'

jadi tiap kali aku 'tersungkur jatuh',
aku akan cuba recall balik kata2 ni,
aku akan cuba bangun balik walaupon payah...
Kerana 'sakit' yang akan buatkan kita lebih kuat dari sebelum ini.

Jadi,bangun pagi2 tadi..
aku dah nekad dalam diri..
'kembali ke landasan hidup yang utama,mungkin hari ni aku bersedih,mana tau esok lusa aku gelak guling2'.

Untuk korang semua,Good luck...mulakan hari dengan senyuman,mulakan langkah dengan bismillah.Semoga hari korang best...bye (^_^)

05 July 2010

Kecewa~

Salam,

aku kecewa...kecewa sangat2...

tapi aku anggap sebagai dugaan...

mungkin bukan rezeki aku...

atau sebab aku ni bukan sapa2,maka mudah untuk diperkotak-katikkan...

Kerana aku tengah ganti puasa,maka aku takleh nak emo2 sangat



Ya...Allah..kecewanya...


Sabar long..sabar..bukan rezeki kau.... *sigh

04 July 2010

MY engagement

Salam,
selamat petang,
internet macam hars..jadi aku tak leh nak upload banyak gambar.
apa yang dapat ni je.
ni pon ehsan bakal kakak ipar aku.


Kau layan je r apa yang ada hehehe =p
nanti kalau aku dapat soft copy dari Photographer aku upload lagi ea.
ni pon dah 2 jam aku bertafakur depan lappy.langsung tak termasuk2 gambar yang lain...haram je...okey...ni dia sedikit bingkisan dari gambar masa majlis pertunangan aku hari tuh.
enjoy the pica (^_^)


Control ayu.. =p
Aku memang tak leh nak control gelak =p
En.Tunang dan aku (^_^)
Kami yang sama2 'keras' di atas pelamin
Red+orange = Engage





03 July 2010

Entry haram untuk korang :x

Salam,

selamat malam.



Maaf sebab tak update blog dan malas.

aku ada kat UPM sejak Rabu.

Misi tak sempurna sepenuhnya,tapi sekurang2nya aku dapat apa yang aku nak.



Erm..macam mana aku nak mulakan.kalau boleh aku tak nak emo2 lagi,

tapi masalahnya orang tak berhenti2 cr masalah dengan aku.macam haram.

Hari khamis aku jumpa ela,aku mintak tolong dia bagi cara camana nak mulakan pembelajaran next week.(Alhamdulillah aku dapat jadi part time lecturer kat UTHM,doakan aku dapat persembahkan yang terbaik)



Ela terlalu banyak membantu dari segi motivasi dan bahan2 pengajaran.*thanks babe,may Allah S.W.T bless you.



Selesai berbincang mulalah acara mengumpat yang tak disengajakan okey.



Aku:Ela,'kawan' kau sihat?

Ela:entah long,aku dah lama tak jumpa dia.

Aku:Erm...aku rasa bersalah,aku lupa nak jemput dia datang majlis aku hr tu.

Ela:kau tak jemput dia?alah tak pe kot.

Aku:tapi dia ada call ila,cakap nak gi rumah aku.Cuma aku je yang tak jemput jadi dia segan.

Ela:along sebenarnya..bla..bla..blaa..



okey yang bla..bla..tu biar aku huraikan satu persatu.

Kalau korang ada follow blog aku dr sebelum2 ni,

mungkin korang ingat pasal entry emo aku khas untuk Ex-housemate aku yang macam cibai dulu tu.



Ye,aku bahasakan dia kat sini D saja.



Aku tak sangka bila Ela mula bercerita,rupa2nya banyak benda yang aku tak tahu,yang selama ini si pompuan D ni buruk2kan aku kat org lain.Kalau pasal aku je dia nak kata aku memang tak kisah okey,sbb aku pon banyak mengeji dia.Tapi dia siap cakap dengan Ela yang 'Family aku ni huru-hara'.



Baiklah,memang aku mengaku dengan Ela,aku berasal dr Family yang huru-hara,terlalu banyak konflik dan masalah,aku malu tau tak.Masa aku mengaku dengan Ela pon aku tak tengok muka Ela.Sapa2 yang close dengan aku tau r apa masalah aku.Tapi Ela cakap dengan aku 'tak pe lah long,tu bahagian kau.Aku pon tak nak tau sebenarnya'.



Macam mana si D ni tahu,tentulah sbb dia kan pernah jadi roommate aku,dan segala hal di sebalik baju aku pun dia tau.kadang2 bukan aku nak bercerita tapi pompuan ni sibuk bertanya,dan aku yang bodoh ni percaya je lalu bercerita.



Bila Ela rungkai satu persatu hal yang pernah berlaku,aku terus maki macam2.sakit hati tau tak,selama ni kalau aku dah habis mengeji dia,aku sempat lagi memandang dia dari sisi yang lain dan selalu cakap 'D ni sebenarnya baik'.Tapi pada hakikat macam jahanam.



Depan Ela dia buruk2kan aku macam2 dia kata,aku ni serabailah,tak pandai mekap kalau keluar,cepat naik angin (memang betul pun hahaha),selalu hempas2 pintu bilik,beli mekap mahal2 membazir tapi tak nak pakai (duit aku,bukan aku beli pakai duit kau),banyak lagi lah.



depan aku dia kata si Ela ni macam2.patutlah beberapa bulan yang lepas,Ela tengok aku semacam je,rupa2nya mulut si betina ni.*hah amik kau aku dah kuar perkataan paling aku tak suka,kalau aku dah panggil betina bermaksud aku betul2 serik kawan dengan orang macam ni.



Kau fikir logik akal lah,kalau dia susah dia cari aku.bila dia senang,tak pernah ingat aku.ada aku kisah?tak pernah wei.aku tak kisah pon.



Dia kata aku serabai,selekeh,keluar rumah tak tau mekap.Tapi beli mekap mahal2.Eh2..pompuan babi ni dah melampau.Aku beli untuk kepuasan okey,aku pakai tapi bergantung kepada kerajinan aku.aku bukan macam kau,nak pergi kedai beli ikan pon aku mekap,padahal kedai tu bukan jauh sangat,jalan tak sampai 5 minit je pun.



Secara realiti memang aku serabai,pergi kelas pakai t-shirt buruk+jeans lusuh+selipar buruk.tak macam kau,pakai heel,mekap bagai.serius kalau nak dibandingkan aku dengan kau macam langit dengan bumi.



Tapi 'selera' kita tak sama,kata kau 'vogue' sebab selalu bergaya.buto lah...

kau tau kenapa,aku bukan nak pandang rendah kat kau D oi..

tapi kita memang tak sekufu.baik dari segi pemilihan pakaian atau aksesori atau kasut atau apa2 jelah.kalau kau sangat bergaya tak kan ku pernah ngadu kat aku yang bf kau pernah sound kau macam minah indon (tak semena2 minah indon yang kena)*sekurang2nya aku yang serabai ni tak pakai penyeri muka macam kau,eh betul ke hr tu kau kata kau pakai susuk?



Kita pernah keluar sama2 kan?bukan aku tak perasan,kalau aku bergaya lebih sikit dari kau,kau punya jeling kat aku macam nak juling aku tengok,sebab?sebab aku 'jauh' lebih CANTIK dari kau *sila terima hakikat ini.



Aku memang jarang mekap,tapi aku lebih advance hal2 mekap berbanding kau *walau pada hakikatnya aku baru belajar.



Kau cakap aku membazir beli mekap mahal2.*cakap jelah kau nak mintak sikit,aku bukan kedekut okey,kau jeles dan teringin sebenarnya.Apakan daya kau cuma mampu beli yang 5 kali ganda lebih murah berbanding dengan yang aku ada.



Kau kata selalu makan kat tempat2 best dengan si botak kau tuh,tapi asal balik rumah kau angkat tudung saji tengok gak apa yang aku dan sham masak,terus amik pinggan dan makan?what the FUCK...Sedangkan selama aku dengan sham belanja barang dapur kau tak pernah amik tau pun,tapi hanya tau guna dan makan saja.(tak pe aku halalkan)





Kau kata aku suka hempas pintu dan naik angin...hallooooo,berbanding dengan kau dah macam pompuan gila siap bergduh dalam hp terjerit2 nak bagi satu blok dengar,malu okey nak memekak macam pompuan murah,apasal kau tak terjun bangunan je..aman sikit aku nak tido petang.



Kau nak kata pasal aku,memang aku tak kisah.Tapi janganlah cerita pasal family aku,itu maruah aku.Aku bercerita dengan kau pon sebab aku percaya kau,tak sangka plak mulut kau lagi busuk dari kandang babi.Mula2 aku tak berapa nak marah,tp bila tb hal family sorry,aku memang terus akan angkat senapang.



aku tak tau apa yang tak kena dengan kau,tapi tuhan tu adilkan,kau tengok hidup kau sekarang.Tak selamanya kau akan duduk di atas.kalau aku ni betul2 busuk hati,dah aku canangkan segala perangai sial kau tuh.Tapi aku tak kan,dan memang tak sanggup nak buat macam tu.kerana apa?kerana aku sayangkan kau sebagai KAWAN tau tak sial.



Sampai Ela dah tak boleh nak cakap apa pasal kau,kau puas hati tengok Ela tertekan dengan mulut jahanam kau,kau cakap yang buruk pasal dia sampai kawan2 korang pon pandang sinis kat dia,FUCK lah sial.Sebelum ni aku fikir yang baik je pasal kau,walau banyak yang buruk dr kau.Dengan harapan kau berubah,tapi makin lama kau makin macam sial.



Nasib baik aku lupa nak jemput kau dtg majlis aku,ntah lepas tu apa plak yang kau akan cakapkan?sekarang kau ada kawan ke?cuba cakap dengan aku,hahahahaha..padan muka kau,kau rasa kan apa yang kau buat kat kawan kau dulu.apa kau dapat?



Bahagia dengan memusnahkan orang lain,keji2 aku,tak pernah terlintas nak musnahkan orang lain.Owh ye,aku tau kau selalu membandingkan fizikal dan kecantikan kitaorang (kawan2 kau)

dengan diri kau sendiri,yang kau rasa kaulah paling HOT dan Super duper lawa gila nak mampos sampai bila kita keluar je semua lelaki akan mengorat kau dan tenung2 kau.Padahal ada antara lelaki2 tu tengok aku @ gyah @ ila @ syam @ k.rin.



Kau lupa masa kita kat Istana NEgara,kau sangka mamat2 tu nak mengorat kau.Tapi yang diaorang bagi nombor telefon pada sapa?pada AKU kan?hahaha,sorry aku tak layan kes2 macam tu even aku desperate sekalipun.Sebab?sebab itu bukan sifat aku.Setakat bg nbr hp dan harap aku yang akan call kau,boleh jalan okey.Nampak sangat aku pompuan gedik kalau aku layan.Tapi dah terbukti yang aku lebih HOT kan?kan?kan?



D,dulu aku selalu rendah diri bila kau kata orang lain tapi kau selalu bandingkan orang yang kau umpat tu dengan aku.'alah long,nak dibandingkan kau dengan dia KURUS lagi kau'.'....nak bandingkan kau dengan dia,lawa lagi kau'.



Hallllooooo,aku tak kenal dan tak pernah nampak okey sapa yg kau umpat tu,aku layan kau borak sbb kau kawan aku,tapi kenapa kau tak bandingkan diri kau dengan diaorang,kau kan HOT dari aku.OWh lupa,dada kau flat tapi aku punya Breast lebih besar dari kau,muka kau cengkung macam org tua,tapi aku siap budak2 skolah pon ngorat *apa kes? kau pakai seluar tak da cutting sebab bontot kau leper,tapi aku montok sbb bontot aku besar.



PAda hakikatnya kau CEMBURU dengan aku,ye..serius kau CEMBURU sampai kau sanggup buruk2kan aku.betul?kenapa?walaupon hidup aku huru-hara,tapi aku selalu gembira dengan hidup aku,kawan2 aku,Cinta aku,family aku...aku enjoy.



Tapi kau?kesian....Kau terlalu cemburu sehingga kau buta hati,dan kau tak dapat menerima hakikat yang KAMI lebih HOT dari kau.



Bukan aku nak menghina kejadian tuhan,tapi aku tak pernah memandang rendah org lain dr segi fizikal,sebab setiap kejadian tuhan ada kelebihan masing2.



Tapi bila dengan kau,kau ajar aku agar berhati2 dengan pompuan yang konon nampak baik+sopan,tapi perangai ya rabbi...macam celaka.Aku tak tau sama ada aku leh berdepan dengan kau atau tak,bukan takut atau apa,tapi yang ada pada aku cuma perasaan marah.kau tau marah tu sifat syaitan,kerana itulah aku lebih rela mendiamkan sahaja.Aku boleh berkawan dengan kau,tapi sorry nak rapat2 memang jangan haraplah ye mangkuk.Aku serik+x hingin.

Rapat dengan kau bermaksud mengundang aku menjadi ahli neraka yang tetap.

Aku ingin sangat tanya dengan kau soalan ni.'Kau bahagia sekarang?'.

D,hidup kat dunia ni jangan sombong sangat.Kadang2 kita tak tau apa akan berlaku kat kita.Kau bangga gila dengan BF botak kau tuh.Kau kata kau tak pernah impikan lelaki yang pakai kereta mewah,tup2 kau dapat yang pakai harrier,kau punya bangga macam bf kau sorang pakai keta besor.Beb,Tunang aku siap ada lori lagi,Pernah aku canang satu dunia yang tunang aku ada kereta besar?

Bagi aku itu semua harta dia,duit dia.Tak da makna aku nak cerita dengan semua org,sebab harta aku cuma kancil buruk yang kau pernah tumpang dulu,kancil buruk yang kau selalu pinjam okey.tapi bila dah naik harrier kau kata,'aku kalau lelaki yang ngorat aku naik kereta kancil je,aku memang tak layanlah.'

KAu boleh bayangkan hati aku x?Masa kau susah,kancil buruk tu yang bawak kau tau tak?mentang2 kau dah pakai VIVA baru,kancil memang tak da standard,sekurang2nya tolong ingat,kau daftar master dulu kau naik apa?kalau bukan kancil buruk aku yang angkut kau.

Aku tak pernah berkira dengan kau,baik dari segi apa pon.aku sanggup susah sebab nak tolong kau.Tapi tuhan nak tunjuk yang kau ni jenis pompuan macam mana.bIar mata aku ni bukak luas2 dan sedar yang kau ni ada sawan gila babi.Padan muka aku sebab baik sangat dengan kau hahahahahaahahaa..babi.

Satu lagi aku nak kau tau wahai D oiii...kau punya style dah macam pompuan jakun okey,kau ingat kau dah bergaya sangat lah tu.Tapi kau tau tak kawan2 kau panggil kau apa? 'Perempuan kampung'.(lain kali jangan gunakan perkataan kampung,tak baik).Kau kata family kau gila babi punya stylo,tapi hakikatnya.kau cuma orang kampung yang biasa2 je,lifestle kau pon berbeza dengan kitaorg.Kenapa perlu menjadi orang lain sedangkan pada hakikatnya itulah diri kau?

Banyak dosa aku hari ni,nak diikutkan banyak lagi yang kau cakap,tapi aku cover lagi nih.wpon blog aku kan.nampak macam remeh.yang berat2 semua aku tak bgtaulah.maruah orang dol.

aku tak tau kau baca blog aku ke tak,tapi kalau baca dan sentap.sila call aku,aku memang nak sembur kau nih.kalau aku yang nak call kau,sorry tak hingin.sebab aku dah banyak membazir bil tolong kau dulu.Kalau tak puas hati sila jumpa aku berdepan,tapi ingat nak kutuk belakang jangan libatkan family aku.Kalau aku bukak mulut kau yang akan simpan muka dalam spender.

Dah2,cukup entry sawan untuk hari ni,kalau korang yang baca rasa menyampah dengan aku silakan.ni bukan entry emo tapi entry sawan gila babi.